KUALA LUMPUR 14 Nov. – Seorang guru meluahkan kekecewaan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dusun Tua, Razali Hassan kerana tidak menguruskan bantuan segera kepada Sekolah Rendah Agama Pekan Hulu Langat, Batu 14, dekat sini.

Malah, kata guru berkenaan, masalah banjir yang sudah memasuki kali ketiga tidak menemui jalan penyelesaian secara konkrit.

“Hari ini permulaan musim tengkujuh, tidak dinafikan daerah Hulu Langat akan turut terjejas sama. Sebak, sedih dan kecewa apabila wakil rakyat tidak turun padang melihat sendiri kawasan yang terjejas. Memang, belum berlaku lagi sebarang kematian, namun, sekolah kami yang sangat daif ini memerlukan bantuan segera.

“Kami hendak wakil rakyat turun padang, berilah bantuan dalam RM10,000 untuk memasang tembok batu supaya kawasan sekolah kami selamat daripada digenangi air. Malah, peruntukan itu penting supaya kerusi, meja, almari dapat ditukar dan jalan (dataran) dapat diturap,” luah seorang guru yang enggan namanya dikenali di sini, hari ini. 


Malah, katanya, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menganaktirikan sekolah kerana menghulurkan bantuan pada sekolah yang sudah baik daripada segi peralatan dan kelengkapan.

“Ada sekolah yang diberi bantuan kerusi dan meja sedangkan sekolah itu masih elok dan masih baharu. Apa masalah jabatan? Sampai bila kami perlu tulis surat menunggu jawapan? Takkanlah bencana berlaku kami perlu jumpa ketua jabatan, merayu minta bantuan?,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: