Kerajaan janji dana tambahan RM3 juta kepada SMC – Wilayah


BAGAN DATUK 12 Nov. – Kerajaan menjanjikan dana tambahan sebanyak RM3 juta kepada Sri Murugan Centre (SMC) jika institusi pendidikan itu berjaya membuktikan kecemerlangan pelajar mereka dalam setiap peperiksaan awam.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, dana tersebut sebagai tambahan kepada bantuan sebanyak RM3 juta yang telah diberikan oleh kerajaan sebelum ini kepada SMC pada Mei lalu.

“Saya amat berbangga dengan peranan SMC. Saya benar-benar tersentuh.

“Wang RM3 juta sebelum ini belanjakanlah dulu baik-baik. Kalau semuanya (pelajar SMC) dapat keputusan baik, saya akan tambah RM3 juta lagi. Ini janji saya pada pada SMC,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Program Vetri ‘Road to Victory in 2018’ di Dewan Sanmarka Orang India di Hutan Melintang dekat sini.

Yang turut hadir, Pengarah yang juga pengasas SMC, Tan Sri Dr. M.Thambirajah dan Pegawai Daerah Bagan Datuk, Datuk Hamzah Husin. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Dua pegawai bomba cedera melecur kini beransur stabil



IPOH: Dua orang pegawai bomba yang melecur semasa memadamkan kebakaran di sebuah kilang silo di Tasek semalam kini berada dalam keadaan stabil selepas mengalami kecederaan di bahagian muka, kepala dan tangan.

Penguasa Bomba Shazlan Mohd Hanafiah, 32, dan Penguasa Bomba Mohd Azri Aziz, 29, dilaporkan kritikal pada mulanya berikutan kecederaan yang dialami dalam kejadian pada pagi Sabtu itu.

Bagaimanapun, mereka kemudiannya dilaporkan beransur stabil di mana Mohd Azri telah dibenarkan keluar dari hospital sementara Shazlan masih mendapatkan rawatan di wad biasa Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.

Menurut Pengarah Bomba Negeri, Datuk Yahya Madis, ketika operasi tersebut berjalan, habuk kayu dari silo tiba-tiba jatuh dalam jumlah yang banyak.

“Api menyambar ke arah anggota, menyebabkan mereka jatuh dan cedera. Anggota Perkhidmatan Bantuan Kecemasan Perubatan (EMRS) Bomba dan Penyelamat terus memberikan rawatan awal.

“Bantuan diberi menggunakan Burn Shield Blanket sebelum mereka digegaskan ke hospital,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Bagaimanapun, Yahya yakin semangat kedua-dua anggota Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh itu tidak akan luntur begitu sahaja.

“Niat mereka, komitmen mereka, masih tinggi untuk memberikan perkhidmatan.

“Kami juga mendapat tahu bahawa letupan habuk atau ‘dust explosion’ ini merupakan yang pertama kali berlaku di Perak, dan pihak bomba akan memperkemaskan strategi untuk menghadapi situasi seperti ini,” tambahnya.



Source link

read more

Nasib rakyat lagi penting daripada CEC – Yee Cheu – Politik


PULAU PINANG 12 Nov. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu mengakui pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu yang berlangsung di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam (IDCC), Shah Alam, Selangor hari ini tidak menjadi kepentingan perjuangan politiknya buat masa ini.



TEH YEE CHEU

TEH YEE CHEU

Ujar ADUN DAP itu, jemputan penduduk yang memintanya hadir ke program menandatangani petisyen mendesak kerajaan negeri menyelesaikan masalah banjir di Taman Seri Setia di sini hari ini lebih mustahak dan perlu diutamakan.

“Saya tidak pasti dapat surat jemputan CEC atau tidak, rasanya dapat tetapi temu janji bersama penduduk yang dibuat minggu lalu perlu didahulukan.

“Saya yang juga perwakilan cawangan Taman Bungah bukan mahu memboikot CEC tetapi mendahulukan perkara yang sepatutnya dilakukan wakil rakyat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

CEC hanya dihadiri 1,356 atau 53.94 peratus daripada 2,514 perwakilan DAP yang lawak mengundi menyaksikan penurunan jumlah pada 2013 iaitu 1,725 orang. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Padah berlagak samseng dengan polis lebih 20 warga China diberkas



KUALA LUMPUR: Lagak sekumpulan tahi judi warga asing yang cuba menunjuk samseng apabila diperiksa polis berakhir dengan mereka diberkas.

Kejadian dipercayai berlaku di depan sebuah rumah berhampiran Jalan Abraham, Pudu di ibu negara.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Shaharudin Abdullah berkata tujuh anggota polis berpakaian preman yang sedang melakukan rondaan cegah jenayah sebelum itu terserempak dengan sekumpulan pekerja kontrak yang leka bertaruh di premis berkenaan.

Namun ketika cuba diperiksa kumpulan yang dipercayai seramai 20 hingga 30 orang warga China itu tiba-tiba bertindak agresif dan tidak terkawal.

Akibatnya anggota polis telah melepaskan empat das tembakan amaran untuk mempertahankan diri.

Empat buah unit MPV polis turut dikejarkan ke lokasi bagi membantu anggota berkenaan.

Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Polis turut menahan sekumpulan lelaki warga China di beberapa rumah kongsi berdekatan.

Kes disiasat mengikut seksyen 147 dan 353 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 Akta Rumah Judi Terbuka.



Source link

read more

[VIDEO] Najib bertemu Shinzo Abe di Manila – Nasional


MANILA 12 Nov. – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatannya dari Jepun, Shinzo Abe di sini sempena menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 dan Sidang Kemuncak Berkaitan.

Abe tiba di Hotel Crown Tower, penginapan Najib di bandar raya ini pada kira-kira pukul 5.20 petang waktu tempatan dengan diiringi kira-kira 20 delegasi.

Mengiringi Najib dalam mesyuarat hari ini ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan pegawai.

Najib dan Abe dijangka membincangkan pelbagai isu dua hala untuk kepentingan bersama, terutama membabitkan projek berprofil tinggi seperti keretapi laju Kuala Lumpur-Singapura.

Mereka juga akan menghadiri Sidang Kemuncak ke-20 ASEAN-Jepun, Selasa ini dan tahun ini genap 60 tahun hubungan diplomatik Malaysia dan Jepun. – UTUSAN ONLINE

 



Source link

read more

DAP adakan pemilihan semula CEC dengan bantahan



SHAH ALAM: DAP mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) seperti yang diarahkan Jabatan pendaftaran Pertubuhan (ROS) dengan bantahan (under protest).

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, DAP juga berpendapat keputusan ROS sebagai satu arahan ‘tidak masuk akal’.

“Ini kerana setelah meneliti isu pemilihan semula itu selama berbulan-bulan, DAP berpendapat keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) ‘tidak masuk akal’.

“Namun, kita akur kepada tuntutan tersebut kerana DAP adalah parti yang mematuhi undang-undang,” katanya pada Kongres Khas DAP 2017 di sini.

Tambah beliau, bagi kepimpinan parti, mereka tidak akan mengambil risiko parti itu dibatalkan kerana tidak menepati peraturan yang ditetapkan.

Pada 17 Julai lalu, DAP menerima surat daripada ROS mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan semula CEC.

Arahan itu dikeluarkan kerana ROS menyatakan mereka belum menerima dan mengiktiraf pemilihan parti yang dijalankan DAP pada 15 Disember 2012 dan pemilihan semula pada 29 September 2013.

Pemilihan semula DAP akan diuruskan firma audit bebas, Grant Thornton yang bertindak sebagai pegawai pengurus pilihan raya.

Terdapat 1,356 perwakilan yang layak mengundi bagi pemilihan ini yang melibatkan 62 calon bagi 20 tempat dalam CEC.



Source link

read more

RM700,000 untuk Kemas hadapi banjir di Kelantan – Kelantan


MACHANG 12 Nov. – Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM700,000 kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di negeri ini sebagai persediaan menghadapi kemungkinan bencana banjir tahun ini.

Pengarah KEMAS negeri, Anuar Mat Zain berkata, peruntukan tersebut disalurkan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ini.

”Peruntukan ini adalah sebagai persiapan awal seandainya berlaku banjir besar namun jika keadaan terkawal (tidak serius) kita akan gunakan peruntukan ini untuk menaik taraf infrastruktur yang ada di seluruh negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Graduasi Kanak Kanak Tabika KEMAS di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Bok, di sini hari ini.

Seramai 223 murid berumur 6 tahun daripada 52 kelas Tabika di seluruh Parlimen Machang terlibat dalam majlis tersebut. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Warga emas seludup 2130 liter minyak petrol ditahan


KUDAT: Cubaan seorang warga emas untuk menyeludup keluar 71 tong berisi 2,130 liter minyak petrol ke negara jiran tidak berjaya apabila lelaki itu ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di perairan Tanjung Berungus, di sini awal pagi semalam.

Suspek berusia 67 tahun itu yang menaiki sebuah bot enjin sangkut dikesan dalam keadaan mencurigakan oleh sepasukan anggota APMM yang menjalankan Op Pluto Timur di 0.5 batu nautika di perairan berkenaan kira-kira jam 1 pagi.   

Pengarah Maritim Daerah Kudat Leftenan Komander Maritim Boon Chin Chau berkata, pemeriksaan ke atas suspek juga gagal menemukan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Sebahagian tong berisi minyak petrol dan enjin bot yang dirampas APMM.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut ke atas bot yang tidak mempunyai sebarang nombor pendaftaran itu menemukan semua tong minyak petrol berisi 2,130 liter di dalam bot berkenaan yang disyaki cuba diseludup keluar ke negara jiran.

“Semua barang rampasan termasuk bot dan enjin jenis Yamaha 40HP itu dianggarkan bernilai RM18,920 dan sudah dibawa ke jeti awam Kudat untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebahagian tong berisi minyak petrol dan enjin bot yang dirampas APMM.

Tambah Chin Chau, suspek kini disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 dan Akta Bekalan 1961 serta Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah (2002) (Perlesenan Kapal Kecil 2008).

Beliau berkata, pihaknya meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kehadiran bot mencurigakan di perairan daerah ini untuk menghubungi APMM Daerah Maritim Kudat di talian 088-611857 atau 088-611858 supaya tindakan segera dapat diambil.



Source link

read more

Keputusan CEC : Majoriti muka lama kekal terajui DAP – Politik


SHAH ALAM 12 Nov. – Pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP hari ini menyaksikan kebanyakan barisan kepimpinan lama kekal menerajui parti itu kecuali hanya dua muka baharu sahaja yang dipilih.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang dilihat mendahului senarai undi tertinggi dengan memperoleh 1,199 undi sekali gus mengekalkan kedudukannya dalam barisan kepemimpinan parti pembangkang itu.

Turut kekal terpilih ialah anaknya yang juga Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan, Lim Guan Eng serta anak mendiang Karpal Singh, Gobind Singh Deo apabila masing-masing memperoleh 1,180 dan 1198 undi.

Bagaimanapun, jumlah undi yang diperolehi mereka didapati berkurangan berbanding ketika keputusan pemilihan semula CEC 2013 yang tidak diiktiraf oleh Jabatan Perndaftaran Pertubuhan (ROS) sebelum ini.

Sementara itu, muka baharu yang terpilih dalam jawatankuasa itu ialah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran, Ronnie Liew dengan memperoleh undi 688 dan Ahli Parlimen Batu Gajah, V. Sivakumar yang mendapat 586 undi.

Keputusan pemilihan semula CEC DAP 2017 itu diumumkan kira-kira pukul 5 petang ini oleh wakil firma audit antarabangsa, Grant Thornton.

Berikut keputusan penuh pemilihan CEC DAP 2017 :

1. Lim Kit Siang – 1,199 (1,436)

2. Gobind Singh Deo – 1,198 (1,409)

3. Lim Guan Eng – 1,180 (1,304)

4. Loke Siew Fook – 1,175 (ANTHONY) – (1,263)

5. Liew Chin Tong – 1,123 (1,438)

6. Teo Nie Ching – 1,080 (1,081)

7. Chong Chieng Jen – 1,057 (1,294)

8. Teresa Kok Suh Sim – 1,033 (1,127)

9. Tan Kok Wai – 1,021 (1,088)

10. Tony Pua Kiam Wee – 1,020 (1,158)

11. Nga Kor Ming – 967 (956)

12. Fong Kui Lun – 949 (1,193)

13. Chow Kon Yeow – 900 (1,203)

14. M Kula Segaran – 826 (1,088)

15. Chong Eng – 734 (1,111)

16. Teng Chang Khim – 702 (1,164)

17. Ronnie Liu Tian Khiew – 688

18. Ngeh Koo Ham – 659 (809)

19. Zairil Khir Johari – 649 (1,132)

20. VN Sivakumar – 586



Source link

read more

Penjawat awam Johor bakal terima imbuhan melebihi RM1500



ISKANDAR PUTERI: Penjawat awam Johor dijangka menerima bayaran khas melebihi RM1,500 yang bakal diumumkan dua minggu lagi pada pembentangan Bajet Negeri 2018.

Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Azmi Rohani bagaimanapun berkata jumlah sebenar bayaran hanya akan diumumkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika pembentangan bajet itu di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 23 Nov ini.

“Kerajaan negeri menjamin bayaran khas untuk penjawat awam Johor adalah lebih baik daripada apa yang dinyatakan kerajaan persekutuan sebelum ini.

“Ini sebagai penghargaan kepada semua penjawat awam Johor,” kata beliau kepada pemberita selepas Sesi Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa serta kira-kira 2,700 penjawat awam di Pinewood Iskandar Malaysia Studios di sini, hari ini.

Katanya, ketika ini, terdapat 16,612 penjawat awam negeri dan 121,335 penjawat awam persekutuan berkhidmat di Johor.

Dalam pembentangan Bajet 2018 pada 27 Okt lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bayaran khas berjumlah RM1,500 kepada penjawat awam persekutuan.

Bayaran itu, katanya, akan diberikan sebanyak dua kali iaitu RM1,000 pada awal Januari depan dan RM500 lagi menjelang sambutan Aidilfitri.

Katanya, kepada pesara kerajaan, bayaran khas sebanyak RM750 turut diberikan iaitu RM500 ringgit dibayar pada Januari 2018, dan RM250 lagi menjelang Aidilfitri.

— BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons