Banjir: Semua pusat pemindahan di P. Pinang ditutup – Nahas & Bencana


BUKIT MERTAJAM 11 Nov. – Banjir yang melanda daerah Seberang Perai Tengah (SPT) sejak seminggu lalu pulih sepenuhnya apabila kesemua pusat pemindahan ditutup pukul 4 petang tadi.

Ketua Polis SPT, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Hamid berkata, kesemua 220 mangsa daripada 65 keluarga yang ditempatkan di Dewan Guar Jering sejak kira-kira seminggu lalu telah dibenarkan pulang ke rumah masing -masing sejak awal pagi tadi.

Awal pagi tadi juga, kesemua pusat pemindahan Seberang Perai Utara (SPU) juga ditutup dengan 307 mangsa terakhirdi Sekolah Agama Lebuh Banting, Tasek Gelugor dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Dalam pada itu orang ramai perlu terus berjaga-jaga berikutan ramalan ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang berterusan sehingga awal malam ini di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi petang ini, cuaca sama juga dijangka melanda daerah Kerian,Larut, Matang (amp) Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar,Kinta, Kampar, Muallim dan Batang Padang di Perak serta daerah Cameron Highlands,Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh di Pahang.

Daerah Jeli, Lojing dan Gua Musang di Kelantan juga diramal mengalami cuaca buruk sedemikian.

Bantuan kepada mangsa banjir juga semakin meningkat dan terbaharu Pusat mengumpul bantuan banjir ke Pulau Pinang dibuka di Padang Kelab Belia Kampung Baru, Ampang Kuala Lumpur.

Presiden​ Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah berkata, pusat itu akan dibuka selama 10 hari bermula pukul 10pagi hingga 10 malam.

“Kalau boleh kita kurangkan bantuan wang tunai di pusat ini yang ditubuhkan dengan kerjasama 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pelbagai kaum.

“Ketika ini, kita memerlukan bantuan dalam bentuk makanan dan pakaian bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Pulau Pinang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pusat kumpulan bantuan itu di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Kanak-kanak maut dua parah lori sawit terbabas



BEAUFORT: Seorang kanak-kanak lelaki warga asing berusia lapan tahun maut manakala ibunya dan seorang lelaki parah selepas lori 10 tan membawa muatan kelapa sawit yang dinaiki mereka terbabas sendiri sebelum terbalik dalam kejadian di Jalan Ulu Maraba, Beaufort, hari ini.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, mangsa dikenali sebagai Dias Aprianshah Irwanshah meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan serius di kepala manakala ibunya, Endang Susilawati, 35, dan pemandu lori terbabit parah di seluruh anggota badan dan kini masih mendapatkan rawatan di Hospital Beaufort.

Terdahulu, dua beranak itu dikatakan menaiki lori yang dipandu seorang lelaki tempatan, 39, dan difahamkan dalam perjalanan dari Kampung Ulu Maraba menuju ke kilang sawit berhampiran kawasan Lumadan, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Azmir Abdul Razak berkata, siasatan awal mendapati sebaik sahaja lori dinaiki ketiga-tiga mangsa tiba di lokasi kejadian, kenderaan berkenaan hilang kawalan lalu terbabas dan terbalik di jalan.

“Impak kemalangan itu menyebabkan seorang kanak-kanak lelaki maut di lokasi kejadian manakala ibunya dan juga pemandu lori terlibat turut mengalami kecederaan parah.

“Semua mangsa sudah dibawa ke Hospital Beaufort tindakan lanjut termasuklah mayat kanak-kanak berkenaan,” katanya.

Menurut beliau, berdasarkan siasatan awal polis, punca kemalangan itu adalah disebabkan kegagalan pemandu lori terbabit mengawal kenderaannya dengan baik sehingga terbabas dan mengakibatkan kematian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.



Source link

read more

Penduduk hilang di laut ditemukan selamat – Nahas & Bencana


KUANTAN 11 Nov. – Dua penduduk Pulau Tioman, Rompin dekat sini yang dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di pulau peranginan tersebut Rabu lalu ditemukan selamat hari ini.

Difahamkan, kedua-dua mereka ditemukan pukul 4 petang ini di Pulau Jemaja, Indonesia dan sedang dirawat di hospital di sana.

Bot mereka dikatakan kehabisan minyak sebelum hanyut dibawa arus ke kawasan pulau tersebut yang terletak kira-kira 180 kilometer dari Rompin.

Akhbar sebelum ini melaporkan, dua penduduk Pulau Tioman dikhuatiri lemas selepas bot laju dinaiki mereka dilaporkan hilang, Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang berkenaan, Amat Muhamad, 50, dan Mohd. Abdul Lattif Kasim, 20, dilaporkan hilang selepas bertolak dari Jeti Sungai Puteri, Rompin.

Laporan kehilangan mereka dibuat oleh abang seorang daripada mangsa selepas mendapati ahli keluarganya itu tidak pulang ke rumah. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

OKU bukan penghalang untuk cemerlang akademik



KUALA LUMPUR: Kekurangan fizikal tidak mematahkan semangat seorang gadis genit orang kelainan upaya (OKU) untuk melakar kejayaan dan dinobat penerima Anugerah Pencapaian Khas Akademik pada Majlis Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM ) ke- 33 di sini.

Nurina Mohd Suhili, 23, lulusan Fakulti Seni Bina dan Reka Bentuk Persekitaran UIAM yang dilahirkan kerdil, berkata beliau mahu menjadi inspirasi kepada anak muda untuk cemerlang dalam kehidupan.

“Tipulah kalau saya kata saya tak rendah diri… pernah terfikir kenapa saya tak macam mereka? Kakak kembar saya dilahirkan dengan saiz macam orang lain, ibu bapa saya juga bukan orang kerdil, mereka semua normal.

“Emak pesan agar yakin dan reda dengan pemberian Allah. Sejak dulu saya berazam mahu jadi lebih baik daripada kakak (kembar) yang kini sedang belajar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor… dia pembakar semangat saya,” katanya yang merupakan antara 5,165 graduan yang menerima ijazah masing-masing pada majlis konvokesyen kali ini..

Nurina bercakap kepada pemberita selepas menerima anugerah khas berkenaan yang disampaikan Presiden UIAM Tan Sri Dr Rais Yatim pada sesi pertama konvokesyen yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini di Dewan Utama Pusat Kebudayaan UIAM, Kampus Gombak.

Nurina berkata sebagai seorang yang dilahirkan kerdil, pelbagai cabaran perlu dihadapi apabila keluar rumah dan bertemu orang ramai, terutamanya sebagai pelajar kerana kekangan kemudahan di kampus yang kurang mesra OKU kategorinya.

“Kerap juga rasa nak putus asa dengan semuanya. Namun berkat doa ibu bapa saya serta mereka tidak jemu beri semangat, dari situ saya sedar yang saya kena banggakan mereka, saya tak boleh bazirkan wang dan titik peluh mereka yang ingin lihat saya berjaya.

“Selain itu, saya buat perancangan dari segi masa, jadual dan setiap pergerakan saya ke kelas atau ke mana sahaja, semua perlu diatur agar tidak timbul masalah,” katanya yang turut menyifatkan diri bertuah dikelilingi rakan dan pensyarah yang banyak membantu.

Bapa Nurina, Suhili Hasan, 58, ketika ditemui pemberita berkata tiada apa yang mampu dilakukan selain memberi dorongan dan doa buat anak gadisnya itu.

“Saya bersyukur dengan kejayaan dia (Nurina). Anak saya ni cukup sifat, cuma saiz dia sahaja yang berbeza daripada orang lain. Apa yang mampu saya usahakan untuk dia, saya akan buat, tetapi kuncinya minta pada Allah yang maha memberi,” katanya ringkas.

Pada sidang pertama konvokesyen hari ini, beberapa anugerah lain turut disampaikan antaranya Anugerah Pelajar Diraja yang diberikan kepada graduan Fakulti Perubatan Siti Aisyah Mohd Ramli dan Muhammad Adli Amirullah daripada Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Sains, Anugerah Keseluruhan Pelajar Terbaik, Sara Abdul Rahim (Ekonomi dan Pengurusan Sains).

Anugerah Presiden milik Muhamad Aznor Aqwa Azman (Perubatan), Anugerah Rektor pula diterima Nadia Shaheerah Suaib (Kejuruteraan) dan Anugerah Budi diberikan kepada Farah Nabilah Abdul Rahman lulusan Fakulti Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan.

— BERNAMA



Source link

read more

Kelantan gugur separuh muka lama – Bola Sepak


KOTA BHARU 11 Nov. – Kelantan melakukan perubahan drastik dengan mengugurkan hampir separuh pemain lama untuk mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim hadapan.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, sehingga kini seramai 20 pemain telah disenaraikan untuk membarisi pasukan Kelantan pada musim hadapan.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut, hanya seorang pemain import yang dikekalkan bersama pasukan iaitu Morgaro Gomis.

“Majoriti pemain yang membarisi pasukan Kelantan pada musim hadapan adalah pemain muda yang terdiri daripada skuad Piala Presiden.

“Pemain senior tidak ramai yang dikekalkan, manakala tiga pemain iaitu kapten Mohd. Badhri Radzi, Mohd. Norfarhan Muhammad dan Indra Putra Mahayudin sedang dalam rundingan,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma Kafa di sini hari ini.

Yang turut hadir, Presiden Kafa, Bibi Ramjani Ilias Khan

Antara muka lama yang kekal bersama The Red Warriors (TRW) musim depan ialah Khairul Fahmi Che Mat, Faizol Nazlin Sayuti,Farisham Ismail,  Faris Shah Rosli serta kepulangan semula pemain yang dipinjamkan kepada Negeri Sembilan, Nik Mohd. Shahrul Azim Ab. Halim.

Skuad itu juga diperkukuhkan dengan kehadiran pemain Piala Presiden iaitu Mohd Danial Asyraf Abdullah, Nik Azli Nik Alias, Nik Akif Syahiran Nik Mat, Mohd Syaiful Alias dan Mohd. Imran Samso.

Pemain senior yang digugurkan adalah Nor Hafiz Zamani Misbah, Daudsu Jamaluddin, Zairul Fitri Ishak, S. Subramanian, Aziz Ismail, Hasmizan Kamaruddin dan tiga pemain import. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

15 rumah musnah dalam kebakaran di Kuala Perlis



KUALA PERLIS: Sebanyak 15 buah rumah termasuk sebuah rumah kedai musnah dalam kebakaran di Kampung Seberang Tok Pi, dekat sini awal pagi ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perlis Mohd Fadzil Haroon berkata, pihaknya menerima panggilan pada 2.37 pagi dan sampai ke lokasi pada 2.43 pagi.

Mohd Fadzil berkata operasi memadamkan kebakaran yang turut memusnahkan sebuah bot nelayan itu dapat dikawal sejam kemudian.

“Sebanyak tiga balai bomba terlibat iaitu dari Simpang Empat, Kuala Perlis dan Kangar dengan tiga jentera dikejarkan ke tempat kejadian,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini, hari ini.

Sebanyak enam Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di sekitar Perlis dan Kedah turut membantu memadamkan kebakaran.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran juga masih disiasat, katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Vingada mula terasa bahang – Bola Sepak


BURIRAM 11 Nov. – Selepas dibelasah Korea Utara 1-4 dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2019 semalam, ketua jurulatih skuad kebangsaan Nelo Vingada kini dihantui tekanan susulan beberapa siri kekalahan sejak mengemudi Harimau Malaya, Mei lalu.

 

Selain tekanan peminat bola sepak yang mahu melihat skuad negara bangkit, persoalan berhubung kedudukan Vingada selaku jurulatih juga turut menjadi topik, semasa sidang media selepas perlawanan di Stadium i-mobile di sini malam tadi.

Berasal dari Portugal, jurulatih berusia 64 tahun ini mempunyai pengalaman kerjaya yang sungguh baik, sebelum ini mengemudi skuad kebangsaan Arab Saudi, jarang mempamerkan emosinya dan menjawab dengan tenang mengenai masa depannya selaku ketua jurulatih Harimau Malaya.

Mengenai jawatan saya, semuanya bergantung kepada TMJ (Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia),” katanya dan menambah beliau mempunyai kontrak dua tahun dengan FAM.

Menurut Vingada, beliau telah berusaha yang terbaik untuk menghidupkan kembali kegemilangan skuad bola sepak negara dan mengingatkan perjalanan untuk meraih kejayaan masih panjang dengan banyak rintangan dan halangan yang perlu diatasi.

“Saya kecewa dengan kekalahan teruk semalam tetapi saya tidak akan berputus asa,” katanya dan menambah pemain telah berjaya menunjukkan peningkatan dan standard permainan Harimau Malaya dengan pasukan lain tidak jauh bezanya.

Lawan mereka malam tadi, mempunyai tahap yang lebih tinggi daripada Malaysia, iaitu Korea Utara pernah menyertai Piala Dunia dan kini berada di kedudukan ranking ke-132 dunia.

Bermain dalam stadium yang hampir kosong kecuali dengan kehadiran beberapa warga Malaysia, peminat Korea Utara dan penonton Thailand, pemain Jorn Andersen, sebahagian daripadanya kini menyertai Liga terkemuka di Jepun dan Eropah, dengan mudah menembusi benteng pertahanan Harimau Malaya dengan hantaran tepat dan silang.

“Mereka (Korea Utara) standardnya lebih baik daripada kita,” kata Vingada, juga mengakui perbezaan fizikal antara kedua-dua pasukan juga memberi kelebihan tambahan kepada lawan terutama menguasai hantaran bola tinggi.



Source link

read more

Tiga lot banglo Taman Zoo View Ampang diarah dikosongkan



KUALA LUMPUR: Bimbang keselamatan terancam, tiga buah keluarga di banglo Jalan Lee Yun, Taman Zoo View Ampang diarah mengosongkan kediaman mereka selepas cerunan bukit runtuh sehingga menutup sebahagian laluan masuk.

Kejadian berpunca daripada hakisan tanah ketika hujan lebat selama beberapa jam.

Menurut Timbalan Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Ariff Mohamed Kassim, runtuhan mampu mengundang bahaya kepada pemilik rumah berkenaan berikutan jarak belakang premis hanya sekitar 4.5 meter.

“Kita dapati masih lagi berlaku pergerakan pada tanah tersebut dan beberapa pokok didapati tumbang sehingga pukul 7 petang tadi.

“Agensi bantuan seperti TNB dan MPAJ datang bersama untuk membantu membersihkan pokok yang tumbang sepanjang jalan ini,” katanya.

Sebuah jentera dari balai Bomba dan Penyelamat Ampang turut bergegas ke lokasi kejadian.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.



Source link

read more

Kampung Baru: Syurga makanan warisan Melayu ibu kota – KL & Putrajaya


KUALA LUMPUR 11 Nov. – Program Festival Makanan dan Kesenian Kampung Baru 2017 dilihat sebagai pemangkin sekali gus mampu melonjak destinasi Kampung Baru di sini sebagai syurga makanan Melayu dan tradisional mampu merealisasikannya sebagai produk pelancongan baharu ibu negara.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, peranan Kampung Baru yang menjadi satu-satunya kawasan kampung warisan di tengah-tengah bandar memberi nilai tambah bagi mempromosikannya sebagai hab pelancongan makanan warisan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa berkata, pelbagai jenis makanan dari seluruh pelosok negeri dapat ditemui di Kampung Baru baik dari Utara ke Selatan mahupun aneka juadah tempatan dari Pantai Timur mudah diperoleh warga kota dalam satu kawasan setempat.

“Bagi menggalakkan usahawan makanan tempatan bergiat aktif dan pergerakan mobilitinya mudah dan teratur penggunaan ‘food truck’ adalah satu medium baharu yang beri kemudahan kepada usahawan muda berdaya saing dan kreatif berniaga.

“Peruntukan RM120 juta sedia diagihkan kepada mana-mana peniaga berminat melalui permohonan menerusi Bank Rakyat dalam proses pemilihan berdasarkan kriteria tertentu,” katanya selepas merasmikan festival berkenaan yang dianjurkan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi PKB, Datuk Affendi Zahari Datuk serta Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari yang sempat melawat gerai-gerai jualan sambil beramah mesra bersama kira-kira 3,000 warga kota dan pelancong asing yang teruja mencuba pelbagai aneka juadah.

Dalam perkembangan lain beliau berkata, kerajaan akan memantau harga minyak dengan mengekalkan cara berbelanja yang berhemah dan mengekalkan formula harga yang masih ditentukan melalui apungan harganya dan ini di luar kawalan kerajaan.

Namun demikian, katanya, apa yang mampu kerajaan lakukan adalah memberi bantuan insentif golongan memerlukan supaya mereka tidak jatuh ke paras kemiskinan.

“Sampai satu peringkat kenaikan harganya memerlukan kerajaan membuat perbincangan, kita akan bincang namun harga terkini masih boleh dikawal kalau dibandingkan harga yang pernah dicatat pada tahun 2008 iaitu RM2.70 seliter,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

BiKUM beri akaun SSPN-i percuma kepada mangsa banjir – Shamsul Anuar



BUKIT MERTAJAM: Biro Kebajikan UMNO (BiKUM) akan memberi akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) percuma kepada lebih 3,000 pelajar Tahun 1 yang terlibat dengan bencana banjir di Pulau Pinang.

Pengerusi BiKUM Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata BiKUM telah memberikan sumbangan kepada kira-kira 7,000 keluarga di 11 kawasan di Pulau Pinang yang terlibat dengan bencana itu terutama di Kepala Batas, Permatang Pauh dan Tasek Gelugor.

“Kami juga memberi pelbagai sumbangan dan rawatan perubatan percuma melalui BiKUM Medic Team. BiKUM juga menyumbang kepada lebih 3,000 pelajar Tahun 1 akaun SSPN-i percuma dengan jumlah sumbangan bernilai RM320,000 secara keseluruhannya,” katanya pada program UMNO Bantu Rakyat 2.0 di sini hari ini.

Beliau yang juga pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berkata peminjam PTPTN yang terlibat dalam bencana banjir juga akan diberi kelonggaran dalam soal bayaran balik dan mereka perlu mengemukakan bukti bahawa mereka terlibat dengan bencana itu.

“Apa pun BiKUM memahami apa yang kita sumbangkan ini tidak sebesar mana, namun ia adalah tanda rasa simpati kita kepada mereka yang mengalami musibah dalam bencana itu,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons