Tiga cedera terhidu gas amonia


BUKIT MERTAJAM: Tiga pekerja stesen minyak di Bukit Mertajam, Pulau Pinang terpaksa dikejarkan ke hospital setelah mengalami muntah-muntah akibat terhidu gas amonia yang bocor dari sebuah kilang ais dalam kejadian malam Jumaat.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam ketika ketiga-tiga pekerja terbabit sedang bertugas di stesen minyak yang terletak berdekatan kilang ais tersebut.

Kejadian berlaku kira- kira jam 9 malam ketika ketiga-tiga pekerja terbabit sedang bertugas di stesen minyak yang terletak berdekatan kilang ais tersebut.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 9.20 malam berhubung insiden berkenaan.

Katanya, operasi membabitkan seramai 18 anggota dan pegawai HAZMAT dari Balai Bomba Penyelamat Perai.

Pemeriksaan ke atas kilang memproses ais itu mendapati berlaku kebocoran pada paip yang berisi gas beracun berkenaan.

Berikutan itu katanya, anggota dari Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) bertindak menutup kesemua injap gas supaya kebocoran tidak merebak dengan lebih serius.

Selain itu, pasukan HAZMAT  turut melakukan semburan air  bagi menurunkan kadar bacaan udara di dalam kilang berkenaan.

Pada masa yang sama,  pekerja kilang turut menjalankan kerja-kerja mengosongkan paip yang berisi gas amonia dengan cara melarut cecair amonia ke dalam bekas berisi air dengan dipantau  pasukan Hazmat.

Operasi ditamatkan kira-kira jam 3.32 pagi sebaik sahaja kerja-kerja mengosongkan paip yang berisi amonia telah selesai dilakukan.

Katanya, ketiga-tiga pekerja berkenaan diserahkan kepada petugas perubatan untuk dibawa ke hospital Bukit Mertajam bagi menerima rawatan.



Source link

read more

Untunglah pereka baju Taylor Swift taja baju Aishah



Pereka fesyen terkenal Amir Kadir akhirnya terpilih untuk menaja busana yang bakal diperagakan oleh Aishah untuk konsert ketiga Gegar Vaganza 4 (GV4) esok.

Amir yang pernah bermastautin di Dubai dan Kuwait selama 16 tahun sebelum ini pernah menghasilkan busana untuk artis Hollywood seperti Taylor Swift, Paris Hilton dan Jessie J.

Bagaimanapun, Aishah masih membuka peluang kepada pereka fesyen lain untuk mempersembahkan kreativiti masing-masing.
 

Penyanyi Janji Manismu itu mendapat kritikan teruk pada konsert kedua GV4 minggu lalu apabila menyarung busana merah yang disifatkan telah mencalar imejnya sebagai bintang legenda.

Sehubungan itu, ramai pereka fesyen tempatan yang menawarkan diri untuk menaja busana kepada Aishah sepanjang rancangan GV4.

Pada konsert kedua minggu lalu, Aishah yang mendendangkan lagu Dingin (Ziana Zain) terpaksa berpuas hati apabila menduduki tangga kelima daripada 12 peserta.

Minggu ini Aishah akan menyanyikan lagu Terukir Di Bintang (Yuna) sempena tema Berani Ke Tidak?

GV 4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
 
Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam.
 
Jika anda terlepas menonton konsert minggu pertama GV4 atau ingin menonton secara ‘live streaming’, klik —> GegarVaganza
 
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my.

Digi Star Of The Week

Anda juga jangan lepaskan peluang mengundi Digi Star Of The Week pada setiap minggu dan berpeluang memenangi sebuah telefon pintar jenis Huawei P10 Lite.

Kami kongsikan bagaimanakah caranya.

1. Anda perlu memuat turun dan mendaftar masuk aplikasi MyDigi di telefon pintar anda.

2. Klik MyDigi Rewards.

3. Pilih “Undi Pantas Digi 4G Plus untuk GegarVaganza 2017” pada bahagian Monthly Rewards.

4. Tekan butang Get Reward dan sahkan pilihan anda.

5. Klik MyRewards dan tebus kod undi.

6. Isikan kod undi anda di <www.gegarvaganza.com.my> untuk mendapatkan 3 undian ekstra bagi artis kegemaran anda.

Teks oleh: Amri Hassan



Source link

read more

11,000 sertai ATM Half Marathon Ahad ini – Nasional


SEREMBAN 10 Nov. – Seramai 11,000 peserta dijangka bertarung dalam acara larian, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Half Marathon di Port Dickson, Ahad ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MUSE Group Asia, Riduwan Matni berkata, acara yang julung-julung kali dianjurkan itu melibatkan penyertaan 8,000 anggota tentera manakala bakinya orang awam.

Beliau berkata, sebanyak tiga kategori utama dipertandingkan iaitu 21 kilometer (km), 10 km dan 5 km dan penyertaan masih dibuka kepada mereka yang berminat untuk menyertainya.

“Daripada tiga kategori utama itu terdapat tiga sub-kategori iaitu terbuka, veteran dan pakaian terbaik. Setiap kategori menawarkan hadiah untuk tempat pertama hingga kelima,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Riduwan berkata, pemenang tempat pertama akan membawa wang tunai RM7,000, kedua (RM5,000), ketiga (RM4,000), keempat (RM3,000) manakala kelima (RM2,000).

Ujarnya, acara yang diadakan dengan kerjasama ATM itu bertujuan meningkatkan penglibatan anggota tentera bersama masyarakat selain mempopularkan gaya hidup sihat melalui aktviti larian berkenaan.

Katanya, acara akan dimeriahkan dengan pameran pelbagai aset ATM bermula esok serta aktivti lain antaranya persembahan buskers, kawad senyap, demonstrasi tempur tanpa senjata dan tayangan filem ketenteraan. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

16 tahun dah stres | Astro Awani



KUALA LUMPUR: Benarkah golongan remaja mahu diiktiraf diberi perhatian dan mereka sering ingin menunjukkan kehebatan masing-masing.

Menurut Pakar Psikologi Fakulti Pendidikan Univesiti Malaya Profesor Madya Dr Mariani Md Nor mencadangkan agar pelaksaanan pembelajaran dan pengajaran tidak terarah kepada konsep memaksa.

“Dalam keadaan sistem pendidikan kita yang berorientasikan peperiksaan, guru harus lebih bijak menyusun atur jadual belajar dengan menseimbangkan aktiviti yang sesuai agar pelajar dapat merasa kehendak mereka juga diberi perhatian,” dalam satu sistem pesanan ringkas WhatsApp di sini hari ini.

Tambah Dr. Mariani, remaja 16 tahun tergolong dalam kumpulan individu yang sedang mengalami proses perubahan emosi, sosial dan intelektual.

Menteri Kesihatan Datuk Seri S.Subramaniam semalam dilaporkan berkata, lebih kurang 100,000 pelajar Tingkatan 4 mengalami masalah tekanan mental.

Menurut beliau, mengambil berat tentang isu kesihatan mental dalam negara.

Mengikut kajian yang dijalankan pada 2015 dalam kalangan rakyat Malaysia berumur 16 tahun ke atas adalah kira-kira 29.2 peratus.

“Namun, peratusan ini merujuk kepada mereka yang mengalami masalah kesihatan mental dan bukan sakit mental. Terdapat perbezaan pada kedua-duanya,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat semalam.

Sementara itu, Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad, Tan Sri Datuk Haji Alimuddin Mohd Dom menyenaraikan enam punca yang boleh mengakibatkan tekanan mental pelajar Tingkatan 4.

  1. Berlaku perubahan sahsiah semasa memasuki fasa peralihan daripada alam kanak-kanak kepada alam remaja;
  2. Mencari idealisme berdasarkan watak-watak yang mereka minati;
  3. Bergelut membuat persediaan peperiksaan SPM;
  4. Tekanan ibu bapa dan guru agar maju dalam pelajaran;
  5. Cabaran memilih kawan-kawan yang sesuai dgn diri mereka; dan
  6. Keperluan kewangan membeli barang berjenama.

Sementara itu, Setiausaha Kehormat Kumpulan Bertindak Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE),Tunku Munawirah Putra menyatakan perkara ini boleh diatasi jika sistem pendidikan kebangsaan turut mengambil kira tekanan mental yang dihadapi golongan pelajar.

“Dalam sistem pendidikan terbaik dunia seperti di Finland, mereka memberikan sokongan tambahan dan sumber untuk murid yang mungkin memerlukan perhatian khusus, sama ada masalah pembelajaran, masalah perkembangan dan masalah kesihatan mental yang mungkin menghalang kemampuan pembelajaran mereka.”

Dalam pada itu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) meminta kerajaan menambah bilangan kaunselor bagi membantu pelajar yang berhadapan dengan masalah tekanan mental.

“Nisbah kaunselor terlatih di sekolah ialah pada 1:500. Jadi kami ingin meminta kepada Kementerian Pelajaran untuk meningkatkan jumlah kaunserlor di sekolah untuk mengatasi masalah ini daripada menjadi semakins serius.” jelas Setiausaha Agung NUTP Harry Tan Huat Hock.



Source link

read more

Korea Utara belasah Malaysia – Bola Sepak


KUALA LUMPUR 10 Nov. – Hasrat Malaysia untuk melakar kemenangan pertama di bawah pimpinan jurulatih Nelo Vingada masih tidak kesampaian apabila dibelasah Korea Utara 4-1 dalam aksi Kumpulan B Kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium I-Mobile, Buriram, Thailand sebentar tadi.

Korea Utara berada di depan seawal minit ke-12 menerusi jaringan penalti Pak Kwang Ryong selepas bola terkena tangan kapten Harimau Malaya, Mohamad Fadhli Shas sebelum Kim Yu Song menggandakan kedudukan pada minit ke-42.

Bersambung babak kedua, gawang Malaysia sekali lagi dibolosi menerusi rembatan bola mati Kim Yong II pada minit ke-48 dan 10 minit kemudian giliran Jong II Gwan menjaringkan gol.

Gol saguhati Malaysia diperoleh menerusi jaringan penyerang muda, Safawi Rasid pada minit ke-67.

Meskipun berbaki dua perlawanan namun peluang Malaysia untuk layak ke Piala Asia 2019 semakin tipis apabila mereka bakal menentang Korea Utara pada 13 November ini di venue yang sama sebelum menentang Lebanon di Beirut. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Banjir di P.Pinang tiada kaitan projek pembangunan – Lim Guan Eng



GEORGE TOWN: Musibah banjir di Pulau Pinang tiada kaitan dengan projek pembangunan di negeri ini, sebaliknya ia adalah bencana alam, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.

“Ini adalah bencana alam, tiada kaitan dengan isu-isu yang dibangkitkan. Kami sudah pasti mengalu-alukan pandangan mereka yang prihatin mengenai isu ini. Kami bersedia untuk mendengar. Mari kita beri tumpuan kepada bencana alam semula jadi di sini,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai desakan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terhadap kerajaan DAP Pulau Pinang agar membatalkan pembangunan berisiko di lereng-lereng bukit di negeri ini bagi mengelakkan banjir dan tanah runtuh berlaku.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengadakan lawatan di pusat pemindahan sementara di Pulau Pinang Selasa lepas, mengingatkan kerajaan negeri agar membuat penelitian dalam meluluskan projek pembangunan bagi mengelakkan berlakunya kejadian buruk akibat bencana alam.

Selain itu, Najib berkata kerajaan negeri perlu mengambil kira desakan NGO itu jika ia memberi kebaikan kepada semua pihak.

Ketika diminta mengulas kenyataan perdana menteri itu, Lim berkata: “Itu pendapat beliau”.

Lim berkata apa yang penting ketika ini adalah bagaimana untuk memulihkan semula negeri ini selepas berhadapan dengan banjir terburuk dalam sejarah.

Beliau berkata kerajaan negeri sangat memerlukan sokongan kerajaan persekutuan dan pihaknya masih menunggu berita baik daripada perdana menteri berhubung peruntukan untuk projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di negeri ini.

Sementara itu, Lim menyeru semua sukarelawan untuk bersama-sama turun padang membantu mangsa banjir di negeri ini bagi kerja-kerja pembersihan pascabanjir yang akan diadakan di bahagian pulau dan Seberang Perai esok dan Ahad ini.

Beliau meminta para sukarelawan untuk berkumpul di Balai Rakyat Jalan Patani, di sini pada 8 pagi manakala di bahagian Seberang Perai di Depoh Majlis Perbandaran Seberang Perai, Jalan Padang Lalang di Bukit Mertajam pada 7 pagi.

Terdahulu, Lim turut melancarkan laman sesawang Pulau Pinang Bangkit, www.penangbangkit.com dan hotline yang akan menyalurkan maklumat berhubung banjir di negeri ini dan pergerakan kerja-kerja pembersihan pascabanjir.

Hampir keseluruhan kawasan di Pulau Pinang terjejas akibat banjir dengan beberapa kawasan ditenggelami air antara 0.2 dan satu meter, diikuti angin kencang dan hujan lebat sejak Sabtu lepas yang turut menumbangkan puluhan pokok.

Hingga kini, kejadian banjir yang dikatakan terburuk di negeri ini telah meragut tujuh nyawa.

— BERNAMA



Source link

read more

SIRajV medan pencambahan ilmu – Raja Muda Perlis – Nasional


MAKASSAR, Indonesia 10 Nov. – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah supaya Seminar Institusi Raja (SIRajV) Ke-Lima yang julung kali diadakan di luar Malaysia ini menjadi medan percambahan ilmu serta perkongsian budaya antara Malaysia dan Indonesia.

Titah baginda, diharap melalui seminar ini dapat merumuskan resolusi yang baik untuk faedah bersama dan memanfaatkan kedua-dua negara.

“Penganjuran seminar ini juga boleh mengukuhkan lagi peranan Universiti Malaysia Perlis (Unimap) dan Universitas Islam Negeri (UIN) Alauddin Makassar sebagai pusat percambahan minda, tapak perkembangan ilmu, seterusnya menyemarakkan kepelbagaian budaya,” titah baginda.

Baginda juga berkenan mencemar duli merasmikan SIRajV anjuran Unimap melalui Institut Kajian Institusi Raja, Kepimpinan dan Komuniti (IKRK) dengan kerjasama UIN Alauddin Makassar di Rumah Jabatan Walikota Makassar malam ini.

Seminar dua hari mulai hari ini yang juga diadakan juga sempena ulangtahun Makassar Ke-410 tahun ini mendapat kerjasama Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, Malaysian Industrial Development Finance (MIDF) Berhad, Yayasan Unimap, Unimap Holdings dan Proven Group of Companies.

Yang turut hadir Naib Canselor Unimap, Prof. Datuk Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Pengarah IKRK, Prof Datuk Dr. Ramlah Adam dan Rektor UIN Alauddin Makasaar, Prof Dr. Musafir Pabbari.

Baginda dalam titahnya turut menekankan, pada asasnya, Malaysia dan Indonesia berkongsi ciri dan nilai yang sama iaitu alam Melayu dan secara dasarnya semuanya adalah serumpun.

Bagaimanapun, titah baginda, penaklukan dan pengaruh luar secara tidak langsung mengikiskan nilai dan identiti yang akhirnya menjarakkan lagi hubungan sehingga mewujudkan wilayah-wilayah yang pelbagai dengan identiti dan jati diri yang berbeza.

“Inilah sebenarnya ‘kunci’ yang perlu kita jadikan cerminan agar persaudaraan terus menerus menyatu, ibarat ‘kiambang kembali bertaut’,” titah baginda.

Baginda bertitah, penyatuan ini hakikatnya adalah penting bagi kedua-dua negara, demi memastikan kelangsungan hayat survival tamadun bangsa agar terus gah merentas sempadan dunia. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Alibaba Singles Day breaks world record



SHANGHAI: The world’s biggest online shopping festival, Alibaba’s 11.11 Singles’ Day has surpassed last year’s total sales.

As of 2.16pm Friday, its total sales was recorded at USD18.84 bil, with still 10 hours of the festival to go.

Last year’s total sales was recorded at USD17.8 billion.

That figure was 18 times bigger than the sales of Amazon Prime Day and 2.5 times bigger than that of Black Friday and Cyber Monday combined.

It is also bigger than the gross domestic product (GDP) of 83 countries in 2016, according to World Bank figures.

With this milestone, the Chinese e-commerce giant looks set to smash records, in a festival that is already the envy of its rivals including Amazon and eBay.

Sales include more than 260,000 Malaysian black tiger shrimps that was bough through Alibaba’s fresh groceries wing, Tmall Fresh.



Source link

read more

Premis khusus buat warganegara Malaysia bangsa Melayu cetus kontroversi



JOHOR BAHRU: Sebuah premis menjual produk kesihatan dan barangan rumah di Larkin Perdana, Johor Bahru menimbulkan kontroversi selepas memaparkan notis yang disifatkan berbaur perkauman.

Notis berkenaan yang terpapar di pintu masuk hanya membenarkan warganegara Malaysia berbangsa Melayu untuk memasuki premis tersebut dan hanya penggunaan Bahasa Melayu dibenarkan, lapor Channel News Asia yang memetik laporan akhbar China Press.

Notis yang tertera dalam bahasa Melayu dan Cina itu berbunyi: “Harap maklum bahawa kami menggunakan bahasa Melayu dalam sebarang aktiviti penerangan semasa promosi dijalankan. Hanya warganegara Malaysia yang berbangsa MELAYU sahaja dibenarkan masuk. Segala kesulitan amat dikesali.”

Dalam pada itu, pengurus kedai berkenaan dipetik sebagai berkata, ia hanya strategi pasaran syarikat dan bukan bertujuan mendiskriminasi pelanggan berbangsa Cina.

Tambahnya, syarikat itu tidak mengamalkan diskriminasi bangsa kerana beberapa cawangannya di Johor dan negeri-negeri lain dikhususkan untuk pelanggan berbangsa Cina.

Notis dalam bahasa Cina bertulis: “Pelanggan Cina diminta mendapatkan lokasi kedai yang khusus buat pelanggan Cina daripada pengurus kedai dan berkunjung ke lokasi tersebut.”

September lalu, Sultan Johor membidas langkah sebuah kedai dobi layan diri di Muar yang tidak membenarkan pelanggan bukan Islam menggunakan perkhidmatannya.



Source link

read more

Terus Mencintai oleh Siti Nordiana menggigit



KUALA LUMPUR: Mendapat lebih 6.7 juta tontonan di Youtube, lagu Terus Mencintai oleh Siti Nordiana ada sejuta satu rahsia tersimpan di dalamnya.

Lagu ini mendominasi carta Top Top 50 di Raku.my minggu ini sekali gus menjadi melodi yang paling didengari sepanjang minggu ini di aplikasi tersebut.

Ia mula ditulis dan digubah sendiri oleh penyanyi yang mesra dengan panggilan Nana ini pada tahun lalu.

“Saya ambil masa lama sebab sibuk berlakon, saya rekod melodinya melalui smartphone” katanya semasa berbual bersama Wartawan Astro AWANI, Israr Khalid.

Menurutnya, lagu ini disulam pelbagai rasa yang menyerlahkan perjalanan kisah cintanya sebelum ini.

“Jadi, mungkin ramai yang senasib dengan saya dan saya apply di dalam lirik Terus Mencintai,” ujarnya.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons