Anggota Parlimen DAP diarah keluar Dewan



KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Cheras Tan Kok Wai daripada DAP pada Rabu diarah keluar dari persidangan Dewan Rakyat oleh Timbalan Yang Dipertua, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee kerana melanggar arahan.

Keputusan itu dibuat Kiandee selepas Tan bangun dan mengganggu sidang dewan ketika Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan sedang menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya.

Loga Bala berkata beliau dimaklumkan terdapat operator pusat perjudian di kawasan Cheras menggunakan nama Tan untuk beroperasi, yang menyebabkan anggota Parlimen itu bangun dan meminta timbalan menteri berkenaan menarik balik kenyataan itu.

“Saya tak akan duduk kalau timbalan menteri tidak menarik balik fitnah yang tidak berasas. Kalau timbalan menteri berani, ulangkan kenyataan di luar dewan. Kalau tidak…penakut! Saya rela menerima cabaran di luar dewan,” katanya.

Loga Bala kemudian menjelaskan kepada Dewan Rakyat bahawa beliau bukan menuduh Tan tetapi tanggapan pihak luar yang didengarinya.

“Kalau saya salah saya tarik balik. Tapi saya tak menuduh YB. Saya katakan ini andaian yang dikatakan di luar. Saya tak tuduh. Saya tak kata YB yang buat,” jelasnya.

Tan kemudian bertegas meminta Kiandee mengarahkan Loga Bala menarik balik kenyataan tersebut, sebelum kekecohan berlaku dengan beberapa anggota Parlimen dari Barisan Nasional (BN) dan pihak pembangkang turut bangun mencelah.

Kiandee kemudian mengarahkan Tan keluar dewan kerana tetap berdegil dan mengganggu urusan mesyuarat.

Sementara itu, ketika menyambung penggulungan perbahasan RUU itu, Loga Bala berkata Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PKB) telah mengenal pasti kawasan berpotensi untuk dibangunkan dan pada masa ini pihak perbadanan sedang menyelesaikan isu berkaitan harta pusaka penduduk.

Katanya rundingan bersama pihak pemaju akan dilaksanakan selepas isu harta pusaka itu selesai dan ia adalah tertakluk kepada persetujuan pemilik dan pewaris tanah dalam memastikan keperluan mereka dipenuhi.

Berdasarkan pelan PKB, beliau berkata kawasan lapang sedia ada seperti di Kelab Sultan Sulaiman akan dikekalkan dan dinaik taraf dengan pelbagai infrastruktur termasuk tempat letak kereta dan ruang perniagaan yang membolehkan penduduk Melayu memulakan perniagaan bagi menampung pembangunan berintensiti tinggi.

“Penubuhan PKB selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan kepentingan orang Melayu di kawasan Kampung Baru dipelihara,” katanya sebelum Dewan Rakyat meluluskan RUU Pembekalan 2018 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu.

— BERNAMA



Source link

read more

Australia tubuh kumpulan anti pembiayaan keganasan di Asia Tenggara



KUALA LUMPUR: Sebuah kumpulan baharu terdiri daripada negara-negara di seluruh Asia Tenggara bakal melumpuhkan kumpulan pengganas, sumber pembiayaan mereka, pergerakan dan penggunaan dana dan pembiayaan ekonomi mereka di rantau, kata Menteri Keadilan Australia Michael Keenan.

Keenan, Menteri yang Membantu Perdana Menteri Australia bagi Menangani Keganasan mengumumkan penubuhan Kumpulan Kerja Membanteras Pembiayaan Keganasan Asia Tenggara (SEA CTFWG) pada Sidang Kemuncak Anti Pembiayaan Keganasan (CTF) anjuran Bank Negara Malaysia hari ini.

“Kestabilan dan keselamatan Asia Tenggara sangat penting bagi Australia, dan Kerajaan Campuran komited untuk membendung ancaman yang ditimbulkan oleh kumpulan pengganas termasuk ISIL, di rantau ini,” kata beliau pada sidang kemuncak itu yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam siaran media, Keenan berkata SEA CTFWG akan secara langsung menyasarkan dan menggangu pembiayaan dana kumpulan pengganas melalui antara lain: menyekat penggunaan sistem kewangan antarabangsa yang menumpukan kepada ancaman dan isu serantau, memerangi peras ugut dan eksploitasi aset ekonomni, sumber dan penduduk serantau, menafikan pembiayaan keganasan di Asia Tenggara melalui pembiayaan dari luar dan menghalang kumpulan daripada memberikan sokongan kewangan atau material kepada ISIL dan kumpulan pengganas yang lain dan sekutu mereka.

Beliau menegaskan bahawa SEA CTFWG akan diterajui bersama oleh agensi perisikan dan pengawal selia kewangan Australia, Australian Transaction Reports and Analysis Centre (AUSTRAC), dan Majlis Anti Pengubahan Wang Haram Filipina (AMLC) yang terdiri daripada unit-unit perisikan kewangan ASEAN yang kini beroperasi di bawah Sidang Kemuncak CTF.

Wakil dari seluruh rantau ini telah memperakukan inisiatif penting ini, kata beliau.

Keenan berkata penubuhan SEA CTFWG merupakan pelaburan pertama daripada pakej A$3.4 juta kerajaan Australia selama tiga tahun untuk menyokong AUSTRAC dan rakan-rakannya dalam usaha memerangi IS dan pertubuhan ekstremis yang lain di Asia Tenggara.

“SEA CTFWG akan menyelaraskan maklumat yang dikongsi di kalangan unit-unit risikan kewangan dan agensi serantau yang lain yang mempunyai peranan dalam menangani pembiayaan keganasan.

“Secara kolektif, perisikan yang dihasilkan melalui inisiatif ini akan membantu pihak berkuasa serantau dan rakan industri untuk lebih memahami pergerakan dan menjejaki dana bagi melindungi komuniti serta memperketat sistem kewangan kita daripada ancaman pembiayaan keganasan,” kata beliau.

Bank Negara Malaysia menganjurkan Sidang Kemuncak Anti Pembiayaan Keganasan ketiga dengan kerjasama agensi perisikan kewangan Australi dan Indonesia.

Sidang kemuncak selama empat hari yang bermula Isnin, menghimpunkan lebih 350 pakar dan profesional dari organisasi antarabangsa untuk berkongsi cerapan mengenai isu dan perkembangan pembiayaan keganasan terkini.

— BERNAMA



Source link

read more

AS anggap tindakan Myanmar terhadap Rohingya sebagai “penghapusan etnik” – Luar Negara


WASHINGTON 22 Nov. – Amerika Syarikat (AS) menganggap tindakan ketenteraan Myanmar ke atas penduduk Rohingya sebagai “penghapusan etnik” dan negara kuasa dunia itu akan mengenakan tindakan sekatan terhadap pihak terbabit.

Setiausaha Negara AS, Rex Tillerson menganggap tindakan itu sebagai kekejaman yang dahsyat.

“Selepas analisis secara berhati-hati terhadap fakta yang ada, ia jelas situasi di utara Rakhine sebagai penghapusan etnik terhadap Rohingya,” kata Tillerson dalam kenyataan di sini hari ini. – REUTERS



Source link

read more

Property prices to cool down next year but remain unaffordable



KUALA LUMPUR: Despite stronger economic and industry fundamentals, property players expected 2018 would likely be another challenging year for the real estate sector.

PropertyGuru Malaysia Country Manager, Sheldon Fernandez said, though overall consumer sentiment has improved and asking prices have come down, key themes like price unaffordability, overhang of high-rise homes, rising living costs, tight financing and other factors will have a dampening effect on the overall momentum next year.

“Higher Gross Domestic Product (GDP) does not necessarily mean higher wages and disposable incomes for the B40 and M40 segments.

“Properties remain out of the reach for many Malaysians due to the gap between asking prices in both the primary and secondary markets and consumer affordability,” said Fernandez who moderated an hour-long discussion during PropertyGuru 2018, a property outlook forum held here on Wednesday.

She added, for 2018, properties are expected to remain unaffordable at 4.4 times the median income in Malaysia and the number would be even higher in key urban locations such as Kuala Lumpur and Penang.

Meanwhile, PropertyGuru in a statement said, Malaysia’s real estate market is still correcting itself, evidenced in the slow but steady downward moving trend line.

“For 2018, asking prices of properties will remain stable with the possibility of marginal drops for real estate in Kuala Lumpur, Selangor and Penang.

“On a national level, the PropertyGuru Outlook report indicates a 0.2 percent decrease from Q2 2017 to Q3 2017. On a year-on-year comparison (Q3 2016 to Q3 2017), asking prices were slightly lower at 2.3 percent.” said the statement.



Source link

read more

Suspek baling bom molotov di surau Damansara Damai direman



PETALING JAYA: Dua lelaki yang dipercayai membaling bom petrol atau ‘molotov cocktail’ ke dalam kawasan surau di Damansara Damai, Petaling Jaya, Ahad lalu ditahan reman selama seminggu bermula hari ini.

Perintah reman itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya tengah hari tadi.

Terdahulu kedua-dua suspek itu ditangkap oleh polis pada jam 3 pagi tadi.

Suspek direman bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian 6.50 pagi Ahad lepas, jemaah Surau Al-Huda gempar apabila pintu masuk surau berkenaan terbakar dipercayai akibat dilontar bom petrol.

Ketika itu, terdapat 20 jemaah baru selesai menunaikan solat subuh, sebelum menyedari pintu masuk surau itu dijilat api.

Ahli jawatankuasa surau berkata, kejadian disedari seorang jemaah yang ingin pulang ke rumah selepas selesai bersolat.

Saksi itu kemudian memanggil jemaah lain sebelum memadamkan kebakaran.

Bom petrol yang dibaling bagaimanpun tidak meletup.



Source link

read more

Thailand tahan wanita bertudung suspek pengeboman kuil Bangkok



BANGKOK: Polis Thailand pada Rabu menahan seorang wanita yang dikehendaki kerana menjadi suspek insiden pengeboman sebuah kuil pada tahun 2015 di Bangkok hingga mengorbankan 20 orang termasuk pelancong asing, lapor Reuters.

Insiden letupan di Kuil Erawan yang popular dalam kalangan pelancong di tengah-tengah bandar raya Bangkok itu, sebelum ini dilaporkan mempunyai kaitan dengan aktiviti keganasan kumpulan minoriti Muslim Uighur dari Xinjiang, wilayah barat China.

Tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab terhadap letupan yang antara lain membunuh lima warga China dan dua dari Hong Kong serta mencederakan lebih daripada 120 orang tersebut.

Suspek wanita Thailand itu, Wanna Suansan, 29, telah ditahan di lapangan terbang Bangkok, kata Timbalan Ketua Polis, Srivara Ransibrahmanakul.

Bagaimanapun, Srivara enggan mendedahkan dari mana wanita itu datang.

Wanna berdepan pelbagai dakwaan termasuk merancang pembunuhan dan memiliki senjata serta bahan letupan. Dia adalah antara 17 orang yang dikehendaki kerana terkait dengan pengeboman itu.

Dua lelaki Uighur yang turut didakwa melakukan serangan bom itu kini masih dalam perbicaraan di Thailand. Mereka bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

Pasukan penyiasat berkata, pada tahun 2015, Wanna menyewakan sebuah bilik di Bangkok kepada salah seorang lelaki itu. Wanna telah meninggalkan Thailand sejurus serangan itu berlaku.

Polis tidak menyifatkan serangan itu sebagai aktiviti ‘keganasan’, sebaliknya mengaitkan insiden berkenaan sebagai tindak balas terhadap usaha pihak berkuasa membanteras rangkaian sindiket penyeludupan manusia.

Seorang saudara Wanna berkata, kepulangan Wanna ke Thailand adalah untuk membuktikan dirinya tidak bersalah.



Source link

read more

[VIDEO] Dua nelayan ditahan di Indonesia dibawa pulang – Terengganu


KUALA TERENGGANU 22 Nov. -Dua nelayan tempatan akhirnya pulang hari ini, disambut dengan air mata kegembiraan dan kesyukuran oleh anggota keluarga setelah ditahan selama lebih tujuh bulan kerana disyaki menceroboh perairan negara itu April lalu.

Usaha membawa pulang Mohd. Firdaus Mohamad, 27, dan Mohd. Zaidi Mohamad, 24, setelah menempuh pengalaman yang perit itu merupakan hasil inisiatif kerajaan negeri.

Sebelum ini, dua lagi rakan mereka iaitu Mohd. Fadli Jaafar, 40, dan rakannya, Abdul Halim Nik, 43, telah dibebaskan pada awal Ramadan lalu.

Tekong bot nelayan C2 berkenaan, Abdul Rashid Nik, 52, masih ditahan di dalam lokap di Pulau Terepat, Kepulauan Anambas, dan masih dalam proses pembicaraan.

Menurut Zaidi, sukar untuk menggambarkan perasaannya kerana setiap hari menungu tanpa mengetahui sampai bila masa untuk dibebaskan.

“Terima kasih kepada Menteri Besar sebab tolong usahakan kami bebas dan dapat balik selepas hampir lapan bulan ditahan,” ujarnya kepada pemberita di Dataran Permata Seberang Takir ketika disambut oleh keluarga dan sahabat handai.

Mohd. Firdaus pula menceritakan dia dan Mohd. Zaidi dibebaskan selepas mereka selesai memberi keterangan sebagai saksi kepada Abdul Rashid yang menghadapi pertuduhan menceroboh perairan negara itu di mahkamah pada 12 November lalu.

“Pengalaman lebih tujuh bulan ditahan di dalam lokap di Pulau Terepat telah memberi keinsafan kepada saya dan Mohd. Fauzi.

“Sepanjang di dalam lokap, saya sering teringatkan isteri, Nur Rosmaniza Erna , yang terpaksa bekerja sebagai pembantu kedai makan untuk menyara hidup sepanjang ketiadaan saya,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

WIEF Terokai teknologi terkini bagi membuka peluang baharu



KUCHING: Teknologi baharu perlu diterokai kerana ia mampu membuka peluang baharu untuk merancakkan ekonomi.

Pegawai Media Agensi Pembangunan Pelaburan Tatarstan di Rusia, Wieam Al-Sharabi berkata tujuan utama negara tersebut melibatkan diri dalam sistem teknologi terbaharu adalah untuk memastikan mereka tidak terlepas peluang untuk mengukuhkan ekonomi.

“Sistem-sistem terbaharu seperti teknologi blockchain diteroki bukan sahaja kerana ia adalah peluang baharu tetapi juga kerana tahap keselamatan sistem tersebut.

“Dengan ini, rakyat dan pelabur yang terlibat dengan negara ini akan yakin dengan dana yang dilaburkan mereka,” kata Wieam.

Beliau ditemui ketika salah satu sesi perbincangan di Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF)yang masuk hari kedua di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Pada hari pertama semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menekankan kepentingan menyediakan generasi muda dengan kemahiran berkaitan teknologi baharu supaya mereka boleh bersedia untuk pekerjaan yang masih belum wujud ketika ini.

Perkara tersebut turut disentuh pengasas bersama Apple Incorporated Steve Wozniak yang menggalakkan kerajaan untuk menyokong pembangunan digital di negara masing-masing.



Source link

read more

Dua penjaga pusat jagaan kanak-kanak ditahan – Jenayah


KUALA LUMPUR 22 Nov. – Dua individu termasuk seorang wanita ditahan selepas dipercayai mendera kanak-kanak berusia 12 tahun di pusat jagaan di Taman Desa Mas, Bandar Country Homes, dekat Rawang, kira-kira pukul 12 tengah malam semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, suspek berusia 29 dan 34 tahun tersebut merupakan penjaga di pusat jagaan kanak-kanak berkenaan.

“Kami terima aduan kira-kira pukul 3.30 petang semalam daripada seorang wanita yang merupakan ibu saudara kanak-kanak terbabit.

“Dia mendakwa mangsa dirantai, tidak diberi makan di samping terdapat kesan luka, calar serta lebam di kaki, tangan dan kepala selain kesan bengkak pada bibir dan mata kanak-kanak malang tersebut dipercayai akibat ditumbuk,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut Ali, suspek lelaki ditahan reman sehingga Jumaat, manakala suspek wanita dilepaskan dengan kebenaran mahkamah dengan alasan tiada sesiapa menjaga pusat jagaan kanak-kanak diurus mereka.

Tambahnya, mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan dan pemeriksaan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Pembiayaan keganasan 346 transaksi mencurigakan dikesan – BNM



KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) mendedahkan 346 transaksi mencurigakan (STR) berkaitan pembiayaan keganasan dikesan di antara Januari hingga Jun tahun ini.

Daripada jumlah itu, 34 didedahkan untuk tindakan lanjut agensi penguat kuasa.

Ia merupakan peningkatan hampir tiga kali ganda berbanding hanya 93 STR dengan 14 pendedahan bagi 2015.

Gabenor BNM Tan Sri Muhammad Ibrahim berkata ia hasil perkongsian risikan dengan institusi kewangan serta peningkatan ancaman kumpulan Daish.

Susulan itu, bank pusat sedang meneliti peraturan baharu bagi sektor perbankan dan perkhidmatan kewangan yang mewajibkan mereka melaporkan urus niaga wang di sektor berisiko tinggi.

“Sektor berisiko tinggi akan ditentukan mengikut risikan pihak berkuasa pada sektor yang dilihat berisiko tinggi dalam membiayai aktiviti keganasan.”

Ia bagi memenuhi komitmen Malaysia untuk meningkatkan pemantauan dan pendedahan berhubung pembiayaan berkaitan keganasan di rantau ini.

Muhammad berkata demikian ketika menyampaikan ucap tama di Sidang Kemuncak Menangani Pembiayaan Keganasan kali ke-3, di sini, hari ini.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons