KUDAT: Cubaan seorang warga emas untuk menyeludup keluar 71 tong berisi 2,130 liter minyak petrol ke negara jiran tidak berjaya apabila lelaki itu ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di perairan Tanjung Berungus, di sini awal pagi semalam.

Suspek berusia 67 tahun itu yang menaiki sebuah bot enjin sangkut dikesan dalam keadaan mencurigakan oleh sepasukan anggota APMM yang menjalankan Op Pluto Timur di 0.5 batu nautika di perairan berkenaan kira-kira jam 1 pagi.   

Pengarah Maritim Daerah Kudat Leftenan Komander Maritim Boon Chin Chau berkata, pemeriksaan ke atas suspek juga gagal menemukan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Sebahagian tong berisi minyak petrol dan enjin bot yang dirampas APMM.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut ke atas bot yang tidak mempunyai sebarang nombor pendaftaran itu menemukan semua tong minyak petrol berisi 2,130 liter di dalam bot berkenaan yang disyaki cuba diseludup keluar ke negara jiran.

“Semua barang rampasan termasuk bot dan enjin jenis Yamaha 40HP itu dianggarkan bernilai RM18,920 dan sudah dibawa ke jeti awam Kudat untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebahagian tong berisi minyak petrol dan enjin bot yang dirampas APMM.

Tambah Chin Chau, suspek kini disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 dan Akta Bekalan 1961 serta Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah (2002) (Perlesenan Kapal Kecil 2008).

Beliau berkata, pihaknya meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kehadiran bot mencurigakan di perairan daerah ini untuk menghubungi APMM Daerah Maritim Kudat di talian 088-611857 atau 088-611858 supaya tindakan segera dapat diambil.



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: