GUAN ENG PERLU MINTAK MAAF DENGAN RAKYAT!!! ~ SEMUT HITAM


Penang Front Party (PFP) mendesak Ketua Menteri, Lim Guan Eng membuat permohonan maaf kepada seluruh rakyat di negeri ini termasuk kepada mangsa-mangsa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh dan banjir kilat, baru-baru ini.

Pengerusinya, Datuk Patrick Ooi berkata, permohonan maaf itu perlu dilakukan kerana apa yang terjadi kepada rakyat di negeri ini adalah disebabkan kesilapan daripada kerajaan negeri.

“Kita minta Lim Guan Eng keluar minta maaf kepada semua rakyat Pulau Pinang. Dia kena minta maaf sebab setakat ini sudah ada 22 kematian dicatatkan akibat tanah runtuh dan banjir.

“Takkan dia nak tunggu sampai 100 orang mati? Saya minta semua rakyat Pulau Pinang bersama saya, tak kira parti apa sekalipun termasuk DAP untuk selamatkan negeri ini,” katanya.

Menurutnya, Rejim DApigs itu juga harus menghentikan segala pembinaan di atas dan lereng bukit dengan segera kerana ia dikhuatiri akan membawa lebih banyak masalah kepada rakyat.

“Kelantan dan Kedah banjir, tetapi mana ada kematian. Kita minta dia dengan segera hentikan semua projek di atas dan lereng-lereng bukit.

“Ini yang kita nampak misalnya di Bukit Bendera, merah. Georgetown kalau banjir airnya warna teh tarik kerana disebabkan kerosakan bukit,” katanya.

Jelasnya, tinjauan di sekitar kawasan Seberang Perai pula mendapati wujud masalah pembinaan yang tidak menyediakan saliran yang betul.




Source link

read more

Gejala rasuah dalam kalangan mahasiswa membimbangkan – KP SPRM



KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyifatkan gejala rasuah dalam kalangan mahasiswa di negara ini di tahap membimbangkan susulan kajian yang dilakukan entiti itu pada tahun lalu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata berdasarkan kajian yang dilakukan ke atas 1,000 penuntut universiti pada tahun lalu, pihaknya merekodkan 16 peratus dalam kalangan mereka sanggup menerima rasuah manakala 18.5 peratus pula sanggup memberi rasuah.

Sehubungan itu, pihaknya sedang menjalankan pelbagai inisiatif bagi menyekat gejala rasuah daripada terus menular di peringkat akar umbi termasuk mahasiswa menerusi beberapa program dan kempen yang dijalankan di insititut pengajian tinggi (IPT) di negara ini.

“Kita melihat perkara ini (gejala rasuah) membimbangkan (dalam kalangan mahasiswa) sebab itu kita fokus program seumpama ini kepada mahasiswa, pada tahun depan kita akan membuat program bersama pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah bagi membolehkan mereka mempunyai kesedaran mengenai rasuah di peringkat awal,” katanya

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Perhimpunan Mahasiswa Anak Muda Memerangi Rasuah dan Salah Guna Kuasa (Pemarah) 2.0 Borneo di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini hari ini.

Lebih 500 mahasiswa terdiri daripada penuntut UMS menyertai program berkenaan dan Dzulkifli turut berkesempatan menyaksikan acara ikrar bebas rasuah dalam kalangan peserta program tersebut.

Untuk rekod, program Pemarah yang pertama kali diadakan di Universiti 

Universiti Sains Islam Malaysia merupakan universiti pertama yang mengadakan program Pemarah dengan penglibatan seluruh kepimpinan mahasiswa di Semenanjung Malaysia.

Terdahulu, dalam ucapan beliau, Dzulkifli meminta semua golongan mahasiswa supaya sentiasa memegang prinsip 3J iaitu (Jangan hulur, Jangan kawtim dan Jangan settle) bagi memastikan negara ini terus bebas daripada gejala rasuah menjelang 2050 nanti.

Sementara itu, zulkifli berkata, pihaknya akan meneruskan inisiatif SPRM bagi meneruskan kempen rasuah termasuk di kawasan pedalaman dan luar bandar bagi memastikan penduduk di kawasan itu tidak terpinggir mengenai isu-isu rasuah di negara ini.

“Bermula esok, kita akan melaksanakan program ziarah kasih ke kampung-kampung yang mana sebelum ini dilakukan di beberapa kawasan di Semenanjung dan bagi Sabah, kita akan mulakan di daerah Keningau.



Source link

read more

Lahirnya ketua baharu dalam hidup Fouziah Gous



PELAKON Fouziah Gous selamat melahirkan cahaya mata keduanya pada pukul 8.15 malam kelmarin (9 November).

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Fouziah menerusi laman Instagram peribadinya, @fouziahgous.

Dalam perkongsian itu, Fouziah, 34, meluahkan rasa syukur apabila dia selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.04 kilogram.

“Kami sangat gembira dengan kehadiran cahaya mata baru ini dan dengan rasa penuh syukur kami mengumumkan anak kedua kami telah selamat dilahirkan pada 9 November lalu pada pukul 8.15 malam.

“Selepas sembilan bulan, kami dengan gembiranya ingin memaklumkan cahaya mata kedua kami adalah lelaki.

“Oh anakku! Kami rasa sangat teruja dengan adanya anggota baru dalam keluarga . There’s a new chief in town!” tulisnya.
 

Sementara itu, rata-rata peminat mengucapkan tahniah dan tidak sabar untuk melihat wajah anak kedua pasangan Fouziah dan Zhafran itu.

Fouziah dan Zhafran telah mendirikan rumah tangga pada 21 September 2013 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Zeeshan, 2 tahun.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @fouziahgous



Source link

read more

Puteri UMNO lancar SAFE bendung penderaan wanita – Nasional


KUALA LANGAT 11 Nov. – Puteri UMNO melancarkan program ‘Stop Abuse For Everyone’ (SAFE) bagi mendidik wanita agar tidak menjadi mangsa dera, selain menyedarkan masyarakat agar menolak perilaku negatif tersebut.

Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, wanita perlu diingatkan bahawa penderaan ke atas mereka boleh berlaku pada bila-bila masa dan adalah penting untuk golongan tersebut tahu akan haknya.

“Penderaan ini bukan hanya dalam konteks fizikal, malah seksual dan emosi. Perkara ini boleh berlaku di mana-mana sahaja, sama ada di rumah, tempat awam, tempat kerja mahu pun di tempat awam.

“Sebagai sayap politik yang mewakili golongan wanita, kita sentiasa memperjuangkan hak wanita untuk memastikan golongan tersebut tidak ditindas mana-mana pihak,” katanya selepas merasmikan Program SAFE di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat, Datuk Sulaiman Mohd. Karli, Ketua Puteri UMNO bahagian, Asuma Beevi Mohd. Sali dan Koordinator Pembangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Morib, Hisham Talib.

Mengulas mengenai SAFE, Mas Ermieyati berkata, program itu bukan sahaja bertujuan mendidik wanita daripada sebarang kekerasan tetapi apa yang lebih penting ialah langkah pencegahan daripada menjadi mangsa dera.

Bagi tujuan itu jelasnya, program SAFE akan diperluaskan ke seluruh negara agar semua wanita mendapat manfaat.

“Kita hendak setiap wanita mempunyai ilmu bagaimana mereka perlu bertindak bagi mengelak daripada menjadi mangsa dera atau mendapat pembelaan sekiranya perkara itu sudah berlaku,” katanya.



Source link

read more

BAH gempur 700 pusat pelacuran 615 pusat judi



KUALA LUMPUR: Lebih 700 pusat pelacuran dan 615 pusat judi atas talian telah digempur menerusi Operasi Banteras Aktiviti Haram (Ops BAH) di sekitar ibu negara.

Ketua Penyelaras Ops BAH Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Azman Mahmood berkata setakat ini, nilai rampasan mesin judi atas talian mencecah RM17.8 juta melalui serbuan ke atas 615 pusat judi tersebut.

Menurut beliau, pihaknya mengesan 1,086 pusat hiburan di ibu negara beroperasi secara haram selain menyediakan kegiatan tidak bermoral.

Malah katanya Bukit Bintang merupakan lokasi premis paling tinggi diserbu dan sita iaitu lebih 1,000 buah.

“Kita berharap usaha ini akan diteruskan dengan kerjasama 27 agensi dan 18 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membanteras kegiatan tidak bermoral hingga ke akar umbi.

“Bagi kesalahan melibatkan kegiatan tidak bermoral kita akan serahkan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) manakala jika melibatkan kes dadah kita akan bawa ke mahkamah serta pusat pemulihan,” katanya kepada pemberita selepas operasi di Bukit Bintang dan Kepong malam tadi.

Tambah Azman, bagi operasi malam tadi, sebanyak empat pusat hiburan digempur kerana didapati beroperasi lebih masa sehingga jam 2 pagi.



Source link

read more

Astro Awani rai 30 kanak-kanak Rohingya



PORT DICKSON: Atas semangat keprihatinan dan kasih sayang, seramai 60 warga kerja Astro AWANI meraikan kanak-kanak Rohingya di Pusat Latihan Risda Ristec Port Dickson dalam program tanggungjawab sosial korporat (CSR) hari ini.

Program CSR yang bertemakan ‘Rohingya, Ocean Of Love’ itu disertai seramai 30 kanak-kanak Rohingya dari Knowledge Learning Garden Center, Seri Kembangan

Penganjuran kali kelima program CSR Astro AWANI yang diketuai Editor Astro Awani Azlinariah Abdullah memberi fokus bagi menghibur hati anak-anak ini dan mengenali kanak-kanak itu dengan lebih dekat serta memberi sumbangan sebagai tanda prihatin Awani kepada golongan Rohingya.

Sementara itu menurut Pengarah Eksekutif Asean Pusat Rohingya, Dr Mohd Helmi Ibrahim, usaha Astro AWANI dalam mengetengahkan nasib kanak-kanak Rohingya disambut baik sekali gus menunjukkan organisasi media ini lebih ke hadapan daripada organisasi lain.

“Malah, aktiviti CSR hari ini akan mengeratkan hubungan antara kedua-dua pihak,” katanya.

Antara aktiviti yang dilakukan pada program CSR itu adalah sukaneka, zumba dan bermain bola pantai.

Selain itu, program ini memupuk budaya kesukarelawanan di samping merapatkan hubungan media dan masyarakat Rohingya.

Program ini juga mendapat sumbangan ramai pihak seperti Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Prasarana, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Nestle, Old Malaya dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.



Source link

read more

Zakir Naik dipantau PDRM | Astro Awani



KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memantau secara rapat aktiviti harian penceramah bebas, Dr Zakir Naik di negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata perkara itu bagi memastikan beliau bebas konflik serta tiada isu yang boleh menjejaskan ketenteraman awam serta keselamatan negara.

Malah tegasnya, PDRM juga tidak boleh melakukan proses ekstradisi ke atas penceramah bebas itu kerana tiada permohonan rasmi daripada kerajaan India.

“Untuk makluman, kita tiada menerima apa-apa permohonan ekstradisi secara rasmi. Macam mana kita mahu mengambil tindakan ekstradisi jika tiada permohonan dibuat.

“Apa yang PDRM lakukan sekarang adalah kita memantau secara rapat aktiviti harian beliau (Zakir). Kita pantau jika pergerakan beliau boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara,” katanya.

Beliau berkata dalam sidang media selepas membuat lawatan kerja ke Unit Tindakan  Khas (UTK) di Lapang Sasar, Bridged tengah Cheras di sini.

Mohamad Fuzi turut mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Dewan rakyat baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau memberi jaminan PDRM akan mengambil tindakan ke atas penceramah bebas itu jika Zakir didapati mempunyai niat untuk mempromosikan aktiviti keganasan di negara ini.



Source link

read more

Louis C.K. digugurkan daripada sekuel The Secret Life Of Pets 2



UNIVERSAL Picture dan Ilumination Entertainment bertindak menggugurkan Louis C.K. daripada sekuel The Secret Life Of Pets 2.

Ia susulan pengakuan pelakon komedi itu terhadap dakwaan seksual yang dilakukannya.

C.K. memegang watak utama Max dalam animasi berkenaan.

Pengguguran C.K. diumumkan Universal dan Illumination dalam kenyataan satu perenggan pada Jumaat.

Bagaimanapun, siapa yang bakal menggantikan C.K. tidak dinyatakan.

Sekuel berkenaan dijadual ditayangkan pada Jun 2019.

Filem pertamanya berjaya meraih kutipan kasar AS$875 juta di seluruh dunia.



Source link

read more

Hanya sebuah pusat pemindahan di SPT, lima di SPU – Nahas & Bencana


PERMATANG PAUH 10 Nov. – Hanya sebuah pusat pemindahan mangsa banjir masih dibuka di Seberang Perai Tengah (SPT) yang didiami 220 mangsa daripada 65 keluarga setakat pukul 8 malam ini.

Ketua Polis Daerah SPT Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, cuaca di sekitar daerah itu amat baik pada hari ini dan membantu penduduk untuk kembali ke rumah masing-masing.

Jelasnya, sebelum ini terdapat sebuah lagi pusat pemindahan di Taman Janggus melibatkan 18 orang mangsa daripada lima keluarga namun ditutup pada lewat petang tadi.

Sementara itu di Seberang Perai Utara (SPU) sebanyak 950 mangsa daripada 207 keluarga masih mendiami lima pusat pemindahan di Sekolah Agama Labuh Banting dan Dewan Desa Puri.

Selain itu penempatan lain adalah di Dewan JKKK Padang Menora, Sekolah Kebangsaan Padang Menora dan Dewan Muhibbah Sungai Dua. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Malaysian journalist in Myanmar jail for using drones



KUALA LUMPUR: The Ministry of Foreign Affairs confirms the reports by several international media agencies that Ms. Mok Choy Lin, a Malaysian journalist who has been detained by the Myanmar authority, was sentenced to two months imprisonment for an offence committed under the Myanmar Aerodrome Act 1934. The Embassy of Malaysia in Yangon has undertaken a consular visit on Ms. Mok Choy Lin, where she was reported to be in good health. The Embassy is closely cooperating with the Myanmar authorities, as well as the Embassies of Singapore and Turkey in Myanmar, to monitor and render the necessary consular assistance to their respective nationals involved.

The Ministry would like to reiterate on the need for Malaysian citizens to understand thoroughly the rules and regulations of the host country prior to visit and every effort should be made to ensure adherence.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons