Arab Saudi, Kuwait gesa rakyat keluar dari Lebanon – Nasional


RIYADH 10 Nov. – Arab Saudi dan Kuwait menggesa rakyatnya meninggalkan Lebanon serta merta beberapa hari selepas Perdana Menteri negara itu, Saad Hariri mengumumkan peletakan jawatannya semasa mengunjungi bandar ini.

Sumber Kementerian Luar Arab Saudi memaklumkan, ekoran situasi di Lebanon, kerajaan meminta rakyatnya yang melawat atau menetap di negara itu meninggalkannya secepat mungkin dan menasihatkan mereka tidak mengunjungi negara berkenaan.

Agensi berita Kuwait (KUNA) pula yang memetik sumber Kementerian Luar turut menyeru `semua rakyatnya meninggalkan Lebanon serta merta’ dan mengelak ke negara itu sebagai langkah keselamatan. – AFP

 



Source link

read more

Trilogi terbaharu Star Wars bakal diarahkan oleh pengarah Last Jedi



LOS ANGELES: Pengarah  filem sains fiksyen ‘The Last Jedi’, Rian Johnson akan menulis dan mengarahkan trilogi baru Star Wars, umum Disney hari ini.

Bagaimanapun tiada butiran yang dikongsikan berkenaan projek terbaru itu, tetapi syarikat itu secara jelas menyatakan bahawa ia akan memperkenalkan watak baru dan akan terpisah sepenuhnya dari saga Skywalker.

Trilogi baru ini adalah petanda bahawa Disney sangat gembira dengan hasil kerja Johnson ke atas The Last Jedi, yangbakal  ditayangkan pada 5 Disember ini.

“Kami semua suka bekerja dengan Rian dalam The Last Jedi. Rian bakal melakukan perkara yang luar biasa dengan kanvas kosong trilogi baru ini,” kata Presiden Lucasfilm Kathleen Kennedy, dalam satu kenyataan.



Source link

read more

AS, New Zealand menang pertikaian import dengan Indonesia – Nasional


WASHINGTON 10 Nov. – Amerika Syarikat (AS) dan New Zealand berjaya dalam pertikaian perdagangan dengan Indonesia berhubung larangan import daging, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) memutuskan tindakan Indonesia mengehadkan import produk hortikultur dan haiwan dari negara-negara berkenaan adalah menyalahi undang-undang perdagangan dunia.

Indonesia berpendirian bahawa negaranya perlu melindungi pengguna daripada makanan yang tidak mematuhi standard halal Islam namun WTO menegaskan negara itu tidak mengemukakan bukti untuk menyokong tindakan tersebut. – AFP

 



Source link

read more

DANA RAKYAT SELANGOR “HANGUS” LAGI!!! ~ SEMUT HITAM


Nampak gayanya pendedahan demi pendedahan dilakukan secara terbukan terhadap kepincangan yang berlaku dalam pentadbiran Rejim Pakatan Selangor pimpinan Si Azmin Ali tu.

Sehingga ke hari ini, ternyata banyak projek diluluskan dengan nilai yang tidak munahsabah dan cara yang amat meragukan itu dilakukan sebaik sahaja selesai Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Sebelum ini SAMM telah membuat beberapa pendedahan yang masih belum dijawab, antaranya ialah mengenai projek ubah suai ringan pintu gerbang dengan kos bernilai hampir RM10juta.

Hanya jawapan selamat diberi kononnya projek ini adalah dari wang penderma yang didahulukan kosnya. Malah salah seorang Adun PKR Selangor menjaja nama Istana untuk menyelamatkan diri.

Bahkan Si Menteri Besar Selangor itu juga gagal memberikan penjelasan mengenai kepentingan wang rakyat sebanyak RM65.03j dibazirkan untuk kerja mengganti kubah dan pejabat Masjid Shah Alam.

Apabila perkara itu dibangkitkan oleh pihak wartawan, Si Menteri Besar Selangor tu marah dan suruh wartawan menjawab dengan tuhan, kerana ganti kubah mahal untuk bela syiar islam.

Persoalannya, berapa banyak institusi Islam, sekolah – sekolah agama, pusat ilmu dan kebajikan Islam yang mampu terbela dengan jumlah wang RM69.04 juta yang diambil dari dana rakyat?

Dan yang terbaru, geng SAMM mendapat dokumen untuk sebuah projek di bawah tajuk “Cadangan menyiapkan tempat letak kereta Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam”.

Projek ini diluluskan kepada sebuah syarikat dengan nilai RM43juta. Soalnya apakah relevannya RM43juta dibazirkan hanya untuk menyiapkan PARKIR sebuah perpustakaan? 

Lebih jenaka lagi melalui carian di media, perpustaan itu sendiri disiapkan hanya dengan kos RM60 juta sahaja (sebelum azmin MB). Dalam erti kata mudahnya tempat letak kereta hampir sama harga dengan perpustakaan?

Kegilaan apakah yang cuba dipamerkan oleh Si Azmin Ali ni? Soalnya, sampai bila perkara seperti itu harus diteruskan? Berapa banyak lagi duit rakyat Selangor akan dibazirkan oleh Si Menteri Besar yang rakus nak jadi Perdana Menteri tu nanti!!!




Source link

read more

Penyanyi Indonesia Virgoun syukur muzik video raih 100 juta tontonan



Penyanyi Indonesia, Virgoun bersyukur kerana muzik video single pertamanya, Surat Cinta Untuk Starla meraih 100 juta tontonan di laman YouTube dalam masa tiga bulan.

“Sebenarnya, muzik video saya sudah dikeluarkan di YouTube semenjak Februari 2016. Peningkatan tontonan bermula pada penghujung 2016.

“Awal 2017, Surat Cinta Untuk Starla mula mencuri perhatian ramai pihak dan menjadi viral. Bayangkan, dalam masa tiga bulan selepas viral, lagu itu berjaya meraih 100 juta tontonan.

“Pencapaian itu menjadikan lagu saya sebagai lagu Indonesia pertama yang berjaya memecahkan rekod meraih 100 juta tontonan di laman YouTube.

“Sehingga kini, muzik video tersebut meraih hampir 170 juta tontonan. Saya tak sangka lagu Surat Cinta Untuk Starla berjaya sehingga ke tahap ini dan saya sangat bersyukur atas pencapaian ini,” katanya ketika ditemui sewaktu sesi promosi lagu tersebut di Red Box Pavilion, baru-baru ini.

Tambah Virgoun, dia mengharapkan tuah lagu ini untuk menembusi pasaran Malaysia.

“Saya berharap lagu ini dapat mencuri tumpuan peminat muzik Malaysia. Saya menyimpan impian untuk menembusi pasaran Malaysia dan berharap lagu ini dapat merealisasikan cita-cita saya,” katanya lagi.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @virgoun_

 



Source link

read more

England resah, Butland patah jari – Bola Sepak


LONDON 10 Nov. – England menerima tamparan hebat menjelang persahabatan menentang Jerman dan Brazil apabila penjaga golnya, Jack Butland mengalami kecederaan patah jari semasa menjalani latihan hari ini.

“Penjaga gol kini telah dipulangkan semula ke Stoke City untuk dinilai oleh kakitangan perubatan (Liga Perdana Inggeris),” kata Persatuan Bola Sepak England dalam satu kenyataan hari ini.

Buat masa ini, tiada penjaga gol baharu dipanggil, menyaksikan sama ada Joe Hart dan Jordan Pickford dipilih untuk berdepan juara Piala Dunia 2014, Jerman di Stadium Wembley hari ini.

Gareth Southgate yang membimbing skuad Three Lions kini kian ketandusan pemain ekoran dibelenggu kecederaan seperti Raheem Sterling, Fabian Delph, Jordan Henderson dan trio Tottenham Hotspur Dele Alli, Harry Kane dan Harry Winks.

England kemudian akan berdepan Brazil di Wembley, Selasa ini.- REUTERS



Source link

read more

Hartalega innovates glove industry | Astro Awani



KUALA LUMPUR: Hartalega jointly developed the patented technology with United Kingdom-based Antimicrobial R&D specialists Chemical Intelligence Limited. They are making a world-first process for incorporating antimicrobial activity in medical examination gloves.

The antimicrobial activity is concentrated at the outer surface of the gloves and does not leach out.

Bacteria coming into contact with the glove surface will be exposed to the antimicrobial activity which, in independent testing, has achieved up to a 5-log (99.999%) kill within five minutes of contact.

Tests of the efficacy of the antimicrobial medical examination gloves against important viruses and fungi that causes infections are underway.

The antimicrobial medical examination gloves can provide an additional layer of protection against hospital-acquired infections.

Hartalega has been manufacturing latex gloves since 1988 and has a current available capacity of producing over 29 billion gloves annually.

They are currently the largest producer of nitrile gloves in the world and exports to over 60 countries across five continents.

Mr Kuan Mun Leong, Managing Director of Hartalega Holdings Berhad, said, “Once again demonstrating Hartalega’s passion for innovation, this is a game-changer that is set to elevate Malaysia’s glove manufacturing industry and have potentially far-reaching effects on the global healthcare sector.

Traditionally, medical examination gloves are a passive barrier to reduce the risks of transmission of infection in healthcare settings. With this state-of-the-art technology, we are able to develop gloves that provide active protection.”

Hospital-acquired infections are frequently transmitted to patients by the hands of healthcare practitioners, as contamination can occur when taking a patient’s pulse, blood pressure, or temperature, or from contact with surfaces near patients.

Research has found that on an annual basis, hospital-acquired infections affect approximately 2 million hospital patients in the United States, resulting in 90,000 deaths and additional costs of USD28 to USD45 billion.

In the European Union, hospital-acquired infections affect 4.1 million patients per year, resulting in 37,000 deaths and additional costs of 7 billion euros, as reported by the European Centre for Disease Prevention and Control.

Many hospital-acquired infections are resistant to multiple antibiotics which makes them difficult to treat.



Source link

read more

Ada apa dengan dua tasik di USM Pulau Pinang



GELUGOR: Tasik Harapan dan Tasik Aman yang terletak di Universiti Sains Malaysia (USM) menyimpan seribu satu rahsia ketika Pulau Pinang dilanda banjir.

Dua tasik ini berkeupayaan mencegah banjir di kawasan sekitarnya.

Menurut Pengarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Sungai dan Saliran Bandar (REDAC) USM, Profesor Dr Nor Azazi Zakaria, Sungai Gambir yang diwujudkan sejak penubuhan USM hampir 50 tahun lalu berperanan sebagai titik transit dan kawasan tadahan air sebelum ia mengalir ke laut.

Kewujudan dua tasik ini memberi impak luar biasa dalam pelan mitigasi banjir sama ada di kampus mahu pun kawasan sekitar termasuk Sungai Dua dan Batu Uban.

Menurut Nor Azazi, Tasik Aman yang berkeluasan 0.8 hektar dan Tasik Harapan berkeluasan 0.6 hektar ini perlu dinaik taraf dan pihak USM memerlukan sokongan serta bantuan pelbagai pihak.

Antara proses menaik taraf kedua-dua tasik ini ialah meningkatkan kualiti serta warna air kepada Tahap Dua.

Keseluruhan proses ini melibatkan kos RM6 juta.

Beliau berharap pihak berwajib memberi tumpuan kepada kepentingan dua tasik yang mencetuskan impak luar biasa ketika mendepani bencana banjir seperti yang berlaku pada Ahad lalu.  



Source link

read more

Victoria Beckham sempoi hanya berbaju tidur ketika fotografi Vogue


JIKA sebelum ini penyanyi Victoria Beckham terkenal dengan penampilan yang seksi dan bergaya, tetapi tidak untuk gaya terbaharunya di majalah Vogue.

Isteri kepada bintang bola sepak dunia, David Beckham itu tampil dengan hanya berbaju tidur untuk sesi penggambaran majalah tersebut. Berkata kepada Vogue, Victoria mendedahkan dia pernah berpakaian tidak sempurna dan memalukan  sebelum berada di dalam kumpulan Spice Girls.

Pun begitu hasil daripada gambar sesi fotografi itu Victoria yang memakai baju tidur nampak sangat santai dan bergaya dengan caranya tersendiri.

Ibu kepada empat orang anak itu bakal tampil dengan gaya tersebut dalam majalah Vogue edisi Disember ini.

Sumber: Daily Mail



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons