Polis lepas tembakan amaran diserang puluhan warga asing – Jenayah


KUALA LUMPUR 12 Nov. – Lebih 50 lelaki dipercayai warga China ditahan selepas menyerang sepasukan anggota polis yang cuba memeriksa sebuah premis disyaki menjalankan kegiatan judi di Jalan Abaraham Off Jalan Khoo Teik Ee, dekat sini, sebentar tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, pasukan polis yang terdiri daripada tujuh anggota berpakaian preman tersebut terpaksa melepaskan empat das tembakan ke udara bagi mengawal keadaan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah berkata, tujuh anggota terbabit menerima maklumat mengenai kegiatan judi berkenaan ketika sedang melakukan rondaan.

“Sebaik tiba di lokasi, kira-kira 200 lelaki dipercayai warganegara China berada di situ dan cubaan anggota untuk melakukan pemeriksaan dihalang dan mereka turut diserang.

“Untuk mempertahankan diri, mereka terpaksa melepaskan empat das tembakan ke udara sementara menunggu bantuan tiba ke lokasi tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambahnya, kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk siasatan mengikut Seksyen 147/353 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 Akta Rumah Judi Terbuka 1953. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

50 penduduk jatuh laut selepas perkarangan rumah roboh



SEMPORNA: Seramai 50 penduduk terjatuh ke dalam laut ketika menghadiri program Tautan Kembali selepas kawasan tempat mereka berdiri di perkarangan sebuah rumah di atas air, roboh dalam kejadian di Kampung Bangau-Bangau di sini, petang ini.

Wartawan Bernama menyaksikan sebahagian kecil penduduk kampung jatuh ke laut selepas sebahagian kawasan tempat berlangsungnya program Tautan Kembali itu roboh secara tiba-tiba, sehingga mengejutkan orang ramai yang hadir termasuk Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Ramlee Marahaban yang ketika itu sedang berucap.

Dalam kejadian 2.50 petang itu, seorang wanita cedera di kepala, dan mangsa lain termasuk beberapa kanak-kanak kecil serta ibu mengandung yang turut terjatuh, terselamat.

Sebelum kejadian itu, lebih 1,000 penduduk Kampung Bangau-Bangau yang menghadiri majlis tersebut sedang mendengar ucapan Ramlee mengenai UMNO.

Susulan kejadian itu, Ramlee yang juga Timbalan Ketua Penerangan UMNO Sabah memberi jaminan akan menyalurkan peruntukan antara RM20,000 dan RM30,000 untuk membaiki kawasan perkarangan yang roboh tersebut dalam tempoh seminggu.

“Kami tidak menjangkakan begitu ramai penduduk yang hadir pada program petang ini dan sehingga berlaku kemalangan ini.

“Syukur tidak ada yang melibatkan kemalangan jiwa, saya juga terkejut dengan insiden yang berlaku ini,” kata Anggota Dewan Undangan Negeri Bugaya itu kepada pemberita selepas menyempurnakan program tersebut di sini, hari ini.

Program Tautan Kembali itu turut menjadi serampang dua mata selepas menyaksikan 29 kelompok iaitu membabitkan 1,020 anggota Parti Warisan Sabah keluar parti dengan Bibi Salangani mengetuai penyerahan borang keahlian kepada Ramlee untuk menyertai UMNO.

— BERNAMA



Source link

read more

Sidang kemuncak APEC berakhir dengan keyakinan tinggi ke atas ekonomi dunia



DA NANG (VIETNAM): Sidang Kemuncak Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-25 (AELM) berakhir dengan para pemimpin menaruh keyakinan tinggi terhadap pemulihan ekonomi dunia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata sentimen itu disokong oleh pembentangan oleh Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Christine Lagarde, yang menyatakan pemulihan ekonomi dunia adalah lebih baik daripada yang diunjurkan.

“Ini berita gembira kepada APEC. Menerusi pemulihan ekonomi, kita dapat meningkatkan kerjasama, memudahkan perdagangan dan integrasi serantau,” kata Najib kepada media Malaysia di sini pada penghujung sidang kemuncak Pimpinan APEC selama dua hari.

Lagarde berkata ekonomi dunia berkembang 3.2 peratus tahun lepas.

Ekonomi dunia dijangkakan berkembang 3.6 peratus tahun ini dan 3.7 peratus pada 2018.

“Beliau memberikan analogi mengenai pemulihan ekonomi global yang lebih kukuh. Beliau berkata ‘kini matahari sudah menyinar, sudah tiba masanya untuk membaiki bumbung,” kata Najib, sambil menambah bahawa negara wajar memanfaatkan unjuran prospek ekonomi yang mengukuh ini untuk membuat persediaan menghadapi musim hujan, serta bagi mengukuhkan ekonomi.

“Sekiranya negara anda mengalami defisit, kurangkan defisit. Sekiranya anda perlu membuat pembaharuan, buatlah pembaharuan. Sekiranya negara mempunyai hutang yang tinggi, kurangkan hutang, supaya anda mempunyai lebih banyak ruang fiskal jika ekonomi kembali merosot,” katanya.

Najib berkata APEC telah mencapai kejayaan besar dan sejak penubuhannya, ekonomi APEC berusaha keras mengurangkan halangan perdagangan dan pelaburan.

Hasilnya, APEC yang merangkumi kira-kira 40 peratus daripada penduduk dunia, menyumbang kira-kira 60.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dunia, 51 peratus perdagangan global dan 53. 1 peratus daripada Pelaburan Langsung Asing global FDI).

Jumlah dagangan barangan dan perkhidmatan APEC juga meningkat lima kali ganda sejak penubuhannya pada 1989 kepada US$15.9 trilion pada 2016, dan perdagangan barangan antara negara anggota APEC meningkat lebih daripada sembilan kali ganda kepada US$15.5 trilion pada 2014.

Najib berkata pada sidang kemuncak itu, para pemimpin juga menyedari pentingnya ekonomi Internet dan digital sebagai pemacu utama ekonomi global, dan APEC mesti berada di barisan hadapan.

“Malaysia mencadangkan penubuhan kumpulan pemandu sementara mengenai Internet dan ekonomi digital. Mesyuarat itu juga menyedari sumbangan Malaysia dalam bentuk pelan ekonomi digital APEC,” kata Najib sambil menambah bahawa Malaysia juga menyokong cadangan Vietnam untuk menubuhkan kumpulan kerja bagi mencadangkan visi pasca 2020 untuk APEC.

“Ini sangat menarik, memberi inspirasi dan dapat dicapai kerana Malaysia akan menjadi pengerusi APEC pada 2020, katanya.

Najib berkata beliau juga menyebut mengenai Zon Perdagangan Bebas Digital yang menarik pertanian kalangan pemimpin APEC.

“Saya juga membangkitkan kebimbangan mengenai pembangunan modal insan dan perlunya kurikulum sekolah dirombak bagi memastikan kita dapat menghasilkan pekerja yang sesuai untuk industri 4.0 dan pekerjaan yang belum wujud,” katanya.

Najib berkata para pemimpin juga komited untuk mencapai Matlamat Bogor bagi merealisasikan perdagangan dan pelaburan bebas dan terbuka di rantau ini.

“Kami bersetuju untuk mempercepat usaha udalam menangani halangan yang tidak konsisten WTO ke atas perdagangan dan pelaburan dan mengambil tindakan konkrit untuk menjayakan Matlamat Bogor menjelang 2020.

“Kami juga menyedari pentingnya rangka perdagangan dan pelaburan yang bukan diskriminasi, timbal balik dan saling menguntungkan,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai Perkongsian Trans-Pasifik (TPP), yang kini dikenali sebagai Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP), Najib berkata kemajuan yang dicapai bermakna wujud komitmen moral antara 11 negara terlibat.

“Selepas ini, akan ada program kerja yang perlu dilaksanakan, dan Malaysia, sudah pasti akan terus mengekalkan kita perlu menangani dasar sosial yang sensitif seperti keutamaan Bumiputera dan langkah-langkah untuk kesihatan awam.

“Kita tidak akan mengorbankan agenda domestik yang penting dalam persetujuan untuk menerima pakai TPP,” kata Najib.

Negara anggota perjanjian perdagangan itu mencapai kesepakatan untuk meneruskan siri rundingan di Da Nang yang menyaksikan kegagalan Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau hadir semasa pertemuan pemimpin TPP, yang hampir menggagalkan usaha untuk menghidupkan semula perjanjian itu.

— BERNAMA



Source link

read more

500 orang sertai Fun Run UMP -Utusan – Pahang


PEKAN 12 Nov. – Seramai 500 orang menyertai acara larian santai sejauh lima kilometer atau ‘Fun Run 5km’ di Pusat Aktiviti Pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini, hari ini.


Penganjuran acara itu adalah sempena Pesta Konvokesyen UMP kali ke-12 yang berlangsung tiga hari mulai 17 November ini.


Penganjuran kali kedua dengan kerjasama Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia itu bermula pada pukul 8.30 pagi.


Pelepasan acara larian santai itu disempurnakan oleh Pengarah UMP Holdings, Syed Mohamad Hamzah Al-Junid Syed Abdul Rahman; Eksekutif Kanan Pemasaran Utusan Melayu (M) Berhad, Noor Zuli Ramli; Pengetua Kolej Kediaman Kelima UMP, Dr. Siti Rabiatul Aisha Idris dan Penasihat Genesis UMP, Nasrul Salim Pakeri.


Penyertaan dibahagikan kepada enam kategori dengan hadiah tempat pertama berupa wang tunai RM300 dan piala, tempat kedua wang tunai RM200 dan piala, ketiga (RM100 dan piala) manakala keempat dan kelima menerima RM50 dan piala. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

UMNO BUKAN PARTI YANG MEMPERJUANGKAN MELAYU!!! ~ SEMUT HITAM


Begitulah dakwaan yang sering dijadikan bahan modal Politik Murahan puak – puak Pakatan Haprak tu selama hari ini bagi menghasut orang Melayu agar tidak lagi menyokong UMNO.

Nak pulak bagi mereka yang cuba menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi oleh orang Melayu pada ketika ini. Slogan itu seolah – olah menjadi ratib mereka setiap hari.

Bahkan mereka juga sering membuat dakwaan kononnya UMNO inilah yang menjadi punca kepada perpecahan dikalangan orang Melayu dan menyebabkan mereka berpuak – puak pada ketika ini.

Tapi yang herannya, dalam Barisan Nasional, UMNO sahaja parti yang didominasi sepenuhnya oleh orang Melayu. Mana ada parti lain yang keahliannya seratus peratus Melayu.

Ianya berbeza dengan puak Pakatan Haprak tu sendiri. Dalam satu gabungan, ada berapa banyak parti yang mendabik dada kononnya mereka memperjuangkan kepentingan orang Melayu?

Sedangkan DAPigs yang secara terang – terangan dikuasai oleh golongan Chauvanist itu pun hanya mempergunakan ahli Melayu sebagai ‘Boneka’ untuk memperbodohkan rakyat secara tidak lansung.

PKR pun mendakwa kononnya memperjuangkan kebajikan orang Melayu sedangkan rakyat sedar bahawa motif parti itu ditubuhkan hanya untuk menjaga kepentingan Si Ketua Penipu tu sahaja.

Begitu juga dengan PAN yang merupakan parti serpihan PAS sering mendakwa kononnya mereka nak menjaga hak serta mempertahankan orang Melayu sekiranya dapat merampas kuasa kelak.

Malah kepimpinan parti itu juga sering mendakwa kononnya diorang lebih Islamik dari PAS dan UMNO yang dikatakan hanya mempergunakan Islam demi kepentingan Politik semata – mata.

Namun apa bezanya PAN dengn PPBM yang juga turut membuat dakwaan kononnya mereka nak menjaga kepentingan orang Melayu dan Islam sebagai pengganti kepada UMNO serta PAS?

Jika dilihat dari satu sudut, siapa sebenarnya yang memecah-belahkan orang Melayu ini? Adakah Barisan Nasional yang diketuai oleh UMNO atau puak Pakatan Haprak yang ternyata didominasikan oleh DAPigs itu? Yang itu, korang fikir la sendiri!!!




Source link

read more

Guru bukan punca KBAT gagal



KUALA NERANG: Kementerian Pendidikan menafikan dakwaan guru merupakan punca kegagalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) seperti yang tersebar baru-baru ini.

Sebaliknya Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan mengenai KBAT telah disalah tafsir.

Menurutnya, KBAT yang baru dilaksanakan tiga tahun yang mana para guru juga dilatih dari semasa ke semasa sebagai satu transformasi dalam pendidikan.

“Tidak timbul soal kegagalan KBAT ini berpunca daripada guru kerana secara keseluruhannya ia membabitkan semua masyarakat.

“Yang pentingnya adalah guru-guru dilatih dari semasa ke semasa dan tidak timbul soal kegagalan (pada guru).

“Jika saya lihat kembali kenyataan itu (Kamalanathan) bukan maknanya Kamalanathan sebut kata kegagalan daripada guru, sebaliknya melibatkan keseluruhan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Liga Piala Ahli Parlimen Padang Terap, di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Nerang, petang ini.

Beliau mengulas kenyataan Kamalanathan yang disalah tafsir portal berita seolah-olah menyalahkan guru menjadi punca kegagalan KBAT.

Malah Kementerian Pendidikan turut dipersalahkan beberapa pihak susulan laporan yang disalah tafsir itu termasuk Ahli Parlimen Kapar, G Manivannan yang mendakwa sistem dan dasar pendidikan tidak ditambah baik menjadi punca kegagalan itu.

Mengulas mengenai dakwaan Manivannan itu, Mahadzir berkata, KBAT bukanlah program sebaliknya ia adalah satu kaedah berfikir yang dimasukkan dalam pengajaran di sekolah.

Dalam tranformasi pendidikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semasa membuat KBAT pada 2010 dan diumumkan kepada rakyat pada tahun 2013, beliau mahu ada anjakan dalam soal pemikiran kanak-kanak dengan memasukkan elemen KBAT.

Beliau berkata, tidak timbul isu setiap kali menteri bertukar dasar pendidikan turut bertukar kerana apa yang dibuat merupakan kesinambungan daripada sistem sebelum ini.



Source link

read more

Loghat Kelantan sekat rezeki Adam Shadan – Berita


KUALA LUMPUR 11 Nov. – Pendatang baharu seni lakon tempatan, Adam Shadan, 26, mengakui karier lakonannya terbatas apabila berhadapan kesukaran untuk membuang telor Kelantan ketika melontarkan dialog.

 

Baru sahaja tamat membintangi siri popular Titian Cinta yang disiarkan di TV3, anak kelahiran Jeli, Kelantan itu bagaimanapun berusaha untuk memperbaiki kekurangannya dari semasa ke semasa.

“Saya baru sahaja menetap di Kuala Lumpur kurang dari dua tahun. Sekarang ini, saya cuba bergaul dengan kawan-kawan luar Kelantan supaya dapat perbetulkan sebutan dan slanga.

“Bahkan sebelum ini memang ada produser dan pengarah yang menyuarakan pandangan mereka mengenai permasalahan ini. 

“Tak dinafikan, hal ini sedikit sebanyak membataskan perkembangan kerjaya saya untuk mendapatkan watak lebih mencabar, namun saya akan terus berusaha,” katanya kepada Utusan Online.

Bakal tampil menerusi drama Bilo Nogori Jupo Kelate dan Jurnal Suraya tidak lama lagi di TV3, Adam berharap dia dapat mengatasi masalah yang dihadapinya dalam kadar segera.

Menurut anak muda itu, dia memperbanyakkan latihan bercakap slanga bahasa Melayu harian atau bahasa pasar dengan rakan-rakan dari negeri lain sebagai langkah inisiatif. 

Tambahnya, dia menjadikan Izzue Islam sebagai bahan rujukan untuk lebih berdaya saing memandangkan pelakon berkenaan adalah rakan senegerinya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Pelajar sekolah antara golongan penyumbang kemalangan maut



MELAKA: Lebih 1,000 kematian akibat kemalangan jalan raya direkodkan melibatkan pelajar sekolah dalam tempoh Januari hingga September tahun ini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor yang dipetik Bernama berkata angka kematian itu melibatkan pelajar sekolah berusia antara enam hingga 20 tahun.

Menurutnya, jumlah golongan itu yang cedera parah akibat kemalangan jalan raya bagi tempoh sama seramai 1,150 orang manakala 1,675 mengalami cedera ringan.

“Untuk rekod, sebanyak 5,083 kematian direkodkan daripada 400,788 kes kemalangan jalan raya di negeri ini dalam tempoh Januari hingga September tahun ini.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 1,077 kematian direkodkan melibatkan pelajar sekolah berusia enam hingga 20 tahun,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Pencegahan Jenayah di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Melaka Datuk Sun Teoh Tia dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Prof Datuk Dr Izaidin Abdul Majid.

Dalam pada itu, Sharul Othman memaklumkan, kematian akibat kemalangan jalan raya melibatkan penunggang motosikal berusia 16 hingga 25 tahun adalah tertinggi direkodkan iaitu sebanyak 1,043 kes daripada 3,232 kes.

“Penunggang dan pembonceng motosikal masih lagi menjadi kumpulan pengguna jalan raya yang paling terdedah serta berisiko tinggi terlibat dalam kes kemalangan jalan raya di negara ini.

“Siasatan mendapati, angka tertinggi bagi golongan ini kerana kebanyakan mereka sering mengabaikan isyarat lalu lintas dan aspek keselamatan yang lain,” katanya.



Source link

read more

Ikhlas itu awak buruk itu saya – Kamal Adli luah rasa terharu terhadap Emma Maembong



KISAH cinta pasangan Kamal Adli dan Emma Maembong yang kembali bertaut kini menunjukkan perkembangan positif.

Kamal dalam entri di Instagramnya menyatakan perasaan terharunya menempuhi ranjau bersama Emma sepanjang empat tahun bercinta.

Luahan rasa itu diselitkan dengan penghargaan buat kekasihnya yang telah menghadiahkan sebuah telefon pintar terbaharu iPhone X dan sanggup ke Melaka walaupun sakit.

“1,2,3 dan 4 tahun kenal this girl… macam-macamlah dia lalu dan saya lalu.. 

“Orang nak jatuhkan orang nak langgar semua kami dah kena. Tapi apa yang kami rasa biarlah kami yang simpan… Cukup korang tahu kami senyum tak perlu tahu bila kami nangis. 

Best part is dia tak pernah lupa nak apreciate moment. Orang kutuk ke apa ke buat pekak je.. Allah kan ada! Dia lagi tahu.

“Macam saya cakap minta doa yang baik-baik sahaja, tak nak duit pun. To haters, judge-lah hukumlah, Allah kan ada. 

“Okeylah sorry banyak ‘potpet’ Thank you so much for the gift! Ikhlas itu awk, buruk itu sy. Thank you sampai Melaka walaupun tak sihat,” tulisnya di Instagram.
 



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons