Kesihatan Yang Dipertua Negeri P. Pinang stabil



GEORGE TOWN: Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) susulan pembedahan usus pada bulan lepas, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Datuk Seri Farizan Darus.

Beliau berkata keadaan kesihatan Yang Dipertua adalah stabil dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi HPP bagi membolehkan pemantauan dan rawatan lanjut.

Katanya Abdul Rahman, 79, dimasukkan ke HPP pada 20 Okt lepas untuk pemeriksaan setelah mengalami sakit perut dan berdasarkan pemeriksaan pakar di HPP beliau perlu menjalani pembedahan usus.

“Pembedahan berkenaan telah berjaya dijalankan pada petang 22 Okt,” katanya dalam sidang media di lobi Dewan Undangan Negeri, di sini hari ini.

Sidang media itu diadakan susulan tularnya maklumat kurang tepat mengenai keadaan kesihatan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang berkenaan.

Farizan berkata pada masa ini Abdul Rahman menerima rawatan susulan daripada pakar di HPP.

“Tun (Abdul Rahman) dinasihatkan untuk meneruskan rehabilitasi dan memastikan keadaan Tun benar-benar pulih serta sihat sebelum dibenarkan pulang,” katanya.

Farizan juga berkata lawatan terhadap Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang itu dihadkan kepada saudara terdekat serta Ketua Menteri Lim Guan Eng dan beliau sendiri bagi memberi peluang kepada Abdul Rahman berehat dan pulih dalam jangka masa terdekat.

“Mohon semua masyarakat dan rakyat Pulau Pinang serta seluruh warganegara mendoakan akan kesihatan Tun untuk pulih semula bagi terus menjalankan tugas rasmi selaku Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang,” katanya.

Abdul Rahman dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang pada 2001 dan dilantik semula ke jawatan sama pada 2005, 2009, 20011, 2013, 2015 dan 2017.

— BERNAMA



Source link

read more

Maintenance makin naik cuma saya tak tunjuk depan orang – Wany Hasrita



PENYANYI muda berbakat besar, Wany Hasrita menjelaskan dia enggan bermewah-mewah dan berbelanja sakan membeli barang yang bukan keperluan.

Kata Wany, 24, walaupun dia mampu untuk membeli barangan berjenama dia masih memilih untuk kekal dengan gaya bersederhana dan hanya membeli barangan keperluan sahaja.

“Kalau orang nak cakap saya merendah diri, rasanya saya masih seperti Wany Hasrita yang dulu. Sama sahaja tidak berubah.

“Cuma perbelanjaan untuk ‘maintenance’ yang semakin bertambah tetapi cara saya bukan suka menunjuk-nunjuk pada orang ramai apa yang saya beli atau pakai setiap hari.

“Ya, memang betul apabila sudah menjadi artis saya perlu lebih menjaga penampilan diri dan menambah koleksi pakaian saya supaya lebih nampak bergaya.

“Tetapi jujur saya katakan saya bukan peminat barangan berjenama. Mungkin belum sampai tahap saya lagi, kecenderungan saya ke arah barangan yang ringkas dan praktikal,” katanya kepada Astro Gempak.

Wany popular menerusi lagu Menahan Rindu yang menjadi fenomena sejak hujung tahun 2016.

Muncul dengan lagu terbaharu Rintihan Rindu pada Oktober lalu, Wany tidak meletakkan harapan terlalu tinggi untuk menjadikan single keduanya meledak seperti lagu terdahulu.

“Perlahan-lahan pendengar mula memberikan maklum balas terhadap lagu kedua saya dan ia sebenarnya sangat memberangsangkan. 

“Sama sebenarnya seperti lagu Menahan Rindu, bukannya sekali keluar terus popular,” kata Wany optimis.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @wanyhasrita



Source link

read more

111 suspek Daesh ditahan di Turki – Nasional


ANKARA 9 Nov. – Seramai 111 suspek kumpulan pengganas Daesh ditahan dalam satu operasi antikeganasan besar-besaran di ibu kota negara itu hari ini.

Seramai 1,500 orang anggota polis terlibat dalam operasi berkenaan, selepas pihak berkuasa mengeluarkan waran tangkap kepada 245 suspek.

Operasi itu dijalankan di 250 premis dan kediaman, di mana dokumen dan bahan digital turut dirampas. – AFP



Source link

read more

Jenazah Tunku Deanna selamat dimakamkan di Seri Menanti



KUALA PILAH: Jenazah Tunku Datin Deanna Tuanku Munawir, adinda bongsu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, selamat dimakamkan di Makam Diraja Seri Menanti di sini pada 2.18 petang tadi.

Jenazah Almarhum dibawa ke makam diraja itu dari Istana Besar Seri Menanti di sini oleh anggota-anggota Markas 1 Briged Kem Rasah dengan turut diiringi oleh Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Mat Ali Hassan dan Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Dr Awaludin Said.

Sebelum itu, kira-kira 500 jemaah menunaikan solat jenazah Almarhum dengan diimamkan Mufti Kerajaan Negeri Datuk Mohd Yusof Ahmad di Masjid Diraja Tuanku Munawir Seri Menanti dan talkin pula dibacakan Imam Eksekutif masjid Abdul Rahman Ibrahim.

Kerabat diraja, orang kenamaan dan rakyat jelata mula membanjiri perkarangan istana untuk memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Almarhum seawal 12.30 tengah hari tadi.

Antara kerabat yang hadir ialah Tunku Ampuan Najihah Almarhum Tunku Besar Burhanuddin, Tunku Besar Tampin Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri dan Tengku Syarif Bendahara Perlis Datuk Seri Diraja Syed Badarudin Jamalullail Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.

Undang Luak Johol Datuk Muhamed Abdullah danNaib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali serta barisan exco kerajaan negeri juga antara yang memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Almarhum.

Tunku Deanna, 62, mangkat pada 4.24 petang semalam di Hospital Pakar Damansara, Kuala Lumpur akibat diabetes.

Almarhum meninggalkan suami Tengku Datuk Amran Tengku Mohd Yusof dan tiga puteri berusia di antara 34 tahun hingga 41 tahun.

— BERNAMA



Source link

read more

Miley Cyrus Liam Hemsworth kahwin rahsia 7 bulan lepas



HUBUNGAN penyanyi sensasi Miley Cyrus dan pelakon kacak Liam Hemsworth disyaki kini lebih daripada kekasih dan dipercayai telah berkahwin secara diam-diam sejak tujuh bulan lalu.

Pasangan itu didakwa telah berkahwin dalam sebuah majlis tertutup dan enggan mendedahkan berita itu kepada umum.

Miley, 24, dan Liam, 27, dilihat menikmati sarapan bersama-sama di sebuah kafe di Savana, Georgia, Amerika Syarikat awal pagi semalam.
 

Lebih menarik kerana kedua-dua selebriti itu dilihat memakai sebentuk cincin yang dipercayai cincin perkahwinan. Biarpun belum sahih, kebanyakan media antarabangsa membuat spekulasi pasangan itu telah berkahwin di Tybee Island, berhampiran Georgia, Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, ujar salah satu sumber kepada TMZ pada Ogos lalu, kedua-dua bentuk cincin yang dipakai Miley dan Liam hanyalah cincin ikatan janji yang tidak mengesahkan pasangan itu telah berkahwin.

Gosip perkahwinan itu tercetus sejak Disember tahun lalu apabila Liam sendiri meluangkan masa bercuti bersama keluarga Miley dan melamar penyanyi itu di hadapan bapanya, Billy Ray Cyrus.

Sementara itu, laporan sebuah portal hiburan terdahulu menyebut pasangan itu merancang untuk berkahwin di Byron Bay, Australia yang mana lokasi berkenaan merupakan kawasan kejiranan Chris Hemsworth.

Miley dan Liam mula bercinta pada tahun 2009 selepas digandingkan bersama dalam filem The Last Song.

Pasangan itu bertunang paad 2012 namun putus setahun kemudian sebelum kembali bercinta pada Januari 2016.

Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: Inquisitr, Teen Vogue, Savannah Now, Instyle



Source link

read more

Kumpulan pemisah ancam ganggu operasi Freeport – Nasional


JAKARTA 9 Nov. – Kumpulan pemisah bersenjata dilaporkan telah menawan lima buah kampung di wilayah Papua serta mengancam untuk mengganggu operasi lombong tembaga gergasi Grasberg milik Freeport-McMoRan Inc.

Perintah darurat telah dikeluarkan dan sekitar 300 pasukan keselamatan tambahan telah dikerahkan ke kawasan perlombongan di utara wilayah berkenaan selepas insiden tembakan yang mengorbankan seorang anggota polis serta mencederakan enam orang pada 17 Ogos lalu.

“Mereka mahu mengganggu operasi Freeport. Freeport kaya tetapi mereka miskin, jadi mereka hanya mahukan keadilan,” kata jurucakap polis Papua, Suryadi Diaz. – REUTERS



Source link

read more

Pembangunan cerun perlu kelulusan JTPKSAS – YDP MPAJ



KUALA LUMPUR: Kelulusan Jawatankuasa Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (JTPKSAS) perlu diperolehi sebelum sebarang pembangunan kawasan cerun di Selangor.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Abd Hamid Hussain berkata, ia langkah susulan seandainya permohonan pembangunan melebihi 25 peratus kawasan cerun atau kelas tiga dan empat di dalam rujukan pihaknya.

Jelasnya, jawatankuasa itu sendiri terdiri daripada Jabatan Perancang Bandar Selangor, Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) selain beberapa jabatan teknikal berkaitan.

“Di antara kandungan garis panduan ini yang mana telah ditetapkan bahawa pembangunan di kawasan tanah tinggi perlu disediakan kawasan buffer mencukupi.

“Di mana kawasan slope biasa tanpa tembok, pembangunan kena ada jarak 1:1, kalau bukit tersebut 50 meter tinggi, jarak di antara rumah dan bangunan kena 50 meter jauh dari kaki cerun.

“Kalau pembangunan ada tembok penahan yang dibina, maka satu jarak yang bersesuaian akan ditetapkan jawatan kuasa teknikal ini, sama ada hampir atau lebih jauh atau sebagainya,” katanya semasa dihubungi di sini hari ini.

BACA: Cerun maut: ‘Pemaju sengaja elak bina penahan cerun’ – Pakar

BACA: Awas! Ini tanda-tanda awal tanah runtuh di cerun

Abd Hamid berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pakar cerun dan tanah runtuh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Tajul Anuar Jamaluddin yang mendakwa segelintir pemaju perumahan dipercayai sengaja mencari alasan untuk tidak membina sebarang penahan cerun dan lereng di kawasan pembinaan kerana kos pembinaan penahan cerun dan lereng melibatkan kos yang tinggi.

Dalam pada itu katanya, pemaju juga perlu lebih awal mengemukakan reka bentuk dan cadangan sebarang permohonan di kawasan cerun kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di lokasi berkenaan.

“Jawatankuasa akan melihat cadangan pemaju dan mengenakan syarat yang digariskan. Sebagai makluman di Selangor ini ada garis panduan cerun bukit dan tanah tinggi yang perlu dipatuhi.

“Kita sangat beri perhatian bagi pembangunan kawasan cerun, semasa pembinaan dibuat, agensi ini akan buat pemantauan teliti supaya apa yang diputuskan jawatankuasa alam sekitar ini dipatuhi pemaju,” jelasnya.



Source link

read more

208 orang disiasat berhubung kegiatan rasuah – Nasional


DUBAI 9 Nov. – Seramai 208 orang telah dipanggil oleh para peguam bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kegiatan rasuah sejumlah AS$100 bilion (RM421 bilion), namun tujuh daripadanya dibebaskan tanpa pertuduhan.

“Berdasarkan siasatan kami sejak tiga tahun lalu, kami menganggarkan sekurang-kurangnya AS$100 bilion (RM421 bilion) telah disalahgunakan melalui rasuah dan penyelewengan sistematik selama beberapa dekad,” kata peguam, Sheikh Saud al-Mojeb menerusi satu kenyataan dikeluarkan. – REUTERS



Source link

read more

Ceritalah ASEAN – Boring is good ASEAN at 50


ASEAN; meet Donald Trump.

Donald Trump; meet ASEAN.

Who will prevail in an encounter between the Great Disruptor and the world’s most boring and protocol-conscious regional grouping?

I’m not betting on Trump.

Attending an ASEAN meeting is like trying to walk backwards through molten palm sugar.

After a while, you just give up and go with the flow… even Rodrigo “Dirty Harry” Duterte has had to behave in the face of ASEAN’s endless, sleep-inducing meetings.

Philippines President Rodrigo Duterte looking bored at the plenary session of ASEAN Summit in Vientiane, Laos, Sept 6, 2016. REUTERS

Just over a year ago, I came up with the idea of relaunching my column – the one you’re reading now – as “Ceritalah ASEAN” (or “Tell Me a Story, ASEAN”).

The concept – meeting and interviewing ordinary people from across this region of 650 million – seemed really exciting.

However, as I got to work hitting the ground, listening to farmers, migrant workers, tourist guides, day-labourers and school teachers from Bassein, to Nam Dinh, Manado and Bacolod, I began to realize that I’d made a little mistake.

Southeast Asia is vibrant, sexy and alive.

ASEAN – as a supranational organisation – is turgid, pompous and comatose at best.

Essentially, ASEAN is the antithesis to everything that makes Southeast Asia interesting.

Its streets are raucous. Its unpredictable.

By comparison, ASEAN is elitist. It’s most comfortable in luxury hotels, resorts and convention centres. Its meetings are well-choregraphed talk-fests.

So while I’m still deeply fascinated, indeed in love with our region, its people and their stories, I find it extremely difficult to muster much enthusiasm for rooms full of bureaucrats.

I still think Southeast Asia’s huge, growing economy (which in 2013 had a combined GDP of USD2.4 trillion) – destined to be the fourth-largest in the world by 2050 according to McKinsey – has boundless potential.

But I gotta be honest: ASEAN has no poetry.

Zero. Zilch.

 The audience attending the 47th ASEAN economic ministers’ meeting in Malaysia, August 2015. REUTERS

There’s no shared emotional connection – unless you can count durian-eating as a form of bonding.

Even our so-called “disagreements” – mostly over the South China Sea – have become predictable as China’s geopolitical and economic influence in our region grows.

Indeed, I would recommend any book (and a great many columns) on ASEAN as a sure-fire cure for insomnia.

More seriously: ASEAN has not really helped to provide the infrastructure as well as jobs that many of its 650 million people desperately need. That task is still very much on the shoulders of individual nation states.

And it has done even less to protect the most vulnerable of that 650 million (several of whom I encountered via this column) from abuse, exploitation and impunity – particularly the region’s migrant workers.

Again, zero.

This is why I can’t conjure up any excitement for the upcoming gathering in Manila – even though it’s the 50th anniversary and Trump is apparently staying for the whole event.

Yawn.

Given what snore-fests these ASEAN meetings are – one has a feeling he will regret even showing up at all.

Obama yawns during plenary session of 21st ASEAN and East Asia summits in Phnom Penh, Nov 2012. - REUTERS

Quite frankly – it really doesn’t matter, in the grand scheme of things, whether he’s there or not.

Foreign policy pundits will argue that his attendance is to reassure the region that America isn’t “retreating from the Asia-Pacific/the World” – but is this really the case?

The barometer of American (and for that matter, Chinese) power and influence in the region – is hardly dependent on whether its leaders attend a boring round of speeches as well as an awkward “family photo” in the host nation’s traditional garb.

People cry “but it’s the optics.”

Trust me: this is one case where optics really, really does not matter – at least in the long run.

Perhaps it’s time we stop believing that our region’s peace, prosperity and reputation is at stake at every Summit.

But maybe I am being too hard on ASEAN.

It did, after all, achieve its purpose of keeping Southeast Asia relatively peaceful and neutral in the decades since its formation via the 1967 Bangkok Declaration.

And maybe boring IS good – at least with regards to ASEAN’s diplomatic agenda?

When the grouping was first conceived in the height of the Cold War, Southeast Asia was a cauldron with distrust, suspicion and outright violence at every corner – from Vietnam to Cambodia, Malaysia and Indonesia.

ASEAN provided a neutral platform to bring states together, to build trust and familiarity.

It’s been a long, arduous process with, arguably, the normalization of Indonesia and the Indochinese states at the core of its agenda.

The sheer, grinding tedium and rigidity of the ASEAN process – the communiques and set-piece speeches—exhausts all our leaders to such an extent that they often don’t have the energy or interest to scheme and plot against one another.

Instead, all they want to do is escape.

And maybe, just maybe: that should be enough for us in the region?

We can and certainly should focus on building business-to-business, media-to-media and people-to-people ties regardless of what happens in ASEAN.

Regional integration – especially in Southeast Asia – must be driven from the ground-up.

So Donald, don’t even try to be too clever.

ASEAN is structured and crafted to defeat and subsume grand-standing and point-scoring.

Grab a durian and head for the corner seat.



Source link

read more

THP nafi dakwaan terlibat dalam pengubahan wang haram



KUALA LUMPUR: TH Properties Sdn Bhd (THP), anak syarikat pembangunan milik penuh Lembaga Tabung Haji (TH), hari ini menafikan tuduhan penglibatannya dalam aktiviti pengubahan wang haram.

Tuduhan yang tidak berasas ini telah dibuat oleh seorang blogger yang mengandaikan TH mempunyai peranan dalam aktiviti pengubahan wang haram yang dimiliki oleh Putera Al-Waleed bin Talal, kata THP dalam satu kenyataan.

Tuduhan itu dibuat berdasarkan kepada satu laporan berita pada bulan Mac 2017 yang menyebut Crestmount Capital, sebuah dana dari Timur Tengah yang dijalankan oleh Putera Khaled, anak lelaki kepada putera Al-Waleed bin Talal, telah membuat pelaburan sebanyak US$100 juta ke dalam Piety Investments, sebuah syarikat pemaju hartanah di Sydney.

“Dakwaan TH serta anak syarikatnya terlibat dalam pengubahan wang haram adalah palsu dan tidak berasas.

“TH dan anak syarikatnya berpegak kepada hak untuk mengambil tindakan selanjutnya dalam hal ini,” katanya.

TH mempunyai beberapa pelaburan dengan Piety Group dalam projek pembangunan kediaman di Sydney.

Semua pelaburan telah dibuat secara langsung oleh THP daripada dana dalaman, THP tidak pernah memohon atau memperolehi dana daripada Crestmount Capital mahupun pelabur-pelabur asing yang lain, jelas THP.

THP telah mendapat semua kelulusan daripada pihak berkuasa Malaysia dan Australia untuk projeknya di Sydney.

“THP tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang urusan (jika ada) antara Crestmount Capital dan Piety Group. Tuduhan bahawa dana dari Crestmount telah tercemar hanya dibuat oleh blogger terbabit sahaja, yang mana dia harus bertanggungjawab” kata THP.

Sebagai sebuah organisasi dengan tanggungjawab kepada para pendeposit, TH Group memandang serius tuduhan palsu yang boleh membawa kesan buruk kepada reputasinya dan mewujudkan kebimbangan tidak berasas di kalangan pendeposit.

“TH Group sentiasa memastikan bahawa perniagaan dan pelaburannya dijalankan dengan efektif, selaras dengan prinsip-prinsip Islam melalui tadbir urus korporat dan prinsip-prinsip perniagaan yang terbaik yang memberikan keutamaan kepada integriti, ketelusan dan kebertanggungjawaban,” kata THP.

–BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons