IPOH: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki menyamar sebagai anggota polis yang kemudiannya menculik dan menyamun seorang mangsa di Seri Botani dekat sini, lima hari lepas.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Thamby berkata, lelaki itu ditahan pada petang Selasa untuk membantu siasatan membabitkan satu laporan polis mengenai kejadian individu menyamar sebagai polis.

Beliau berkata, laporan itu dibuat susulan insiden mangsa telah ditahan oleh suspek yang mengaku sebagai anggota polis pada pukul 8 malam, 9 November lalu ketika mangsa sedang memandu di Seri Botani.

“Mengikut laporan, mangsa telah ditahan oleh suspek atas kesalahan memandu melebihi had laju. Mangsa turut digari dan diberitahu akan dibawa ke balai polis. Namun, akhirnya mangsa menyedari dia sebenarnya diculik oleh suspek.

“Suspek dikatakan merampas kad pengeluaran wang automatik (ATM) dan telefon bimbit, memukul mangsa sebelum mencampakkannya ke dalam longkang berhampiran. Mangsa berjaya keluar dari longkang itu pada sekitar pukul tiga pagi,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Mohd Ali berkata, kejadian tersebut merupakan insiden terpencil dan polis akan melakukan siasatan segera.

Katanya, tangkapan suspek dijangka membawa kepada penahanan individu lain yang dipercayai terlibat dan masih bebas.

“PDRM akan segera memantau keadaan ini. Orang ramai tidak perlu bimbang. Kami akan memberi makluman dari semasa ke semasa,” katanya.



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: