KUALA LUMPUR 14 Nov. – Anak panda gergasi, Nuan Nuan, yang berusia 26 bulan dihantar pulang ke negara kelahiran kedua ibu bapanya di Pengkalan Panda Dujiangyan, Sichuan, China, hari ini.

Kira-kira pukul 10.50 pagi anak panda gergasi itu dibawa keluar daripada Pusat Konservasi Panda Gergasi, Zoo Negara dekat sini hari ini.

Nuan Nuan yang mempunyai berat terkini sebanyak 90 kilogram itu telah dihantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menggunakan sebuah lori khas.

Kelahiran Nuan Nuan memberikan satu sejarah besar buat Malaysia berikutan mampu membuatkan pasangan panda gergasi itu melahirkan anak dalam tempoh 15 bulan saja berbanding kebanyakan negara lain.

Nuan Nuan dijangka diterbangkan pulang China pada pukul 5 petang menggunakan Malaysia Airlines Berhad (MAB) Kargo Sdn.Bhd.

Terdahulu anak panda itu menjalani latihan dengan dimasukkan ke dalam sangkar khas selama beberapa jam sehari untuk membiasakan diri dengan ruang yang kecil. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: