MANILA 12 Nov. – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatannya dari Jepun, Shinzo Abe di sini sempena menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 dan Sidang Kemuncak Berkaitan.

Abe tiba di Hotel Crown Tower, penginapan Najib di bandar raya ini pada kira-kira pukul 5.20 petang waktu tempatan dengan diiringi kira-kira 20 delegasi.

Mengiringi Najib dalam mesyuarat hari ini ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan pegawai.

Najib dan Abe dijangka membincangkan pelbagai isu dua hala untuk kepentingan bersama, terutama membabitkan projek berprofil tinggi seperti keretapi laju Kuala Lumpur-Singapura.

Mereka juga akan menghadiri Sidang Kemuncak ke-20 ASEAN-Jepun, Selasa ini dan tahun ini genap 60 tahun hubungan diplomatik Malaysia dan Jepun. – UTUSAN ONLINE

 



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: