KUALA LUMPUR 10 Nov. – Beberapa kawasan dekat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (SUIAM), Gombak, Selangor ditenggelami air selepas hujan lebat hampir dua jam.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4.30 petang tadi di kampus utama itu melibatkan beberapa kawasan antaranya, kawasan Riverside, Jalan Al-Ghazali, Malhallah Farouq-Uthman, jalan menuju ke pintu tiga dan jalan utama ke kuaters kakitangan UIAM.

Walau bagaimanapun, menurut Pegawai Perhubungan Awam UIAM, Roslan Rusli memaklumkan hujan yang terlalu lebat menyebabkan berlakunya banjir kilat dalam kampus.

“Kejadian sedemikian bukan pertama kali berlaku di UIAM dan pernah terjadi sebelum ini apabila hujan lebat turun hampir dua jam.

“Bagaimanapun, insiden banjir itu tidak memberi kesan yang teruk pada bangunan seperti pejabat dan bilik kuliah ataupun kolej kediaman mahasiswa.

“Hanya terdapat beberapa pejabat dan bilik kuliah yang terletak di kawasan yang rendah digenangi air pada paras buku lali sahaja,” katanya kepada Utusan Online

Tambah beliau, mahasiswa dan ibu bapa tidak perlu risau mengenai insiden tersebut sementara pihak UIAM sudahpun mengambil tindakan sewajarnya.

Roslan memberitahu lagi, kerja-kerja membina tebatan banjir seperti melebar dan mendalamkan sungai dan longkang sedang dijalankan supaya kejadian sama tidak berulang.

“Walaupun hari ini banjir kilat melanda beberapa kawasan dalam kampus, namun istiadat konvokesyen yang akan berlangsung esok tetap berjalan seperti yang telah dijadualkan,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: