HARARE 15 Nov. – Situasi di Zimbabwe semakin tegang apabila pasukan tentera dilaporkan mengambil alih kawalan di ibu pejabat stesen penyiaran negara, hari ini.

BBC melaporkan, beberapa bunyi letupan turut kedengaran di sini, namun punca sebenar tidak dapat dipastikan.

Sebelum ini, Duta Zimbabwe ke Afrika Selatan menolak dakwaan bahawa pentadbiran negara ini telah digulingkan oleh pasukan tentera.

Parti pemerintah Zimbabwe menuduh ketua tentera negara ini sebagai pengkhianat selepas Jeneral Constantino Chiwenga memberi amaran untuk melakukan campur tangan ketenteraan. – AGENSI



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: