Hehehe! Ini bukan sekadar tahap meroyan tak tentu arah kerana takut pada bayang – bayang sendiri semata – mata. Tapi ianya merupakan refleksi Si Menteri Besar Selangor tu secara terbuka.

Jika sebelum ini, tindakan Rejim Pakatan Selangor yang mengharamkan langganan beberapa akhbar tempatan itu membayangkan rasa takut Azmin terhadap pendedahan akhbar terbabit.

Namun pandangan dari satu sudut lain pula membuktikan bahawa Si Menteri Besar Selangor tu tidak matang dalam berpolitik dan jumud pemikirannya selaku seorang pemimpin.

Perkara itu juga turut dinyatakan oleh Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Wira Hajjah Mas Ermieyati Samsuddin sewaktu diajukan soalan oleh wartawan berhubung isu yang sama.

Sedangkan katanya, akhbar tersebut bukan hanya menyiarkan berita secara langsung kepada rakyat tetapi memaparkan berita terkini tentang apa yang berlaku di dalam dan luar negara.

“Perkara ini saya rasa seperti tidak matang oleh Menteri Besar di Selangor. Saya harap mereka mempertimbangkan semula kerana Utusan Malaysia dan Berita Harian harus ada jualan dan lain-lain.

“Saya berharap Mohamed Azmin tidak bersikap mengikut hati tetapi ikutlah akal fikiran,” katanya selepas Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Umum Ke-14 Puteri UMNO negeri yang disempurnakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Adnan Yaakob di sini hari ini.

Dalam erti kata mudahnya, Si Menteri Besar Selangor itu bukan sahaja bersikap seperti kebudak – budakkan. Malah dia juga turut menghalang hak kebebasan media yang ada di Malaysia.

Malah tindakan Si Azmin Ali tu sama macam budak kecik yang takut melakukan kesalahan dan cuba sedaya upaya nak sembunyikannya kesalahan tersebut dari diketahui oleh ibu bapanya. Kiranya, mudah sangat Si Azmin Ali ni ter-Ejakulasi diluar kawalan!!!




Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: