BAGHDAD/ANKARA 13 Nov. -Jumlah mangsa yang terkorban dalam kejadian gempa bumi di sempadan Iran-Iraq terus meningkat kepada lebih 328 manakala 2,500 lagi cedera sementara berpuluh-puluh lagi mangsa masih terperangkap dalam runtuhan bangunan.

Jurucakap Pertubuhan Pengurusan Bencana Kebangsaan Iran, Behnam Saeedi berkata, di Iran sahaja sekurang-kurangnya 328 orang terkorban dan lebih 2,500 lagi cedera.

Para pegawai berkata, jumlah mangsa yang terkorban dijangka meningkat apabila kumpulan mencari dan menyelamat tiba di kawasan pedalaman Iran.

Gegaran turut dirasai di beberapa wilayah di Iran seperti Kordestan, Ilam, Khuzestan, Hamedan, barat dan timur Azerbaijan, Lorestan, Qazvin dan Zanjan namun gegaran paling kuat melanda wilayah Kermanshah yang telah mengumumkan hari berkabung selama tiga hari. – AFP/Reuters



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: