[VIDEO] Penyokong Malaysia tidak puas hati – Bola Sepak


BURIRAM 10 Nov.- Kekalahan Harimau Malaya 1-4 kepada Korea Utara dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2017 di Stadium I-Mobile, Buriram telah mencetus kemarahan hampir 30 peminat setia pasukan negara yang hadir memberi sokongan.



Video oleh ROZAIDI ZULKIFLI

Sebaik sahaja perlawanan berakhir, para penyokong menunggu di luar stadium dan berteriak menyurakan rasa tidak berpuas hati di atas aksi hambar yang dipamerkan skuad kendalian Nelo Vingada ketika pemain menaiki bus untuk pulang ke hotel penginapan mereka. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Kren tumbang Tindakan tegas jika berlaku kecuaian



MARAN: Tindakan tegas akan dikenakan terhadap mereka yang bertanggungjawab jika terdapat unsur kecuaian atau perlanggaran peraturan dalam kejadian kren tumbang di tapak pembinaan Pangsapuri Legasi Kampung Baru di Kuala Lumpur semalam.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata buat masa ini siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian sedang dijalankan dan pihak kementerian telah meminta supaya perkara itu diberi keutamaan.

“Siasatan dilakukan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan telah bermula sejak semalam. Antara yang dilakukan ialah mengambil sampel untuk dihantar ke makmal, dokumen berkaitan dan merakam kenyataan saksi.

“Kita akan meneliti laporan yang akan dikeluarkan dan selepas itu merujuk kepada penasihat undang-undang untuk tindakan seterusnya,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan wang ihsan banjir untuk Parlimen Maran di Dewan Arena Chenor di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri Datuk Shahaniza Shamsuddin.

Dalam kejadian 12.30 tengah hari semalam, sebuah kren setinggi 24 meter di tapak pembinaan itu tumbang mengakibatkan tiga cedera selain beberapa buah kenderaan rosak akibat terkena libasan kabel yang putus.

Ismail yang juga Anggota Parlimen Maran, menambah antara tindakan yang boleh diambil sekiranya terbukti berlaku kecuaian ialah mengikut Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 yang memperuntukkan denda RM50,000 atau penjara dua tahun.

Tindakan juga boleh dilakukan mengikut Akta Kilang dan Jentera 1967 yang memperuntukkan kompaun maksimum RM250,000 atau penjara dua tahun, katanya.

Ismail turut mengingatkan pemaju dan pengendali kren agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berkaitan aspek keselamatan dalam pengendalian mesin atau jentera di tapak pembinaan.

“Jentera ini mesti dikendalikan mengikut prosedur yang ditetapkan dan majikan perlu memastikan pengendali kren mempunyai kelayakan, tidak menggunakan perkhidmatan warga asing dan mempunyai pegawai keselamatan dan kesihatan bertauliah.

“Jangan hanya memikirkan keuntungan dalam pelaksanaan sesuatu projek sebaliknya aspek keselamatan dan kesihatan perlu dipatuhi dan diberikan keutamaan,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Taylor Swift kembali dengan album Reputation



ALBUM penyanyi pop antarabangsa Taylor Swift yang dinanti-nanti ramai telah dilancarkan pada Jumaat (10 November).

Berjudul ‘Reputation’, ia merupakan album ‘comeback’ Swift album terakhirnya iaitu ‘1989’ pada tahun 2014. 

Beberapa jam selepas pelancaran tersebut, ia mendapat ulasan positif dari media antarabangsa seperti The Telegraph, Rolling Stone, The New York Times dan HITS.

Pada masa yang sama, Swift turut berkongi paparan skrin ulasan berkenaan di laman Instagramnya.

Thank you

A post shared by Taylor Swift (@taylorswift) on

Thank you

A post shared by Taylor Swift (@taylorswift) on

Thank you

A post shared by Taylor Swift (@taylorswift) on

Terdapat sembilan paparan skrin yang dikongsi oleh Swift di Instagram.

Single pertama yang dilancarkan adalah ‘Look What You Made Me Do’ pada Ogos 2017 yang menyindir beberapa artis terkenal seperti Kanye West.

Oleh kerana itu, lirik lagu kepada kesemua 15 lagu di dalam ‘Reputation’ membuat para peminatnya berteka-teki tentang maksud yang tersirat di dalam liriknya. 

Sekaligus ia menjadi trending di media sosial, khususnya di Twitter.



Source link

read more

MRA, MyEG bantu Tahfiz terjejas akibat banjir – Nasional


KUALA LUMPUR 11 Nov. – 14 Sukarelawan Agensi Bantuan Malaysia (MRA) bersama Agensi Perkhidmatan MyEG bertindak membantu Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Iman As-Syafie dekat Kampung Jerung di Kuala Ketil, Kedah yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.


Antara bantuan yang dihulurkan seperti wang tunai, kit kebersihan serta barangan makanan asas kepada pusat tahfiz yang dihuni seramai 33 orang murid dan tujuh orang guru.


Menurut Presiden MRA, Dr. Mohd. Daud Sulaiman, pusat tahfiz berkenaan terjejas akibat banjir dan operasinya terganggu sejak awal minggu ini.


“Selain MRA dan MyEG, terdapat pasukan sukarelawan lain termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut membantu mangsa-mangsa banjir yang lain.


“Selain itu, terdapat klinik perubatan bergerak disediakan oleh Soul Foundation Penang, Kemahang Care Kelantan, Gerakan Belia 4B serta Pasukan Bantuan dan Tindakan (Imaret) dari Persatuan Perubatan Islamik Malaysia (Imam),” katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Online.


Tambah beliau, rakyat Malaysia yang ingin menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir boleh berbuat demikian dengan menyerahkan sumbangan kepada Tabung Bantuan Bencana Banjir MRA melalui akaun Public Bank Berhad 398891608 di atas nama Yayasan Agensi Bantuan Malaysia. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

DENGAN AKHBAR PUN AZMIN TAKUT!!! ~ SEMUT HITAM


Jenis manusia yang takut dengan bayang – bayang sendiri ni memang payah. Nampak sangat yang Si Azmin Ali tu hanya suka nak melihat dirinya bagus dan takut dikritik orang lain.

Itu sahaja gambaran yang dapat diberikan apabila Rejim Pakatan Selangor tu mengarahkan agar semua agensi berkaitan Negeri memberhentikan langganan akhbar Utusan dan Berita Harian.

Menurut laporan yang disiarkan, arahan itu dikeluarkan melalui perkeliling yang bertarikh 9 November 2017 dan ditandatangani oleh Setiausaha Negeri Selangor, Mohd Amin Ahmad Ahya.

Mohd Amin juga memaklumkan bahawa arahan untuk membatalkan langganan dan menghentikan iklan dalam akhbar Kumpulan Utusan pernah dibuat pada 12 Jun 2008, beberapa bulan selepas Pakatan Rakyat membentuk kerajaan Selangor.

“Surat arahan tersebut masih berkuatkuasa sehingga hari ini. Walau bagaimanapun, pemerhatian pentadbiran ini mendapati masih terdapat jabatan, agensi dan anak syarikat kerajaan negeri yang melanggan akhbar Kumpulan Utusan dan Berita Harian.

“Perkara ini mendapat perhatian daripada pimpinan tertinggi kerajaan negeri yang meminta supaya langgan akhbar tersebut (Kumpulan Utusan dan Berita Harian) dihentikan serta merta di setiap jabatan dan agensi,” kata Mohd Amin dalam pekeliling berkenaan.

Secara tidak lansungn, arahan itu membuktikan bahawa Rejim Pakatan Selangor pimpinan Si Azmin Ali tu bukan sahaja takut dengan bayang – bayang mereka sendiri. Malah sebaliknya, dia juga menyekat kebebasan bersuara secara terbuka!!!




Source link

read more

Banjir Kerajaan buta warna dalam hal membantu rakyat – Zahid



PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata misi bantuan berterusan daripada jabatan dan agensi kerajaan ke negeri dilanda banjir membuktikan kerajaan persekutuan ‘buta warna’ dalam hal membantu rakyat.

Menteri Dalam Negeri itu berkata selain menterjemah komitmen kerajaan membantu mereka yang ditimpa musibah, bantuan itu sebenarnya dilakukan atas rasa kemanusiaan yang tinggi terhadap kesusahan orang lain.

“Saya ucapkan terima kasih kepada jabatan, agensi atau badan-badan bukan kerajaan yang sentiasa prihatin dengan nasib masyarakat walaupun negeri yang dilanda musibah dipimpin parti politik yang berbeza daripada kerajaan pusat.

“Malah, saya juga menolak jika ada pihak yang pertikai kelewatan kerajaan persekutuan, kononnya lambat dalam menyalur bantuan sedangkan kita lebih awal berada di sana daripada pihak yang menuduh,” katanya ketika berucap pada majlis pelepasan konvoi bantuan bencana banjir ke Pulau Pinang dan Kedah di perkarangan bangunan Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.

Misi melibatkan 40 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) daripada Kelab Bantuan Bencana Pacuan Empat Roda (4X4) Rimau Akar Putrajaya itu menggunakan 15 kenderaan, dengan membawa pelbagai barangan dan sumbangan bernilai lebih RM83,000 bertujuan membantu proses pembersihan rumah dan meringankan beban mangsa banjir.

Ahmad Zahid berkata kenyataan bersifat politik itu tidak harus timbul ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, menteri-menteri kabinet dan beliau sendiri turun ke negeri tersebut, malah berada dan bertemu rakyat di lokasi yang dilanda bencana.

Beliau berkata wakil kerajaan telah berada lebih awal di sana, malah lebih awal sebelum menerima panggilan ‘tangisan’ daripada pemimpin berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri berkata dakwaan sebegitu seolah-olah mahu menunding jari kepada pihak kerajaan, sedangkan mereka juga ada kelemahan yang turut menjadi faktor musibah itu berlaku.

Ahmad Zahid juga berpendapat banjir di Pulau Pinang berlaku disebabkan pembangunan yang berlebihan sehingga mendorong hakisan, sekaligus menyekat laluan sungai untuk mengalirkan air ketika hujan lebat.

“Pada saya, janganlah dipolitikkan, dimanipulasi isu ini kerana dalam keadaan bencana, kepentingan mangsa banjir harus diberi keutamaan,” katanya.

Majlis pelepasan turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Ketua Pengarah Rela Zulkifli Abidi.

— BERNAMA



Source link

read more

11,000 sertai ATM Half Marathon Ahad ini – Terkini


SEREMBAN 10 Nov. – Seramai 11,000 peserta dijangka bertarung dalam acara larian, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Half Marathon di Port Dickson Ahad ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MUSE Group Asia, Riduwan Matni berkata, acara yang julung-julung kali dianjurkan itu melibatkan penyertaan 8,000 anggota tentera manakala bakinya orang awam.

Beliau berkata, sebanyak tiga kategori utama dipertandingkan iaitu 21 kilometer (km), 10 km dan 5 km dan penyertaan masih dibuka kepada mereka yang berminat untuk menyertainya.

“Daripada tiga kategori utama itu terdapat tiga sub-kategori iaitu terbuka, veteran dan pakaian terbaik. Setiap kategori menawarkan hadiah untuk tempat pertama hingga kelima,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Riduwan berkata, pemenang tempat pertama akan membawa wang tunai RM7,000, kedua (RM5,000), ketiga (RM4,000), keempat (RM3,000) manakala kelima (RM2,000).

Ujarnya, acara yang diadakan dengan kerjasama ATM itu bertujuan meningkatkan penglibatan anggota tentera bersama masyarakat selain mempopularkan gaya hidup sihat melalui aktviti larian berkenaan.

Katanya, acara akan dimeriahkan dengan pameran pelbagai aset ATM bermula esok serta aktivti lain antaranya persembahan buskers, kawad senyap, demonstrasi tempur tanpa senjata dan tayangan filem ketenteraan. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Comedian Louis C.K. admits sexual misconduct as Hollywood cuts ties



LOS ANGELES: Comedian Louis C.K. admitted on Friday to engaging in sexual misconduct as recounted by several women, three of whom said he had masturbated in front of them, and television and film companies moved quickly to sever ties.

“These stories are true,” C.K. said in a statement.

Five women detailed incidents of sexually inappropriate behavior by the Emmy-winning comedian dating back 15 years in a New York Times report published on Thursday.

C.K. released a statement acknowledging the encounters in question after his upcoming film “I Love You Daddy” was scrapped for release on Friday, and Netflix Inc canceled a planned comedy special with the comedian because of the allegations.

Cable television network FX, a unit of 21st Century Fox, also severed its ties with C.K., and Time Warner’s TBS network said it was suspending production on an upcoming animated comedy “The Cops,” which C.K. co-created and was due to star in.

“He will no longer serve as executive producer or receive compensation on any of the four shows we were producing with him – ‘Better Things,’ ‘Baskets,’ ‘One Mississippi’ and ‘The Cops’,” FX Networks and FX productions said on Friday in a statement.

Universal Pictures, a unit of Comcast, and the production company Illumination issued a joint statement saying they have “terminated their relationship” with C.K. on an upcoming sequel to last year’s animated film “The Secret Life of Pets.”

C.K. was the voice of the lead character, a Jack Russell terrier named Max, in the original film, which according to Hollywood trade paper Variety grossed $875 million. Variety said the sequel was due to open in June 2019.

The comedian’s publicist, Lewis Kay, announced on Twitter that “as of today, I no longer represent Louis C.K.”

C.K., 50, said in his statement that he has “been remorseful of my actions. And I’ve tried to learn from them. And run from them. Now I’m aware of the extent of the impact of my actions. I learned yesterday the extent to which I left these women who admired me feeling badly about themselves ” his statement added.

He is the latest celebrity in the entertainment business to be accused of sexual misconduct by people coming forward in the wake of allegations against movie producer Harvey Weinstein and actor Kevin Spacey.

‘WILL NOW STEP BACK’

The comedian born Louis Szekely, who is best known for his TV comedy series “Louie,” added that “I will now step back and take a long time to listen.” He did not make clear how long he would be stepping back for.

Two of the women in the New York Times article, comedians Dana Min Goodman and Julia Wolov, said C.K. had invited them to his hotel room after a comedy festival in Aspen, Colorado, in 2002 and then masturbated in front of them.

“The power I had over these women is that they admired me. And I wielded that power irresponsibly,” C.K. said, adding that he thought it was ok to show his genitals to women if he asked them first.

“You asked but we never said yes,” Goodman and Wolov tweeted on Friday after his apology.

Netflix said earlier that it would not produce a planned second stand-up special with him.

Film distributor The Orchard said it would not be moving forward with the release next week of “I Love You, Daddy.”

The movie was written and directed by C.K. and he also appears in the film as the father of a 17-year-old girl who has a romance with a 68-year-old filmmaker.

HBO said on Thursday that C.K.’s past projects with the network, including 2006’s “Lucky Louie” series, would be removed from its on-demand services and that the comedian would no longer participate in its Nov. 18 televised “Night of Too Many Stars” show.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons