ADEN: Dua penyerang bunuh diri bertindak meletupkan kereta berisi bahan letupan di selatan Aden, Yaman mengorbankan sekurang -kurangnya enam nyawa. Puluhan lagi mangsa kebanyakannya orang awam dilaporkan cedera.

Menurut saksi, berlaku letupan besar di daerah al-Mansoura yang memusnahkan sekurang-kurangnya sebuah bangunan selain memecahkan tingkap beberapa bangunan berdekatan.

Kejadian berlaku di luar kem yang menempatkan pasukan keselamatan tempatan yang dikenali sebagai  ‘Security Belt’.

Ditubuhkan Emiriah Arab Bersatu ‘Security Belt’ berperanan membantu memulihkan keselamatan di bandar pelabuhan itu yang menjadi kota pentadbiran sementara kerajaan sejak kempen mengusir militan Houthi dari Aden yang diketuai Arab Saudi digerakkan pada 2015.

Setakat ini belum ada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan berkenaan. Namun ia disyaki didalangi puak Houthi yang berdepan tekanan daripada kerajaan pimpinan Presiden Abd-Rabbu Mansour Hadi.



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: