BUKIT MERTAJAM 11 Nov. – Banjir yang melanda daerah Seberang Perai Tengah (SPT) sejak seminggu lalu pulih sepenuhnya apabila kesemua pusat pemindahan ditutup pukul 4 petang tadi.

Ketua Polis SPT, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Hamid berkata, kesemua 220 mangsa daripada 65 keluarga yang ditempatkan di Dewan Guar Jering sejak kira-kira seminggu lalu telah dibenarkan pulang ke rumah masing -masing sejak awal pagi tadi.

Awal pagi tadi juga, kesemua pusat pemindahan Seberang Perai Utara (SPU) juga ditutup dengan 307 mangsa terakhirdi Sekolah Agama Lebuh Banting, Tasek Gelugor dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Dalam pada itu orang ramai perlu terus berjaga-jaga berikutan ramalan ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang berterusan sehingga awal malam ini di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi petang ini, cuaca sama juga dijangka melanda daerah Kerian,Larut, Matang (amp) Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar,Kinta, Kampar, Muallim dan Batang Padang di Perak serta daerah Cameron Highlands,Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh di Pahang.

Daerah Jeli, Lojing dan Gua Musang di Kelantan juga diramal mengalami cuaca buruk sedemikian.

Bantuan kepada mangsa banjir juga semakin meningkat dan terbaharu Pusat mengumpul bantuan banjir ke Pulau Pinang dibuka di Padang Kelab Belia Kampung Baru, Ampang Kuala Lumpur.

Presiden​ Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah berkata, pusat itu akan dibuka selama 10 hari bermula pukul 10pagi hingga 10 malam.

“Kalau boleh kita kurangkan bantuan wang tunai di pusat ini yang ditubuhkan dengan kerjasama 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pelbagai kaum.

“Ketika ini, kita memerlukan bantuan dalam bentuk makanan dan pakaian bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Pulau Pinang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pusat kumpulan bantuan itu di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: