Parlimen Zimbabwe terima cadangan undi tidak percaya terhadap Mugabe – Luar Negara


HARARE, 21 Nov. – Parlimen Zimbabwe hari ini menerima cadangan undi tidak percaya terhadap Presiden Robert Mugabe selepas pihak tentera melakukan rampasan kuasa minggu lalu.

Speaker, Jacob Mudenda berkata, parlimen akan bersidang bagi memulakan undi tidak percaya terhadap presiden berusia 93 tahun itu yang turut enggan melepaskan jawatan walaupun telah dipecat oleh partinya, semalam. – REUTERS



Source link

read more

Hariri back in Lebanon for first time since quitting as PM



BEIRUT: Saad al-Hariri returned to Beirut on Tuesday for the first time since he resigned as Lebanon’s prime minister in a broadcast from Saudi Arabia and plunged his country into political crisis.

Hariri’s sudden resignation on Nov. 4 thrust Lebanon to the forefront of regional tussle between the Sunni monarchy of Saudi Arabia and Shi’ite Islamist Iran, whose powerful Lebanese ally Hezbollah is part of the government.

Hariri was greeted by members of the security forces as he disembarked from a jet at Beirut airport, live footage of his arrival showed.

Hariri, a long-time ally of Saudi Arabia, cited fear of assassination and meddling by Iran and Hezbollah in the Arab world in his resignation speech. The move caught even his aides off guard, and politicians close to him say Riyadh forced him to quit and held him in Saudi Arabia.

Riyadh and Hariri have denied this.

Lebanese President Michel Aoun has refused to accept the resignation until Hariri returns to present it in person.

Earlier, Hariri met Egyptian President Abdel Fattah al-Sisi in Cairo, saying after the meeting that he would announce his “political position” in Lebanon.

In a Nov. 12 interview from Saudi Arabia with Future TV, a station affiliated with his political party, Hariri said he would return to Lebanon to confirm his resignation.

But he also held out the possibility of withdrawing it if Hezbollah respected Lebanon’s policy of staying out of regional conflicts such as Yemen.



Source link

read more

Semakan tarif air tidak ditentukan kerajaan pusat



KUALA LUMPUR: Kerajaan pusat tidak terlibat dalam menentukan semakan dan pelarasan tarif air di setiap negeri, sebaliknya ia ditentukan oleh kerajaan negeri, demikian persidangan Dewan Rakyat diberitahu pada Selasa.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata kerajaan pusat hanya memberi kelulusan selepas kajian dan semakan dijalankan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

“Dari segi kenaikan tarif ini, ia hak negeri dan operator (syarikat konsesi) yang memohon kepada SPAN bila ada keperluan untuk menaikkan tarif dan dalam permohonan tersebut, SPAN akan kaji terlebih dahulu dari segi pengeluaran, kos, keuntungan dan bukannya hanya sekadar meluluskan apa dimohon.

“Apa yang Ketua Menteri Pulau Pinang (Lim Guan Eng) beritahu, kerajaan pusat yang tentukan tarif air, itu tidak benar. Semua operator akan hantar permohonan kepada SPAN dan kemudiannya barulah SPAN serahkan kepada kerajaan. Memang kata putus dari kita, tapi yang mohon dan kaji bukan kita,” katanya.

BACA: P. Pinang mahu naikkan surcaj pemuliharaan air – Guan Eng

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya di sini.

Maximus berkata permohonan yang dihantar kepada SPAN juga haruslah mendapat persetujuan daripada exco kerajaan dan resolusi juga dihantar kepada pihak tersebut.

— BERNAMA



Source link

read more

Jeddah dinaiki air, aliran trafik terjejas – Nasional


RIYADH 21 Nov. – Hujan lebat pada awal pagi ini di Jeddah mengakibatkan banjir kilat di kebanyakan jalan di bandar itu sehingga menjejaskan aliran trafik.

Portal Saudi Gazette melaporkan, sebuah bangunan meteorologi berhampiran Lapangan Terbang King Abdul Aziz turut dipanah petir sehingga mengakibatkan beberapa peralatan rosak namun pejabat itu masih beroperasi seperti biasa.

Ketua Perhubungan Awam lapangan terbang Jeddah, Turki Al-Deeb berkata, hujan lebat tidak menjejaskan jadual penerbangan pada hari itu.

Namun, hanya lima penerbangan ditunda kerana beberapa orang penumpang dan krew tidak dapat sampai ke lapangan terbang pada masa yang ditetapkan.

Hujan lebat itu juga turut mengakibatkan mahkamah Jeddah mengalami kebocoran dan fenomena terbabit juga melewatkan jadual perbicaraan kerana kakitangan mahkamah tiba lewat.

Sementara itu, polis Jeddah melaporkan menerima sebanyak 11,000 panggilan kecemasan menerusi talian 911 dengan kebanyakan pemanggil bertanyakan laluan alternatif dan keadaan cuaca semasa. – AGENSI



Source link

read more

Kelajuan Internet penting dalam memacu ekonomi digital



KUCHING: Kesalinghubungan atau connectivity adalah penting dalam usaha Sarawak untuk memacu bidang ekonomi digital.

Perkara itu termasuk penyediaan kemudahan dan infrastruktur terkini seperti tahap kepantasan internet yang tinggi serta menara telekomunikasi di lokasi sesuai.

Ketua Menteri Sarawak Datuk Abang Johari Tun Openg berkata Kerajaan Sarawak sudah memperuntukkan dana bagi tujuan tersebut.

“Ini adalah sasaran kami untuk menghubungkan rakyat yang berada di negeri tercinta ini,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri Datuk Awang Tengah Hassan dan Pengerusi Yayasan WIEF Tun Musa Hitam.

Apabila ditanya tentang bagaimana Sarawak bercadang untuk meningkatkan kerjasama serantau dalam bidang Ekonomi Digital, Abang Johari menjawab hubungan kerjasama itu sudah sedia terjalin.

“Sebagai contoh hubungan dengan Kalimantan Barat, yang mana kami (Sarawak) sudah mengeksport tenaga hidroelektrik kepada mereka.

“Saya percaya model kerjasama seperti ini boleh diperluas ke serata rantau Asean dan seterusnya mengukuhkan Ekonomi Digital yang ingin dipelopori,” kata beliau.



Source link

read more

Puluhan maut dalam serangan bom bunuh diri



ADAMAWA: Sekurang-kurangnya 50 jemaah maut dalam satu serangan bom bunuh diri di sebuah masjid di timur laut bandar Mubi, Adamawa, Nigeria pada Selasa.

Jurucakap polis Othman Abubakar memberitahu The Associated Press, pihaknya sedang mengenal pasti jumlah mangsa cedera susulan mereka dihantar ke beberapa hospital berdekatan.

Serangan dilakukan seorang remaja ketika beramah mesra dengan jemaah usai solat Subuh.

Tiada pihak mengaku bertanggungjawab, namun polis percaya serangan didalangi puak pelampau Boko Haram.

Boko Haram didakwa melakukan serangan itu berikutan serangan seumpamanya yang dilancarkan sejak bertahun lamanya.

Malah mereka meningkatkan serangan dengan menggunakan remaja atau wanita muda yang kebanyakannya diculik.

Sehingga kini tiada respons segera dari kerajaan Nigeria ataupun tentera berkaitan insiden tersebut.

Tentera Nigeria beberapa bulan sebelum ini mendakwa berjaya menawan kubu Boko Haram.

Akhir tahun lalu, Presiden Muhammadu Buhari juga mendakwa puak pelampau itu telah dihapuskan namun ia ternyata tidak benar.

Boko Haram dipersalahkan atas 20,000 kematian semasa pemberontakan hampir sedekad, yang menyaksikan jutaan penduduk melarikan diri ke negara-negara jiran dan  mewujudkan krisis kemanusiaan yang kritikal.



Source link

read more

Mugabe letak jawatan, tamatkan pemerintahan selama empat dekad – Nasional


HARARE 22 Nov. – Presiden Zimbabwe , Robert Mugabe meletak jawatan semalam, dalam sepucuk surat yang dihantar kepada Parlimen, tidak lama selepas Parlimen negara ini memulakan proses pemecatan beliau sekali gus menamatkan pemerintahan hampir empat dekad pemimpin itu.

Keputusan itu yang diumumkan oleh Speaker Zimbabwe, Jacob Mudenda diraikan dengan meriah oleh sidang dewan Parlimen sekali gus menghentikan prosedur pemecatan tersebut.

Bekas ketua keselamatan yang dikenali sebagai `Buaya’, Emmerson Mnangagwa dijangka mengambil alih tempat Mugabe. – REUTERS



Source link

read more

Kurikulum sekolah disemak setiap lima tahun – Kamalanathan



KUALA LUMPUR: Semakan terhadap kurikulum sekolah rendah dan menengah akan dilaksanakan kerajaan setiap lima tahun, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan.

Beliau berkata langkah itu bagi memastikan kurikulum sedia ada ditambah baik dan kekal relevan dengan kehendak semasa.

“Kurikulum sedia ada memberi penekanan kepada aspek ilmu, amali, amalan dan penghayatan dan pembudayaan,” katanya menjawab pertanyaan tambahan Dr Mansor Abdul Rahman (BN-Sik) mengenai perkara berkenaan pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Kamalanathan berkata hanya 0.12 peratus daripada 5.1 juta pelajar di sekolah rendah dan sekolah menengah seluruh negara terlibat dalam keruntuhan moral atau kebejatan sosial remaja seperti berjudi, mencuri, mengancam guru dan murid, peras ugut serta gangsterism.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Nasrudin Hassan (PAS-Temerloh) mengenai pengembangan modul tahfiz ke sekolah lain, beliau berkata Kementerian Pendidikan juga mempunyai cadangan untuk memperkenalkan modul tahfiz dan vokasional di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA).

— BERNAMA



Source link

read more

Penduduk berpesta di Harare, Mugabe akhirnya letak jawatan – Luar Negara


Harare 22 Nov. – Hon kereta dibunyikan sepanjang jalan, begitu juga orang ramai yang berpesta di Harare iaitu ibu negara Zimbabwe selepas Presiden Robert Mugabe meletakkan jawatan selepas 37 tahun memerintah.

Pemimpin berusia 93 tahun itu akhirnya meletakkan jawatan selepas menghadapi pelbagai tekanan termasuk rampasan kuasa oleh tentera dan undi tidak percaya di parlimen.

“Kami sangat gembira akhirnya perubahan bakal berlaku,” kata Togo Ndhlalambi berusia 32 tahun.

“Kami bangun setiap pagi mengharapkan detik ini. Negara ini telah melalui situasi sangat getir.”

Selepas krisis politik yang berlarutan selama seminggu rakyat Zimbabwe meluahkan perasaan dengan pelbagai cara termasuk menarik di jalan-jalan.

“Saya gembira Mugabe letak jawatan selepas 37 pemerintahan kuku besi,” kata Tinashe Chakanetsa, 18.

Beliau berharap negara berkenaan tidak lagi ditadbir oleh seorang individu seperti sebelum ini.

“Kami memerlukan pemimpin yang dipilih rakyat. Saya berharap akan memperoleh pekerjaan selepas ekonomi negara ini pulih.” – AFP



Source link

read more

Pas bukan tak kenang budi Kerajaan Persekutuan



KOTA BHARU: Pas Kelantan tidak meletakkan semua salah kepada Kerajaan Pusat dengan kemunduran negeri berkenaan jika dibandingkan dengan negeri lain.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sebaliknya menegaskan, banyak perkara yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan untuk Kelantan disambut baik rakyat negeri itu dan Kerajaan Negeri turut berterima kasih atas apa yang dilakukan.

”Kita bukan hendak menyalahkan tapi hendak perbetulkan. Kita, termasuk MB juga berterima kasih atas pembangunan dan peruntukan yang diterima.

”Cuma belum puas hati kerana ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan belum terlaksana seperti pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Selain itu, pembinaan Lebuh Raya Rakyat dari Gua Musang ke Kuala Krai juga belum dijalankan sepenuhnya.

Mohd Amar mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed semalam yang kecewa dengan sikap Pas Kelantan kerana sering menjadikan Kerajaan Pusat sebagai ‘kambing hitam’ setiap kali isu pembangunan negeri disentuh.

Mustapa yang juga ADUN Ayer Lanas menegaskan, Kerajaan Pusat sudah memberi pelbagai peruntukan kepada Kelantan dalam usaha memastikan negeri itu tidak ketinggalan dalam arus pembangunan.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons