‘Presiden Instagram’ dijangka kekal terajui Slovenia – Luar Negara


LJUBLJANA, Slovenia 12 Nov. – Borut Pahor dijangka memenangi penggal kedua pentadbirannya selaku Presiden negara ini selepas mendahului pencabarnya, Marjan Sarec pada pusingan pertama undian hari ini.

CALON Presiden, Borut Pahor ketika menghadiri sesi debat yang disiarkan menerusi kaca televisyen sempena kempen Pilihan Raya Presiden Slovenia baru-baru ini. -REUTERS

Pahor yang digelar ‘Presiden Instagram’ kerana kekerapannya berkongsi gambar serta perkembangan terkini menerusi laman sosial itu memperoleh 47.1 peratus undian berbanding Sarec yang hanya mendapat 24.9 peratus undian sahaja.

Selain jawatan Presiden yang disandangnya sejak Disember 2012, Pahor yang juga bekas model pernah dilantik sebagai bekas Perdana Menteri Slovenia antara November 2008 hingga Februari 2012 yang lalu. – AFP



Source link

read more

Kedah umum bayaran khas RM2000 kepada penjawat awam negeri



ALOR SETAR: Kerajaan negeri Kedah hari ini mengumumkan pemberian khas berjumlah RM2,000 kepada penjawat awam negeri membabitkan peruntukan berjumlah RM14 juta.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, pembayaran akan dibuat sebanyak dua kali iaitu RM1,000 pada Disember ini, dan bayaran kali kedua menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun depan.

Katanya pemberian khas itu bagi menghargai usaha dan tugas kira-kira 6,000 penjawat awam negeri yang selama ini berperanan selaku ‘jantung’ pentadbiran kerajaan dan sentiasa menerapkan sikap wala’ dan berintegriti.

“Gabungan idea, curahan tenaga mereka, serta dedikasi dalam memastikan perancangan pembangunan diupaya banyak membantu pimpinan negeri untuk berterusan merangka agenda pembangunan rakyat,” katanya ketika membentangkan Bajet 2018 pada Sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Ahmad Bashah turut mengumumkan bahawa mulai Januari tahun depan, kerajaan negeri akan membayar sepenuhnya bil air bagi pengguna domestik yang mempunyai penggunaan 20 meter kiub ke bawah, bertujuan menggalakkan penjimatan penggunaan air bersih terawat dan meningkatkan kapasiti margin rizab di kolam takungan.

“Pemberian ini memberi manfaat kepada 221,000 akaun pengguna, dengan kos tanggungan kerajaan negeri untuk dibayar kepada Syarikat Air Darul Aman Berhad (SADA) secara puratanya berjumlah RM1.5 juta sebulan atau RM18 juta setahun,” katanya.

Menteri besar berkata, di bawah agenda peduli rakyat, beberapa insentif dan bantuan turut digariskan antaranya bantuan am bagi penerima Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dinaikkan daripada RM150 kepada RM200 yang melibatkan 4,000 penerima dengan biaya keseluruhan RM 2.5 juta.

“Kedua, bantuan segera bagi mangsa bencana seperti banjir dan bencana alam dinaikkan daripada RM100 kepada RM200 bagi mangsa yang berdaftar dan berpindah ke pusat pemindahan.

“Ketiga, Dana Warisan Pendidikan Anak Kedah, seramai 30,000 pelajar Tahun 1 yang memasuki alam persekolahan bagi sesi 2018 di semua sekolah rendah negeri ini diberikan RM100 setiap seorang dalam bentuk simpanan di Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) ,” katanya.

Ahmad Bashah berkata insentif guru kampung dan guru Kelas Asas Fardu Ain (KAFA) turut akan dinaikkan kepada RM600 seorang berbanding sebelum ini hanya RM450.

— BERNAMA



Source link

read more

Belia Kadazandusun suarakan aspirasi TN50 – Nasional


PENAMPANG 12 Nov. – Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang dianjurkan di Tapak Warisan Monsopiad hari ini memberi peluang khusus kepada golongan belia Kadazandusun menyuarakan aspirasi mereka kepada pihak kerajaan dalam usaha membangunkan Sabah 30 tahun akan datang.

Dialog yang pertama kali diadakan membabitkan kaum berkenaan dihadiri oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin manakala moderatornya ialah Pengerusi Majlis Belia Persatuan Kebudayaan Kadazanduzun (KDCA), Mandela Malakun.

Khairy ketika memberi respon kepada setiap aspirasi yang diutarakan oleh sebahagian daripada 500 peserta yang hadir berkata, aspek pembangunan negeri dan peluang pekerjaan merupakan antara perkara yang menjadi perhatian.

Beliau berkata, dialog berkenaan juga adalah bukti kerajaan sentiasa mendengar aspirasi rakyat Sabah dan memastikan tidak ada satu kaum pun yang ketinggalan termasuklah Kadazandusun.

“Kita tidak mahu Sabah ketinggalan dalam aspek pembangunan, sebaliknya negeri ini mesti maju bersama negeri-negeri lain dalam usaha kita mencapai TN50 nanti.

“Saya hadir ke sini untuk mendengar sendiri aspirasi belia Kadazandusun yang akan dimasukkan dalam laporan TN50 kementerian bagi kita merancang dan berusaha merealisasikannya,” jelas beliau.

Sementara itu, Mandela yang merupakan pemimpin belia di daerah Penampang berkata, kehadiran Khairy amat ditunggu-tunggu oleh belia di situ untuk menyampaikan aspirasi mereka secara terus-terang kepada pemimpin kerajaan.

“Akhirnya kita berjaya membawa menteri datang sini. Ini kali pertama dialog TN50 dianjurkan khusus untuk kaum Kadazandusun yang merupakan kaum pribumi di Malaysia.

“Saya harap aspirasi kita ini mendapat tumpuan kerajaan kerana kita mahu Sabah turut membangun dan maju pada masa depan,” katanya.

Sepanjang dialog berkenaan, antara perkara-perkara yang dibangkitkan adalah peluang pekerjaan, pembangunan di kawasan pedalaman, mutu sukan negeri dan pembinaan hospital baharu serta pemuliharaan bahasa etnik Kadazandusun. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Isteri calon syurga sanggup berkorban jaga suami



GUA MUSANG: Kasih sayang seorang isteri sukar dipertikaikan apatah lagi sanggup berhenti kerja demi menjaga suami tercinta dan berkongsi derita.

Pengorbanan iibarat ‘calon penghuni syurga’ itu bukan sahaja atas dasar tanggungjawab tetapi didorong oleh perasaan cinta yang telah dilafaz sejak diijabkabul.

Bagi Fatimah Jusoh, 56, dia terpaksa berhenti kerja sebagai penoreh getah semata-mata tanggungjawab untuk menjaga suaminya yang kini terlantar akibat diserang penyakit angin ahmar sejak setahun lalu.

Malah, ‘kerjaya’ penoreh getah yang dilakukan sejak puluhan tahun lalu merupakan pendapatan utama keluarga mereka yang menetap di Kampung Lebur, Gua Musang, Kelantan.

Menurut Fatimah, suaminya Abdul Kadir Dollah, 60, gagal menguruskan diri sendiri selepas tidak dapat berjalan akibat diserang angin ahmar ketika sedang mandi tahun lalu.

“Saya ambil keputusan untuk berhenti kerja dan menjaga menguruskan rutin hariannya. Saya tahu ini adalah tanggungjawab saya sebagai isteri,” katanya ketika ditemui di rumah di sini baru-baru ini.

Menceritakan lebih lanjut, Fatimah berkata hasil perkahwinan dengan suami, mereka dikurniakan lapan orang anak yang mana lima daripadanya telah berkeluarga.

Katanya, dua lagi telah bekerja manakala seorang masih bersekolah dan tinggal bersama mereka.

Ujar Fatimah, ketika ini mereka hanya menggunakan wang bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 sebulan.

Selain sedih melihat keadaan suami tercinta, beliau juga resah memikirkan rumah kayu yang didiami lebih 40 tahun itu usang serta hampir roboh.

“Hidup kami juga diselubungi kebimbangan apabila terpaksa mendiami rumah usang yang menunggu masa untuk roboh serta terpaksa berpindah tempat tidur ketika hujan akibat lantai kayu basah,” katanya.



Source link

read more

GV4 Raja Azura tersingkir di minggu ke-3



KUALA LUMPUR: Perjalanan penyanyi Raja Azura dalam program Gegar Vaganza musim ke empat (GV4) terhenti pada konsert minggu ketiga apabila diumumkan terkeluar dalam pertandingan itu malam tadi.

Raja Azura menyanyikan lagu nyanyian asal Pussycat Dolls berjudul Perhaps Perhaps Perhaps mendapat markah terendah daripada juri profesional.

Kesemua peserta diadili 100 peratus menerusi permakahan juri yang terdiri dari Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang sebagai juri tetap manakala Datuk Yusof Haslam tampil sebagai juri jemputan.

Artis yang mara ke minggu hadapan ialah Liza Hanim, Firman, Hazami, Lan (Kristal), Tia (Jinbara), Aishah, Syura, Haida, Aqasha, dan Elyana.

GV4 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).



Source link

read more

Raja Muda Perlis lawat tempat bersejarah Makassar – Nasional


MAKASSAR, INDONESIA 12 Nov.- Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini berkenan mengetuai delegasi Universiti Malaysia Perlis (Unimap) melawat beberapa tempat bersejarah di Makassar.

Lawatan tersebut dianjurkan sempena Seminar Institusi Raja Edisi Kelima (SIRaj V) yang antara lainnya bertujuan untuk mempelajari sejarah kesultanan di Sulawesi Selatan.

Baginda yang juga Canselor Unimap dibawa melawat ke Muzium Balla Lampoa yang terletak di Kabupaten Gowa yang menempatkan bangunan Istana Lama warisan Kesultanan Raja Gowa.

Selain itu, baginda turut dibawa melawat Makam Pahlawan Nasional Sultan Hassanuddin yang juga merupakan Raja Gowa Ke-16.

Baginda kemudiannya berkenan menunaikan solat zohor di masjid tertua di Makassar iaitu Masjid Tua Katangka selain turut berkenan beramah mesra dengan jemaah masjid.

Yang turut menyertai lawatan tersebut Pengarah Institut Kajian Institusi Raja, Kepimpinan dan Komuniti (IKRK) Unimap, Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam, Pengarah Unit Komunikasi Korporat Unimap, Mustaffa Ismail dan Ketua Lembaga Penelitian dan Pengabadian Masyarakat Universiti Islam Negeri (UIN) Alauddin Makassar, Prof. Dr. Muhammad Salleh Tajuddin. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

SPRM sasar 100 tangkapan di Johor hingga hujung tahun ini



ISKANDAR PUTERI: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjangkakan kira-kira 100 tangkapan rasuah dapat dilakukan oleh agensi itu di Johor sehingga penghujung tahun ini.

Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias berkata keyakinan itu bersandarkan kepada kepimpinan kerajaan negeri yang disifatkan sangat membantu dalam usaha agensi tersebut membanteras rasuah secara habis-habisan.

Namun begitu, beliau masih berharap agar kerajaan dan masyarakat terutamanya, meletakkan rasuah sebagai musuh nombor satu negara memandangkan ia katanya, sentiasa berlaku di mana-mana selagi terdapat peluang dan ruang.

“Sampai hujung tahun ini, saya jangka kira-kira 100 tangkapan dapat dibuat di Johor tetapi apakah itu (tangkapan) satu perkara yang menunjukkan rasuah benar-benar dapat dibanteras dalam Johor?

“Saya rasa tidak, kerana setiap pengganti kepada 100 orang ini akan membuat perkara yang sama kerana rasuah sangat berkait dengan ruang dan peluang.

“Saat kita duduk di tempat itu, maka peluang untuk lakukan rasuah adalah sangat tinggi,” katanya kepada kira-kira 2,700 penjawat awam yang menghadiri Sesi Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang disempurnakan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr.Ali Hamsa di Pinewood Iskandar Malaysia Studios di sini, hari ini.

Menurut Azmi negara tidak akan maju seperti yang diimpikan sekiranya masih terdapat ramai rakyat tempatan dan warga asing berada dalam penjara dan pusat tahanan pendatang haram.

Katanya, keadaan ini merupakan petunjuk bahawa terdapat peningkatan dalam bilangan kes mahkamah yang mungkin berkait dengan rasuah.

“Justeru, melihat perkara ini, aspirasi saya adalah kita mesti menjadikan isu rasuah musuh nombor satu dalam negara.

“Sebelum ini, kerajaan meletakkan dadah sebagai musuh nombor satu negara,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Dua suspek kes bunuh warga Belanda ditahan – Luar Negara


JAKARTA 12 Nov. – Polis Indonesia menahan dua orang suspek bagi membantu siasatan berhubung pembunuhan seorang lelaki Belanda di rumahnya di pulau peranginan Bali baru-baru ini.

Mayat Robert Gilhooad, 80, ditemukan pada 3 November lalu di Jimbaran, sebuah perkampungan nelayan yang terletak di bahagian selatan pulau tersebut.

Ketua Siasatan Jenayah Denpasar, Aris Purwanto berkata, hasil bedah siasat ke atas mayat Gilhooad mendapati, lelaki tersebut telah dibunuh.

“Mangsa mengalami kecederaan teruk di bahagian kiri kepalanya,” kata Aris yang memberitahu, penyerang menggunakan objek seperti besi untuk mencederakan mangsa.

Beliau bagaimanapun enggan menamakan kedua-dua suspek yang ditahan itu buat masa ini.

Tragedi pembunuhan warga Belanda itu merupakan yang kedua dalam tempoh beberapa bulan di perkampungan nelayan berkenaan selepas sepasang warga emas Jepun mati dibunuh dalam keadaan mengerikan pada 4 September lalu. – AFP



Source link

read more

Sistem iCGPA mampu bendung salah laku termasuk rasuah



BESUT: Kementerian Pendidikan Tinggi yakin pelaksanaan Purata Nilai Gred Keseluruhan Berintegrasi (iCGPA) di universiti tempatan sejak diperkenalkan dua tahun lalu mampu membendung salah laku dalam kalangan mahasiswa termasuk gejala rasuah.

Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, iCGPA juga berupaya membentuk personaliti yang seimbang menerusi penilaian sahsiah dan etika pelajar.

Menurut beliau, sistem berkenaan membolehkan mahasiswa serta pihak universiti mengenal pasti kekuatan sekali gus memperbaiki kelemahan sepanjang tempoh pengajian mereka.

“InshaAllah dengan adanya iCGPA, kita harap (salah laku) mahasiswa akan dinilai dan apabila dikenal pasti (melakukan salah laku) kita akan perbaiki etika itu hingga akhir apabila keluar dari universiti kelak, salah laku itu dapat dikurangkan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan rumah komuniti ke-165 di Kampung Gong Nering, Besut, pada Ahad.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad mengenai laporan hasil kaji selidik dijalankan SPRM tahun lalu mendapati 16 peratus daripada 1000 mahasiswa mahu menerima rasuah.

Lebih membimbangkan apabila 18.5 peratus pelajar turut menyatakan keinginan menerima suapan sekiranya tiada tindakan tegas diambil terhadap mereka.

Menurut Idris, iCGPA adalah inisiatif di bawah lonjakan satu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) bagi melahirkan graduan holistik, berciri keusahawanan dan seimbang.



Source link

read more

Rajoy gesa pemilik perniagaan tidak tinggalkan Catalonia – Luar Negara


MADRID 12 Nov. – Perdana Menteri Sepanyol, Mariano Rajoy hari ini menggesa beberapa pemilik perniagaan supaya tidak meninggalkan Catalonia selepas beratus-ratus syarikat memindahkan ibu pejabat mereka dari wilayah itu susulan pergolakan politik yang berlaku di sana.

Gesaan itu dibuat Rajoy ketika mengadakan lawatan ke Catalonia buat pertama kali sejak Madrid melaksanakan pentadbiran secara langsung ke atas wilayah tersebut. – AFP



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons