Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Batu Gajah dibubarkan ekoran pengumuman keluar parti Ketua Penaja Bahagian itu, Mohd. Shirin Adenan dan 18 ahli jawatankuasa diikuti lebih 1,000 ahlinya hari ini.

Mohd. Shirin berkata, keputusan itu dibuat kerana mere tidak berpuas hati dengan pelantikan Faizal Azumu sebagai Pengerusi PPBM Perak bagi menggantikan Kak Midah sebelum ini.

Menurutnya, beliau dan ahli tidak yakin kemampuan Faizal untuk menerajui PPBM Perak yang didakwa hanya menjadi kroni kepada Mukhriz Mahathir.

“Pelantikan Faizal sebagai Pengerusi PPBM Perak semata-mata kerana dia orang Mukhriz membuka mata kami PPBM tidak sebaik yang kami harapkan.

“Ketiadaan pengalaman beliau untuk menerajui sebuah parti baharu selain hubungannya yang sangat terbatas membuatkan PPBM Perak seperti anak ayam kehilangan ibu,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Setakat ini empat Ketua Penaja Bahagian PPBM di Perak telah membuat keputusan untuk meninggalkan parti tersebut iaitu Bahagian Gopeng, Parit, Kuala Kangsar dan Batu Gajah.




Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: