LONDON 15 Nov. – Gareth Southgate percaya, kejayaan mengikat dua pasukan terbaik dunia, Brazil dan Jerman 0-0 dalam aksi persahabatan terakhir 2017 meningkatkan keyakinan pemainnya untuk menghadapi Piala Dunia di Rusia, tahun depan.

Mengetengahkan ramai pemain muda dalam kedua-dua perlawanan, pengendali Three Lions itu percaya, mereka mempunyai asas kukuh untuk membina pasukan mantap menjelang kejohanan 14 Jun hingga 15 Julai itu.

Pemain pertahanan Liverpool, Joe Gomez, 20, menunjukkan prestasi baik dalam penampilan sulung bersama skuad senior, malah secara keseluruhan England mempamer disiplin tinggi di benteng dengan menggunakan formasi 3-5-2.

Biarpun membenarkan pasukan pelawat menguasai sebahagian besar perlawanan di Stadium Wembley, England meraih peluang terbaik untuk memperoleh gol kemenangan pada lewat permainan tetapi pemain gantian, Dominic Solanke gagal menewaskan penjaga gol lawan, Alisson.

“Kami mempunyai rekod pertahanan terbaik sepanjang kempen kelayakan dan sekarang kami tidak dibolosi ketika menentang dua pasukan terbaik dunia. Itu memberikan kami asas untuk dibina.

“Kami tahu, kami perlu menunjukkan permainan lebih baik, terutama dalam kawalan bola berbanding apa yang dilakukan malam ini. Saya percaya, kalau kami mula bekerja keras membina asas yang sudah ada, ia boleh dipertingkatkan,” kata Southgate.

Southgate turut menghambur pujian kepada Gomez yang berjaya mengikat dua bintang Brazil, Neymar dan Philippe Coutinho dengan cemerlang.

“Joe dianugerahkan sebagai pemain terbaik perlawanan dan itu keputusan paling tepat.

“Dia membuat beberapa keputusan yang bijak dan kami tahu dia mampu menjadi aset penting kepada pasukan kerana memiliki ketenangan apabila berdepan situasi genting. Dia juga mampu melakukan hantaran dengan amat baik,” katanya lagi. – AGENSI



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: