Gunman kills four in Northern California shooting spree



CALIFORNIA: Five people, including the suspected shooter, died in a shooting spree on Tuesday (November 14) at a cross roads near a school in a remote area of rural Northern California. Some children were among the wounded, according to officials and local media.

Law enforcement officers shot to death the gunman, who was among the five people who died in a series of shootings at seven or more locations, according to Redding, California, newspaper the Record Searchlight.

The shooting spree began at a home and ended at Rancho Tehama School near the town of Corning, the Sacramento television station KCRA reported, citing law enforcement.

The shooter was armed with a semi-automatic rifle and two handguns, Assistant Sheriff Phil Johnston told local media.

A number of students were airlifted for medical care after gunfire at Rancho Tehama School, Johnston said.

Law enforcement did not immediately say what might have motivated the shooter.

Sheriff’s Office officials could not immediately be reached for comment.

Enloe Medical Center in Chico, more than 40 miles (64 km) southeast of the school, received five patients, and three of them were treated and released, hospital spokeswoman Natali Munoz-Moore said by phone. She declined to provide any details on their conditions.

St. Elizabeth Community Hospital in the community of Red Bluff received two patients, including one who was stabilized and transferred to another facility, Amanda Harter, a spokeswoman for the facility, said in an email. Mercy Medical Center in Redding received three patients, including one who also was transferred elsewhere, said Harter, whose company, Dignity Health, runs both hospitals.

Shots were fired at the school and some people were injured at the campus but no students or staff members died, Corning Union Elementary School District administrative assistant Jeanine Quist said by phone. The area is about 120 miles (190 km) north of Sacramento.

California Governor Jerry Brown said in a statement he and his wife were “saddened to hear about today’s violence in Tehama County, which shockingly involved schoolchildren.”

A parent, Coy Ferreira, said he was dropping off his daughter when he heard gunshots.

Once inside a classroom, Ferreira said he heard gunfire for over 20 minutes and a student in the room was struck.

Brian Flint told local media his neighbor was the shooter and had stolen his truck.

The shooter’s name has not been released.



Source link

read more

OKU maut dilanggar komuter di Bukit Keteri



KANGAR: Seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) maut setelah dilanggar komuter di kilometer 141.25, Bukit Keteri dekat sini, petang Selasa.

Ketua Polis Daerah Padang Besar Supt Ghazani Abd Ghani berkata mayat mangsa Mohd Arif Eisha, 34, yang dipercayai mempunyai masalah mental ditemukan dalam longkang berhampiran landasan keretapi itu.

“Mangsa dilanggar komuter dari arah Padang Besar menuju ke Butterworth yang berlepas pada 3.25 petang dari stesen Padang Besar,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian dekat sini, pada Selasa.

Beliau berkata sebaik kejadian, pemandu komuter menghentikan kenderaannya sebelum melaporkan insiden itu kepada polis.

“Polis menerima laporan pada 4 petang dan mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut,” katanya.

Beliau berkata mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah.

— BERNAMA



Source link

read more

Jangan cepat kecam Harimau Malaya – Bola Sepak


KUALA LUMPUR 14 Nov. – Harimau Malaya tidak wajar terus dihukum hanya kerana kegagalan melayakkan diri ke Piala Asia 2019 ekoran kekalahan 1-4 kepada Korea Utara dalam kempen kelayakan di Buriram, Thailand semalam, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Malaysia tewas dua kali berturut-turut, kedua-duanya menerusi keputusan 1-4 kepada Korea Utara untuk meletakkan mereka ke tangga tercorot Kumpulan B dengan hanya mengutip satu mata daripada lima perlawanan.

Jurulatih kebangsaan, Nelo Vingada turut dikritik peminat kerana masih gagal meraih sebarang kemenangan selepas tujuh perlawanan membimbing Malaysia sejak tiba di negara ini pada Mei lalu.

“Kita kena melihat prestasi pasukan kebangsaan dalam konteks lebih menyeluruh, jangan mudah untuk beri kecaman kerana prestasi mereka hari ini sebenarnya mencerminkan struktur bola sepak sedia ada yang memerlukan masa untuk dibaiki.

“Bukan pasukan senior bola sepak tidak bagus tapi prestasi mereka hari ini mencerminkan struktur pengurusan pada tempoh itu yang bermasalah sejak bertahun-tahun,” katanya dalam sidang akhbar selepas menjadi moderator sesi dialog Townhall Dialog TN50: Pemimpin Generasi Baharu Felda Aspirasi Menuju Tahun 2050 di Menara Felda di sini hari ini.

Jelas Khairy, sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam bidang sukan negara lebih empat tahun lalu, beliau yakin dengan perancangan masa panjang menerusi pembangunan peringkat akar umbi oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang bakal mengubah prestasi pasukan tersebut pada masa akan datang.

Katanya, FAM sedang usahakan sistem yang lebih tersusun,iaitu supaya lebih ramai lagi peringkat akar umbi main dalam liga dengan lebih tersusun kerana prestasi kejayaan yang dicatat oleh pasukan bawah 15, 18 dan 23 tahun dilihat lebih cerah.

“Saya faham apabila kalah, ramai kecam dan kritik, tapi ini projek jangka panjang, perlu ada semangat nasional untuk beri sokongan. Jangan tahun ini kurang berjaya, maka terus menghukum.

“Sebab pasukan bola sepak negara banyak juga muncul dengan pelbagai kejayaan terutama pasukan bawah umur. Saya yakin ada sinar di hujung terowong sukan bola sepak negara, apa yang penting jangan cepat menghukum dengan apa yang berlaku,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Mengaku polis sebelum culik samun mangsa



IPOH: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki menyamar sebagai anggota polis yang kemudiannya menculik dan menyamun seorang mangsa di Seri Botani dekat sini, lima hari lepas.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Thamby berkata, lelaki itu ditahan pada petang Selasa untuk membantu siasatan membabitkan satu laporan polis mengenai kejadian individu menyamar sebagai polis.

Beliau berkata, laporan itu dibuat susulan insiden mangsa telah ditahan oleh suspek yang mengaku sebagai anggota polis pada pukul 8 malam, 9 November lalu ketika mangsa sedang memandu di Seri Botani.

“Mengikut laporan, mangsa telah ditahan oleh suspek atas kesalahan memandu melebihi had laju. Mangsa turut digari dan diberitahu akan dibawa ke balai polis. Namun, akhirnya mangsa menyedari dia sebenarnya diculik oleh suspek.

“Suspek dikatakan merampas kad pengeluaran wang automatik (ATM) dan telefon bimbit, memukul mangsa sebelum mencampakkannya ke dalam longkang berhampiran. Mangsa berjaya keluar dari longkang itu pada sekitar pukul tiga pagi,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Mohd Ali berkata, kejadian tersebut merupakan insiden terpencil dan polis akan melakukan siasatan segera.

Katanya, tangkapan suspek dijangka membawa kepada penahanan individu lain yang dipercayai terlibat dan masih bebas.

“PDRM akan segera memantau keadaan ini. Orang ramai tidak perlu bimbang. Kami akan memberi makluman dari semasa ke semasa,” katanya.



Source link

read more

[VIDEO] 440 PATI ditahan di Bukit Bintang – Jenayah


KUALA LUMPUR 14 Nov – Jabatan Imigresen Malaysia menahan 440 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam dua serbuan di Bukit Bintang di sini petang ini.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, operasi yang melibatkan 267 anggota pelbagai agensi itu dilakukan di sekitar Jalan Alor dan Jalan Changkat.

“Dalam operasi ini, seramai 915 warga asing telah diperiksa dan hasilnya 440 daripada mereka ditahan kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Malaysia terus pantau keadaan di Lebanon – Hishammuddin



PORT DICKSON: Malaysia akan terus memantau perkembangan di Lebanon berikutan keputusan Perdana Menteri Lebanon, Saad Hariri mengumumkan peletakan jawatannya ketika melawat Riyadh awal bulan ini.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata setakat ini tidak ada perkara-perkara yang membimbangkan atau insiden-insiden yang meragukan menimpa rakyat Malaysia di sana.

“Di Lebanon, memang saya beri perhatian lebih daripada apa yang menular di Yemen dan Qatar kerana di sana kita ada anggota Malbatt 850-5 (pasukan pengaman Batalion Malaysia),” katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis sambutan Deepavali peringkat Tentera Darat dan pelancaran Pakej Istimewa Panggilan dan Data (Pakej TigaTiga) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sini.

Turut hadir Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim dan Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Bhd Michael Kuehner.

Kira-kira 1,000 warga Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan veteran ATM memeriahkan sambutan Deepavali peringkat Tentera Darat.

Hishammuddin berkata sejurus perletakan jawatan oleh Hariri pada 4 Nov lepas, Raja Mohamed Affandi telah menghubungi kepimpinan Lebanon bagi mendapatkan maklumat berkenaan keadaan di sana.

Seramai 850 anggota tentera termasuk 30 orang dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan seorang kakitangan Kementerian Pertahanan (Mindef) berada di Lebanon kerana menyertai misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa Bersatu selama setahun.

Dalam perkembangan lain, kerajaan Arab Saudi dan Kuwait telah menggesa warganya meninggalkan Lebanon dengan segera.

Pada 4 Nov, Hariri secara tiba-tiba mengumumkan perletakan jawatanya dengan membaca satu kenyataan secara langsung melalui televisyen dari Riyadh, ibu negara Arab Saudi, dengan mendakwa beliau mengundur diri berikutan pengaruh kebangkitan Iran di negaranya yang membuatkan beliau khuatir akan mengalami nasib sama dengan bapanya, Rafik Hariri, yang telah dibunuh pada 2005.

Pengumuman mengejut itu membangkitkan kebimbangan yang Lebanon – berpecah kepada kem diketuai oleh Hariri dan pergerakan Hizbullah yang disokong oleh Iran – mungkin membawa kepada keganasan.

Sementara itu, Hishammuddin memuji langkah Celcom yang menawarkan tiga pelan khas untuk warga Mindef dan veteran ATM.

“Kerjasama dengan Celcom amat bermakna sekali kerana buat pertama kali sektor swasta bersama-sama dengan kita dan ini ada kaitan rapat dengan teras kebajikan veteran dan anggota.

“Pakej ini dijangka memberi impak besar dalam jangka masa panjang terutamanya dalam mengurangkan kos perbelanjaan warga Mindef termasuk veteran ATM,” katanya.

Beliau turut berharap lebih banyak syarikat swasta yang akan tampil ke hadapan dan membantu warga Mindef.– BERNAMA



Source link

read more

100 penduduk terjejas banjir kilat di Jasin – Melaka


JASIN 14 Nov. – Sebanyak 20 kediaman diduduki kira-kira 100 penduduk Kampung Paya Lengkong dan Kampung Kilang Berapi dekat Merlimau di sini terjejas selepas dinaiki air akibat banjir kilat yang berlaku hari ini.

Ketua Sekretariat Jabatan Pengurusan Banjir Negeri (JPBN), Leftenan Kolonel Effendy Ali berkata, banjir kilat berkenaan disebabkan hujan lebat yang turun di negeri ini sejak pukul 4 pagi tadi.

Katanya, berikutan hujan lebat lebih lima jam itu, paras air sungai berhampiran melimpah ke kawasan kampung berkenaan.

“Hujan lebat berterusan turun sejak pukul 4 pagi tadi di kawasan berkenaan, bagaimanapun sehingga 5 petang ini tiada pusat pemindahan dibuka dan keadaan terkawal selepas hujan reda.

“Bagi memastikan penduduk berada dalam keadaan selamat kita sudah menempatkan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di kawasan terjejas dan memantau keadaan dari semasa ke semasa,” katanya ketika dihubungi di sini malam ini.

Menurut Effendy, paras air di beberapa kawasan kampung tersebut mencecah 0.6 meter dan penduduk hanya akan diarahkan berpindah ke pusat pemindahan sekiranya paras air berada pada tahap membimbangkan.

Seorang penduduk, Jariah Hitam, 78, memberitahu, dia terjaga daripada tidur kira-kira pukul 6 pagi dan menyedari air telah memenuhi bahagian hadapan rumahnya sehingga paras betis.

“Mujur ada anak menantu tinggal bersama dan kami sama-sama selamatkan perkakas rumah, letak dekat tempat tinggi,” katanya ketika ditemui dirumahnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Roslan Ahmad turut berkesempatan melawat kawasan banjir di kampung tersebut. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Ponteng kerja 2000 hari masih diberi peluang – Mahdzir



PUTRAJAYA: Masalah keluarga, beban hutang dan beban tugas harian mengakibatkan terdapat dalam kalangan kakitangan awam yang tidak hadir bertugas selama 2,000 hari.

Justeru kerajaan menyarankan penjawat awam yang menghadapi sebarang masalah supaya merujuk kepada bahagian kaunseling yang disediakan di setiap jabatan.

Menurut Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid, penjawat awam terikat kepada integriti sebagai kakitangan awam dan mereka seharusnya mengelak dari dikenakan tindakan buang kerja.

“Ini cerita di sekolah pedalaman dan kita tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku hingga tidak hadir selama 2,000 hari waktu bekerja.

“Kita tidak tahu apa masalahnya hingga guru besar pujuk bertahun-tahun. Saya tidak kata guru… mungkin kerani, mungkin pembantu makmal.

“Kita ambil kira isu penjawat awam di kawasan pedalaman seperti terpaksa menaiki bot selama enam jam, menaiki kereta selama dua jam dan kemudian berjalan kaki selama empat jam dan saya tidak kata itu masalah yang dihadapi mereka,” ujarnya selepas merasmikan Hari Integriti Kementerian Pendidikan di Putrajaya pada Selasa.

Tambah Mahdzir kementerian bagaimanapun tidak akan mengambil tindakan drastik tanpa sebarang siasatan terperinci dibuat.



Source link

read more

Malaysia mampu jadi peneraju IR4.0 – Nahas & Bencana


KUALA LUMPUR 14 Nov. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia mampu menjadi peneraju dalam Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) melalui pelbagai inisiatif yang dilaksanakan kerajaan dalam memperkukuhkan ekonomi digital termasuk penubuhan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ).

“Malaysia bukan sahaja sedang mempersiapkan dirinya, tetapi juga bersedia menjadi peneraju dalam IR4.0,” kata Perdana Menteri dalam buku bertajuk “Advancing ASEAN in the Digital Age” yang dilancarkan pada Sidang Kemuncak Pelaburan dan Perniagaan ASEAN 2017 sempena Ulang Tahun Ke-50 ASEAN di Manila, Filipina hari ini.

Buku tersebut diterbitkan CIMB ASEAN Research Institute (CARI) dengan kerjasama Kelab Perniagaan ASEAN (ABC).

Selain Perdana Menteri, buku tersebut turut menampilkan 37 artikel daripada ketua-ketua kerajaan antaranya, Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull; Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen dan Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati.

Hun Sen dalam artikelnya optimis Kemboja akan meraih banyak manfaat dengan menerokai potensi dalam era digital dan turut menasihati negara-negara ASEAN supaya melengkapkan generasi mudanya dengan kemahiran teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) serta berdepan dengan pekerjaan yang mungkin tidak wujud lagi pada masa depan.

“Persediaan ini amat penting supaya kita dapat mengejar perkembangan yang pantas bergerak dan menggalakkan kemajuan teknologi menerusi galakan sains, teknologi dan projek berteraskan inovasi serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi memastikan tidak berlaku jurang ekonomi digital yang luas di rantau ini,” kata Hun Sen.

Sementara itu, Presiden ABC yang juga Pengerusi CARI, Tan Sri Dr. Mohd. Munir Abdul Majid dalam satu kenyataan berkata, dalam menghadapi era digital, cabaran utama perlu dilalui adalah dari segi menyediakan pendidikan dan latihan yang lebih baik supaya modal insan di rantau ASEAN lebih bersedia dan mampu menyesuaikan diri pada masa depan.

“Terdapat anggaran bahawa dengan revolusi digital akan menambah AS$1 trilion (RM4.19 trilion) kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ASEAN menjelang 2025, dan ekonomi digital sahaja bernilai AS$200 bilion (RM838.6 bilion) sebelum berkembang dengan pesat.

“Bagaimanapun, di sebalik semua ini, terdapat cabaran yang perlu diatasi iaitu ASEAN harus berkembang lebih baik berbanding tipikal ‘ASEAN way’ dan modal insannya mestilah sesuai untuk memenuhi tujuan ini. Ini bermakna, pendidikan dan latihan perlu jauh lebih baik daripada yang ditawarkan pada masa ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Vingada bergelut dengan kesukaran | Astro Awani



JURULATIH skuad Harimau Malaya, Nelo Vingada menyifatkan kesukaran mengumpul pemain yang memenuhi kriterianya merupakan halangan utama dalam membentuk sebuah pasukan yang berjaya pada pusingan kelayakan Piala Asia 2019.

Selain itu, pengendali dari Portugal itu, berkata kekurangan pendedahan dalam perlawanan antarabangsa sebelum membuka kempen Kumpulan B pada pusingan kelayakan itu juga menyumbangkan kepada kegagalannya merancang strategi kejayaan.

Katanya, beliau terpaksa bergelut dengan pelbagai kesukaran dalam usaha membawa kejayaan kepada skuad negara pada kempen Piala Asia 2019, namun semuanya berkubur apabila tersingkir daripada pusingan kelayakan itu.

Biarpun mengharungi tujuh perlawanan tanpa kemenangan sejak mengambil alih jawatan penting itu, Vingada tidak menyalahkan sesiapa malah mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap keputusan itu.

“Bagaimanapun, saya optimistis skuad negara berada di landasan yang betul ke arah mencapai masa depan yang cerah,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini sebaik tiba dengan skuad negara dari Buriram, Thailand, hari ini.

Kekalahan 4-1 berturut-turut dengan Korea Utara di Thailand menjadikan Malaysia pasukan pertama tersingkir dalam Kumpulan B dengan hanya mengutip satu mata selepas tamat lima perlawanan.

Sebelum itu, Malaysia kalah 2-1 dengan Lubnan dan kalah 2-0 kepada Hong Kong selain seri 10-1 dengan lawan sama sebelum berdepan dengan Lubnan, Mac depan.

Dua kekalahan dalam aksi persahabatan yang diatur Ogos lalu turut mencalar reputasi negara terutamanya apabila dimalukan Myanmar 1-0 yang hanya membariskan skuad kedua selain turut tewas 2-1 kepada Syria.

— BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons