PULAU PINANG 14 Nov. – Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) mempersoalkan tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini yang meluluskan operasi premis pusat hiburan atas alasan tiada masalah kacau ganggu dan bantahan penduduk.



JAHARA HAMID

JAHARA HAMID

Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid berkata, tindakan itu dilihat tidak logik kerana masalah yang timbul menerusi pusat hiburan tersebut hanya boleh dikesan selepas operasinya.


“Kerajaan negeri perlu kaji semula kaedah memberi kelulusan kepada premis berkenaan dengan merujuk pemimpin tempatan supaya tidak menganggu rutin harian masyarakat,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.


Sebelum ini, Jahara (BN-Teluk Air Tawar) mendedahkan kerajaan negeri memberi kelulusan kepada banyak premis pusat hiburan di negeri ini dengan mengetepikan pandangan pihak berwajib termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).


Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow berkata, kelulusan premis berkenaan dibuat sekiranya pemaju menjalankan pernigaan di zon ditetapkan PBT, tidak mendatangkan kacau ganggu dan tidak dibantah penduduk.


Selain PDRM, kata beliau, pihaknya mendapatkan pandangan pelbagai pihak termasuk pejabat daerah sebelum mengeluarkan lesen perniagaan kepada premis berkenaan. – UTUSAN ONLINE.



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: