ALOR SETAR 15 Nov. – Insiden Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berjalan di atas meja di sebuah sekolah yang dilanda banjir di Pulau Pinang baru-baru ini dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab untuk memfitnah pemimpin itu di media sosial.

Setiausaha akhbarnya, Datuk Mohd. Razman Yaacob menjelaskan, meja berkenaan yang disusun di pekarangan sekolah itu turut digunakan guru dan pelajar ketika mereka dipindahkan dari pengangkutan ke dewan peperiksaan.

“Tidak timbul isu seperti ditularkan iaitu menteri sayang kasut, takut air kerana meja itu bukan disediakan khas untuk beliau ketika lawatan itu. Lawatan tersebut juga tiada dalam jadual beliau kerana kebetulan berada di Pulau Pinang, beliau menyatakan hasrat untuk melawat calon yang menduduki peperiksaan SPM di sekolah itu.

“Meja tersebut sudah disusun apabila berlaku banjir sehingga paras paha di sekolah itu untuk pelajar dan guru berjalan ketika dipindahkan oleh kenderaan ke dewan masing-masing,” katanya di sini hari ini.

Gambar menteri berkenaan berjalan di atas meja di sekolah yang dilanda banjir itu tular di media sosial baru-baru ini dan disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan pelbagai persepsi dipercayai untuk memburuk-burukkan imej beliau.

Mengulas lanjut kata Mohd. Razman, pihaknya melahirkan rasa kesal dengan fitnah berkenaan termasuk tindakan netizen yang menularkan perkara itu tanpa asal usul.

“Fitnah daripada pihak tertentu ini adalah tidak wajar. Kita kena fikir dahulu sebelum fitnah tanpa maklumat sahih jangan sebarkan,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: