Hahaha!!! Nampak sangat puak Pakatan Haprak ni jenis golongan manusia yang mudah ‘sentap’ tak tentu arah bila orang kutuk diorang secara terbuka. Tapi, kalau orang kutuk diorang boleh pulak.

Inilah contoh golongan manusia yang tak sedar diri. Bila diorang membuat dakwaan terhadap orang lain boleh pulak. Tapi bila kena batang hidung sendiri, mula la diorang hilang akal.

Itu menunjukkan yang puak Pakatan Haprak ni jenis golongan yang tidak boleh menerima sebarang kritikan. Asal dikritik sikit je, maka diorang pun melompat macam Beruk kena belacan.

Tambah memalukan ialah apabila diorang melabelkan seseorang tu Penyamun, Pencacai, Barua dan Pemakan dedak sesuka hati, takde pun orang lain nak menggelupor macam diorang.

Tapi bila ada orang sebut diorang tu dari golongan ‘Penyangak’ pun dah boleh menyebabkan diorang menggelupor membuat desakan suruh Hadi Awang jangan ‘Baling Batu Sembunyi Tangan’ ke?

Padahalnya, diorang sendiri jugak yang mengakui bahawa label ‘Penyangak’ tu tidak ditujukan kepada sesiapa yang tertentu. Perkara itu dinyatakan oleh Setiausaha PAN dalam kenyataannya sebelum ini.

“Dia sebut tak penyangak itu siapa? Saya nak tanya siapa penyangak yang dimaksudkan itu?

“Oleh kerana kita tak tahu susah kita nak berikan jawapan yang pasti dan sikap tidak mahu bertanggungjawab atau sikap baling batu sembunyi tangan bukanlah sikap yang baik bagi seorang pemimpin politik di peringkat nasional,” katanya kepada Antarapos.

Tapi yang herannya, kalau dah Si Hadi Awang tu tak sebut siapa ‘Penyangak’ yang dimaksudkan, kenapa pulak puak Pakatan Haprak tu yang nak menggelupor tak tentu arah?

Malah sampai tahap nak buat dakwaan kononnya Si Hadi Awang tu sengaja ‘Baling Batu Sembunyi Tangan’ bagai. Tidakkah itu menunjukkan yang puak Pakatan Haprak tu dah terasa ‘Songeh’ seolah – olah label ‘Penyangak’ itu ditujukan kepada diorang secara tak lansung!!!




Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: