Sokong badan sukarelawan tonjolkan idea, inovasi belia – Nasional


KUALA LUMPUR 18 Nov. – Kerajaan akan memberi sokongan penuh termasuk dari segi kewangan terhadap usaha pelbagai badan sukarelawan yang mahu menonjolkan idea dan inovasi golongan belia tempatan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau sendiri mendapati banyak idea serta kreativiti yang diketengahkan oleh golongan muda tidak dapat direalisasikan atas faktor kewangan.

Menurut beliau, kejayaan sesuatu idea itu adalah bergantung kepada tiga langkah iaitu penghasilan idea, maklum balas daripada masyarakat dan meraih sumber kewangan.


“Banyak idea-idea daripada golongan muda tidak dapat diterjemahkan kepada sesuatu produk kerana tiadanya bantuan kewangan.

Tetapi sekiranya sesuatu idea itu diterima ramai, sudah pasti akan ada pihak seperti pihak swasta yang sedia menyalurkan bantuan kewangan. Kerajaan pada masa sama akan turut membantu untuk dapatkan sokongan kewangan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan platform inovasi sosial, Actyvate di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid memberitahu, kerajaan sentiasa menagih sumbangan idea dan kreativiti golongan belia tempatan bagi mencipta rantaian inovasi, selari dengan prinsip Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang menekankan kepada perbelanjaan optimum dengan hasil berimpak tinggi.

“Kita mahu lebih ramai anak-anak muda tempatan tampilkan diri mengeluarkan idea serta produk berkualiti yang boleh dinikmati rakyat. Segala kreativiti dan inovasi pasti dihargai oleh masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid menyatakan, ziarah yang dilakukan beliau hari ini dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam ke atas Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Kuala Lumpur dilakukan atas dasar kemanusiaan.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, kerajaan akan memastikan rawatan terbaik diberikan kepada Anwar dan bersetuju membenarkan keluarganya memilih mana-mana doktor atau peralatan yang difikirkan mereka sebagai yang terbaik. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Pesakit dipindahkan akibat kebakaran kecil di Wad 23 Hospital Sibu



SIBU: Kira-kira 1,000 pesakit, kakitangan dan orang ramai yang berada di 18 wad di Hospital Sibu di sini terpaksa dipindahkan ke tempat selamat apabila asap dikesan keluar dari siling tandas Wad 23 hospital tersebut pagi hari ini.

Kebakaran kecil yang dipercayai berpunca dari litar pintas itu dikesan oleh beberapa jururawat di wad tersebut pada kira-kira 8 pagi sebelum membunyikan penggera kebakaran dan memulakan proses pemindahan pesakit.

Pemangku Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Sibu, Wan Kamarudin Wan Ahmad yang mengesahkan kejadian berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada kira-kira 8.19 pagi dan menggerakkan dua jentera masing-masing dengan kekuatan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah dan Sibu ke hospital itu.

Menurut beliau, setibanya di tempat kejadian, semua pesakit telah selesai dipindahkan oleh pihak hospital ke tiga tempat perhimpunan selamat.

“Apa yang kita lakukan ialah mengesan punca kebakaran dan memadamkannya dengan menggunakan hos pemadam api di dalam bangunan hospital,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Pesakit-pesakit dan jururawat yang bertugas di wad lain dibenarkan kembali semula ke wad masing-masing sekitar 10 pagi manakala pesakit dan jururawat di Wad 23 setengah jam kemudian.

Wan Kamarudin berkata, tiada sebarang kecederaan dilaporkan semasa kejadian berkenaan dan punca sebenar kebakaran masih disiasat.

Beliau memuji tahap kesiapsiagaantinggi yang ditunjukkan oleh pihak Hospital Sibu membolehkan mereka bertindak dengan cepat dan selamat di dalam menghadapi situasi kebakaran itu.

“Pihak Hospital Sibu memang kerap mengadakan latihan kebakaran untuk kakitangan. Sepanjang tahun ini sudah dua kali diadakan dan difahamkan pada 25 Nov ini satu lagi latihan yang sama akan diadakan,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Pesawat udara terbesar dunia terhempas, seorang cedera – Luar Negara


LONDON 18 Nov. – Sebuah pesawat udara milik syarikat penerbangan Hybrid Air Vehicles yang dianggap terbesar di dunia dilaporkan terhempas tidak sampai 24 jam selepas berjaya diterbangkan, semalam.

Portal BBC memetik kenyataan seorang saksi sebagai berkata, kenderaan gabungan pesawat dan kapal udara yang dikenali sebagai Airlander 10 itu ‘terpisah dua’ selepas terhempas di Cardington, Bedfordshire, timur England.

Difahamkan, tiada penumpang berada dalam pesawat itu ketika kejadian, namun, seorang wanita yang dipercayai kakitangan syarikat penerbangan pesawat tersebut cedera ekoran insiden itu dan telah dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut. -AGENSI



Source link

read more

Rawatan pasca pembedahan terbaik buat Anwar – TPM Zahid



PUCHONG: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan bahawa kerajaan akan memberi rawatan pasca pembedahan terbaik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya beliau akan berunding dengan Kementerian Kesihatan dan Jabatan Penjara untuk memberi rawatan pasca pembedahan sehingga Anwar, yang juga Ketua Umum Pakatan Harapan, sembuh sepenuhnya.

“Kerajaan bersetuju agar (beliau) memilih doktor dan peralatan serta rawatan pasca pembedahan yang terbaik. Ini adalah permintaan keluarga,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Actyvate di iM4U Sentral di sini, malam ini.

Petang tadi, Ahmad Zahid dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis melawat Anwar yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini.

Anwar menjalani pembedahan di bahagian bahu kanannya selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan dari HKL ke Penjara Sungai Buloh pada 22 Sept lepas.

Anwar menjalani pembedahan artroskopi bahu kanannya itu di HKL pada Ahad lepas.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor melawat Anwar di HKL.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata Anwar telah mengalami kesakitan di bahu kanannya susulan kemalangan itu.

Berikutan itu, Jabatan Penjara memutuskan supaya Anwar diberi rawatan segera, katanya.

Ditanya reaksi Anwar ketika menerima kunjungannya di HKL petang tadi, Ahmad Zahid berkata “beliau menerima (kunjungan) kami dengan baik”.

“…perdana menteri dan isteri mengetepikan perbezaan politik untuk menziarahi beliau,” katanya.

Dalam ucapannya, Ahmad Zahid menyaran kepada generasi muda supaya sentiasa melontarkan idea-idea baharu yang inovatif dan kreatif untuk melaksanakan program bagi merancakkan pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.

Beliau menyokong Actyvate, satu pergerakan belia kebangsaan bagi menzahirkan daya kreatif dan inovasi selaras dengan transformasi negara, akan mengamit idea baharu daripada generasi muda.

Beliau berkata Actyvate, menerusi paltform ‘crowd pledging’ atas talian,  golongan belia digalakkan untuk mencadangkan projek kreatif, mendapat sokongan dan menjana dana bagi merealisasikan projek tersebut

Beliau berkata projek yang berjaya mencapai sasaran dana boleh merebut peluang untuk menerima dana yang dipadankan. 

“Actyvate merupakan inisiatif belia di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan yang disokong Najib dan dipacu iM4U dan Malaysian Global Innovation Creativity Centre (MaGIC). 

Projek yang diiktiraf pihak Actyvate berpotensi memberi kesan besar kepada masyarakat boleh menerima dana padanan sehingga had maksima RM50,000. 

— BERNAMA 



Source link

read more

Rakyat Malaysia ditahan, disyaki terlibat dalam sindiket penipuan – Luar Negara


BANGKOK 18 Nov. – Dua lelaki Malaysia yang dipercayai anggota sindiket penipuan antarabangsa, ‘Macau Scam’ ditahan sepasukan anggota polis Thailand ketika sedang mengeluarkan wang milik mangsa mereka di sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

Kedua-dua suspek yang masing-masing dikenali sebagai Saw Chooi Hock, 41, dan Saeo Wei Jack, 35, ditahan di Prawet, Ramkhamhaeng dekat sini susulan aduan yang diterima daripada seorang mangsa sindiket di Rayong baru-baru ini.

“Kedua-dua rakyat Malaysia itu mengakui terlibat dalam sindiket yang turut dianggotai oleh warga negara Thailand dan Taiwan,” kata pemangku Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah (CSD), Kolonel Maitri Chimcherd hari ini.

Maitri berkata, salah seorang anggota sindiket terbabit telah menyamar sebagai polis berpangkat tinggi yang menghubungi mangsa dengan mendakwa akaun bank mereka mempunyai kaitan dengan seorang pengedar dadah.

Katanya, mangsa kemudian diarahkan supaya memindahkan wang berjumlah 2.7 juta baht (RM360,000) ke dalam akaun sindiket.

Ketika ini, kedua-dua rakyat Malaysia itu telah direman buat sementara waktu bagi membantu siasatan polis. -BERNAMA



Source link

read more

Plagiarisme satu jenayah akademik – Sultan Nazrin



KUALA KANGSAR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, plagiarisme atau penjiplakan adalah satu jenayah akademik serta perilaku mungkar terhadap ilmu dan para ilmuwan yang wajib ditangani secara tegas.

Titah baginda, penjiplakan wajib diberi perhatian serius dan pihak berkaitan wajar memformulasi kaedah pemantauan yang berkesan demi memastikan integriti serta kredibiliti sesebuah universiti terus terpelihara.

Baginda yang juga Canselor Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) bertitah, penjiplakan semakin membentangkan cabaran kepada dunia pendidikan setelah bermulanya World Wide Web dengan maklumat sangat mudah diperoleh melalui Internet.

“Pada masa ini, maklumat begitu mudah disalin, ditiru dan ditampal dalam kerja kursus serta laporan yang disediakan oleh para pelajar,” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah demikian ketika menyempurnakan Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-10 di Dewan Jubli Perak di sini, hari ini.

Turut mengiringi baginda, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, Naib Canselor USAS, Profesor Tan Sri Dr. Nordin Kardi serta Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Dr. Muhammad Amin Zakaria.

Sultan Nazrin bertitah, reputasi kegemilangan sesebuah universiti tidak ditentukan oleh bilangan siswazah yang dihasilkan sahaja tetapi lebih kepada kualiti.

Titah baginda, kualiti diambil kira daripada siswazah yang berwibawa serta berintegriti, memiliki daya analisis, pemikiran kritikal serta berpegang kepada prinsip yang berteraskan fakta selain tegas dan berani menyatakan kebenaran.

Selain itu, baginda bertitah warga akademik sukar untuk menyemak sepenuhnya kesahihan dan keaslian kerja kursus serta bahan penyelidikan pelajar, dengan lambakan jumlah bahan yang terkandung di dalam Internet.

“Demi nama baik USAS daripada tercemar, perbuatan penjiplakan perlu dijauhi baik dalam kalangan pelajar mahupun warga akademik,” titah baginda.

Titah Baginda lagi, kebelakangan ini, perbuatan penjiplakan semakin banyak dilaporkan berlaku termasuk di luar negara.

“Di Jerman, mantan Menteri Pertahanan dan Naib Presiden Parlimen Eropah, meletak jawatan selepas mereka dikesan memplagiat disertasi ijazah Doktor Falsafah masing-masing.

“Seorang pendaftar universiti di United Kingdom dikenakan hukuman penjara setelah didapati menjual ijazah palsu kepada seorang wanita Afrika sebagai imbalan untuk memuaskan nafsunya; sementara London School of Economics terpaksa menangani dakwaan plagiarisme di dalam tesis PhD, Saif el-Islam Gaddafi, anak kedua Muammar Gaddafi.

“Manakala di Pakistan, lebih daripada 140 penggubal undang-undang didapati bersalah kerana memiliki ijazah palsu,” titah baginda.

Sehingga istiadat Konvokesyen Kesembilan pada tahun 2016, seramai 2,252 graduan telah menerima diploma daripada institusi ini.

Istiadat Konvokesyen kali ini mencipta sejarah baru apabila julung-julung kalinya, USAS menganugerahkan graduan dengan ijazah.

Ia melibatkan  41 ijazah Sarjana dan 17 ijazah Sarjana Muda bersama 785 penerima diploma dengan jumlah keseluruhan 843 penerima.

Jumlah pelajar kini meningkat kepada 6,089 orang, 121 daripadanya sedang mengikuti pengajian Doktor Falsafah, dan 225 mengikuti pengajian peringkat Sarjana.



Source link

read more

Hargai jasa, sumbangan Rela – Nasional


KUALA LUMPUR 19 Nov. – Jasa dan sumbangan anggota-anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dalam membantu masyarakat serta menjaga keselamatan negara sewajarnya dihargai oleh semua pihak.



MEGAT ZULKARNAIN

MEGAT ZULKARNAIN

Timbalan Pesuruhjaya Rela, Senator Datuk Megat Zulkarnain Omar Din berkata, bakti dan pengorbanan Rela tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.

“Tanggungjawab Rela bagi memastikan keselamatan negara terjamin adalah besar sehingga berupaya menjadikan masyarakat hilang perasaan risau dan ragu-ragu terhadap sebarang ancaman di Malaysia.

“Saya juga menyeru kepada orang ramai agar mensyukuri nikmat keselamatan yang kita miliki hari ini agar ia juga dapat dirasai oleh generasi akan datang,” katanya ketika berucap pada majlis Malam Jasamu Dikenang Anggota Rela Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia di Kompleks Lincah Mahaguru Omardin, dekat sini malam tadi.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Rela, Hashim Shikh Ab. Kadir. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Lelaki warga Pakistan ditemui maut terjatuh dari Kompleks Wilayah



KUALA LUMPUR:

Seorang lelaki warga Pakistan ditemui mati selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 3, Kompleks Wilayah di ibu negara pagi tadi.

Menurut seorang pengawal keselamatan di bangunan itu, lelaki berusia 26 tahun berkenaan dipercayai berada dalam keadaan mabuk sebelum ditemui terkujur.

Pemeriksaan pasukan forensik polis ke atas mayat lelaki itu juga mendapati tiada tanda-tanda kesan kecederaan lain, selain dari kesan terjatuh.

Polis menolak andaian wujud unsur jenayah dalam kejadian itu sebaliknya lelaki itu dipercayai terjatuh.

Semua barangan peribadi lelaki itu termasuk dompet turut ditemui pada mangsa.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat dihantar ke hospital kuala lumpur untuk bedah siasat.

Pemeriksaan pasukan forensik polis ke atas mayat lelaki itu juga mendapati tiada tanda-tanda kesan kecederaan lain, selain dari kesan terjatuh.



Source link

read more

Penduduk flat gempar jumpa janin dalam longkang – Jenayah


KUALA LUMPUR 19 Nov. – Penduduk di sebuah flat gempar apabila menemukan objek dipercayai janin di SS 8, Petaling Jaya, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 petang itu, janin tersebut ditemukan dalam longkang oleh pengawal keselamatan yang sedang bertugas di blok flat berkenaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, pengawal keselamatan terbabit kemudian memaklumkan penemuan itu kepada seorang wanita yang merupakan ketua blok berkenaan.

“Wanita berusia 58 tahun terbabit terus menghubungi pihak polis.

“Flat berkenaan dihuni majoriti warga asing dan tiada kamera litar tertutup (CCTV). Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

PM Najib pemimpin disegani di peringkat antarabangsa



PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah pemimpin yang disegani di forum peringkat antarabangsa dan Malaysia mendapat manfaat kerananya, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Anifah, yang memegang portfolio menteri luar itu lebih lapan tahun di bawah kepimpinan perdana menteri serta kerap ke luar negara bersama bagi tugasan rasmi, bagaimanapun sedih kerana ada rakyat Malaysia yang tidak menghargai sumbangan Najib sedangkan Perdana Menteri begitu disegani di peringkat antarabangsa.

“Disebabkan Datuk Seri Najib disegani, maka banyak kelonggaran-kelonggaran, persetujuan-persetujuan boleh dicapai dengan negara-negara lain dari aspek dua hala, FTA (perjanjian perdagangan bebas), perdagangan,” katanya.

Dalam taklimat media pasca Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 dan sidang kemuncak berkaitan di sini, Anifah berkata pemimpin dunia mengiktiraf perdana menteri bukan sahaja dari segi substantif isi-isi keperluan Malaysia tetapi juga dari segi penyampaian dan ketrampilan beliau yang begitu ketara di peringkat antarabangsa.

Pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 di Manila, Filipina baru-baru ini, Anifah berkata pemimpin-pemimpin yang hadir menghargai pendirian Malaysia terhadap pelbagai isu seperti Rohingya, Laut Cina Selatan dan situasi di Semenanjung Korea.

“Ini jelas membuktikan keberkesanan dalam penyampaian oleh Perdana Menteri yang amat meyakinkan semasa sidang-sidang kemuncak, telah menjadikan beliau disegani dan dihormati oleh para pemimpin lain,” katanya.

Menegaskan kepuasan serasi bekerja dengan kepimpinan perdana menteri, Anifah berkata ;”Alhamdullillah, saya senang bekerja dengan beliau, jika tidak, saya tidak akan bertahan sehingga lapan tahun.”

Anifah berkata perdana menteri mudah dihubungi tanpa mengira waktu dan mampu membuat keputusan pantas dan cepat.

Berkongsi pengalaman di belakang tabir ketika menghadiri Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Anifah berkata beliau menghubungi perdana menteri pada ketika itu pukul 3 pagi waktu Malaysia untuk mendapatkan pandangan pentingnya.

“Saya menghubungi beliau, (dan) beliau sentiasa ada. Beliau berkata ianya okay saya sudah jaga. Mudah sangat bekerja dengan Datuk Seri Najib,” katanya.

Anifah turut menceritakan pengalaman bagaimana beliau menghubungi Najib pada pukul 3 pagi waktu Malaysia di tengah-tengah sidang Majlis Keselamatan PBB sedang berlangsung untuk mendapatkan keputusan penting Perdana Menteri berhubung resolusi majlis keselamatan.

“Saya beri taklimat kepada beliau…Kita mencadangkan ini, beliau (Najib) berkata teruskan. Beliau membuat keputusan dalam dua minit,” kata Anifah.

–BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons