Malaysia akan kembali lebih kuat – Bola Sepak


BURIRAM, Thailand 13 Nov. – Ketika banyak komen negatif dilemparkan kepada Harimau Malaya kerana kegagalan melayakkan diri ke Piala Asia 2019 ekoran kekalahan kepada Korea Utara malam ini, namun ketua jurulatih skuad kebangsaan, Nelo Vingada tetap yakin pasukannya mempunyai masa depan yang cerah.

Malaysia kalah 1-4 dalam kedua-dua perlawanan menentang Korea Utara di Stadium I-Mobile, sekali gus meletakkan mereka ke kedudukan tercorot Kumpulan B dengan satu mata daripada lima perlawanan.

Anak-anak buah Vingada masih mempunyai baki satu perlawanan dalam kempen kelayakan menentang Lebanon pada 27 Mac, tahun depan, namun pertemuan tersebut sudah tidak memberi sebarang makna.

“Dua perlawanan menentang Korea Utara memberi banyak pengajaran kepada pasukan. Menentang pasukan yang lebih kuat dengan tempoh persediaan yang singkat memberi kesukaran kepada kami.

“Begitupun, saya percaya semua pengalaman yang dikutip di Buriram akan menjadikan Malaysia lebih kuat pada masa akan datang,” kata jurulatih dari Portugal itu kepada pemberita.

Hatrik Kim Yu Song pada minit ke-15, 20 dan 44, selain jaringan Pak Kwan Ryong pada minit ke-79 memastikan kemenangan Korea Utara, sekali gus menghadiahkan kekalahan keempat buat Malaysia sepanjang kempen kelayakan Piala Asia 2019.

Pasukan negara sebelum ini kalah 1-2 kepada Lebanon, diikuti seri 1-1 serta tumpas 0-2 di tangan Hong Kong.

Vingada pula masih gagal mencatat kemenangan pertama selepas membimbing Harimau Malaya dalam tujuh perlawanan sejak mengambil alih tugas ketua jurulatih pada Mei lalui. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Tiada kompromi kepada pekerja asing cabar anggota PDRM



KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi dengan pekerja warga asing yang cuba mencabar kewibawaan anggotanya ketika menjalankan tugas mencegah jenayah, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim.

Beliau berkata pihaknya memandang serius kejadian anggotanya yang diserang kira-kira 30 pekerja kontrak warga China pada malam Sabtu lalu.

“Kita (PDRM) pandang serius perkara ini. Kita tidak akan berkompromi dengan pihak yang cuba halang tugas kita banteras jenayah.

Setakat ini, lapan suspek telah direman untuk siasatan termasuk dua wanita, semua warga China,” katanya kepada pemberita selepas majlis perbarisan sempena Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Menurutnya polis akan mengambil langkah proaktif untuk terus memantau pekerja asing di Kuala Lumpur untuk mengekang pembabitan mereka dalam aktiviti jenayah seperti judi dan jenayah kekerasan.

Dalam kejadian 10.30 malam Sabtu lalu, sepasukan anggota unit kereta peronda yang sedang melakukan pemeriksaan berhubung kegiatan perjudian di hadapan kediaman pekerja kontrak di Jalan Imbi telah diserang kira-kira 20 hingga 30 pekerja warga China.

Menyedari ancaman itu, anggota polis terbabit terpaksa melepaskan tembakan bagi mengawal keadaan.

Dalam pada itu, Mazlan berkata, persiapan PDRM dalam menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) merupakan antara lapan perkara utama yang ditekankan kepada anggota IPK KL.

“Kita telah mempersiapkan anggota kita untuk menghadapi PRU14 dan ketika ini semua anggota diarah untuk tidak mengambil cuti kecuali melibatkan kes kecemasan seperti kematian anggota keluarga terdekat,” katanya.

Selain itu, katanya, polis juga akan menekankan perkara berkaitan membanteras kes ragut, gangsterisme, ancaman pengganas, dadah, judi haram, Macau-Scam dan samseng jalanan.

“PDRM juga akan bekerjasama lebih rapat dengan beberapa agensi penguat kuasa lain dalam beberapa operasi mencegah jenayah,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Jalaluddin mahu berbulan madu di Moscow tapi…



Selamat bergelar suami isteri, pelakon veteran Datuk Jalaluddin Hassan, 63, menyatakan hasrat untuk ‘berbulan madu’ bersama isterinya, Rapidah Abdul Ghani, 41, di Moscow, Rusia.

Perancangan itu telah dibuat bersama anak-anak dan cucu-cucunya sebelum majlis perkahwinan yang diadakan semalam (Ahad).

Bagaimanapun, Jalaluddin terpaksa membatalkan impiannya untuk ke Moscow kerana beberapa sebab.

“Pada mulanya saya berbincang dengan isteri saya untuk ke Moscow bersama keluarga saya yang sudah lama merancang untuk melancong ke sana.

“Memang setiap tahun kami sekeluarga akan meluangkan masa untuk bercuti bersama-sama.

“Namun, Rapidah menolak pelawaan saya sebab dia mahu mengambil masa lebih panjang untuk mengenali lebih dekat anak-anak dan cucu-cucu barunya.

“Dengan masa yang ada ini biarlah dia kenal dahulu dengan anak-anak dan barulah kami akan ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah umrah,” katanya kepada Astro Gempak.

Jalaluddin dan Rapidah selamat bernikah pada pagi Ahad dengan sekali lafaz di Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Kuala Lumpur.

Majlis itu dihadiri oleh lebih 100 orang tetamu dan menyaksikan pengantin lelaki menghadiahkan lima dulang hantaran termasuk sebuah kerusi urut berharga RM20,000 berbalas tujuh daripada pihak Rapidah.

Pasangan itu berkenalan pada Ramadan tahun lalu ketika pengacara Who Wants To Be A Millionaire menghadiri rumah terbuka abang Rapidah, Lokman Ghani di Melaka.

Jalaluddin pernah mendirikan rumah tangga dengan Hashimah Mad Ehsan selama 40 tahun sebelum arwah isterinya meninggal dunia akibat komplikasi pelbagai penyakit pada tahun lalu.

Teks oleh: Amri Hassan



Source link

read more

Merajuk dengan Kim Jong-un reputasi Trump tercalar lagi



PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sekali lagi menjadi tumpuan dunia.

Seperti sebelum ini, dia sekali lagi mencipta kontroversi apabila memuat naik satu tweet berkenaan Presiden Korea Utara, Kim Jong-un.

Dalam status itu, Trump seolah-olah ‘merajuk’ apabila mengetahui Jong-un memanggilnya dengan gelaran ‘orang tua’.

Kata Trump, dia tidak akan sekali-kali memberi gelaran yang tidak sepatutnya kepada pemerintah tertinggi Korea Utara itu.

“Saya tidak akan sekali-kali memanggilnya gemuk dan pendek.

“Saya cuba sedaya upaya untuk menjadi kawannya. Mungkin satu hari nanti ia akan menjadi kenyataan,” tulis Trump.

Lebih menyedihkan, kata Trump, dia berusaha untuk menjalin persahabatan dengan Jong-un, namun reaksi sedemikian mengecewakannya.

Tweet berkenaan dianggap sangat melucukan malah ramai yang melihat ia tidak ubah seperti dua kanak-kanak yang sedang bergaduh.

Sabtu lalu, Korea Utara mengeluarkan kenyataan mengecam kunjungan Trump ke Asia, dan menyifatkannya sebagai satu ‘lawatan si ketua peperangan’, selain menggelarkan Trump dengan gelaran dotard, satu istilah penghinaan yang turut membawa maksud ‘orang tua’.



Source link

read more

12 buah lagu mara ke final AJL32 – Hiburan


SHAH ALAM 12 Nov. – Sebanyak 12 karya hasil ciptaan komposer tempatan berjaya melayakkan diri ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) yang bakal diadakan pada awal tahun hadapan.

Antaranya ialah lagu nyanyian Dayang Nurfaizah nukilan penuh Ajai iaitu Separuh Matiku Bercinta serta lagu ciptaan Faizal Tahir dan Mike Chan nyanyian Caliph Busker iaitu Sejati yang dipilih sebagai lagu terbaik minggu pertama dan kedua Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-32.

Lagu lain yang turut mara ialah Warkah Untukmu (Ara Johari), Bayang (Khai Bahar), Tergantung Sepi (Haqiem Rusli), Menahan Rindu (Wany Hasrita) dan Lebih Sempurna (Syamel).

Sementara lima buah lagu lagi ialah Jampi (Hael Husaini), Akhirnya Cinta (Salma Asis), Aku Cinta (Syamel & Ernie Zakri), Aku Yang Sebenar (Hazama The Penglipur Lara) dan Amboi (Altimet).

Dijadualkan berlangsung pada Februari ini, AJL32 dijangka sengit dan meriah memandangkan sebahagian komposer serta penyanyi yang mara pernah mencipta kegemilangan sebelum ini di sampiang beberapa pendatang baharu yang mewarnai persada muzik tanah air. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

BNM aware of CIMBs lost back-up tapes



KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) announced that it is aware of CIMB Bank Bhd’s loss of backup tapes in transit and heightened security measures taken by the bank to safeguard customers’ transactions.

“The bank (BNM) was assured by CIMB Bank that necessary precautionary measures and mitigation actions have been taken to manage any possible negative impact arising from the loss of the tapes,” it said in a three-para statement today.

Members of the public are advised to continue to be vigilant in safeguarding their personal information, the central bank added.

— BERNAMA



Source link

read more

Generasi muda muflis akibat kad kredit berkurangan



KUALA LUMPUR: Kes muflis melibatkan generasi bawah 30 tahun akibat hutang kad kredit menunjukkan pengurangan bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.

Statistik menunjukkan individu yang diisytiharkan muflis bagi tempoh Januari hingga September tahun ini adalah sembilan orang berbanding 22 orang bagi tempoh waktu yang sama tahun lepas.

Bagi tahun 2015 pula, 17 orang diklasifikasikan kes muflis manakala bagi tahun 2014 adalah 12 orang.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz berkata antara punca utama kes muflis dalam kalangan generasi muda adalah disebabkan penggunaan kad kredit melebihi kemampuan masing-masing.

“Daripada tahun 2014 hingga 2016, purata statistik generasi muda yang diisytiharkan muflis hanya 1.1 peratus,” kata Othman

Beliau menjawab soalan daripada Datuk Sapawi Ahmad (BN-Sipitang) yang meminta Kementerian Kewangan menyatakan jumlah kes kebankrapan dalam kalangan generasi muda berkaitan penggunaan kad kredit.



Source link

read more

Gembira bertemu kawan saya Trump sekali lagi – PM Najib



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyuarakan kegembiraannya bertemu rakannya, Presiden Amerika Syarikat  Donald Trump.

Dalam satu muat naik di laman Twitternya hari ini, Najib menulis: “Mengalu-alukan Presiden Donald Trump hari ini, sebelum mesyuarat di Manila.”

Kedua-dua pemimpin itu bertemu sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 di Manila.

Dalam ucapan alu-aluan sempena Dialog ASEAN-Amerika Syarikat (AS), Trump dilaporkan memuji Najib kerana kejayaan menyelaraskan dialog berkenaan.
“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Najib atas tugas yang sangat baik yang telah anda lakukan sebagai penyelaras,” Trump dilaporkan.

Najib berada di Manila bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Wakil-wakil negara ASEAN yang turut hadir termasuk, Presiden Indonesia, Joko Widodo, Presiden Filipina, Rodrigo Duterte.

Presiden Singapura, Lee Hsien Loong dan isteri, Ho Ching dan Myanmar diwakili Kaunselor Negara,  Aung Sun Suu-kyi.



Source link

read more

Rasuah:2 tekong Vietnam ditahan – Jenayah


JOHOR BAHRU 13 Nov. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan dua tekong warga Vietnam kerana disyaki merasuah seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sebanyak RM10,000 ketika ditahan dalam Operasi Perkasa Selatan di Perairan Mersing, semalam.

Kedua-dua suspek lelaki berumur 27 dan 28 tahun itu memberi wang tersebut sebagai dorongan untuk melepaskan dua bot yang digunakan selepas melakukan beberapa kesalahan antaranya gagal mengemukakan lesen bot, tidak mempunyai passport yang sah dan memiliki peralatan tangguk tunda di atas bot. 


Kedua-dua tekong bot tersebut juga ditahan kerana memberikan rasuah terlebih dahulu kepada anggota APMM berjumlah RM500 dan RM800 bagi melepaskan bot mereka atas kesalahan yang sama.


Kedua-dua suspek berkenaan ditahan di Pejabat SPRM Johor Cawangan Kluang kira-kira pukul 11 pagi semalam bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.


Pengarah SPRM negeri, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan memberitahu suspek akan dihadapkan ke mahkamah hari ini untuk permohonan reman bagi membantu siasatan.


Terdahulu SPRM bersama-sama APMM mewujudkan satu rangkaian kerjasama dalam usaha memerangi jenayah rasuah dan salah guna kuasa khususnya melibatkan kejadian-kejadian isu pencerobohan bot nelayan di perairan Malaysia. 


Beliau berkata, kerjasama tersebut  bermula dengan perkongsian maklumat di antara kedua-dua agensi berkaitan isu pencerobohan nelayan asing terutamanya dari Vietnam diikuti pelaksanaan Ops Armada sejak Januari lalu. 


“Ops Armada dilaksanakan bagi membanteras aktiviti rasuah dan salah guna kuasa berhubung pencerobohan nelayan asing yang menggunakan orang tengah untuk berunding dengan agensi penguatkuasa agar tindakan tidak diambil ke atas kegiatan mereka. 


“Sindiket ini dikatakan beroperasi secara haram melibatkan aktiviti penangkapan hasil laut di kawasan perairan pantai timur Semenanjung, perairan Johor, Sabah dan Sarawak,” katanya. – UTUSAN ONLINE




Source link

read more

JBPM Sabah sedia hadapi banjir



KOTA KINABALU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah kini bersiap sedia untuk mengerahkan 830 anggotanya daripada 22 balai di seluruh negeri ini dalam tempoh 24 jam bagi menghadapi ancaman bencana alam termasuk banjir susulan permulaan monsun timur laut yang dijangka bermula pada bulan depan.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Sabah; Khairul Azuwan Ibrahim berkata, berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi Malaysia baru-baru ini, permulaan monsun berkenaan dijangka akan membabitkan beberapa kawasan di Sabah terutamanya kawasan utara dan timur.

Setakat ini,  kata beliau pihaknya sudah membuat persediaan rapi merangkumi tiga aspek utama iaitu sumber manusia, logistik dan peralatan serta pengurusan menangani banjir.

“JBPM mempunyai 22 Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) ditempatkan di seluruh negeri ini termasuk di beberapa lokasi yang kerap berlaku bencana banjir iaitu di daerah Kota Belud, Kota Marudu dan Beaufort.

“Sebagai persediaan menghadapi banjir, kita akan meningkatkan keupayaan terutamanya di bahagian Pusat Gerakan Operasi (PGO) dalam memantau sebarang perkembangan bencana alam seperti banjir kilat, tanah runtuh dan pokok tumbang ketika musim tengkujuh itu nanti,” katanya ketika ditemui Astro AWANI di sini hari ini.

Khairul berkata, ketika musim banjir pada bulan Oktober lalu, pihaknya merekodkan sebanyak 293 kes kejadian bencana alam seperti tanah runtuh, pokok tumbang, banjir dan berkaitan berlaku di Sabah.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons