Krew Mercedes mangsa rompakan bersenjata – Lumba Kereta


SAO PAULO 11 Nov. – Juara Formula Satu (F1), Lewis Hamilton berkata, anggota pasukan Mercedes diacu dengan senjata api di kepala dalam satu rompakan ketika hendak meninggalkan Litar Interlagos, semalam.

“Beberapa anggota pasukan saya diacukan senjata api malam tadi ketika meninggalkan litar di sini, di Bazil. Tembakan dilepaskan dan satu lagi pistol diacukan di kepala. Ia sangat mengejutkan.

“Tolong doakan rakan-rakan saya yang tetap menunjukkan sikap profesional hari ini biarpun masih dalam keadaan terkejut,” katanya dalam Twitter.

Sementara itu, jurucakap Mercedes berkata: “Kami boleh mengesahkan bas mini yang dinaiki pasukan dirompak dengan menggunakan senjata api ketika hendak meninggalkan litar malam tadi.

“Beberapa barangan berharga dicuri, tetapi yang lebih penting semua orang selamat dan tiada kecederaan berlaku”.

Anggota pasukan Williams dan pegawai Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) turut menjadi sasaran perombak, kata penulis F1 BBC, Andrew Benson dalam Twitter, Sabtu lalu.

Keadaan persekitaran Litar Interlagos yang bakal menjadi pentas Grand Prix F1 Brazil, esok dianggap berisiko tinggi, malah para pemandu terpaksa diiringi oleh polis menaiki kereta kalis peluru untuk pulang ke hotel penginapan.

Pemandu Britain, Jenson Button pernah menjadi mangsa rompakan pada 2010.

“Kejadian ini berlaku setiap tahun di sini. F1 dan semua pasukan perlu melakukan sesuatu, tiada alasan!,” tulis Hamilton lagi. – AFP



Source link

read more

Tiada pencemaran air kumbahan dalam banjir di Utara



LUMUT: Tiada pencemaran air kumbahan di negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia yang dilanda banjir kilat akibat hujan lebat tanpa henti baru-baru ini, kata Ketua Operasi Wilayah Utara Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK), Hussain Omar.

Beliau berkata kedudukan tangki yang tinggi merupakan antara faktor pencemaran air sisa kumbahan dapat dielakkan daripada berlaku di Pulau Pinang, Kedah dan Perak.

Mengambil ikhtibar daripada kejadian itu, Hussain berkata pihak IWK kini meletakkan kesemua loji yang terlibat sebagai loji berisiko bagi mengelakkan kerosakan lebih teruk jika kejadian sama berulang pada masa akan datang.

“IWK memang meletakkan beberapa loji di dalam negara sebagai loji berisiko kerana terletak di kawasan banjir, namun kesemua loji di tiga negeri itu pertama kali terlibat dalam bencana banjir.

“Kita belajar daripada kejadian tersebut supaya kita dapat mengambil langkah-langkah yang sepatutnya selepas ini selain menjimatkan kos kerugian dengan melindungi peralatan mekanikal yang penting,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri Hari Terbuka Loji Rawatan Kumbahan Taman Samudera di sini, hari ini.

Menjelas lanjut, Hussain berkata sebanyak 53 loji mengalami kerosakan kecil yang mana 45 daripadanya terletak di Pulau Pinang, enam di Sungai Petani, Kedah dan masing-masing satu di Kuala Kangsar dan Lenggong, Perak.

“Bagaimanapun, kesemua loji terbabit tidak mengalami kerosakan yang besar seperti melibatkan panel kawalan sebaliknya hanya beberapa kerosakan kecil seperti struktur bangunan, pagar dan dinding.

“Kerosakan lain termasuk beberapa peralatan akibat daripada ribut petir yang melanda dan ia perlu dibaik pulih segera bagi memastikan proses kerja selepas ini tidak terganggu,” katanya dan menambah IWK menanggung kerugian sebanyak RM200,000 kerana perlu membaiki semula kerosakan.

Dalam pada itu, Hussain berkata pengguna kini mula sedar mengenai peranan IWK dengan membayar bil mereka secara konsisten berdasarkan penilaian yang mendapati peningkatan dalam kutipan bil.

“IWK perlu lebih berusaha mendekati masyarakat supaya mereka tahu peranan dan tanggungjawab kita dalam memastikan kehidupan mereka bersih dan selamat,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Mr.Bean bakal jadi bapa lagi pada usia 62 tahun



PELAKON watak Mr.Bean, Rowan Atkinson, bakal menjadi bapa buat kali ketiga pada usia 62 tahun.

Pasangannya, Louise Ford, yang juga seorang pelakon, dilaporkan akan melahirkan bayi mereka dalam beberapa minggu lagi.

Ford, 33, mengenali Atkinson ketika mereka terbabit dalam satu pementasan teater di West End pada 2012.

Atkinson bercerai dengan Sunetra Sastry pada 2014, dan mula keluar bersama Ford beberapa minggu selepas itu.

BACA: Video Mr. Bean hiburkan pelajar di Miri tular

BACA: Mr Bean, Gillian Anderson bintangi video keselamatan British Airways

Menurut sumber seperti yang dipetik dalam laporan The Mirror, Atkinson sudah tidak sabar untuk menyambut orang baru dalam hidupnya.

“Sudah lama dia (Atkinson) tidak merasai perasaan itu. Sekali lagi menjadi bapa selepas bertahun-tahun, tentu dia sangat teruja,” kata sumber itu.

Bersama bekas isterinya, Atkinson memiliki dua anak, Ben, 23, dan Lily, 21.

Sebelum ini, hubungan Atkinson dengan anak-anaknya, terutamanya Lily, dilaporkan tegang selepas Atkinson dikatakan tidak merestui kerjaya anak perempuannya itu sebagai penari burlesque.



Source link

read more

Kubur besar 400 mangsa Daesh ditemukan – Nasional


BAGHDAD 12 Nov. – Kubur besar mengandungi kira-kira 400 mayat mangsa kezaliman kumpulan militan Daesh ditemukan berhampiran bekas pangkalan pengganas itu di Hawija di utara Iraq.

Gabenor Kirkuk, Rakan Said berkata, kubur itu dijumpai kira-kira tiga kilometer dari Hawija yang dijadikan Daesh sebagai pusat hukuman mati.

“Sekurang-kurangnya 400 orang dibunuh dengan ada di antaranya ditemukan masih berpakaian banduan manakala jasad lain berpakaian orang awam,” katanya, semalam. – AFP



Source link

read more

HUSAM BUAT FITNAH UNTUK TUTUP KEMALUAN SENDIRI!!! ~ SEMUT HITAM


Naib Presiden PAN, Si Husam Musa itu didakwa sengaja memperbesarkan isu PAS menerima duit daripada UMNO untuk menyembunyikan fakta bahawa dia dan rangkaiannya menerima dana daripada DAPigs.

Dakwaan itu dibangkitkan oleh seorang aktivis media sosial yang turut mempersoalkan tindakan Husam Musa yang dilaporkan menerima dana kewangan daripada DAPigs sebelum ini.

“Ada beza ke warna duit UMNO dgn duit DAP? Bukan PAN banyak terima?,” soal Rozmi Mokhtar berkenaan pengakuan Husam yang kononnya merupakan saksi terhadap penyaluran duit UMNO-PAS tersebut.

Husam dilaporkan The Malaysian Insight mendakwa beliau sendiri melihat sumber maklumat yang menunjukkan pemimpin PAS menerima wang daripada UMNO dan dakwanya jumlah itu lebih daripada RM90 juta.

Bagaimanapun, Husam gagal mengemukakan sebarang bukti terhadap dakwaannya dengan alasan tidak boleh mendedahkan kerana terikat dengan Akta Kewangan ataupun Bank di negara ini.

Membidas kenyataan itu, Rozmi Mokhtar juga turut bahawa Husam adalah seorang ahli politik yang tidak boleh dipercayai kerana sikapnya yang suka bercakap berbelit – belit secara terbuka.

“Lidah pembelit ni belit. Hari tu kata Ambiga beritahu dia. Tiba-tiba dia lihat pulak? Lepas ni apa pulak agaknya dakwaan Husam?” soalnya.

Walaupun Husam mendakwa dia merupaka saksi yang ‘kukuh’, namun malangnya nama dia tidak pula disebut oleh Rewcastle sebagai pemberi sumber dalam pembelaannya di Mahkamah.

Sebaliknya, nama Si Ambiga tu pulak yang menjadi sebutan didalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Rewcastle itu sebelum ini. Dalam erti kata lainnya, dakwaan yang dibuat Si Husam Musa tu hanya sekadar omongan kosong dia semata – mata!!!




Source link

read more

Cuaca buruk terus melanda utara Semenanjung



PULAU PINANG: Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang diramal berterusan sehingga awal malam ini di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi petang ini, cuaca sama juga dijangka melanda selatan Semenanjung dan beberapa daerah Kerian,Larut, Matang, Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Muallim .

Selain itu, daerah Batang Padang di Perak serta daerah Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh di Pahang serta daerah Jeli, Lojing dan Gua Musang di Kelantan turut diramal mengalami cuaca buruk sama.

Sehingga jam 6 petang ini, beberapa kawasan di Bayan Lepas, dan Seberang Perai Utara dilaporkan hujan.

Maklumat lanjut mengenai laporan ramalan cuaca boleh diperoleh menerusi laman web http://www.met.gov.my/ atau Facebook atau Twitter Metmalaysia, @malaysianmet.



Source link

read more

Jalaluddin Hassan kembali bergelar suami kerusi urut RM20000 jadi hantaran



AKTOR veteran, Datuk Jalaluddin Hassan sah bergelar suami kepada wanita pilihannya, Rapidah Abdul Ghani, dalam satu majlis ringkas sebentar tadi.

Jalaluddin, 63 tahun, dan Rapidah, 44, dinikahkan oleh abang pengantin perempuan dalam majlis yang berlangsung di Masjid Bandar Tun Hussien Onn, kira-kira jam 11 pagi tadi.

Jalaluddin menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 kepada Rapidah, namun jumlah wang hantaran dirahsiakan.
Rapidah menerima lima dulang hantaran, termasuk sebuah kerusi urut berharga RM20,000, dan menyerahkan tujuh dulang hantaran sebagai balasan.

Jalaluddin sebelum ini mendirikan rumahtangga dengan Hashimah Mad Ehsan yang meninggal dunia pada November 2016 akibat komplikasi penyakit paru-paru berair dan buah pinggang.

Oktober lalu, Jalaluddin memberitahu media dia sedang dalam proses mengenali seorang ibu tunggal yang dikenali melalui laman sosial Facebook.



Source link

read more

Penduduk Palestin sambut ulang tahun pemergian Arafat – Nasional


GAZA CITY 12 Nov. – Puluhan ribu penduduk Palestin berhimpun di wilayah Gaza semalam bagi memperingati pemergian pemimpin veteran negara ini, Yasser Arafat dalam majlis pertama seumpama itu yang diadakan di kawasan Hamas sejak 2007.

Ulang tahun itu dianggap sebagai perpaduan negara selepas pergerakan Hamas memetrai perjanjian damai bulan lalu dengan parti Fatah yang ditubuhkan dan diketuai oleh Arafat sehingga kematiannya pada 2004.

Pada sambutan itu, puluhan ribu penduduk dari seluruh Genting Gaza membanjiri Saraya Square di Gaza City sejak awal pagi, beberapa jam sebelum ucaptama majlis disampaikan sambil memegang pelekat mengajak perpaduan dan bendera Palestin. – AFP



Source link

read more

Grab tawar diskaun untuk mangsa banjir di Pulau Pinang



KUALA LUMPUR: Syarikat perkhidmatan teksi e-hailing (e-panggilan), Grab kini menawarkan diskaun sehingga 23 Nov ini untuk perjalanan pergi-balik ke tempat kerja dan sekolah bagi mangsa banjir di Pulau Pinang.

Menurut syarikat itu, penduduk Pulau Pinang hanya perlu menekan kod promosi ‘GRAB4PG’ dalam aplikasi panggilan untuk menikmati potongan RM5 tanpa tunai atau GrabPay bagi 25 perjalanan yang disediakan di negeri itu.

“Kami juga meminta para sukarelawan dalam syarikat serta pemandu dari bandar berdekatan supaya menjadi pemandu Grab di Pulau Pinang dari 13 hingga 17 Nov ini bagi memenuhi permintaan memandangkan banyak kenderaan rosak akibat banjir,” kata Ketua GrabCar dan Teksi Grab Luar Lembah Klang, Justin Tiew.

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata, bagi membantu sara hidup pemandu, Grab buat masa ini tidak mengenakan caj komisen pada tempahan di negeri itu sehingga dimaklumkan, justeru semua pemandu Grab boleh menikmati sepenuhnya tambang yang dikenakan terhadap penumpang dalam tempoh tersebut.

Beliau berkata ramai pemandu dan kenderaan mereka terjejas dengan banjir di negeri itu dan oleh itu syarikat tersebut tidak akan melaksanakan sebarang kenaikan harga tempahan sehingga dimaklumkan.

“Sebagai sebuah syarikat, kamu mahu bersama-sama dengan penduduk Pulau Pinang kerana kami juga turut terkesan seperti rakan, keluarga, sahabat dan penumpang kami di negeri itu,” katanya.

– BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons