Safiq Rahim tiada dalam kesebelasan utama – Bola Sepak


BURIRAM, Thailand 13 Nov. – Perancang utama Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim tiada dalam kesebelasan utama Harimau Malaya apabila mengharungi misi ‘hidup mati’ menentang Korea Utara dalam aksi kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium I-Mobile, Buriram pada pukul 8 malam ini.

Tonggak pertahanan Perak, Shahrom Kalam sebaliknya menggalas tugas ketua pasukan menggantikan bek tengah JDT, Mohd. Fadhli Shas yang turut diketepikan daripada kesebelasan utama.

Skuad bimbingan Nelo Vingada kalah 1-4 di venue yang sama, Jumaat lalu dan kini menghuni tangga tercorot Kumpulan B dengan hanya mengutip satu mata daripada empat perlawanan. – UTUSAN ONLINE


MALAYSIA
2 Amirul Azhan
3 Nor Azam Abdul Azih
5 Shahrom Kalam (K)
6 Adam Nor Azlin
7 Khairil Anuar Zamri
13 Syafiq Ahmad
14 Hadin Azman
18 Kiko Insa
19 Wan Zack Haikal Wan Nor
21 Nazirul Naim Che Hashim
23 Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy (PG)

KOREA UTARA
1 Ri Myong Guk (PG, K)
2 Sim Hyon Jin
3 Jang Kuk Chol
5 Ri Un Chol
6 Kang Kuk Chol
10 Ri Yong Jik
11 Jong Il Gwan
15 Kim Yong Ik
18 Ri Yong Chol
19 Pak Kwang Ryong
23 Kim Yu Song

PENGADIL
Ahmed Abu Bakar Al Kaf (Oman)



Source link

read more

Undang-undang keselamatan siber perlu tangani penipuan pembelian data



KUALA LUMPUR: Undang-undang siber Malaysia, terutamanya undang-undang keselamatan siber perlu mempunyai proses dan peraturan yang lebih jelas untuk menjejak pembelian dan urus niaga dalam Bitcoin dalam kalangan rakyat bagi mengesan penipuan pembelian data.

Penyedia perkhidmatan keselamatan siber serantau, Quann Malaysia, berkata ketika ini identiti kedua-dua penjual dan pembeli tidak diketahui dan tidak boleh dikesan meskipun urus niaga yang telus.

Pengurus Besarnya, Ivan Wen berkata sudah sampai masanya untuk mengguna pakai pendekatan berbeza dalam menangani jumlah peningkatan tuntutan ransomware di seluruh dunia.

“Individu atau syarikat yang didapati membeli data bocor ini perlu dihukum. Hanya apabila pembelian berhenti, barulah penggodaman berhenti kerana tidak ada lagi pembeli untuk membiayai penggodam ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Wen juga berkata sebagai satu daripada institusi kewangan utama di dunia, Bank Negara Malaysia boleh menjadi contoh ikutan dan menghentikan penipuan pembelian data Malaysia.

“Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mempunyai kelengkapan untuk membantu Bank Negara dalam merangka peraturan ketat bagi menghentikan pembelian palsu,” jelasnya.

Sebelum ini dilaporkan bahawa pembeli-pembeli tanpa nama membeli data 46.2 juta pengguna mudah alih Malaysia dengan harga hanya RM32,000 (anggaran harga semasa).

Ia susulan pendedahan baru-baru ini bahawa data 46.2 juta pengguna mudah alih Malaysia dijual dengan hanya 1 Bitcoin (RM32,000).

– BERNAMA



Source link

read more

Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 diluluskan – Parlimen


KUALA LUMPUR 13 Nov. – Dewan Rakyat hari meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 untuk bacaan kali kedua melalui undi belah bahagian.

Undian itu dilakukan selepas Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) mencadangkan supaya Dewan Rakyat melakukan undi belah bahagian dengan mendapat sokongan 15 Ahli Parlimen lain.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin mengumumkan keputusan undian kira-kira pukul 7 malam dengan 107 Ahli Parlimen bersetuju manakala 59 lagi tidak.

Menurut Pandikar Amin, 11 lagi tidak mengundi.

“Dengan keputusan itu, rang undang-undang ini diluluskan untuk dibaca kali kedua,” katanya. – UTUSAN ONLINE





Source link

read more

Pita data sokongan hilang CIMB tingkatkan langkah keselamatan



KUALA LUMPUR: CIMB Group Holdings Bhd meningkatkan langkah keselamatan di semua salurannya, berikutan beberapa pita magnetik mengandungi data sokongan telah hilang dalam perjalanan semasa satu operasi rutin.

Bagaimanapun, CIMB Group mengesahkan pita tersebut tidak mengandungi sebarang maklumat pengesahan peribadi seperti Nombor Pengesahan Peribadi (PIN), kata laluan atau nombor Nilai PengesahanKad (CVV).

“Sesetengah pita tersebut mengandungi maklumat tertentu pelanggan CIMB Bank dan anak-anak syarikatnya. Berikutan siasatan menyeluruh dan terperinci, pihak bank mendapati tiada bukti bahawa maklumat tersebut telah dikompromi sama sekali,” menurut CIMB Group dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pihak bank memilih untuk mengambil langkah konservatif dalam menitikberatkan keselamatan dan perlindungan data, dan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa selain menggandakan usaha untuk melindungi kepentingan para pelanggan.

Oleh kerana pita tersebut mengandungi data sokongan, maklumat pelanggan masih lagi bersama CIMB.

Berikutan insiden itu, CIMB telah memberhentikan sementara beberapa perkhidmatan melalui telefon seperti penukaran alamat, nombor telefon, e-mel bagi kad debit serta kad kredit; pemindahan wang/urusan pembayaran tanpa T-PIN dan permintaan T-PIN baharu.

“Buat masa ini, tiada apa-apa langkah yang perlu diambil para pelanggan. Bagaimanapun, CIMB menyarankan agar para pelanggan sentiasa berwaspada dan jika curiga, sila rujuk saluran maklumat rasmi CIMB sama ada melalui laman web utama, pusat panggilan perkhidmatannya atau cawangannya di seluruh negara.

Ketua Eksekutif Kumpulan, CIMB Group, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata, pihaknya mengambil berat akan tanggungjawab terhadap para pelanggan dan yakin langkah-langkah tambahan tersebut akan terus memelihara keselamatan transaksi para pelanggan

“Walaupun ini adalah satu insiden terpencil, kami telah mengkaji semula dan mempertingkatkan lagi tahap keselamatan dan memperbaiki proses kami untuk memastikan ia tidak berulang.

“Kami juga memohon maaf jika peningkatan tahap dan langkah-langkah keselamatan buat masa ini menyulitkan pelanggan. Ketahuilah bahawa kami sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk menangani sebarang risiko susulan insiden ini,” katanya

Pelanggan yang memerlukan maklumat lanjut boleh menghubungi mana-mana nombor berikut: +603 6204 7788 (Perbankan Pengguna); +603 6204 7799 (Kad Premier); 1300 88 5300 (Utama); 1300 88 8828 (Pusat Panggilan Perniagaan – Perbankan Komersial/Perusahaan) dan 1300 88 8068 (Pusat Panggilan Perniagaan – Korporat).

Pelanggan juga boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui mana-mana cawangan CIMB atau halaman web melalui www.cimbbank.com.my or www.cimb-bizchannel.com.my. – BERNAMA



Source link

read more

Tengku Permaisuri Selangor sampaikan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan ke-32 – Nasional


KUALA LUMPUR 13 Nov. – Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyampaikan hadiah kepada para pemenang Sayembara Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) kali ke-32 malam ini.

Tengku Permaisuri Norashikin tiba di Hotel Istana kira-kira pukul 8.30 malam diiringi Pengarah Urusan Kumpulan Utusan; Datuk Mohd. Noordin Abbas dan Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad, Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Sayembara HSKU ditaja oleh PNB dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Sebanyak lima kategori dipertandingkan iaitu Novel Remaja, Cerpen, Cerpen Remaja, Puisi, Rencana Swasta dan termasuk kategori baharu iaitu Cerpen Media Baharu melalui penyertaan melalui portal Utusan Online.- UTUSAN ONLINE



Source link

read more

SPRM pelindung dan benteng terakhir masyarakat – Pairin



KENINGAU: Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merupakan pelindung dan benteng terakhir masyarakat dalam memastikan negara ini benar-benar bebas daripada cengkaman rasuah dan salah guna kuasa.

Justeru, katanya, masyarakat harus memberi sokongan padu kepada usaha SPRM memerangi gejala tidak bermoral itu serta bersedia menjadi mata dan telinga agensi itu dalam melaporkan kegiatan jenayah rasuah dan salah guna kuasa yang berlaku di kawasan masing-masing.

“Sokongan anda adalah sangat penting,” katanya ketika berucap merasmikan Program Ziarah Kasih SPRM Siri 4/2017 di sini pada Ahad.

Sambil memuji program Ziarah Kasih cetusan idea Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad itu, Pairin berkata aktiviti kemasyarakatan itu merupakan satu inisiatif luar biasa yang perlu dicontohi ketua-ketua jabatan sama ada di peringkat persekutuan atau negeri.

Katanya, pendekatan berbentuk program kemasyarakatan itu membuktikan bahawa pegawai-pegawai agensi itu begitu bersungguh-sungguh untuk mendekati rakyat dalam usaha memerangi rasuah dan salah guna kuasa.

“SPRM sentiasa dilihat begitu dekat di hati masyarakat … melalui program yang dianjurkan membuktikan badan itu bukanlah sebuah agensi yang menakutkan,” katanya.

Pairin, Anggota Parlimen Keningau berkata, SPRM di bawah kepimpinan Dzulkifli dilihat sebagai sebuah agensi pencegahan yang proaktif dalam mengendalikan kes-kes berprofil tinggi sehingga digeruni serta menjadi igauan serta mimpi ngeri kepada kesemua perasuah di negara ini.

“… Saya mendoakan agar SPRM dan seluruh anggotanya diberikan kekuatan mental dan fizikal dalam mengharungi liku-liku cabaran dan dugaan sepanjang menjalankan tugas,” katanya.

Program siri keempat dan merupakan yang pertama dilaksanakan di Sabah itu menggamit kehadiran ramai pengunjung dan disifatkan Pairin sebagai manifestasi sokongan rakyat kawasan pedalaman kepada SPRM untuk memerangi rasuah dan salah guna kuasa.

— BERNAMA



Source link

read more

Nilai Hadiah Sastera Kumpulan Utusan meningkat RM100,000 – Nasional


KUALA LUMPUR 13 Nov. – Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) kali ke-32 yang berlangsung malam ini menyaksikan peningkatan nilai hadiah bagi setiap kategori dengan nilai keseluruhan berjumlah RM100,000 berbanding RM80,000 tahun lalu.

Peningkatan nilai hadiah tersebut sebagai menyahut cabaran Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mencadangkan jumlah hadiah dipertingkatkan ketika merasmikan HSKU ke-31 tahun lalu.

Sebanyak lima kategori dipertandingkan iaitu Novel Remaja, Cerpen, Cerpen Remaja, Puisi, Rencana Swasta dan termasuk kategori baharu iaitu Cerpen Media Baharu melalui penyertaan melalui portal Utusan Online.

Setiap kategori mempunyai tiga pemenang utama dan lima hadiah penghargaan kecuali bagi kategori Novel Remaja (3 utama, 3 penghargaan), Rencana Sastera (2 hadiah) dan Cerpen Media Baharu (1 utama, 5 penghargaan).

Penigkatan nilai hadiah HSKU 2016 merupakan satu imbuhan bermakna buat 33 penulis iaitu setiap pemenang utama bagi setiap kategori akan membawa pulang wang tunai berjumlah antara RM2,000 hingga RM12,000.

hsku-2
 

Hadiah disampaikan oleh Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Turut hadir Pengarah Urusan Kumpulan Utusan; Datuk Mohd. Noordin Abbas dan Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad, Tan Sri Abdul Wahid Omar.

hsku
 

Sayembara HSKU ditaja oleh PNB dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Setiap karya yang dipertandingkan pernah disiarkan oleh majalah dan akhbar dan portal Kumpulan Utusan.

Karya-karya pemenang diadili oleh sekumpulan panel penilai yang dipengerusikan oleh Datuk Rahman Shaari. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Sukarelawan Mantap Biro IPTS UMNO prihatin mangsa banjir



KUALA LUMPUR: Tindakan segera Kerajaan Persekutuan dibantu agensi berkaitan dalam misi bantuan kemanusiaan dan perubatan sewaktu banjir di Pulau Pinang membuktikan keprihatinan kerajaan dalam membela kebajikan rakyat.

Jurucakap Sekretariat Mahasiswa Turun Parlimen (Mantap) Sesi 7, Mohd Fadzli Naim menjelaskan usaha itu bukti budaya politik matang yang diamalkan kerajaan terutama apabila membabitkan soal kemanusiaan.

“Tanpa mengira latar belakang politik, pelbagai bantuan kemanusiaan dan perubatan diagihkan ke segenap kawasan terjejas, membabitkan usaha sama badan bukan kerajaan (NGO) seperti Biro Kebajikan UMNO (BiKUM) dan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M).

“Misi kemanusiaan dijalankan tidak kira ketika bah atau pasca banjir bukti keprihatinan kerajaan yang sama sekali tidak mengambil kira latar belakang politik bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa.

“Kerajaan sebelum ini sudah menyatakan komitmen untuk memperuntukkan kira-kira RM1 bilion kepada kerajaan negeri Pulau Pinang bagi melaksanakan Projek Rancangan Tebatan Banjir di beberapa daerah,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Hampir keseluruhan kawasan di Pulau Pinang terjejas akibat banjir dengan beberapa kawasan ditenggelami air antara 0.2 dan satu meter, diikuti angin kencang dan hujan lebat sebelum ini yang turut menumbangkan puluhan pokok.

Jelasnya lagi, agensi kerajaan dan NGO turut memberi sumbangan seperti beg sekolah, kontena berisi keperluan asas dan kit bantuan kepada mangsa banjir merangkumi tilam, bantal, barang keperluan memasak serta makanan.

“Turut dikerahkan adalah seramai 6,000 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan misi bantuan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA 2.0) serta 500 pegawai dan anggota beserta pelbagai aset-aset seperti lori, van, kenderaan pacuan empat roda serta kenderaan pelbagai guna (MPV).

“Justeru, kita berharap dengan adanya bantuan daripada pihak kerajaan dan NGO, semua keperluan mangsa banjir dapat dipenuhi, sekali gus meringankan beban ditanggung mereka.

“Kita juga berharap pihak yang lebih berkemampuan digalakkan untuk saling membantu mangsa banjir tanpa mengira agama, kaum dan fahaman politik,” katanya.

Tambahnya, Mantap 7 membabitkan kira-kira 100 orang pelajar mahasiswa dari seluruh negara akan turun padang untuk terbabit dalam program sukarelawan pasca banjir di Pulau Pinang dalam masa terdekat.

Katanya, turut bersama dalam misi kemanusiaan itu nanti adalah sukarelawan dari Biro Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) UMNO yang dipengerusikan Datuk Razali Ibrahim yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.



Source link

read more

Harimau Malaya terkulai 3-0 pada babak pertama – Bola Sepak


BURIRAM, Thailand 13 Nov. – Misi untuk sekurang-kurangnya mencari keputusan seri dengan Korea Utara bagaimanapun kelihatan sukar selepas skuad Harimau Malaya ketinggalan 0-3 selepas tamat separuh masa pertama kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium I-Mobile, di sini sebentar tadi.

Anak-anak buah Nelo Vingada yang kalah 1-4 dalam aksi pertama, Jumaat lalu dikejutkan 2-0 dalam tempoh lima minit selepas Kim Yu Song meletakkan Korea Utara di depan pada minit ke-15, sebelum menggandakan kedudukan pada minit ke-20.

Pintu gol Malaysia yang dijaga oleh Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy bolos lagi pada minit ke-44, sekali lagi menerusi Yu Song, sekali gus menyukarkan impian Malaysia untuk melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia 2019 di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Selepas mengharungi empat perlawanan, pasukan negara menghuni tangga tercorot Kumpulan B dengan mengutip satu mata. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Seramai 62153 etnik Rohingya di Malaysia setakat 30 Sept – Shahidan



KUALA LUMPUR: Sejumlah 62,153 etnik Rohingya berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) setakat 30 Sept lalu, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata daripada jumlah itu, 53,811 adalah pelarian manakala 8,342 adalah pemohon suaka.

“Untuk tempoh yang sama juga, seramai 2,061 etnik Rohingya telah ditempatkan ke negara ketiga oleh UNHCR,” katanya menjawab soalan Datuk Noor Azmi Ghazali (BN-Bagan Serai) mengenai langkah kerajaan dalam menangani isu penganiayaan terhadap Rohingya serta statistik terkini pelarian etnik itu di negara ini.

Bagaimanapun Shahidan berkata maklumat taburan etnik itu berdasarkan negeri masih belum diterima daripada suruhanjaya tersebut.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan sentiasa berusaha menangani isu Rohingya termasuk membuat gesaan terhadap kerajaan Myanmar berhubung penganiayaan etnik itu dalam forum serantau antarabangsa ASEAN dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Menurut Shahidan, pemegang kad UNHCR bebas bergerak di dalam negara ini, bagaimanapun mereka perlu mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

Kepada soalan tambahan Datuk Kamarudin Jaffar (PKR-Tumpat), sama ada kerajaan bercadang mewujudkan mekanisme tersendiri untuk menghitung jumlah pelarian Rohingya di negara ini, Shahidan berkata Kementerian Dalam Negeri sedang dalam langkah membuat ‘exchange of letter’ dengan pihak UNHCR untuk mendapatkan maklumat bukan sahaja berkaitan Rohingya tetapi juga pelarian lain di negara ini.

Sementara itu, beliau berkata lokasi khusus pembinaan hospital medan tajaan Malaysia bagi membantu pelarian Rohingya di Bangladesh akan ditentukan oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara.

— BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons