AGENDA DAPigs JAGA KEBAJIKAN ORANG MELAYU!!! ~ SEMUT HITAM


Memang tidak syak lagi bahawa DAPigs ini sebuah parti yang menjaga kebajikan orang Melayu. Tidak sepertimana yang didakwa oleh sesetengah pihak, DAPigs berjaya membuktikan sebaliknya.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila senarai ahli jawatankuasa CEC DAPigs yang baru dikeluarkan hari ini. Boleh dikatakan hampir 1/3 dari jawatankuasa itu didominasikan oleh orang Melayu.

Tapi malangnya, semua itu hanya anggapan puak Pakatan Haprak itu sahaja apabila keanggotaan dikalangan ahli jawatankuasa CEC DAPigs itu dikuasai sepenuhnya oleh orang Cina.

Pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAPigs hari ini menyaksikan kemasukan dua muka baru dalam senarai 20 anggota jawatankuasa itu yang dipilih perwakilan.

ADUN Skudai, Boo Cheng Hau terkeluar daripada senarai berkenaan, manakala bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh secara automatik terkeluar kerana meninggal dunia. Karpal meninggal dunia selepas terlibat dalam nahas jalan raya pada 2014.

Sementara itu, anak beranak Lim, terus mengungguli senarai jawatankuasa tertinggi parti. Lim Kit Siang menduduki tempat pertama, manakala anaknya Lim Guan Eng menduduki tempat ketiga dengan jumlah undi 1,180. 

Berbanding keputusan pemilihan CEC 2013 lalu Lim Kit Siang mengalami penyusutan 237 undi (1436 undi pada 2013). Manakala Guan Eng berkurangan 124 undi (1304 undi pada 2013).

Secara tidak lansung, komposisi baru itu membuktikan bahawa DAPigs merupakan sebuah parti yang benar – benar mengamalkan demokrasi dengan melibatkan semua kaum memegang jawatankuasa tertinggi parti.

Walaupun nama Khir Johari, anak angkat kepada Tan Sri Mohd Khir Johari dinamakan sebagai ‘Wakil Tunggal Melayu’ turut tersenarai, namun dia tetap dilahirkan sebagai seorang yang berbangsa Cina.

Itu membuktikan betapa DAPigs meminggirkan peranan orang Melayu, yang lahir dari keluarga Melayu, dibesarkan dengan cara kehidupan orang Melayu untuk menjadi wakil didalam jawatankuasa tertinggi mereka secara terbuka dan sistematik!!!




Source link

read more

Pasangan suami isteri berlari dengan persalinan pengantin



MELAKA: Setiap pasangan pengantin pastinya akan ‘mencipta’ memori indah pada awal perkahwinan sebagai kenangan untuk diabadikan.

Bagi pasangan suami isteri Cho Kar Kuien, 32 dan Lim Chua Sia, 32 mereka memilih untuk mengabadikan kenangan perkahwinan mereka dengan berlari sejauh enam kilometer (km) dengan menggayakan persalinan pengantin dalam acara larian ‘Giving is Living Charity Run 2017’ di Kota Laksamana Melaka.

Lebih mengujakan apabila larian yang dilakukan pasangan pengantin itu turut mendapat sokongan seramai 17 rakan mereka yang sama-sama memakai skirt warna-warni.

Kar Kuien yang bekerja sebagai pakar IT di sebuah syarikat swasta di Melaka berkata, pada awalnya dia agak terkejut apabila isterinya yang sememangnya aktif dengan acara larian menyatakan hasrat untuk menyertai acara itu, lebih -lebih lagi dengan memakai baju pengantin.

Katanya, meskipun minatnya lebih kepada dunia teknologi, dia bersetuju dengan cadangan itu dan secara tidak langsung ianya adalah kenangan yang cukup berharga bagi dirinya dan isteri yang baru sehari melangsungkan majlis perkahwinan.

“Sebab isteri kata hendak cuba (berlari menggayakan persalinan pengantin) saya pun setuju. Ada juga perasaan segan tetapi tidak apa kerana saya anggap ini adalah kenangan perkahwinan kami,” katanya kepada pemberita selepas larian itu di sini.

Pasangan pengantin itu antara 500 peserta yang menyertai acara berkenaan yang diadakan seawal jam 6.30 pagi di Taman Kota Laksamana Jaya, Melaka.

Sementara itu, bagi Chua Sia, kenangan itu merupakan kenangan paling bermakna dalam hidupnya yang meminati sukan larian sejak kecil.

Katanya, pada awalnya agak sukar untuk memujuk suaminya dan idea untuk berlari dengan memakai gaun pengantin itu datang daripada ahli – ahli kumpulan lariannya iaitu ‘Malacca  Skyhawk Marathon’.

Jelas Chua Sia, cinta kedua mempelai itu berputik empat tahun lepas dan dia berasa sangat gembira apabila hubungan mereka hingga ke jinjang pelamin.



Source link

read more

Remaja pusing kepala 180 darjah demi menyara keluarga



SEORANG remaja berusia 14 tahun dari Pakistan, Muhammad Sameer, digelar ‘burung hantu manusia’ kerana kemampuannya memutar kepalanya sehingga 180 darjah.

Memetik laporan portal Daily Mail, Sameer yang berasal dari Karachi, Pakistan menggunakan ‘kebolehannya’ itu untuk menyara keluarga selepas ayahnya jatuh sakit.

Dengan menggunakan tangan untuk memusing kepala, Sameer membuat persembahan bersama kumpulannya, Dangerous Boys.

Sameer kini berharap dengan kebolehan yang luar biasa itu, dia akan mendapat peluang untuk berlakon dalam filem Bollywood.

“Ketika saya berusia enam atau tujuh tahun, saya melihat seorang pelakon filem seram Bollywood memusing kepalanya untuk melihat ke belakang.

“Saya tertarik dengan kebolehan itu. Sejak hari itu, saya sering berlatih berbuat demikian dan selepas beberapa bulan, saya boleh melakukannya,” dia dilaporkan berkata.

Bagaimanapun, ibunya tidak menyokong tindakan anaknya itu kerana bimbang akan keselamatan Sameer.

Menurut remaja itu, ibunya pernah menampar dia apabila melihat dia memusingkan kepala.

“(Bagaimanapun) dia kemudian sedar itu adalah kebolehan istimewa saya,” katanya.

Sameer kemudiannya berhenti sekolah dan menubuhkan Dangerous Boys, sebuah kumpulan penari, bersama tujuh lagi rakannya, dan mereka melakukan persembahan di seluruh Karachi.

Bagi setiap persembahan, Sameer menerima bayaran sebanyak Rs600 (RM38) hingga Rs1,000 (RM64) membolehkan dia mendapat sehingga RM665 sebulan.

 



Source link

read more

Larangan pekerja bertudung di kaunter depan hotel tidak wajar berlaku di Malaysia – Pas



KUALA LUMPUR: Tindakan sesetengah hotel yang melarang pekerja wanita bertudung bekerja di kaunter depan (frontdesk) tidak seharusnya berlaku di negara ini yang menjadikan Islam sebagai agama persekutuan, kata Ketua Penerangan Pas Nasrudin Hassan.

Malah Nasruddin menganggap larangan terhadap wanita muslimah memakai tudung sekalipun hanya waktu mereka bertugas adalah suatu tindakan yang boleh dilihat mencabar sensitiviti umat Islam.

Ahli Parlimen Temerloh itu menegaskan beliau tidak pernah melihat larangan serupa ketika berada di luar negara.

“Umat Islam sendiri tidak bebas untuk mengamalkan ajaran Islam di dalam negara sendiri semata-mata alasan polisi antarabangsa sedang hotel-hotel tersebut beroperasi dalam negara ini.

“Memakai tudung diketahui kewajipannya oleh umum. Larangan sekalipun hanya waktu mereka bertugas adalah tindakan yang boleh dilihat mencabar sensitiviti umat Islam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Persatuan Hotel Malaysia (MAH) dilaporkan mempertahankan tindakan operator hotel yang melarang pekerja wanita beragama Islam bertudung bekerja di bahagian perkhidmatan pelanggan (frontdesk),

MAH menafikan larangan yang dikenakan itu adalah satu bentuk diskriminasi sebaliknya berpendapat ia merupakan sebahagian daripada polisi antarabangsa.

Presiden MAH, Cheah Swee Hee menjelaskan setiap hotel terutamanya hotel antarabangsa di Malaysia mempunyai standard operasi (SOP) dan polisi syarikat yang ditetapkan.

BACA: Tarik balik lesen hotel larang wanita bertudung bekerja di kaunter depan – Nurul Izzah

Mengulas kenyataan yang dikeluarkan MAH, Nasruddin menjelaskan Pas akan mengusahakan pertemuan dengan persatuan tersebut dan pihak lain yang terlibat bagi menyelesaikan isu tersebut.

“Ini untuk menjelaskan perkara ini serta mengembalikan hak beramal dengan Islam kepada wanita muslimah yang bekerja di mana-mana sektor,” katanya .

Nasruddin turut membandingkan isu larangan tersebut dengan isu sebuah kedai dobi “hanya untuk muslim sahaja” yang mendapat perhatian banyak pihak.

Isu kedai dobi di Muar itu kata Nasruddin telah menjadikan negara gegak gempita dengan semua pihak mahu memberi reaksi.

“Malangnya tiada pembelaan wajar dari orang ramai terhadap wanita muslimah yang ingin mengamalkan tuntutan agama, tiada juga kecaman kepada mana-mana hotel yang menafikannya.

“Ia bukan sahaja memperlihatkan ‘double standard’, tetapi jelas mereka masih tersangkar dalam pengaruh Islamofobia meskipun mereka menafikannya,” katanya tanpa menyatakan dengan jelas pihak yang dimaksudkannya itu.



Source link

read more

Ahmad Zahid janji tambah RM3 juta kepada SMC



BAGAN DATUK: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan dana tambahan sebanyak RM3 juta kepada Institusi Pendidikan Sri Murugan Centre (SMC) untuk menggalakkan kecemerlangan akademik komuniti pelajar India di seluruh negara.

Menurutnya, dana tambahan itu akan disalurkan kepada pusat pendidikan berkenaan sekiranya SMC berjaya membuktikan program kecemerlangan akademik mereka mencapai sasaran.

“(Saya akan tambah), jika institusi itu berjaya membuktikan kecemerlangan mereka dalam setiap peperiksaan awam.

“Saya amat berbangga dengan peranan SMC, saya benar-benar tersentuh, belanjakanlah tiga juta (sebelum ini) baik-baik, kalau semuanya dapat keputusan baik-baik, saya akan tambah tiga juta lagi, ini janji saya kepada SMC,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Vetri 2018 yang dihadiri 160 murid Tahun Enam SJK (T) sekitar Parlimen Bagan Datuk, di Dewan Sanmarka Orang India, dekat sini pada petang Ahad.

Sebelum ini, kerajaan telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM3 juta pada Mei lepas khusus untuk memberikan motivasi kepada program kecemerlangan akademik pelajar komuniti India di seluruh negara.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata beliau amat mengagumi nilai-nilai murni yang diterapkan oleh kesemua tenaga pendidik dan kakitangan di pusat pendidikan SMC tersebut.

“Saya mahu semua pelajar menghormati guru-guru kerana semua bangsa dan agama mengajar kita menghormati guru.

“Saya buta warna dalam bidang pendidikan. Tiada elemen politik dalam pendidikan,” katanya lagi.

SMC ditubuhkan pada tahun 1982 oleh Tan Sri Dr M. Thambirajah bersama 48 pelajar terawal Persatuan Bahasa Tamil dan pensyarah Universiti Malaya untuk persediaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).



Source link

read more

[VIDEO] Makin lama makin rindu – Nora Ariffin – Hiburan


KUALA LUMPUR 11 Nov. – Hampir lapan bulan Allahyarham Johan Nawawi meninggalkan isterinya, Nora mengakui rasa rindu pada suaminya masih menggunung seperti dahulu.

Menurutnya, semakin lama arwah meninggalkan dirinya, makin kuat rasa rindu tetapi dia tahu dirinya perlu kuat untuk meneruskan kehidupan.

“Adakalanya emosi saya memuncak. Apatah lagi sekarang ini saya menguruskan keluarga keseorangan.

“Tetapi anak-anak tetap beri semangat dan rakan-rakan pun banyak beri kata-kata semangat. Itu semua punca kekuatan untuk saya teruskan kehidupan,” katanya.

Berikut Utusan Online sediakan rakaman temubual EKSKLUSIF bersama Nora Ariffin ketika  majlis bersama peminat yang diadakan di Mega Glory Hall, Bangi, hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

DAPigs KONSISTEN TUDUH PAS BERSEKONGKOL DENGAN BN!!! ~ SEMUT HITAM


Nampak gayanya kepimpin DAPigs hari ini semakin ketandusan idea untuk dijadikan bahan jajaan Politik apabila mereka terpaksa mengitar semula isu berkaitan hubungan diantara PAS dan UMNO.

Nak pulak selepas Rejim DAPigs Pulau Pinang dilanda banjir baru – baru ini telah membuatkan kepimpinan parti itu berada dalam kesipuan kerana terpaksa merayu bantuan dari Kerajaan BN.

Secara tidak lansung, tindakan yang jelas tidak memilih bulu itu membuktikan sikap bertanggungjawab pihak Kerajaan Pusat terhadap keperluan rakyat. Waima di negeri pembangkang sekali pun.

Maka terpaksa la DAPigs mengitar semula isu kononnya PAS akan bersekongkol dengan Barisan Nasional untuk menyerang Pakatan Haprak tu dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Cuma kali ini, Setiausaha Agung DAPigs yang sebelum ini terpaksa menjaja air mata buayanya demi mendapatkan bantuan dari Timbalan Perdana Menteri jam 3.30 pagi dilihat cuba menyerang PAS.

Antara lain, Si Lim Guan Eng tu mendakwa PAS kini sudah berubah wajah apabila menjadi rakan baik kepada UMNO dan menjadikan senario politik berbeza seperti pilihan raya sebelum ini.

“Kita lihat Pas sudah berubah wajah dan sekadar jadi rakan kuat UMNO dan BN sehingga dijangka bersekutu dengan BN untuk lawan Pakatan,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu semasa ucaptama Kongres Khas DAP 2017 di sini hari ini.

Sementara itu, Guan Eng juga mengingatkan penyokong parti bahawa pihak lawan akan berterusan menyerang DAPigs dengan memainkan sentimen perkauman demi untuk memenangi hati pengundi kaum Melayu.

Pokok pangkalnya, tindakan Si Guan Eng itu menunjukkan bahawa DAPigs kini sedang berada dalam keadaan yang cukup terdesak sehingga terpaksa mewujudkan dakwaan sedemikian demi menjaga kepentingan Politik Peribadinya sendiri!!!




Source link

read more

Rasuah Piala Malaysia SPRM tidak cukup maklumat



KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah tidak mempunyai maklumat yang mencukupi untuk membuka kertas siasatan terhadap dakwaan rasuah dan menjual permainan ketika perlawanan akhir Piala Malaysia, pada 4 Nov lalu.

Pengarahnya, Datuk Mohd Fauzi Mohamad, bagaimanapun berkata pihaknya sedang dalam proses mengumpul maklumat mengenai perkara itu sebelum membuka kertas siasatan.

“Kita telah melakukan pemeriksaan awal terhadap enam pemain pasukan Kedah dengan memanggil mereka beberapa hari lalu.

“Tetapi setakat ini kita tidak menerima sebarang laporan rasmi berhubung perkara itu daripada mana-mana pihak. Pemeriksaan awal ini dilakukan berdasarkan maklumat yang tersebar di media sosial,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Sebelum ini, Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mengesahkan bahawa (SPRM) sudah memanggil pemain yang dituduh menerima rasuah sebelum pertandingan akhir Piala Malaysia minggu lalu.

Isu rasuah itu diperkatakan selepas maklumat mengenai tujuh pemain skuad Kedah yang didakwa menerima sogokan RM200,000 setiap seorang untuk aksi final Piala Malaysia, tersebar melalui laman sosial.

Malah, seorang penyokong Kedah turut membuat laporan polis menggesa siasatan dilakukan pihak berkuasa ke atas penyebaran maklumat yang menjejaskan imej dan maruah skuad Helang Merah itu.

Mengulas lanjut, Mohd Fauzi mengesa orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung dakwaan memberi dan menerima rasuah ketika perlawanan Piala Malaysia 11 Nov lalu tampil membantu membantu siasatan.

Dalam aksi final tersebut, pasukan Johor Darul Ta`zim menjulang Piala Malaysia 2017 selepas menewaskan Kedah 2-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam.



Source link

read more

Ahmad Zahid rasmi Rumah Terbuka Malaysia Deepavali – Nasional


SUNGAI SIPUT 11 Nov. – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid tiba di Ladang Info Ternak di sini untuk merasmikan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2017.

Ketibaan Timbalan Perdana Menteri pada pukul 8.45 malam disambut oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramanian; Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Program anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan itu bertujuan untuk merapatkan persefahaman dan perpaduan antara masyarakat pelbagai kaum.

Selain itu, majlis tersebut juga bertujuan mengetengahkan sambutan perayaan di negara ini sebagai salah satu warisan pelancongan negara. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

2017 Singles Day smashes records



SHANGHAI: Alibaba’s 11.11 Singles’ Day shopping festival has smashed records set by itself last year.

As the clock struck midnight to end 24 continuous hours of online sales, total online sales, measured by the Gross Merchandising Volume (GMV), stood at USD25.4 billion, or USD25,386,927,848 to be exact.

The GMV hit USD5 billion in 15 minutes, USD8.6 billion within the first hour, and broke last year’s record at approximately 1.09pm Saturday.

After a more aggressive marketing approach by Alibaba in Malaysia this year, Malaysians are also paying closer attention to Singles’ Day this year, having access to the festival through local platforms like Lazada.

According to e-commerce service ShopBack Malaysia, Malaysia topped buying activities in Southeast Asia this year, with over 40 orders made per minute.

Malaysians shopped the most right after midnight, with the country’s top spender spending about RM11,000 worth of orders via ShopBack.

Malaysia’s average spending per customer for the Singles’ Day festival is USD24 (around RM101).



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons