BURIRAM 11 Nov. – Selepas dibelasah Korea Utara 1-4 dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2019 semalam, ketua jurulatih skuad kebangsaan Nelo Vingada kini dihantui tekanan susulan beberapa siri kekalahan sejak mengemudi Harimau Malaya, Mei lalu.

 

Selain tekanan peminat bola sepak yang mahu melihat skuad negara bangkit, persoalan berhubung kedudukan Vingada selaku jurulatih juga turut menjadi topik, semasa sidang media selepas perlawanan di Stadium i-mobile di sini malam tadi.

Berasal dari Portugal, jurulatih berusia 64 tahun ini mempunyai pengalaman kerjaya yang sungguh baik, sebelum ini mengemudi skuad kebangsaan Arab Saudi, jarang mempamerkan emosinya dan menjawab dengan tenang mengenai masa depannya selaku ketua jurulatih Harimau Malaya.

Mengenai jawatan saya, semuanya bergantung kepada TMJ (Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia),” katanya dan menambah beliau mempunyai kontrak dua tahun dengan FAM.

Menurut Vingada, beliau telah berusaha yang terbaik untuk menghidupkan kembali kegemilangan skuad bola sepak negara dan mengingatkan perjalanan untuk meraih kejayaan masih panjang dengan banyak rintangan dan halangan yang perlu diatasi.

“Saya kecewa dengan kekalahan teruk semalam tetapi saya tidak akan berputus asa,” katanya dan menambah pemain telah berjaya menunjukkan peningkatan dan standard permainan Harimau Malaya dengan pasukan lain tidak jauh bezanya.

Lawan mereka malam tadi, mempunyai tahap yang lebih tinggi daripada Malaysia, iaitu Korea Utara pernah menyertai Piala Dunia dan kini berada di kedudukan ranking ke-132 dunia.

Bermain dalam stadium yang hampir kosong kecuali dengan kehadiran beberapa warga Malaysia, peminat Korea Utara dan penonton Thailand, pemain Jorn Andersen, sebahagian daripadanya kini menyertai Liga terkemuka di Jepun dan Eropah, dengan mudah menembusi benteng pertahanan Harimau Malaya dengan hantaran tepat dan silang.

“Mereka (Korea Utara) standardnya lebih baik daripada kita,” kata Vingada, juga mengakui perbezaan fizikal antara kedua-dua pasukan juga memberi kelebihan tambahan kepada lawan terutama menguasai hantaran bola tinggi.



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: