Pemain Kedah beri keterangan kepada SPRM dakwaan jual perlawanan – Bola Sepak


ALOR SETAR 11 Nov. – Beberapa pemain Kedah dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah menjual permainan ketika perlawanan akhir Piala Malaysia pada 4 November lepas.

Tanpa memperincikan identiti pemain tersebut, Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah menegaskan, beliau menyambut baik kesediaan agensi berkenaan untuk menyiasat dakwaan itu secepat mungkin yang tular di media sosial selepas kekalahan skuad itu kepada JDT.

“Saya dimaklumkan SPRM ada memanggil beberapa pemain tapi tak tau apa yang mereka soal.

“Itu biasalah bila sudah ada tular tentang isu rasuah jadi hak mereka (SPRM) rasa perlu untuk panggil buat siasatan. Itu hak SPRM.

“Kita (KFA) tak buat tuduhan tapi netizen. Namun berapa ramai yang sudah dipanggil saya tiada maklumat,” katanya kepada pemberita selepas majlis Chillex MB Kedah Bersama Rakan Media Sosial dan Pengikut Media Sosial di Seri Mentaloon di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau isu tersebut diharapkan dapat diselesaikan secepat mungkin demi membersihkan persepsi buruk peminat dan penyokong bola sepak negeri ini terhadap pasukan itu.

“Pemain juga minta jika ada bukti lapor kepada SPRM mereka sedia bagi kerjasama.

“Saya tidak mahu ada persepsi dalam kalangan penyokong jadi SPRM akan siasat dan bersihkan perkara ini. Kita tak mahu tanggapan negatif dalam kalangan penyokong kalau hilang sokongan pemain yang rugi,” katanya.

Dakwaan yang tular di media sosial, sebelum ini mengatakan tujuh pemain skuad Lang Merah disogok RM200,000 seorang pada perlawanan tersebut.



Source link

read more

KKM pastikan kekurangan ubat tidak berlaku – Dr Subramaniam



SEGAMAT: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memastikan kekurangan bekalan ubat tidak berlaku dengan mengarahkan setiap hospital dan klinik membuat perancangan pengurusan yang sistematik.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata pihak hospital dan klinik perlu meramal keperluan ubat-ubatan di tempat mereka supaya kementerian dapat membantu sekiranya terdapat isu kekurangan bekalan itu.

Menurut beliau, masalah kekurangan ubat berlaku di sesetengah hospital atau klinik berikutan perancangan yang kurang tepat terhadap perkara itu.

“Kadang-kadang menjelang hujung tahun perancangan di sesebuah hospital tidak berapa tepat jadi tidak mustahil bekalan ubat akan menurun.

“Kalau keadaan itu berlaku, kami boleh pindahkan bekalan dari sebuah hospital ke hospital lain atau kalau mereka tahu mungkin dua bulan sebelum habis, kementerian boleh sediakan ubat tambahan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ulang Tahun Ke-81 Persatuan Hakka Segamat di sini, malam ini.

Dr Subramaniam berkata masalah kekurangan ubat berlaku disebabkan tambahan jumlah pesakit di sesebuah hospital selain kementerian tidak mahu pembaziran bekalan itu jika membekalkan ubat untuk tempoh yang terlalu lama.

“Contoh di Hospital Segamat dulu tiada pakar masa itu ramai orang tak mahu pergi, tetapi sekarang bila sudah ada ramai pakar maka ramai orang pergi sehingga ada kalanya tidak cukup katil.

“Masalah kekurangan ubat ini bukanlah serius kerana jika dahulu kami sediakan bekalan untuk tempoh enam bulan tetapi sekarang tiga bulan kerana jika tidak digunakan sehingga tarikh luput akan berlaku pembaziran,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Makin lama makin rindu – Nora Ariffin – Hiburan


KUALA LUMPUR 11 Nov. – Hampir lapan bulan Allahyarham Johan Nawawi meninggalkan isterinya, Nora mengakui rasa rindu pada suaminya masih menggunung seperti dahulu.

Menurutnya, semakin lama arwah meninggalkan dirinya, makin kuat rasa rindu tetapi dia tahu dirinya perlu kuat untuk meneruskan kehidupan.

“Adakalanya emosi saya memuncak. Apatah lagi sekarang ini saya menguruskan keluarga keseorangan.

“Tetapi anak-anak tetap beri semangat dan rakan-rakan pun banyak beri kata-kata semangat. Itu semua punca kekuatan untuk saya teruskan kehidupan,” katanya.

Berikut Utusan Online sediakan rakaman temubual EKSKLUSIF bersama Nora Ariffin ketika  majlis bersama peminat yang diadakan di Mega Glory Hall, Bangi, hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Banjir di Pulau Pinang semakin pulih



GEORGE TOWN: Jumlah mangsa banjir di Pulau Pinang yang masih ditempatkan di enam pusat pemindahan terus berkurangan berikutan cuaca yang semakin baik dan cerah sejak semalam di negeri ini.

Sehingga 8 pagi ini, seramai 1,040 daripada 243 keluarga masih berada di pusat pemindahan berbanding 1,313 daripada 304 keluarga malam tadi.

Jurucakap bilik gerakan banjir polis berkata sebanyak lima pusat pemindahan masih dibuka di Seberang Perai Utara (SPU) manakala satu di daerah Seberang Perai Tengah (SPT).

“Seramai 820 mangsa banjir daripada 178 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan di SPU manakala 220 orang membabitkan 65 keluarga di pusat pemindahan Dewan Banjir Guar Jering di SPT, ” katanya di sini hari ini.

Hampir keseluruhan kawasan di Pulau Pinang terjejas akibat banjir dengan beberapa kawasan ditenggelami air antara 0.2 dan satu meter, diikuti angin kencang dan hujan lebat sejak Sabtu lepas yang turut menumbangkan puluhan pokok.

Hingga kini, kejadian banjir yang dikatakan terburuk di negeri ini telah meragut tujuh nyawa.

— BERNAMA



Source link

read more

Diskaun lesen memandu untuk jurufoto – Nasional


Persatuan Jurufoto Media Malaysia (MPPA) mendapat perkhabaran gembira apabila diskaun harga untuk  memiliki lesen kenderaan khusus jurufoto media diumumkan.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Menteri Pengangkutan yang juga Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Aziz Kaprawi semasa merasmikan program Simposium Fotografi MPPA  dengan kerjasama Street 2 Street di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) di sini hari ini.

“Sebagai tanda penghargaan kepada jurufoto media khususnya saya memberikan harga diskaun untuk memiliki lesen kenderaan setelah dipohon secara lisan oleh Presiden MPPA, Naim Aziz.

“Saya akui dalam penghebahan melalui foto rakaman jurufoto media boleh memperlihatkan suasana sebenar dan menyampaikan konteks sebenar kepada masyarakat” jelas beliau.

Dalam ucapannya juga Aziz turut menyatakan  program yang dibuat MPPA  hari ini memberi kesan pada masa mendatang terutama bagi melahirkan identiti  jurufoto berkaliber.

Tambah beliau Malaysia merupakan negara yang menempatkan diri di tempat tinggi di rantau Asia khususnya di Asia Tenggara.

Program julung kali diadakan sejak MPPA ditubuhkan pada tahun 2010 menempatkan jurufoto profesional.

Selain itu juga sesi bicara sukan fotografi turut diadakan dengan perkongsian oleh jurufoto Bernama, Iskandar Kamaruzaman dan Osman Adnan jurufoto NST) semasa membuat liputan ‘The Speedy Jantan” yang mengungguli pingat emas acara 100 meter semasa temasya sukan Sea KL 2017 baru-baru ini.

Turut sama jurufoto bebas agensi luar negara Ahmad Yusni dan Nazir Sufari dalam bicara bagaimana membina dokumentari fotografi.

Pameran Fotografi hasil karya jurufoto media turut dipamerkan di Galeri Seni Matic bermula hari ini sehingga 18 November nanti.



Source link

read more

Malaysia is Alibabas gateway to ASEAN says CEO



SHANGHAI: Alibaba Group CEO, Daniel Zhang says the Electronic World Wide Trade Platform (EWTP), a key part of the Digital Free Trade Zone (DFTZ) in Sepang, is an important milestone in the company’s globalization strategy.

“We position the EWTP zone as a regional hub for Alibaba’s global expansion, especially to Southeast Asia,” he says on the sidelines of Alibaba’s 11.11 Singles’ Day shopping festival here today.

He says the DFTZ will also be crucial in serving ASEAN for the “11.11” festival in coming years.

“I know a lot of people in Malaysia and in that region are actually big fans of this shopping festival.

“So how can we not only give them good products, but also good service? This is why we need a hub in Malaysia to cover the whole region,” he says.

Daniel also echoed the statements of Alibaba founder Jack Ma, on how the DFTZ is setting out to help Malaysian SMEs.

“What we want to do is to build up the infrastructure, especially logistics infrastructure in the region.

“[This is] to help the SMEs in Malaysia. Not only to sell through our EWTP network, but to the market in that region and other regions,” he says.

Daniel says the Chinese e-commerce giant is also open to the idea of bringing “11.11” to Malaysia.

“Malaysia is a very important market amongst ASEAN countries. A lot of Malaysian Chinese love Taobao.

“So how can we serve and localize the assortment and make people enjoy a better shopping experience? Going forward we’re going to do a lot more in Southeast Asia, but not only to promote Chinese products there, but also help local companies to grow via e-commerce,” he says.

Daniel was speaking to the media about an hour before the end of 2017’s 11.11, a record breaking festival which had surpassed last year’s sales volume in just over half the time.

As of 11.40pm, total sales from the festival was recorded at USD24.79 bil.

In 2016, sales of 11.11 Singles’ Day was more than 18 times than that of Amazon Prime Day and 2.5 times than Black Friday and Cyber Monday combined.

Totals sales from last year’s festival was USD17.8 bil.



Source link

read more

METMalaysia keluarkan amaran ribut petir di perairan Malaysia



KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini telah mengeluarkan amaran ribut petir kepada beberapa perairan di negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Johor, Sarawak dan Sabah.

Menurut satu kenyataan pada Sabtu, keadaan tersebut dijangka berterusan sehingga ke lewat petang ini.

“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dan berbahaya kepada bot-bot kecil,” kata kenyataan tersebut.

Amaran tersebut telah dikeluarkan METMalaysia pada jam 11.50 pagi Sabtu.



Source link

read more

Bukan guru punca pelajar gagal kuasai KBAT – Mahdzir – Pendidikan


PADANG TERAP 12 Nov. – Kementerian Pendidikan menafikan dakwaan guru menjadi punca kegagalan pelajar menguasai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) sebaliknya kenyataan Timbalan Menterinya, Datuk P. Kamalanathan tersebut disalah ertikan.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, tidak timbul soal kegagalan itu berpunca daripada guru kerana secara keseluruhannya ia membabitkan semua aspek dalam masyarakat.

“KBAT yang baru dilaksanakan tiga tahun lalu turut menekankan aspek latihan kepada guru yang turut dilatih dari semasa ke semasa sebagai satu tranformasi dalam pendidikan.

“Saya teliti balik kenyataan dan baca sepenuhnya, bukan beliau (Kamalanathan) sebut kegagalan daripada guru kerana apa yang berlaku membabitkan masyarakat secara keseluruhannya,” katanya selepas menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Liga Piala Ahli Parlimen Padang Terap di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Nerang di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas diminta mengulas kenyataan Kamalanathan yang disalah tafsir sebuah portal berita yang seolah-olah menyalahkan guru menjadi punca kegagalan KBAT.

Menurutnya, kenyataan tersebut dipesongkan seolah-olah Timbalan Menteri Pendidikan membuat kenyataan seolah-olah kegagalan KBAT adalah kerana guru.

“Ayat itu pun tak berapa kena… jadi saya nak perbetulkan sedikit di mana kita nak mendekati lagi masyarakat bukan saja murid di sekolah, ibu bapa dan semua termasuk NGO (pertubuhan bukan kerajaan) supaya semua sekali akhirnya kena faham apa yang disebut KBAT,” jelasnya.



Source link

read more

Lapan setinggan musnah akibat kebakaran di Lahad Datu



LAHAD DATU: Satu kebakaran di Lahad Datu telah tercetus, menyebabkan lapan buah rumah setinggan musnah.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat daerah Lahad Datu, Apandi Mahmood, kejadian berlaku pada jam 12.50 malam Jumaat di Kampung Durian Batu 2 Jalan Segama.

Sebelas anggota bomba, dua jentera dan dua kenderaan utiliti dikerah memadam api dan ia hanya berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 7.30 pagi.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan, dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.



Source link

read more

NGO digalakkan buka pusat aktiviti warga emas – Nasional


SEREMBAN 11 Nov. – Kerajaan negeri menggalakkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuka pusat aktiviti warga emas (PAWE) bagi menempatkan golongan tua secara harian.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Datuk Norhayati Omar berkata, terdapat geran bagi membantu pihak yang ingin mengusahakan pusat seumpama itu.

“Kita tidak menggalakkan pembukaan rumah orang tua kerana tidak mahu wujud budaya anak-anak menghantar ibu bapa ke rumah itu kerana tidak mahu menjaga mereka.

“Sebaliknya kita berharap lebih banyak PAWE dibuka terutama oleh NGO kerana ia berkonsep jagaan harian, hantar ibu bapa waktu pagi dan ambil mereka pada waktu petang.

“Di pusat itu, warga emas boleh berjumpa dengan rakan sebaya mereka, mempelajari ilmu agama dan melakukan aktiviti secara bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Karnival Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia 2017 (BKK1M) di Pusat Keluarga Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Pengarah LPPKN, Abdul Shukur Abdullah dan Pengarah LPPKN negeri, S. Rajen.

Dalam majlis yang sama, Norhayati turut melancarkan kempen ‘No Gadget Hour’ yang menggalakkan orang ramai supaya tidak mengutamakan gajet seperti telefon pintar semasa bersama keluarga. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons