Kanak-kanak sembilan tahun ditemui lemas



ALOR SETAR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun mati lemas selepas terjatuh di tambatan yang dilimpahi air sungai berhampiran Taman Tabung Haji, Kepala Batas, dekat sini, hari ini.

Komander Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Pegawa Bomba Kanan II, Mohamad Shukri Zulkapri berkata mayat Muhammad Haziq Amsyar Shahril ditemukan di dasar tambatan berkenaan pada jam 5.45 petang, kira-kira 15 meter dari tempat dia dilaporkan terjatuh.

“Kami menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.03 petang sebelum tiba di lokasi kira-kira 20 minit kemudian dan sebaik tiba di lokasi, anggota bomba telah menjalankan pencarian dengan menggunakan kaedah ‘grapping iron’ (mencari menggunakan besi),” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata kawasan tambatan itu dilimpahi air sungai berikutan hujan lebat sejak beberapa hari lalu.

Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis dan dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk proses bedah siasat, katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Peserta Indonesia juara Ceria i-Star 2017



PESERTA yang berasal dari Jakarta, Indonesia, Syifa menjuarai program Ceria i-Star 2017.

Kanak-kanak cilik berusia 8 tahun itu menewaskan tiga peserta lain dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunani bernilai RM15,000 dan trofi.

Peserta dari Johor, Puteri, 13,berjaya meraih kedudukan naib juara dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000 dan trofi.

Peserta berusia 10 tahun dari Kedah, Ayeen berada di kedudukan ketiga dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM 5,000 dan trofi.

Ayeen juga berjaya meraih anugerah khas iaitu Bintang Pilihan Caliph dan turut membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM 12,000 beserta trofi.

Selain itu, Ayeen turut dilantik sebagai duta Caliph selama setahun.

Peserta lelaki tunggal yang berusia 12 tahun, Hazury dari Pahang berpuas hati di tempat keempat.

Hazury berjaya membawa pulang hadiah bernilai RM1,000 dan trofi.

Ceria i-Star 2017 dihoskan oleh Nabil Ahmad, PU Yeop dan Dzawin. Imam Muda Asyraf dan Amin Idris bertindak selaku juri tetap dan bintang terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella menggalas tugas sebagai juri nusantara.

Rancangan yang bersiaran sebanyak tujuh episod ini ditayangkan setiap Jumaat, jam 9.00 malam di Astro Ceria (611), Astro Prima (105) dan Astro Maya HD (135).

Program ini juga boleh ditonton di aplikasi Astro GO dan ‘on demand’.

Teks oleh: Kamaruddin Razal



Source link

read more

Tiga bandar Yemen berdepan masalah bekalan air bersih – Luar Negara


GENEVA 17 Nov. – Tiga bandar di Yemen berdepan masalah kekurangan bekalan air bersih susulan sekatan minyak import yang diperlukan untuk tujuan pengepaman dan kebersihan, dilakukan oleh pasukan pakatan diketuai Arab Saudi.

Menurut Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC), perkembangan itu dilihat mengeruhkan lagi keadaan di negara tersebut yang turut berdepan masalah wabak penyakit taun.

Tambah ICRC, selain tiga bandar yang terjejas iaitu Taiz, Saada dan Hodeidah, Sanaa di Syria bakal berdepan isu sama dalam tempoh dua minggu akan datang. – REUTERS



Source link

read more

Tiada aktiviti seismik yang signifikan di Lautan Hindi



KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD) mengesahkan tiada aktiviti seismik yang signifikan berlaku di Lautan Hindi susulan tular kejadian ikan terdampar di pantai dan ramalan gempa bumi besar di perairan berkenaan.

Ketua Pengarahnya Alui Bahari berkata pihaknya mempunyai rangkaian pemantauan gempa bumi dan tsunami yang lengkap termasuk data antarabangsa seperti pautan data dengan pusat pusat pemantauan gempa bumi di Indonesia, India dan Australia yang memantau aktiviti seismik di Lautan Hindi.

“Justeru, MMD berupaya memberikan maklumat gempa bumi dan amaran awal tsunami sekiranya berlaku kejadian gempa bumi,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai kejadian ikan terdampar di pantai dan tangkapan ikan yang banyak oleh nelayan yang kononnya menunjukkan akan berlaku bencana pada hujung tahun ini.

Turut tular surat seorang profesor yang mendakwa memiliki persepsi deria tambahan yang dihantar kepada Perdana Menteri India Narendra Modi untuk memberi amaran bahawa gempa bumi besar akan melanda Lautan Hindi bulan depan.

Alui berkata MMD selaku jabatan yang bertanggungjawab memantau kejadian gempa bumi di rantau ini akan mengeluarkan maklumat gempa bumi dan amaran tsunami sekiranya ia mengancam kawasan pantai negara ini.

— BERNAMA



Source link

read more

44 kru kapal selam Argentina hilang – Luar Negara


BUENOS AIRES 17 Nov. – Seramai 44 kru kapal selam tentera dilaporkan hilang selepas berdepan masalah komunikasi hari ini.

Kapal berkenaan dikatakan hilang sejak ia memberikan lokasi terakhirnya di selatan Laut Argentina pada dua hari lalu.

“Kami sedang menyiasat punca ia hilang,” kata jurucakap Tentera Laut, Enrique Balbi kepada wartawan.

Tambah Balbi, kapal selam itu dalam perjalanan dari bandar Ushuaia di selatan negara tersebut menuju ke Mar del Plata. – REUTERS



Source link

read more

Perdana Menteri pantau situasi banjir di Kedah



KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memantau situasi banjir di Kedah dan menyalurkan bantuan yang perlu kepada mangsa banjir di negeri itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya meneliti perkembangan banjir di Kedah dan saya doakan semua yang terkesan daripadanya tabah dan mengikuti panduan serta arahan pihak berkuasa,” katanya menerusi Twitter malam ini.

Setakat 8 malam ini, jumlah mangsa banjir kilat di beberapa tempat di Kedah turun kepada 212 orang berbanding 385 orang petang tadi.

Jumlah mangsa dijangka terus berkurangan berikutan air di kebanyakan kawasan mulai surut selain aliran air ke sungai juga semakin lancar.

— BERNAMA



Source link

read more

Menteri Luar Malaysia, UAE adakan mesyuarat dua hala – Nasional


KUALA LUMPUR 18 Nov. – Menteri Luar Negeri dan Kerjasama Antarabangsa Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Abdullah Zayed Al Nahyan dan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman mengadakan mesyuarat dua hala di Wisma Putra di Putrajaya semalam.

Mesyuarat dua hala itu diikuti dengan majlis menandatangani dua memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan Malaysia dan kerajaan UAE iaitu mengenai penubuhan Jawatankuasa Kerjasama Bersama dan perundingan politik.

“Pemeteraian dua MoU itu mendasari komitmen padu kedua-dua pihak untuk menggalakkan kerjasama dalam beberapa bidang dengan tumpuan khusus kepada hubungan ekonomi dan perdagangan,” kata Wisma Putra menerusi satu kenyataan.

Kenyataan itu menyebut Sheikh Abdullah Zayed dan Anifah bertukar-tukar pandangan dalam isu dua hala, serantau dan antarabangsa membabitkan kepentingan bersama, termasuk situasi di Timur Tengah.

Sheikh Abdullah Zayed sedang melakukan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia bermula kelmarin.

Dalam lawatan itu, beliau turut mengunjungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Tugas-Tugas Khas yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, di pejabat masing-masing.

“Berdasarkan hubungan mesra antara kedua-dua negara, lawatan rasmi ini memberi peluang yang sangat baik kepada kedua-dua pihak untuk terus memperkukuhkan lagi hubungan dua hala dan membuka laluan untuk meneroka kemungkinan kerjasama dalam bidang lain,” kata Wisma Putra. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

PM Najib kongsi gambar makan ais krim durian



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkongsi gambar beliau menikmati ais krim durian di Pameran Tahunan PKS pada Khamis. 

“Cuba aiskrim durian dari Food Truck Olla Bolla di Pameran Tahunan PKS semalam.

“Sedap! PKS adalah industri penting untuk negara, sebab itu saya umum dalam #Bajet2018,” katanya menerusi laman media sosial Twitter miliknya.



Source link

read more

Iraq tawan semula bandar terakhir dikuasai Daesh – Luar Negara


BAGHDAD 17 Nov. – Tentera Iraq berjaya menawan semula bandar terakhir dikuasai oleh kumpulan pengganas Daesh, Rawa hari ini.

Penawanan semula bandar tersebut sekaligus menamatkan penguasaan Daesh di Iraq sejak 2014.

“Dengan pembebasan Rawa, kita boleh umumkan semua kawasan di bawah kuasa Daesh kini telah ditawan semula,” kata jurucakap tentera yang tidak dikenali. – REUTERS



Source link

read more

Rumah tak terjual Harga rumah baharu tak sepadan permintaan – Bank Negara



KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengesahkan wujud ketidakseimbangan permintaan dan penawaran dalam pasaran hartanah negara yang terus meningkat sejak 2015.

Bank pusat itu melaporkan, rumah tidak terjual meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh 10 tahun untuk unit bernilai RM250,000 ke atas.

Ini susulan harga rumah baharu yang tinggi berbanding jumlah harga rumah yang mampu dimiliki oleh isi rumah di Malaysia.

Menurut laporan itu lagi, pada tempoh 2016 ke suku pertama 2017 hanya 21 peratus daripada rumah dilancarkan adalah berharga RM250,000 ke bawah.

Didapati negeri dengan jumlah rumah paling tinggi tidak terjual adalah Johor, Selangor dan Kuala Lumpur.

Manakala negeri dengan harga rumah ‘Paling Tidak Mampu Milik’ adalah Pulau Pinang dan Sabah.

Laporan turut menyebut lebihan penawaran hartanah pejabat dan komersial meningkat tinggi, dan mampu mencecah tahap semasa Krisis Kewangan Asia.

Dalam Laporan Ketidakseimbangan Dalam Pasaran Hartanah yang dikeluarkan dengan Laporan Perkembangan Ekonomi dan Kewangan Malaysia pada Suku Ketiga 2017.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons