Black Friday shopping turns into panic



LONDON: City-dwellers and weekenders were shocked when they heard gunshots being fired at London’s shopping district, Oxford Street on Friday.

Panicked shoppers scatter for safety on one of the busiest times of the year — the ‘Black Friday’ weekend and ‘Cyber Monday’.

The London Fire Brigade were called to the Oxford Circus underground station at 4:43 local time, where three fire engines and 15 firefighters rushed to the scene.

Immediate actions were taken to ensure the safety of the people, with authorities involved.

According to the Metropolitan Police UK, suspects have not yet been located nor there were any evidence of shots been fired or casualties reported.

READ: London police say responding to reports shots fired on Oxford Street

READ: UK transport police say one minor injury at Oxford Circus, no other casualties

READ: London underground stations reopen after Oxford Circus incident

The British Transport Police (BTP) have ordered the public to avoid the Oxford Street and Regent Street.

Some underground stations were closed to avoid overcrowding, including Oxford Circus station and the Bond Street station nearby.

However, they were later reopened and all trains are stopping normally.

An unnamed witness reported that the buses heading out of the area were packed as people pushed their way in to leave the area as soon as possible, as some trains have temporarily terminated their services.

Other witnesses claimed to have ran into a nearby store to take cover, as people leave their shopping bags after panicking.

The authorities worked swiftly to ensure that all transportations continue to operate smoothly for everyone’s convenience.

Investigations into the incidence are still underway.



Source link

read more

Sekolah tahfiz pondok di Perak tidak patuh piawaian kebakaran



IPOH: Sebanyak 130 buah sekolah maahad tahfiz dan sekolah pondok di Perak berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Perak dan Jabatan Pendidikan Negeri dan 61 mematuhi piawaian kebakaran, kata Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Rusnah Kassim.

Beliau berkata hasil pemeriksaan sehingga bulan lalu mendapati 69 buah sekolah maahad tahfiz dan sekolah pondok berdaftar itu tidak mematuhi piawaian kebakaran.

“Sebanyak enam maahad tahfiz dan sekolah pondok belum berdaftar, manakala baki 10 lagi didapati tidak beroperasi,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Sham Mat Sahat (BN-Alor Pongsu) mengenai langkah pencegahan yang diambil bagi mengelak kebakaran di pusat maahad tahfiz pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Menurut Rusnah, Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri telah menubuhkan sebuah pasukan petugas bagi menjalankan pemeriksaan keselamatan kebakaran di sekolah maahad tahfiz dan sekolah pondok di seluruh negeri.

“Sebanyak 10 pasukan pemeriksa terdiri daripada 28 pegawai bomba Perak dilantik secara langsung melakukan pemeriksaan selain memberi khidmat nasihat serta tunjuk ajar berkaitan keselamatan kebakaran bermula 2 hingga 17 Okt lepas.

Tambah Rusnah, kerajaan negeri juga mengarahkan pihak bomba turun padang sekali setahun untuk memantau keselamatan maahad tahfiz dan sekolah pondok.

Dalam pada itu, beliau berkata sebanyak 53 skuad bomba tahfiz dan pondok yang berperanan sebagai ‘first responder’ telah berdaftar di seluruh negeri dan sembilan daripadanya berjaya menamatkan latihan mengikut modul dan teori ditetapkan.

Rusnah berkata sepanjang tempoh 2015 sehingga tahun ini, sebanyak dua kes kebakaran dilaporkan berlaku disebabkan kejadian litar pintas.

“Walaupun jumlah ini kecil, kerajaan negeri sentiasa mengambil langkah proaktif demi keselamatan anak-anak ini,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Baby Shark masih berdoo doo dalam Carta AWANI Raku



KUALA LUMPUR: MINGGU lepas, pendengar Raku masih belum ‘move on’ dengan persembahan Aishah pada konsert minggu pertama GV4, dan minggu ini “Baby Shark” masih mengungguli tempat pertama Carta AWANI Raku.

Sekali lagi, “Terus Mencintaimu” nyanyian Siti Nordiana dan “Bunga Larangan” nyanyian UG14 tewas kepada fenomena “Baby Shark”.

Selain itu, antara lagu baharu yang menduduki carta ini ialah medley “Sekian Terima Kasih” dan “Elegi Sepi” nyanyian Azharina dari playlist #BalingBelakang Gegar Vaganza.

Berikut senarai lagu yang berjaya menambat hati pendengar:

  1. Baby Shark – Pinkfong
  2. Terus Mencintai – Siti Nordiana
  3. Bunga Larangan – UG14
  4. Kisah Ku Inginkan – Datuk Seri Siti Nurhaliza & Judika
  5. Sekian Terima Kasih & Elegi Sepi – Azharina

Untuk menikmati lagu-lagu pilihan anda, layari Raku.my atau muat turun secara percuma aplikasi Raku di App Store atau Playstore.



Source link

read more

Thailand umum barisan Kabinet baharu



BANGKOK: Raja Maha Vajiralongkorn memperkenankan barisan kabinet baharu Perdana Menteri Jen Prayuth Chan-o-cha, sebagaimana diumumkan dalam Warta Diraja malam ini.

Dalam barisan baharu itu, Perdana Menteri Thai itu menggugurkan dua timbalannya, Laksamana Narong Phiphatthanasai dan Jen Thanasak Patimapragorn dan menaikkan Jen Chatcai Sarikanya, yang sebelum ini merupakan Menteri Pertanian dan Koperasi menjadi timbalan perdana menteri.

Prayut mengekalkan Jen Prawit Wongsuwan, Somkid Jatusripitak, Ketua Marsyal Udara Prajin Juntong and Wissanu Krea-ngam sebagai timbalan perdana menteri.

Prawit akan meneruskan tugasnya sebagai Menteri Pertahanan sementara Prajin diberikan tanggungjawab tambahan selaku Menteri Kehakiman.

Dalam barisan kabinet baharu ini, Thailand akan mempunyai lima timbalan perdana menteri berbanding enam sebelum ini.

Perdana Menteri juga menggantikan Menteri Perdagangan Apiradi Tantraphon dengan timbalannya Sonthirat Sonthirawong sementara menggugurkan Timbalan Menteri Pertahanan Jen Udomdej Sitabutr dalam barisan kabinet baharu itu.

Jawatan Udomdel itu akan diambil alih oleh Jen Charnchai Kangmongkol.

Prayut tidak membuat sebarang perubahan pada portfolio kewangan, pengangkutan dan hubungan luar.

— BERNAMA



Source link

read more

Gapena anjur Pertemuan Dunia Melayu 2017 di Bangkok – Nasional


BANGKOK 24 Nov. – Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) sekali lagi menganjurkan Pertemuan Dunia Melayu 2017 dengan memilih tema ‘Bahasa Melayu Bahasa Asean’ bagi membangkitkan dan menyuburkan semangat Melayu di seluruh dunia.

Program yang berlangsung selama lima hari bermula semalam memilih Bangkok, Thailand sebagai lokasi menghimpunkan para sarjana dan cendekiawan dari negara Malaysia, Thailand, Singapura, Brunei dan Indonesia.

Setiausaha Kerja Gapena, Aziz Ali berkata, pada kali ini program ini mendapat kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Thailand, Yayasan Pusat Islam Thailand(FICT) dan Universiti Kasem Bundit, Bangkok.

Katanya, pertemuan Dunia Melayu dianjurkan sejak 1982 di Melaka yang mana berjuang dalam membina perpaduan dan kesatuan bangsa Melayu besar di seluruh dunia.

“Program ini diteruskan adalah bertujuan mahu membina hubungan Melayu serantau dan pada kali ini memfokuskan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa Asean.

“Bangsa Melayu ada di mana-mana dan sejarahnya perlu dibincangkan supaya bahasa dan budaya kita terus digunakan,” katanya kepada Utusan Online malam tadi.

Terdahulu, kira-kira 300 peserta menyertai program yang bakal dirasmikan Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim pagi semalam.

Dalam pada itu, Aziz yang juga merupakan Penyelaras program menjelaskan, pihaknya memilih tema berkenaan kerana mahu memperkukuhkan bahasa Melayu selain merapatkan hubungan serantau.

Jelasnya, pemilihan panel penceramah juga dipilih dalam kalangan penulis dan tokoh yang benar-benar memahami sejarah dan kewujudan Melayu.

“Contohnya pada tahun 2000, ketika Gapena menganjurkan pertemuan di Thailand, pencapaian bahasa Melayu sudah semakin dilupakan sehingga generasi ketiga tidak boleh berkomunikasi menggunakan bahasa tersebut.

“Oleh itu, dengan adanya pertemuan seperti ini, bahasa Melayu dapat dikembangkan dan diguna dalam kalangan masyarakat,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Empat langkah tangani buli bakal dilaksana – Ahmad Zahid



Kerajaan bakal melaksanakan empat langkah utama dalam menangani kes buli yang berlaku di sekolah di seluruh negara, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, empat langkah itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Sosial Negara yang dipengerusikan oleh beliau sendiri di Putrajaya pada Jumaat.

Menurutnya, langkah pertama adalah melaksanakan pengelasan data yang memenuhi definisi buli yang sebenar dan diikuti langkah kedua iaitu kolaborasi yang berkesan bagi mewujudkan intervensi sosial bersepadu antara Jabatan Pendidikan negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara serta Polis Diraja Malaysia.

“Langkah ketiga pula adalah memastikan agenda sosial dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Negeri dan Jawatankuasa Tindakan Daerah. Manakala langkah keempat ialah penggunaan media sosial oleh badan korporat dan  pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bertindak sebagai ejen anti buli,” katanya di sini pada Jumaat.

Ahmad Zahid berkata, usul itu sebelum ini dibawa Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat ke Majlis Sosial Negara selepas isu buli dilihat semakin meruncing hingga mengakibatkan kematian.

Terdahulu, Ahmad Zahid turut mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tinggi mengenai Tugas Khas sekolah-sekolah tahfiz.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri memaklumkan bahawa kerajaan telah memperuntukkan RM30 juta tambahan bagi penambahbaikan pusat tahfiz di seluruh negara bagi tahun ini.

Kata beliau, peruntukan yang diberikan secara ‘one off’ itu disalurkan kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri untuk tujuan penyelarasan agihan.

“Mesyuarat Jemaah Menteri 4 Oktober lalu memperuntukkan RM30 juta sebagai tambahan kepada peruntukkan sebelum ini yang telah diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan bajet 2018 lalu.

“Penambahan RM30 juta itu menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan yang disalurkan bagi menambah baik institusi tahfiz berjumlah RM60 juta sekali gus membuktikan keprihatinan kerajaan dalam memastikan pusat tahfiz mempunyai tahap persekitaran pembelajaran yang kondusif,” katanya.



Source link

read more

Adam Levine Blake Shelton bakal tinggalkan The Voice



VOKALIS kumpulan Maroon 5, Adam Levine dan penyanyi country Blake Shelton dikhabarkan bakal meninggalkan tugas mereka sebagai juri dalam rancangan realiti The Voice.

Adam dan Blake telah berkhidmat sebagai juri dalam program itu selama 13 musim berturut-turut.

Menjelang musim ke-14 program The Voice yang bakal bermula pada awal tahun hadapan, khabar angin mereka bakal menamatkan tugas sebagai juri itu mula menjadi buah mulut ramai pihak.

Namun begitu, terdapat juga satu sumber yang mengatakan mereka akan menyambung tugas di musim terbaru program realiti The Voice.

“Selain mendapat bayaran yang lumayan, Adam dan Blake mendapat populariti meluas dari rancangan itu.

“Mereka suka rancangan itu, cuma kadangkala mereka penat kerana menjalani rakaman hampir setiap hari dalam masa yang agak lama.” kata sumber.

Selain Adam dan Blake, Ceelo Green, Christina Aguilera, Shakira, Usher, Alicia Keys, Miley Cyrus dan Pharrell Williams turut pernah duduk di kerusi juri The Voice.

Sumber: Hollywood Life
Foto: Celebrity Insider



Source link

read more

Mayat kadet tentera Thailand tanpa organ – Luar Negara


BANGKOK 25 Nov. – Institusi ketenteraan Thailand berdepan dengan tekanan daripada pelbagai pihak berhubung kematian seorang kadet tentera dan misteri kehilangan beberapa beberapa organ dalam badannya.

Hasil bedah siasat pertama mendapati Pakapong Tanyakan meninggal dunia akibat serangan jantung pada hujung Oktober lalu di pusat latihan tentera di luar Bangkok.

Namun, keluarga mangsa yang tidak berpuas hati meminta pihak hospital menjalankan bedah siasat kali kedua untuk mengetahui punca sebenar kematian anak mereka.

Hasil bedah siasat tersebut mendapati beberapa organ seperti otak, jantung, pundi kencing dan perut Tanyakan telah dikeluarkan oleh pihak lain. – AFP



Source link

read more

Bukan semua dron perlu kelulusan DCA



PUTRAJAYA: Jabatan Penerbangan Awam (DCA) memperjelaskan bahawa bukan semua dron atau kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) perlu mendapatkan kelulusan jabatan itu sebelum ia diterbangkan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman berkata orang awam yang mengendalikan dron tidak melebihi berat 20 kilogram boleh menerbangkan UAV itu tanpa kelulusan DCA selagi “pengendali berpuas hati bahawa dron dapat diterbangkan dengan selamat.”

“Walau bagaimanapun, semua jenis dron tidak dibenarkan terbang di ruang udara Kelas A, B, C atau G dan di sekitar lapangan terbang melainkan dibenarkan oleh DCA,” katanya dalam klenyataan hari ini ketika mengulas sebuah laporan akhbar berbahasa Inggeris bertajuk ‘Drone Wings To Be Clipped’, semalam.

Menurut artikel itu, DCA sedang menubuhkan sebuah unit penguatkuasaan untuk mengambil tindakan terhadap pemilik dron yang tidak berdaftar. Unit berkenaan, yang akan ditempatkan di kesemua 21 lapangan terbang di negara ini, dijangka mula beroperasi awal tahun depan.

Artikel itu menyebut unit penguatkuasaan itu diperkenalkan kerana ramai pemilik dron tidak sedar bahawa aktiviti menerbangkan dron di luar rumah mereka adalah haram.

Azharuddin berkata DCA kini sedang menjalani kajian menyeluruh tentang kemungkinan menubuhkan unit penguatkuasaan bagi tujuan keselamatan penerbangan awam serta kemungkinan mendaftar dron jenis tertentu.

“Tidak ada keputusan muktamad dibuat setakat ini dan DCA akan memberikan maklumat terkini dan pengumuman akan dibuat setelah keputusan telah dicapai,” katanya.

Menurut artikel itu, DCA merancang untuk mengetatkan kawalan terhadap aktiviti dron dengan menjadikannya wajib bagi pemilik mendaftarkan peranti tersebut.

Laporan itu juga menyebut DCA mencadangkan yuran pendaftar sekali sebanyak RM800 dan yuran pembaharuan sebanyak RM500 untuk tahun berikutnya untuk pemilik dron.

Azharuddin berkata tiada caj yang dikenakan terhadap semua jenis dron.

“Bagaimanapun, caj mungkin dikenakan pada jenis-jenis dron tertentu atau digunakan untuk tujuan kerja-kerja tinjauan udara bagi menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan khusus,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Remaja maut kemalangan babitkan dua kenderaan – Nahas & Bencana


KUALA LUMPUR 25 Nov. – Seorang remaja maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer 38, Jalan Kuala Lumpur – Ipoh, Serendah, Kuala Kubu Bharu, malam tadi.

Dalam kejadian pukul 7.05 petang itu, D. Dinooshan, 15, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Lim Bak Phai berkata, mangsa bersama seorang lagi lelaki, A. Jaagandisvaran, 20-an, menaiki kereta Proton Wira menghala ke Serendah dari arah Antara Gapi.

“Kita percaya, pemandu kereta Proton Wira tersebut hilang kawalan sehingga memasuki jalan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta Proton Waja dipandu Abdul Rahim Kamdi, 55.

“Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Selayang dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan di sini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons