Tayangan Wonder Woman 2 diawalkan



KUALA LUMPUR: Berita gembira buat peminat Wonder Woman. Tayangan perdana sekuel filem adiwira lakonan Gal Gadot itu Wonder Woman 2 yang sepatutnya 13 Disember 2019 dijadualkan semula kepada 1 November 2019.

Perkara ini dimaklumkan Warner Bros. Pictures menerusi satu kenyataan pada Isnin.

Jika mengikut tarikh asal Wonder Woman 2 terpaksa bersaing dengan “Star Wars: Episode IX” arahan JJ Abrams yang turut menukar tarikh tayangannya dari May 2019 kepada 20 Disember 2019.

Satu-satunya filem bajet besar yang bakal menjadi saingan Wonder Woman 2 pada tarikh itu nanti adalah filem ke-25 James Bond yang dijadual ditayangkan pada 8 November 2019.

Selain Gal Gadot selaku tarikan utara Wonder Woman 2 turut mengekalkan Patty Jenkins selaku sutradara yang turut berperanan sebagai penulis skrip bersama Dave Callaham dan Geoff Johns.

Filem pertama Wonder Woman yang ditayangkan tahun ini berjaya mencatat kutipan global berjumlah AS$821 juta.



Source link

read more

21 maut dalam bedilan udara – Nasional


BEIRUT 13 Nov. – Sekurang-kurangnya 21 orang termasuk lima kanak-kanak, terbunuh dalam bedilan udara di bandar dikuasai pemberontak, Atareb hari ini.

Badan Pemantau Hak Asasi Manusia ke Syria berkata, masih tidak dapat disahkan siapa dalang di sebalik serangan berkenaan.

Tambah badan berkenaan, tiga serangan melanda pasar bandar tersebut, sambil menambah angka korban dijangka korban kerana berpuluh orang dilaporkan cedera dan ada juga hilang selepas bedilan itu. – AFP



Source link

read more

PPBM PERAK BERKUBUR!!! ~ SEMUT HITAM


Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Batu Gajah dibubarkan ekoran pengumuman keluar parti Ketua Penaja Bahagian itu, Mohd. Shirin Adenan dan 18 ahli jawatankuasa diikuti lebih 1,000 ahlinya hari ini.

Mohd. Shirin berkata, keputusan itu dibuat kerana mere tidak berpuas hati dengan pelantikan Faizal Azumu sebagai Pengerusi PPBM Perak bagi menggantikan Kak Midah sebelum ini.

Menurutnya, beliau dan ahli tidak yakin kemampuan Faizal untuk menerajui PPBM Perak yang didakwa hanya menjadi kroni kepada Mukhriz Mahathir.

“Pelantikan Faizal sebagai Pengerusi PPBM Perak semata-mata kerana dia orang Mukhriz membuka mata kami PPBM tidak sebaik yang kami harapkan.

“Ketiadaan pengalaman beliau untuk menerajui sebuah parti baharu selain hubungannya yang sangat terbatas membuatkan PPBM Perak seperti anak ayam kehilangan ibu,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Setakat ini empat Ketua Penaja Bahagian PPBM di Perak telah membuat keputusan untuk meninggalkan parti tersebut iaitu Bahagian Gopeng, Parit, Kuala Kangsar dan Batu Gajah.




Source link

read more

Insiden potong barisan Suspek diburu polis



KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan suspek yang mencederakan seorang lelaki dalam pergaduhan di butik di sebuah pusat beli belah, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah berkata pihaknya sudah meneliti rakaman video yang tular di media sosial.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323/351 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian Sabtu lalu, pembantu pemasaran berusia 22 tahun ditumbuk suspek selepas berlaku insiden memotong barisan ketika beratur untuk membeli kasut edisi terhad berharga RM1,150.



Source link

read more

Jelajah ATP Final: Nadal tarik diri selepas aksi pembukaan – Sukan


LONDON 14 Nov. – Pemain No. 1 dunia, Rafael Nadal mengambil keputusan menarik diri dari Jelajah ATP Final di sini selepas bergelut mengatasi kecederaan lututnya pada aksi pembukaan menentang pemain Belgium, David Goffin awal pagi ini.

Dalam aksi tersebut, Nadal, 31, kalah 6-7, 7-6, 4-6 dan beberapa minit selepas itu, pemain kelahiran Sepanyol ini mengumumkan penarikan dirinya selepas sudah mencuba untuk beraksi sebaik mungkin agar tidak mengecewakan penganjur dan peminatnya.

Sebaik berakhir perlawanan itu, terpancar di wajahnya akan kesakitan lutut yang terpaksa ditanggung sebelum mengakui mustahil baginya untuk meneruskan cabaran di sini kerana tidak berada pada prestasi terbaik. – AFP



Source link

read more

4 model kurikulum dirangka untuk tambah baik pendidikan tahfiz – Asyraf



KUALA LUMPUR: Kerajaan melalui pelaksanaan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) sedang merangka empat model kurikulum yang boleh diguna pakai oleh institusi tahfiz di negara ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata inisiatif tersebut digerakkan kerana kerajaan menyedari bahawa sistem pendidikan tahfiz di negara ini perlu ditambah baik.

“Pada masa ini, tiada sistem pengajian tahfiz yang khusus atau selaras yang diguna pakai oleh pengusaha sekolah tahfiz. Kebanyakan sekolah tahfiz menggunakan kaedah dari pelbagai aliran pengajian bergantung kepada aliran pengajian guru masing-masing.

“Kerajaan menyedari bahawa sistem pendidikan tahfiz perlu ditambah baik untuk menjamin kualiti lepasan pelajar sekolah tahfiz adalah terjamin.

“Oleh itu kerajaan melalui pelaksanaan DPTN sedang merangka empat model kurikulum yang boleh diguna pakai oleh institusi tahfiz bagi menjamin masa depan dan hala tuju pelajar-pelajarnya,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan daripada Datuk Ir Nawawi Ahmad (BN-Langkawi) yang meminta kerajaan menyatakan apakah kementerian bercadang untuk mewujudkan satu sistem pembelajaran khas untuk sekolah tahfiz.

Katanya, sekurang-kurangnya lima komponen utama dalam DPTN perlu dilaksanakan dalam merealisasikan 125,000 tahfiz profesional menjelang 2050.

Menerusi kerajaan, 31 buah sekolah meliputi 11 sekolah menengah kebangsaan agama, empat sekolah berasrama penuh dan 16 sekolah agama bantuan kerajaan telah melaksanakan kurikulum bersepadu tahfiz.

Malah, 15 sekolah melaksanakan kurikulum bersepadu tahfiz model ulul albab selain 4 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang berjaya melahirkan 1,164 tahfiz sejak melaksanakan model ulul albab pada 2009.



Source link

read more

Penjaga gol veteran Itali umum persaraan – Sukan


MILAN 14 Nov. – Penjaga gol Itali, Gianluigi Buffon akhirnya mengumumkan persaraan daripada bola sepak antarabangsa pada usia 39 tahun sebaik Itali gagal layak ke Piala Dunia 2018.

Kekecewaan jelas terpancar di wajah Buffon terutama dalam memenuhi hasratnya beraksi pada Piala Dunia terakhir dalam kariernya selepas 20 tahun menabur bakti sebagai penjaga gawang buat juara dunia empat kali itu.

Sepanjang kariernya, Buffon pernah sekali berjaya membantu Itali muncul juara pada Piala Dunia 2006 di Jerman. Namun hari ini Itali gagal layak buat kali pertama dalam tempoh 60 tahun selepas tewas menerusi agregat 0-1 kepada Sweden pada aksi playoff Zon Eropah sekaligus mendorong Buffon menggantung butnya lebih awal. – AFP



Source link

read more

Pameran interaktif dramatik jadi tarikan di Ekspo Negaraku



KUALA LUMPUR: Expo Negaraku 2017 yang bermula 15 November hingga 15 Disember depan di Dataran Merdeka menampilkan pameran berkonsep lebih dramatik dan interaktif ke arah memupuk semangat patriotik serta cintakan negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata ia merangkumi usaha kerajaan untuk menyebarkan maklumat mengenai rangkaian pembinaan kemudahan awam selain pemangkin bagi menyuntik semangat sayangkan negara dalam kalangan masyarakat.

Jelasnya, ekspo ini merupakan pameran infrastruktur yang paling canggih dan terbesar pernah dianjurkan di negara ini.

“Ekspo ini adalah hasil ilham perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan memberi pengalaman baharu kepada rakyat Malaysia dalam kita menghayati ekspo.

“Belum pernah diadakan di negara kita ekspo Negaraku 2017 ini yang bersifat sangat interaktif.

“Ia untuk menyebar maklumat dan menghayati serta mendapatkan input daripada pengunjung,” katanya semasa sidang media selepas prebiu media Ekspo Negaraku 2017, di sini, hari ini.

Pameran sebulan itu dibuka percuma setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.

Ujar Rahman, expo Negaraku 2017 dijangka dihadiri kira-kira setengah juta pengunjung.

“Ia bukan sekadar pameran statik, sebaliknya berteraskan interaktif, sekali gus membolehkan pengunjung melalui pengalaman ciri fizikal sebenar kemudahan yang dibina kerajaan selama ini.

“Pengunjung akan merasai sendiri dengan pegang dan sentuh, malah ketika sesi tontonan video, pengunjung bakal mengalami situasi sebenar di lapangan seperti waktu hujan serta bunyi guruh,” ujarnya.

Katanya lagi, antara tarikan di ekspo berkenaan adalah pameran teknologi telefon yang memberi peluang kepada pengunjung menerima panggilan daripada Datuk Seri Najib, menteri-menteri Kabinet serta menteri besar.

“Telefon lama dan baharu di sini akan berdering serta menyampaikan maklumat mengenai teknologi komunikasi, pengunjung bertuah akan menerima panggilan daripada pemimpin-pemimpin negara,” katanya.

Dalam pada itu, jelasnya, Jalan Raja Laut di antara Bangunan Sultan Abdul Samad dan Dataran Merdeka juga akan ditutup selama sebulan untuk keselamatan dan memudahkan perjalanan pengunjung ekspo berkenaan.

“Ia sekali gus menjadi langkah mempromosi pengunjung untuk menggunakan khidmat pengangkutan awam.

“Penyedia perkhidmatan Grab juga sudah bersetuju untuk memberikan diskaun RM5 kepada pengunjung ke sini,” katanya.



Source link

read more

Ceritalah ASEAN – Bosan itu baik ASEAN pada usia 50


ASEAN: bertemu Donald Trump.
Donald Trump: bertemu ASEAN.

Siapakah yang akan menang dalam pertembungan antara Pengganggu Besar dan kumpulan serantau paling membosankan dan patuh protokol?

Saya tidak bertaruh pada Trump.

Menghadiri suatu mesyuarat ASEAN adalah seperti berjalan dengan melangkah ke belakang melalui gula Melaka yang mendidih.

Beberapa ketika kemudian, anda putus harap dan mengikut saja arus….malah Rodrigo “Dirty Harry” Duterte perlu bertingkah laku yang baik ketika berada dalam mesyuarat-mesyuarat yang tidak berkesudahan dan membuat penyertanya tidur.

Hanya lebih setahun lalu, saya terfikir idea untuk melancarkan semula kolum saya — yang anda sedang baca sekarang — sebagai “Ceritalah ASEAN”.

Konsepnya — bertemu dan mewawancara orang biasa di seluruh rantau berpenduduk 650 juta orang ini — kelihatan suatu yang mengujakan.

Presiden Filipina Rodrigo Duterte kelihatan bosan ketika sesi plenari Sidang Kemuncak ASEAN di Vientiane, Laos, Sept 6, 2016. REUTERS

Bagaimanapun, ketika mana saya melakukannya di peringkat bawah, mendengar para petani, pekerja pendatang, pemandu pelancong, buruh harian dan guru sekolah, dari Bassein, ke Na Dinh, Manado dan Bacolod, saya mula sedar bahawa saya telah melakukan sedikit kesilapan.

Asia Tenggara adalah rancak, seksi dan hidup.

ASEAN — sebagai pertubuhan supranasional — adalah kaku, sombong dan paling baik pun adalah berada dalam koma.

Hakikatnya, ASEAN adalah berlawanan dngan apa saja yang membuatkan Asia Tenggara menarik.
Jalan-jalannya bising. Ia tidak dijangkakan.

Bila dibandingkan, ASEAN adalah elitis. Ia paling selesa berada di hotel mewah, tempat peranginan dan pusat konvensyen. Mesyuaratnya adalah pesta kata-kata yang diatur dengan baik.

Jadi ketika mana saya masih amat kagum, malah mencintai rantau kita ini, orangnya dan kisahnya, saya dapati adalah sukar untuk meraup semangat dalam dewan-dewan yang dipenuhi dengan birokrat.

Saya masih fikir ekonomi Asia Tenggara yang besar dan berkembang (yang pada tahun 2013 memiliki gabungan GDP sebanyak AS2.4 trilion) — akan menjadi ekonomi keempat terbesar dunia menjelang tahun 2050 menurut McKinsey — mempunyai potensi yang tidak ada hadnya.

Tetapi saya perlu jujur: ASEAN tidak mempunyai seni.

Kosong. Sifar.

Tidak terdapat hubungan emosi bersama — kecuali jika anda menganggap acara makan durian sebagai suatu bentuk kebersamaan.

Malah kebanyakan daripada apa yang disebut sebagai “ketidakbersetujuan” — kebanyakannya adalah mengenai Laut China Selatan — kini sudah boleh dijangkakan apabila pengaruh geopolitik dan ekonomi China ke atas rantau kita meningkat.

Malah, saya boleh mencadangkan sebarang buku (dan banyak lagi kolum) mengenai ASEAN yang boleh menjadi penawar bagi insomnia.

Lebih serius lagi: ASEAN tidak benar-benar membantu bagi menyediakan infrastruktur dan juga pekerjaan kepada banyak daripada 650 juta penduduknya yang amat memerlukannya. Tugas itu masih terletak di bahu setiap negara anggota.

Dan ia amat kurang melakukan usaha untuk melindungi orang yang paling terancam di kalangan 650 juta itu (antaranya saya temui ketika membuat kolum ini) dari penyelewengan, eksploitasi dan kesusahan — terutamanya pekerja pendatang rantau ini.

Sekali lagi, kosong.

Para hadirin mendengar ucapan pada mesyuarat menteri-menteri ekonomi ASEAN ke-47 di Malaysia, Ogos 2015. REUTERS

Inilah mengapa saya tidak boleh menimbulkan sebarang keterujaan terhadap perhimpunan yang akan berlangsung di Manila — walaupun ia merupakan ulang tahun ke-50 dan Trump kelihatannya akan hadir pada seluruh acara itu.

Mengantuk.

Memandangkan bahawa sidang-sidang ASEAN ini menidurkan — seseorang boleh merasakan bahawa beliau akan menyesal untuk menunjuk muka pun.

Terus terang — sebenarnya itu tidak menjadi hal, dalam pandangan yang luas, sama ada beliau berada di situ atau tidak.

Pengulas dasar luar akan berhujah bahawa kehadirannya itu adalah untuk meyakinkan rantau ini bahawa Amerika tidak “berundur dari Asia Pasifik/Dunia” — tetapi itukah apa yang berlaku?

Ukuran bagi kuasa dan pengaruh Amerika (dan dalam hal ini, juga China) ke atas rantau ini — tidak begitu bergantung sama ada pemimpinnya mendengar deretan ucapan yang membosankan dan mengambil “foto keluarga” dengan pakaian tradisi negara tuan rumah.

Orang akan kata  “tetapi ini adalah untuk persepsi.”

Percayalah pada saya: ini adalah satu kes di mana persepsi sebenar, sebenarnya tidak menjadi hal — sekurang-kurangnya pada jangka waktu panjang.

Mungkin sudah sampai masanya kita berhenti percaya bahawa keamanan, kemakmuran dan reputasi rantau kita ini adalah perkara genting pada setiap sidang kemuncak.

Tetapi mungkin saya terlalu keras terhadap ASEAN.

Lagipun, ia telah mencapai tujuannya untuk memelihara perdamaian dan keberkecualian Asia Tenggara dalam dekad-dekad sejak penubuhannya melalui Deklarasi Bangkok 1967.

Dan mungkin membosankan ADALAH baik — sekurang-kurangnya dalam hal agenda diplomatik ASEAN?

Ketika kumpulan itu mula ditubuhkan di kemuncak Perang Dingin, Asia Tenggara adalah kawah berisi ketidakpercayaan, kecurigaan dan kekerasan langsung di setiap sudutnya — dari Vietnam ke Kemboja, Malaysia dan Indonesia.

ASEAN menyediakan platform berkecuali yang membawa bersama negara-negara itu, untuk membina keyakinan dan kemesraan.

Ia merupakan proses panjang dan sukar, ternyata normalisasi Indonesia dan negara-negara Indochina adalah teras agendanya.

Obama menguap ketika sesi plenary Sidang Kemuncak ASEAN dan Asia Timur ke-21 di Phnom Penh, Nov 2012. - REUTERS

Proses ASEAN yang jelas menjenuhkan dan kaku — pernyataan dan ucapan yang berbentuk serupa — meletihkan pemimpin-pemimpin kita hingga menjadikan mereka selalunya tidak mempunyai tenaga atau minat untuk merancang atau berkomplot menentang satu sama lain.

Sebaliknya, mereka semua mahu melepaskan diri.

Dan mungkin, mungkin saja: itu sudah cukup bagi kita di rantau ini?

Kita boleh dan tentunya patut fokus pada membangun hubungan antara bisnes dengan bisnes, media dengan media dan rakyat dengan rakyat tanpa menghiraukan apa yang berlaku dalam ASEAN.

Integrasi serantau — terutamanya dalam Asia Tenggara mesti digerakkan dari bawah ke atas.

Jadi Donald, jangan cuba sekali-kali hendak jadi pandai.

ASEAN distrukturkan dan dibentuk untuk mengalahkan dan menelan penonjolan kehebatan dan peraihan markah.

Ambillah sebiji durian dan pergi ke kerusi sudut….



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons