Cristiano Ronaldo jadi bapa kali keempat – Sukan


MADRID 13 Nov. – Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo awal hari ini mengumumkan menyambut kelahiran anak keempatnya yang diberi nama Alana Martina hasil perkongsian hidup dengan teman wanitanya, Georgina Rodriguez.

Sebelum ini pasangan itu sudah mempunyai anak lelaki yang kini berusia tujuh tahun yang diberi nama Cristiano Junior. Ronaldo, 32, mengumumkan kelahiran terbaru anak perempuannya itu menerusi Twitter sambil meletakkan gambar keempat-empat mereka.

Ronaldo juga merupakan bapa kepada satu pasangan kembar iaitu Eva dan Mateo yang dilahirkan pada Jun lalu. Kelahiran terbaru itu membolehkan Ronaldo diberi rehat dan tidak beraksi dalam dua perlawanan persahabatan Portugal menentang Arab Saudi dan Amerika Syarikat. – AFP



Source link

read more

Bapa cuba bunuh bayi perempuan dua kali untuk pikat hati isteri



SEORANG bapa cuba membunuh bayi perempuannya sendiri yang berusia 18 bulan dalam usaha memikat kembali hati isterinya.

Lelaki yang berusia lingkungan 20 tahun itu dilapor telah dua kali cuba menekap muka untuk melemaskan anak kecilnya itu dengan harapan tragedi akan membuatkan si isteri kembali kasih kepadanya.

Dalam prosiding di mahkamah keluarga di Blackburn, Lancashire, sidang turut dimaklumkan tentang kematian dua anak mereka yang lebih tua ketika masih bayi, lapor Mail Online.

Anak sulung pasangan itu dilapor meninggal dunia pada usia kurang sebulan disebabkan pneumonia.

Hakim Alan Booth turut dimaklumkan tentang anak ketiga pasangan itu yang mengalami insiden yang ‘hampir meragut nyawa’ pada usia empat bulan, tahun lepas.

Booth berkata lelaki itu, seorang yang pintar dan berkerjaya, sanggup melakukan apa saja dan disifatkan sebagai berbahaya.

Sidang turut dimaklumkan bahawa hubungan lelaki itu dengan isterinya berdepan masalah selepas kelahiran anak ketiga mereka. 

Namun kematian kedua-dua anak mereka yang lebih tua sebaliknya telah mendekatkan mereka.

Hakim bagaimanapun tidak memberitahu sama ada kes akan disiasat polis.



Source link

read more

Croatia, Switzerland layak ke Piala Dunia menerusi playoff – Sukan


LONDON 13 Nov. – Croatia dan Switzerland muncul pasukan terbaharu layak ke Piala Dunia 2018 di Rusia selepas masing-masing mencatat kemenangan agregat dalam aksi playoff timbal balik yang berakhir awal pagi ini.

Switzerland mara selepas menang dengan agregat 1-0 mengatasi Ireland Utara walaupun sekadar seri 0-0 dalam aksi kedua playoff di laman sendiri. Skuad bimbingan Vladimir Petkovis hanya berbekal gol menerusi sepakan penalti kontroversi pada aksi pertama lalu

Croatia juga mara dengan cara yang sama apabila seri 0-0 dengan Greece pada aksi kedua playoff di laman lawan tetapi kemenangan 4-1 pada aksi pertama di laman sendiri sudah cukup memberi bekalan selesa untuk layak buat kali kelima ke Piala Dunia. – AFP



Source link

read more

GUAN ENG “TOKONG SUCI”, MANA BOLEH DIPERTIKAI!!! ~ SEMUT HITAM


Dalam DAPigs, kalau ada ‘Nyamuk’ datang gigit Si Guan Eng ni pun diorang akan salahkan Kerajaan yang hantar Nyamuk tu!!!

Heh! Sibuk sangat orang hari ini masih lagi nak mempertikaikan soal kedudukan Si Lim Guan Eng tu dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAPigs (CEC) yang baru dipilih semalam. 

Padahal perkara itu dah lama orang tau. Si Lim Guan Eng tu ibarat seperti ‘Tokong Suci’ buat penganut DAPigs. Maka sebab itu kedudukan dia tidak boleh dipertikaikan lansung dalam parti.

Malah kedudukan yang disandang Si Guan Eng tu boleh dipegang walaupun dia masuk penjara akibat kes rasuah dan penyelewengan kuasa yang sedang dihadapi dimahkamah pada ketika ini.

Kot kalau dia nak wariskan jawatan dia pada ketika ini kepada anak keturunan dia pun boleh. Takde siapa yang boleh menghalangnya. Malah RoS pun hanya mampu tengok je apa yang berlaku.

Tapi oleh kerana ada dikalangan bekas ahli DAPigs yang dah songeh kena kencing dek keluarga Si Guan Eng tu, maka diorang pun tuduh la parti tu tidak mengamalkan demokrasi.

Malah diorang juga hairan berhubung tiada tindakan disiplin diambil terhadap Lim mengenai isu itu selain turut dilanda pelbagai kontroversi termasuk kejadian tanah runtuh di Tanjung Bungah.

“Lim Guan Eng tidak sepatutnya bertanding dalam pemilihan CEC itu kerana dia sedang menghadapi pertuduhan kerana ini akan mencemarkan imej parti,” kata bekas anggota DAP Seputeh Tony Tan kepada pemberita, di sini hari ini.

Sebelum itu, Tan dan sekumpulan anggota DAPigs berhimpun di luar Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam bagi meluahkan rasa tidak puas hati mereka berhubung pemilihan tersebut.

Bekas Pengerusi DAPigs Pantai Sepang Putra R. Vellasamy pula mendakwa parti itu mengamalkan diskriminasi apabila hanya mengambil tindakan disiplin terhadap pemimpin akar umbi sedangkan dalam kes Lim mereka berdiam diri.

“Saya dipecat kerana mempertahankan hak-hak kaum India dalam DAP. Di manakah demokrasi dalam DAP,” katanya.

Kesimpulannya, kalau ada sesiapa yang nak naik menjadi pemimpin dan mendapat tempat dikalangan puak DAPigs tu, diorang mesti pandai mengampu keluarga dinasti Lim tu. Kalau tidak, jangan mimpi la diorang boleh kekal lama dalam parti!!! Setakat jadi Barua boleh la!!!




Source link

read more

Vettel juara GP Brazil – Sukan


SAO PAULO 13 Nov. – Sebastian Vettel menebus kekecewaan gagal merangkul kejuaraan dunia Formula Satu (F1) musim ini dengan menjuarai perlumbaan penutup tirai 2017, Grand Prix Brazil awal pagi tadi.

Memandu jentera Ferrari, pelumba Jerman itu menang bergaya selepas memintas pelumba petak depan dari Mercedes, Valtteri Bottas sebaik perlumbaan bermula dan tidak menoleh ke belakang lagi selepas itu walaupun dipenuhi banyak kemalangan membabitkan pelumba lain.

Tempat ketiga menjadi milik seorang lagi pelumba Ferrari, Kimi Raikkonen. Juara dunia 2017 yang sudah disahkan lebih awal, Lewis Hamilton masih mampu menduduki tempat keempat walaupun bermula paling belakang dari laluan pit akibat dihukum kerana menukar enjin. – AFP



Source link

read more

Belanja makan sebab tandatangan kehadiran di IPT adalah rasuah



KUALA LUMPUR: Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengakui wujud amalan rasuah dalam kalangan penuntut universiti awam.

Bagaimanapun Presidennya, Adib Ashman Burhan Burhanudin menegaskan tiada sebarang laporan rasmi diterima pihaknya buat masa kini berhubung isu tersebut (rasuah).

Tambahnya, berdasarkan pemantauan, sebahagian besar penuntut tidak mengetahui rasuah berlaku dalam aktiviti seharian termasuk menawarkan ganjaran seperti membelanja makan tengah hari.

“Kita tidak tahu apa sebenarnya penerimaan dan pemberian rasuah di peringkat universiti. Sebagai contoh, sekiranya saya tidak pergi ke kelas dan kemudian saya meminta rakan saya menandatangani kehadiran bagi pihak saya.

“Sebagai ganjaran saya pula akan membelanja rakan saya (yang menandatangani kehadiran) makan tengah hari dan sebagainya. Itu kategori rasuah.
“Tetapi ramai dalam kalangan mahasiswa tidak tahu sama ada ketelusan, integriti atau tindakan itu betul atau tidak, diterima masyarakat atau tidak,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.

Justeru, beliau menyokong cadangan dikemukakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim supaya kerajaan mewujudkan Modul Pencegahan Rasuah di institusi pengajian tinggi (IPT).

“Kami menyokong pandangan Razali kerana ia merupakan satu amalan yang amat baik. Tetapi bukan satu kursus yang baharu kerana ia akan menjadi bebanan kepada mahasiswa malah terdapat kemungkinan mereka tidak akan mengikuti kursus tersebut.

“Sebaliknya, modul itu perlu diterapkan dalam kursus sedia ada seperti Kursus Hubungan Etnik dan Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS),” katanya.

Sementara itu, Presiden Transparency International Malaysia, Datuk Akhbar Satar menyokong pewujudan modul tersebut.

Jelasnya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu mewujudkan modul terbaik yang pada masa sama tidak membebankan mahasiswa.

“Bagaimanapun, SPRM hendaklah mencari jalan dan strategi sistematik supaya ia dapat diterima mahasiswa.

“Sudah tentu modul anti rasuah ini begitu penting sekiranya kita wujud di IPT memandangkan golongan mahasiswa berdepan masalah integriti,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Tegasnya, penuntut universiti awam perlu menyedari dan mengetahui erti sebenar rasuah, integriti, salah guna kuasa dan penyelewengan.

Bagaimanapun, Akhbar berkata pendidikan anti rasuah perlu diterapkan sebagai pendidikan awal kanak-kanak terutama dalam institusi kekeluargaan.



Source link

read more

Gerakan yakin menang lima kerusi Parlimen pada PRU14



KUALA LUMPUR: Gerakan yakin dapat memenangi lima kerusi parlimen dan 12 kerusi dewan undangan negeri termasuk di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Presidennya Datuk Seri Dr Mah Siew Keong berkata parti itu juga memutuskan untuk bertanding di semua 45 kerusi tradisi yang diperuntukkan kepada mereka di bawah Barisan Nasional menerusi konsesus perkongsian kuasa.

Beliau berkata parti itu juga sedang berunding dengan parti komponen lain mengenai kemungkinan bertukar kerusi yang membabitkan lima kawasan atau mendapatkan kerusi tambahan.

“Kira-kira 60 peratus calon merupakan muka baharu dan kebanyakan mereka adalah orang muda. Kami yakin akan mencatat prestasi lebih baik berbanding sebelum ini,” katanya dalam sidang media selepas berakhirnya Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan ke-46 di Menara PGRM, di sini hari ini.

Mah yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, berkata beliau telah menyerahkan senarai calon berpotensi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN.

Antaranya ialah Ketua Wanita Datuk Tan Lian Hoe, Ketua Pemuda Tan Keng Liang serta timbalan masing-masing.

Ditanya sama ada beliau akan bertanding di Pulau Pinang, Mah yang merupakan Anggota Parlimen Teluk Intan, berkata beliau serahkan perkara itu kepada parti.

Sebanyak 22 resolusi diluluskan oleh 1,778 perwakilan yang menghadiri persidangan tahun ini.

–BERNAMA



Source link

read more

Fattah Amin tunai umrah dengan Fazura



PELAKON sensasi kesayangan ramai, Fattah Amin bakal ke tanah suci Mekah pada 15 November untuk menunaikan ibadah umrah.

Malah, teka-teki individu yang bakal bersama Fattah menunaikan umrah masih belum terjawab.

Namun, kesempatan untuk bertemu Fattah sempena majlis pelancaran wangian AJ de’Parfum di Taman Subang Impian, Shah Alam baru-baru ini menjawab segala persoalan.

“Saya akan menunaikan umrah bersama keluarga tetapi tentang dakwaan saya pergi bersama Fazura lebih elok bertanyakan dia sendiri.

“Malah, disebabkan jadual saya terlalu padat semua persiapan untuk menunaikan ibadah itu saya serahkan kepada pengurus saya termasuk membeli barangan kelengkapan umrah,” jelasnya kepada Astro Gempak.

Spekulasi Fattah dan Fazura bakal mengikat tali pertunangan pada 13 November juga menjadi topik hangat sejak dua minggu lalu.

Enggan mengulas lanjut tentang gosip tersebut, Fattah memohon agar peminat mendoakan perkara yang baik-baik sahaja.

“Semoga terus doakan yang baik-baik. Kalau ada jodoh saya akan hebahkan kepada semua,” katanya ringkas.

Dalam perkembangan lain, Fattah menyambung kontraknya sebagai duta jenama wangian AJ de’Parfum untuk tahun kedua berturut-turut.

Teks oleh: Amri Hassan



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons