PKR DIDIK BANGSA YANG TAK RETI BERSYUKUR!!! ~ SEMUT HITAM


Exco Rejim DAPigs Pulau Pinang, Dr. Afif Bahardin dibidas sebagai manusia yang tidak tahu menghargai jasa apabila mempersoalkan sumber dana bantuan disalurkan oleh Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) bagi membantu mangsa banjir.

Tindakannya itu mempamerkan sifat sebenar puak – puak Pakatan Haprak yang suka menjadikan semua perkara sebagai bahan modal Politik murahan biarpun dalam keadaan rakyat yang sedang ditimpa musibah.

Presiden Pertubuhan Aduan Rakyat (PAR) Malaysia, Datuk A. Chandrakumanan  mendakwa, Afif tidak sepatutnya mempersoalkan bagaimana sumber bantuan itu diperoleh.

“Dia sepatutnya menghargai kesungguhan yang diambil oleh badan bukan kerajaan itu yang tampil ikhlas menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir pada 8 November lalu.

“Nampaknya Afif lebih bimbang mengenai bagaimana dan kenapa bantal dan tilam mempunyai wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tetapi tidak tahu berterima kasih mangsa negeri itu menerima bantuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Chandrakumanan,  Afif perlu menjaga adab dan sedar bahawa kerajaan pusat pimpinan BN telah turun padang membantu mangsa menerusi pelbagai agensi dan pemimpin PKR ini tidak seharusnya mempolitikkan usaha ikhlas mereka.

Katanya, bantuan BN semasa Kelantan ditenggelami banjir terburuk adalah contoh terbaik BN sentiasa mendahulu rakyat bukannya mempolitikkan segala keadaan seperti yang dilakukan Afif.

“Ini bermakna dia (Afif) resah melepaskan peluang untuk mencari sokongan politik dalam keadaan bencana dan dia seharusnya sedar bahawa niatnya tidak akan memanfaatkan sesiapa.

“Jika kamu menyoal bantuan NGO, kalau berani pergilah tanya kerajaan DAP negeri itu kenapa hanya RM5 juta diperuntukan untuk mangsa banjir sedangkan hasil kutipan dana bencana DAP yang dipungut ialah RM6.1 juta.

“Ini bermakna mana perginya wang RM1 juta lagi, minta DAP yang telus dan integriti jawab segera tanpa berselindung.

“”Saya juga ingin tanya bagaimana kerajaan DAP membelanjakan wang RM350 juta untuk kajian dan laporan terowong bawah laut Pulau Pinang tetapi mangsa banjir hanya menerima RM5 juta, sila jawab kalau kamu ini berani kerana benar,” tegasnya.

Apa yang pasti, pemimpin muda itu lebih berminat untuk menjadikan semua benda sebagai bahan modal Politik dan mengejar publisiti murahan demi kepentingan peribadi dia semata – mata. Bukannya dia sibuk nak menjaga kebajikan rakyat!!!




Source link

read more

Program Kejar diteruskan ke Sabah Sarawak – KP SPRM



PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meneruskan Kembara Jelajah Anti Rasuah (Kejar) di Sabah dan Sarawak tahun depan, bagi memberi kesedaran dan pendedahan mengenai usaha membanteras rasuah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata Kejar 2017 yang bermula 18 hingga 30 Sept di seluruh negara, menunjukkan keberkesanan yang luar biasa dalam mendidik segenap lapisan masyarakat untuk membenci rasuah.

Beliau berkata Kejar yang dilaksanakan sempena ulang tahun ke-50 Badan Pencegah Rasuah (BPR)/SPRM adalah program mendekati masyarakat sehingga ke akar umbi supaya SPRM digeruni perasuah.

“Mereka yang mahu lakukan rasuah dan salah guna kuasa harus gerun dan gentar kerana SPRM sangat serius dalam isu rasuah dan salah guna kuasa.

“Bermula awal tahun ini, setiap minggu ada siasatan dan tangkapan dibuat dan ia akan berterusan,” katanya pada majlis Aspirasi Kejar 2017 sempena sambutan ulang tahun Jubli Emas penubuhan SPRM, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Seri Azam Baki dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil.

Dzulkifli berkata Kejar 2017 yang diadakan julung kali mengambil masa selama 13 hari berturut-turut melibatkan jarak perjalanan hampir 2,700 kilometer dan diiringi 40 motosikal berkuasa tinggi serta membabitkan 135 pegawai dan kakitangan SPRM.

Mengenai majlis Ini, Dzulkifli berkata ia dianjurkan bagi menghargai sumbangan dan jasa kepada jabatan dan agensi kerajaan, media dan pihak yang membantu secara langsung atau sebaliknya, dalam menjayakan program Kejar 2017.

Pada majlis itu, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) antara agensi kerajaan yang menerima sijil aspirasi daripada Dzulkifli.

– BERNAMA



Source link

read more

33 maut dalam insiden kereta api di Congo – Nasional


LUBUMBASHI, Congo 13 Nov. – Seramai 33 orang terkorban manakala 26 lagi cedera apabila sebuah kereta api terhumban ke dalam gaung dan terbakar di tenggara negara itu.

Insiden tersebut berlaku di wilayah pelombongan Katana, berdekatan sempadan Zambia dan Angola.

Kereta api berkenaan dikatakan dalam perjalanan dari Lubumbashi ke Luena dan terjatuh ke dalam gaung ketika melalui laluan curam di Buyofwe, 30 kilometer dari Lubudi. – AFP



Source link

read more

PM Najib mahu kementerian pastikan perencanaan Bajet 2018 dicapai



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mahu setiap kementerian bersiap sedia bagi memastikan apa yang direncanakan dalam Bajet 2018 mencapai matlamat dan sampai kepada rakyat semuanya.

Perdana Menteri merujuk kepada Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 peringkat dasar yang diluluskan persidangan Dewan Rakyat semalam selepas mendapat undian majoriti anggota Parlimen.

“Alhamdulillah, Rang Undang-undang Perbekalan 2018 atau Bajet 2018 diluluskan di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama,” katanya menerusi catatan di laman Twitter dan Facebooknya.

Rang undang-undang itu diluluskan melalui undian belah bahagian yang menyaksikan 107 anggota Parlimen menyokong rang undang-undang itu berbanding 59 yang menolak dan 11 tidak mengundi.

Rang undang-undang yang memperuntukkan RM280.25 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan dibentangkan Najib, yang juga Menteri Kewangan pada 27 Okt lepas, dibahaskan selama enam hari sejak 30 Okt.

Ia kemudiannya digulung di peringkat kementerian selama tiga hari bermula 8 Nov, sebelum diluluskan di peringkat dasar semalam dan dijadual dibahaskan di peringkat jawatankuasa bermula hari ini.

— BERNAMA



Source link

read more

Peguam India failkan petisyen pencemaran udara – Nasional


NEW DELHI 13 Nov. – Mahkamah Agung India dijangka mendengar petisyen difailkan peguam New Delhi bagi mengarahkan pihak berkuasa tempatan menangani pencemaran udara yang semakin memburuk di negara itu.

Kerajaan negeri New Delhi mengisytiharkan amaran kecemasan kesihatan minggu lalu selepas paras pencemaran meningkat ekoran pembakaran ladang di utara negara itu, ekzos kenderaan dan debu.

Selain itu, jerebu tebal yang mengandungi toksik 10 kali ganda lebih tinggi daripada had dicadangkan telah menyelubungi ibu kota negara tersebut hari ini. – REUTERS



Source link

read more

Rogol kenalan adik bapa enam anak mengaku tidak bersalah



MELAKA: Seorang bapa enam anak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan merogol kenalan adiknya tiga tahun lalu.

Tertuduh Malik Redzuan Mohamed, 32 tahun, yang berdepan hukuman penjara hingga 30 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didapati merogol kanak-kanak perempuan yang ketika itu berusia 12 tahun 8 bulan di sebuah rumah di Jalan Pekan Umbai Batu 8, Jasin, Melaka sekitar jam 1 hingga 4 petang pada Februari 2014 lalu.

Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun dan juga sebatan.

Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Pegawai Pendakwa Asisten Superintenden Nora Yaacob mencadangkan jaminan sebanyak RM20,000 diberikan terhadap tertuduh.

Malik yang tidak diwakili peguam bagaimanapun memohon jumlah yang minimum memandangkan dia hanya bekerja sebagai pemetik kelapa dan perlu menanggung enam anak serta isteri yang tidak bekerja.

Meor pada penghakimannya kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan lantikan peguam.



Source link

read more

Fattah Amin jadikan Nabi Muhammad rujukan jika jodoh dengan wanita berusia



PELAKON sensasi, Fattah Amin tidak menolak seandainya menemui jodoh dengan wanita yang lebih matang dan berusia daripadanya.

Kata Fattah, 27, dia menjadikan kisah Nabi Muhammad S.A.W sebagai rujukan berkaitan jodoh dan menganggap usia bukan penghalang.

“Saya tidak kisah siapa isteri saya, terima sahaja tua atau muda sebab jodoh itu rahsia Allah.

“Malah, Nabi Muhammad S.A.W pun memperisterikan Siti Khadijah yang berbeza usia 15 tahun.

“Saya harap semua pihak mendoakan yang baik-baik sahaja,” kata Fattah ketika ditemui pada majlis pelancaran wangian AJ de’Parfum di Taman Subang Impian, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Gosip kisah cinta Fattah dan pelakon jelita Nur Fazura mula diperkatakan apabila kedua-duanya digandingkan untuk membintangi drama bersiri Hero Seorang Cinderella pada pertengahan tahun ini.
 



Source link

read more

Sekurang-kurangnya enam maut serangan bom kereta di Yaman



ADEN: Dua penyerang bunuh diri bertindak meletupkan kereta berisi bahan letupan di selatan Aden, Yaman mengorbankan sekurang -kurangnya enam nyawa. Puluhan lagi mangsa kebanyakannya orang awam dilaporkan cedera.

Menurut saksi, berlaku letupan besar di daerah al-Mansoura yang memusnahkan sekurang-kurangnya sebuah bangunan selain memecahkan tingkap beberapa bangunan berdekatan.

Kejadian berlaku di luar kem yang menempatkan pasukan keselamatan tempatan yang dikenali sebagai  ‘Security Belt’.

Ditubuhkan Emiriah Arab Bersatu ‘Security Belt’ berperanan membantu memulihkan keselamatan di bandar pelabuhan itu yang menjadi kota pentadbiran sementara kerajaan sejak kempen mengusir militan Houthi dari Aden yang diketuai Arab Saudi digerakkan pada 2015.

Setakat ini belum ada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan berkenaan. Namun ia disyaki didalangi puak Houthi yang berdepan tekanan daripada kerajaan pimpinan Presiden Abd-Rabbu Mansour Hadi.



Source link

read more

Polis Bangladesh patahkan cubaan seludup – Nasional


DHAKA 13 Nov. – Dua orang berjaya ditahan oleh polis Bangladesh selepas didapati cuba menyeludup empat ekor anak harimau dan singa ke India.

Kesemua haiwan berkenaan turut berjaya diselamatkan dan polis masih menyiasat sama ada anak harimau itu diburu secara haram dari Sundarbans, hutan bakau terbesar dunia, yang mempunyai populasi harimau Benggal yang terancam.

“Kami menahan dua suspek dipercayai merupakan penyeludup haiwan yang menyerahkan anak mamalia itu kepada seorang lelaki di Sharsha.

“Kami mengesyaki haiwan terbabit dibawa ke sini untuk diseludup ke India,” kata ketua polis daerah, Anisur Rahman kepada AFP. – AFP



Source link

read more

BR1M antara faktor peningkatan kebahagiaan rakyat Malaysia



KUALA LUMPUR: Dasar struktur seperti pembangunan modal insan dan sosial yang dilaksanakan kerajaan berjaya menaikkan kedudukan Malaysia daripada tangga ke-47 ke tangga 42 berdasarkan Laporan Kebahagiaan Dunia.

Memetik jawapan bertulis Perdana Menteri kepada Dewan Rakyat, Bantuan Rakyat Malaysia (BR1M), Klinik 1Malaysia, Klinik Kesihatan (KK) dan penambahbaikan pengangkutan awam antara faktor yang mempengaruhi data tersebut.

Malah, pencapaian tersebut turut disokong oleh peningkatan dalam aspek sokongan sosial, tahap pendapatan per kapita dan kebebasan membuat pilihan.

“Selain itu, aspek pembangunan sosial juga diberi tumpuan dalam usaha membantu rakyat menangani beban kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Ini termasuklah pemberian BR1M kepada sejumlah tujuh juta isi rumah berpendapatan rendah yang benar-benar memerlukannya, kemudahan 334 Klinik 1Malaysia yang menawarkan perkhidmatan pada kadar yang amat minimal iaitu serendah RM1.

“Terdapat juga 1,061 KK yang beroprasi seluruh Malaysia di mana sebanyak 242 KK tersebut dilengkapi dengan perkhidmatan pakar.

“Usaha untuk menambah baik pengangkutan awam juga akan diteruskan untuk memudahkan rakyat mendapat akses bagi memperluas aktiviti mencari pekerjaan, beriadah, mendapat keperluan harian dan merapatkan jalinan perhubunga,” memetik jawapan bertulis Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah (BN-Tambun) yang meminta Perdana Menteri menyatakan di manakah kedudukan Malaysia dalam ‘ranking’ World Happiness Report 2017 dan apa tindakan Kerajaan bagi meningkatkan ‘ranking’ negara.

Mengikut rekod, peningakatan Malaysia dalam carta tersebut berlaku selama dua tahun berturut-turut sejak tahun 2015.

Dalam kalangan negara ASEAN, Malaysia menduduki tempat ketiga selepas Singapura (26) dan Thailand (32) serta jauh lebih baik jika dibandingkan dengan anggota ASEAN yang lain misalnya Filipina (72) dan Indonesia (81).

Malah, kedudukan Malaysia juga jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan beberapa negara maju seperti Itali (48), Jepun (51), Korea Selatan (56) dan Hong Kong (71).



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons