Seorang lagi etnik Uighur ditahan di Thailand – Luar Negara


SONGKLA 25 Nov. – Pihak berkuasa selatan Thailand menahan semula seorang etnik Uighur yang meloloskan diri daripada sebuah pusat tahanan Imigresen di Sadao, wilayah Songkla lima hari lepas.

Ketua Polis Imigresen ke-6 Songkla, Mejar Jeneral Jeksada Yaisun berkata, lelaki etnik Uighur itu dikenali sebagai Muhamad Amin, 31, ditahan di Kampung Raitok, Sadao 8 pagi tadi waktu tempatan ketika mahu membeli makan.

“Lelaki itu memberitahu pihak berkuasa, dia mengambil keputusan melarikan diri daripada pusat tahanan itu kerana amat rindu terhadap isteri dan dua anaknya yang kini berada di Turki,” kata Jeksada kepada pemberita hari ini.

Katanya, Muhamad Amin yang fasih bertutur beberapa bahasa bercadang menyeberangi sempadan Malaysia tetapi terkandas di kawasan hutan di sempadan kedua negara itu bersama empat rakannya yang lain.

Jeksada berkata, sepanjang berada di hutan mereka tidak makan dan hanya meminum air hujan.


Dia merupakan salah seorang daripada 20 etnik Uighur yang meloloskan diri daripada pusat tahanan Imigresen di Sadao selepas menebuk lubang di dinding bangunan mereka.

Pihak berkuasa Thailand setakat ini telah berjaya menahan semula tiga daripada etnik Uighur itu termasuk “Muhamad Amin”, manakala Malaysia telah menahan semula seorang di Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam.

Usaha memburu 16 etnik Uighur yang masih bebas sedang giat dijalankan oleh pihak berkuasa Thailand dan Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri Thailand Jen Prawit Wongsuwan meminta bantuan Malaysia menghantar balik etnik Uighur yang ditahan.

Kesemua 20 etnik Uighur itu yang ditahan di pusat tahanan terbabit sejak 2014, sedang di dalam proses penghantaran semula ke negara asal mereka. – BERNAMA




Source link

read more

Pengecualian diminta PPBM bertentangan dengan akta pertubuhan – ROS



JOHOR BAHRU: Cadangan pengecualian yang dipohon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) baru-baru ini disifatkan tidak pernah berlaku seumpamanya dan bertentangan dengan Akta Pertubuhan 1966.

Menegaskan demikian, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) Surayati Ibrahim berkata disebabkan itu, pihaknya perlu merujuk kepada Penasihat Undang-Undang.

Beliau mengesahkan ada menerima surat permohonan dari parti itu Khamis lepas, dan berkata pihaknya mendapati banyak cadangan pengecualian yang dipohon bukan sahaja bertentangan dengan akta tersebut, malah perlembagaan parti itu sendiri.

Justeru itu, ROS memerlukan seminggu untuk meneliti cadangan dan pengecualian terbabit.

“Ada banyak cadangan yang mereka senaraikan. Walau bagaimanapun, saya sedang meneliti perkara itu dengan pihak penasihat undang-undang (Jabatan Peguam Negara).

“Ada cadangan-cadangan yang diinginkan oleh pihak parti itu, saya tidak pasti, sama ada Akta Pertubuhan 1966 memberi kuasa kepada ROS untuk membuat pengecualian-pengecualian yang diminta,” katanya.

Surayati bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Cek Persatuan Penduduk Johor yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed, di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, di sini.

Ditanya apakah pengecualian-pengecualian itu, beliau enggan mengulas lanjut namun menjelaskan ia membabitkan isu bagaimana hendak melaksanakan mesyuarat agung tahunan dengan beberapa pengecualian dan bagaimana hendak meminda perlembagaan dengan pengecualian.

“Jadi saya tidak pasti sama ada pihak ROS atau jabatan boleh memberikan pengecualian yang dimaksudkan oleh parti berkenaan. Ini kerana PPBM mahu meminta perkara yang terdapat di dalam perlembagaan diluluskan untuk dikecualikan,” katanya.

PPBM kini berdepan dengan kemungkinan dibubarkan pendaftarannya oleh ROS sekiranya masih gagal menyelesaikan masalah dalamannya dan mengadakan AGM yang sudah melepasi tempoh sepatutnya pada September lepas.

— BERNAMA



Source link

read more

Rusia perkenal undang-undang baharu media asing – Luar Negara


MOSCOW 25 Nov. – Presiden Rusia, Vladimir Putin menandatangani undang-undang baharu yang membenarkan pihak berkuasa menyenaraikan saluran media asing sebagai ejen asing.

Undang-undang itu dipercayai merupakan tindakan balas Moscow terhadap Amerika Syarikat yang sebelum ini dilihat memberi tekanan hebat kepada media Rusia.

Selain itu, undang-undang berkenaan membenarkan Moscow melabelkan sumber berita yang diberikan oleh media asing kepada Rusia sebagai ‘kerja ejen asing’ dan mendedahkan sumber pembiayaan mereka.

Kementerian Keadilan Rusia telah mengeluarkan senarai sembilan media asing disokong AS yang dijangka terbabit dalam perubahan itu, antaranya Voice of America (VOA) dan Radio Free Europe/Radio Liberty (RFE/RL). – REUTERS



Source link

read more

181 pusat pemindahan banjir berdaftar di N. Sembilan



KUALA PILAH: Sebanyak 181 pusat pemindahan didaftarkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memastikan persiapan menghadapi banjir di beberapa daerah di negeri ini berjalan lancar di masa akan datang.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Seri Mat Ali Hassan berkata ia terdiri daripada sekolah, balai raya, dewan besar dan kompleks sukan untuk dijadikan sebagai pusat pemindahan kepada mangsa sama ada kejadian banjir ataupun kecemasan.

“Penyelia pusat pemindahan pula terdiri daripada kalangan guru besar, pengetua sekolah, pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dan pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk Persekutuan sebagai pegawai yang bertanggungjawab kepada pusat pemindahan di bawah jagaan masing-masing.

“Seramai 1,069 anggota penyelamat dari pelbagai agensi bersedia digerakkan pada bila-bila masa apabila berlakunya bencana dengan kepakaran dan fungsi tugas masing-masing,” katanya pada majlis penutup Taklimat Pengurusan Pusat Pemindahan Sempena Kesiapsiagaan Menghadapi Bencana di sini, hari ini.

Teks beliau dibacakan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) Salinah Ismail.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Roslan Wahab dan Pengarah dan Pengarah APM negeri Lt Kol (PA) Kamal Mokhtar.

Sementara itu, Mat Ali berkata menurut ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia musim tengkujuh lazimnya akan membawa hujan lebat di beberapa kawasan pantai timur Semenanjung, Sabah dan Sarawak serta sebahagian negeri di Semenanjung telah bermula pada pertengahan November lalu dan dijangka berlarutan sehingga Mac tahun depan.

“Merujuk kepada Jabatan Pengairan dan Saliran setakat Selasa lepas, rekod bacaan taburan hujan di Negeri Sembilan secara purata tahunannya adalah berjumlah 2,200mm setahun, tetapi beberapa daerah di negeri ini telah mencatatkan jumlah bacaan taburan hujan melebihi daripada purata tahunan.

“Seperti Seremban dengan bacaan 2,502.71mm, Port Dickson dengan bacaan 2,329.25mm, Rembau 2,307.35mm dan Kuala Pilah 2,141.30mm,” katanya.

Beliau berkata dari Januari hingga 2 Nov lepas, 38 kejadian banjir dicatatkan di negeri ini dengan daerah Seremban mencatat jumlah tertinggi iaitu 13 kes kejadian banjir kilat.

— BERNAMA



Source link

read more

Filem Malaysia raih dua anugerah di Taipei Golden Horse Film Festival



FILEM tempatan ‘Shuttle Life’ berjaya meraih dua anugerah — Pengarah Baharu Terbaik dan Sinematografi Terbaik di Anugerah Filem Taipei Golden Horse edisi ke-54 pada Sabtu di Taipei.

Pengarah Shuttle Life, Tan Seng Kiat hadir ditemani watak utama filem terbabit Jack Tan untuk menerima penghargaan tersebut.

Anugerah Filem Taipei Golden Horse ialah acara penganugerahan tahunan berprestij yang memberi pengiktirafan kepada hasil karya dalam bahasa Cina.

Tahun lepas, lagu tema Ola Bola, “Arena Cahaya” berjaya memenangi Anugerah Lagu Asal Terbaik hasil ciptaan penyanyi Zee Avi bersama Rendra Zawawi.

Filem Shuttle Life mengisahkan seorang lelaki bernama Ah Qiang yang menetap di sebuah bandar besar bersama ibunya yang mempunyai masalah mental dan adik perempuannya Hui, 5.

Susulan kematian Hui dalam satu kemalangan, Ah Qiang menjadi tertekan untuk menuntut mayat adiknya pulang ke rumah.

Ini kerana dia tidak dapat membuktikan hubungannya dengan Hui memandangkan kelahiran adiknya itu tidak pernah didaftarkan.



Source link

read more

Peranan isteri penting bantu kejayaan pemimpin – Najib – Nasional


MELAKA 26 Nov. – Peranan besar yang dimainkan oleh isteri berupaya memberi impak kepada kejayaan, kesejahteraan dan keberkesanan seseorang pemimpin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, peranan penting dimainkan seorang isteri yang menjadi teman sejati dan penghibur hati seseorang pemimpin itu begitu besar maknanya.

“Sekiranya isteri dapat membantu kita menguruskan rumah tangga dengan baik, memahami tugas kita, menenangkan hati dan jiwa kita, saya yakin setiap wakil rakyat Barisan Nasional (BN) akan lebih berjaya.

“Bab ini kita kenalah bagi perhatian supaya suami dapat jalankan tugas dengan begitu baik sekali lebih-lebih lagi dah dekat nak raya (pilihan raya) ni,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Makan Malam Penutup Program Tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional Semalaysia (PTIWRBNM) di Hotel Equatorial, Banda Hilir, di sini malam tadi.

Yang turut hadir isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron.

Jelas Najib, beliau percaya dengan sokongan padu serta kerjasama baik daripada pihak isteri, kerajaan BN akan bergerak lebih laju dan lebih gigih.

Katanya, segala ilmu yang diperolehi boleh digunakan untuk menjadi pengantara antara pihak kerajaan dan rakyat.

“Kepada kumpulan-kumpulan yang mungkin jika isteri kita mainkan peranan ia lebih meresap pengaruhnya berbanding jika kita yang melakukannya.

“Misalnya ada persatuan ibu tunggal dan anak yatim atau sewaktu berlaku musibah di kawasan kita, kalau isteri turun bersama atas nama badan kebajikannya melakukan kerja amal dan pendekatan mesra rakyat, saya percaya sumbangan itu cukup besar nilainya kepada kerajaan BN,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Usahawan perlu teroka peluang ditawarkan China



PUTRAJAYA: Usahawan Malaysia perlu meneroka potensi perniagaan besar yang ditawarkan China bagi menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, oleh kerana China adalah rakan kongsi perdagangan terbesar Malaysia, adalah penting untuk meningkatkan kerjasama perdagangan dan perniagaan antara kedua-dua negara.

Menurutnya, tujuh bidang teras yang perlu dimanfaatkan usahawan Malaysia ialah hartanah dan pembinaan, pertanian, teknologi, perkhidmatan, pembuatan, produk halal serta penjagaan kesihatan.

“Ia adalah peluang besar untuk usahawan tempatan kita dalam era globalisasi dan Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0).

“Lebih mudah menjalankan perniagaan dengan China yang mempunyai persamaan dengan kita dari segi budaya dan bahasa.

“Dengan pembabitan Malaysia dalam Inisiatif Jalur dan Jalan, Malaysia akan menyaksikan lebih banyak perdagangan antarabangsa dijalankan di rantau ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Persidangan Usahawan Malaysia-China (MCEC) Ke-7 di sini, hari ini.

Acara tahunan sejak 2011, MCEC adalah platform untuk wakil perniagaan berkongsi prinsip perundingan meluas, sumbangan bersama, pembangunan bersama dan berkongsi manfaat daripada perusahaan.

China terus menjadi rakan kongsi perdagangan terbesar Malaysia selama lapan tahun berturut-turut sejak 2009. Pada 2016 perdagangan Malaysia dengan China meningkat 4.4 peratus kepada RM240.91 bilion.

Dengan pelancaran Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ), Wee berkata, ia akan membantu perusahaan kecil dan sederhana dalam memanfaatkan penumpuan pertumbuhan eksponen ekonomi internet dan aktiviti e-dagang rentas sempadan.

“Jika syarikat Malaysia kurang kompetitif, kita akan ketinggalan. Pada masa sama, kita juga perlu mewujudkan bakat dan kepakaran kita sendiri kerana kita tidak boleh bergantung kepada pekerja asing,” tambahnya.

Selain itu, Wee berkata, DFTZ akan merangsang pelan tindakan e-dagang Malaysia yang diperkenal pada 2016 dengan tujuan menggandakan pertumbuhan e-dagang negara serta meningkatkan sumbangan KDNK kepada RM211 billon menjelang 2020.

“Contohnya, usahawan Malaysia akan menubuhkan syarikat di China untuk menjual aiskrim durian Musang King. Apabila China melihat peluang ini, mereka mahu syarikat Malaysia datang ke negara mereka untuk mereka melabur,” tambahnya.

— BERNAMA



Source link

read more

Perjuangan bahasa Melayu perlu kerjasama semua – Nasional


BANGKOK 25 Nov.- Perjuangan dalam memperkasakan bahasa Melayu memerlukan kerjasama semua pihak, bukan hanya bergantung dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Gabungan Persa­tuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) semata-mata.

Ketua Satu Gabungan Persa­tuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), Datuk Zainal Abidin Borhan berkata, pembinaan bahasa Melayu itu seharusnya sejajar dalam membina masa depan negara.

“Contohnya, dalam aspek politik ada kalah dan menang, manakala ekonomi pula membabitkan untung dan rugi. Namun, membina bahasa Melayu agar ianya terus  diperkasakan perlu dilakukan secara kerjasama supaya kemenangan dapat dirai bersama semua.

“Dalam konteks komuniti ASEAN pula, kita memilih pendekatan gerakan bebas mencipta kebudayaan Melayu untuk mencipta keamanan,” katanya ketika berucap pada majlis Perasmian Pertemuan Dunia Melayu 2017 di sini hari ini.

Terdahulu, program dianjurkan di Bangkok,Thailand itu berlangsung selama lima hari sehingga Selasa hadapan dirasmikan Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim.-UTUSAN ONLINE

 



Source link

read more

Tiada kompromi anggota polis terlibat dadah



JOHOR BAHRU: Kementerian Dalam Negeri tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang didapati terlibat dalam sebarang aktiviti jenayah berkaitan dadah.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata mana-mana anggota dan kakitangan yang didapati bersalah akan dikenakan tindakan undang-undang serta-merta selain diberhentikan.

“Kita tidak akan berkompromi dengan kes-kes sebegini. Bagaimana kita nak mempercayai mereka untuk memerangi dadah kalau mereka sendiri yang ambil dadah?

“Hasil siasatan kami mendapati anggota yang melakukan kesalahan ini mengambil dadah berikutan tekanan kerja, ada juga yang terlibat dengan aktiviti tersebut kerana mahukan kehidupan yang mudah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Geran Persatuan Penduduk bersama Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) Negeri Johor, di sini hari ini.

Tambahnya, bagi mengelakkan perkara tersebut berlarutan, KDN telah mengambil langkah untuk menjalankan latihan dan ujian yang secukupnya sama ada dalam pengambilan kakitangan dan anggota baharu ataupun yang sedia ada.

“KDN melaksanakan pelbagai ujian termasuk ujian psikologi sejak peringkat kemasukan hingga kepada anggota yang sedia ada sebagai contoh, sekiranya mereka dinaikkan pangkat, mereka perlu menjalani ujian terlebih dahulu bagi memastikan keadaan mereka,” jelasnya.

Dalam pada itu, Nur Jazlan juga memaklumkan bahawa Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) akan bergiat lebih aktif terutamanya dalam memerangi penyebaran dan penggunaan dadah dalam kalangan pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta.

Beliau yang juga Yang Dipertua Pemadam berkata pihaknya kini sedang giat menjalankan kerjasama dengan IPTA bagi menggerakkan persatuan berkenaan dalam usaha menangani jenayah berkenaan.

“Kami mahu menubuhkan kelab Pemadam di peringkat IPTA kerana pengedar dadah ini menyasarkan golongan belia sebagai mangsa.

“Hasil siasatan kami mendapati trend pasaran kini menjual dadah moden jenis Amphetamine Type Stimulant (ATS) dan New Psychoactive Substances (NPS) terdiri daripada ekstasi, amphetamin dan lain-lain kepada golongan ini,” jelasnya.

Tambahnya, pihaknya juga akan mengadakan perjumpaan dengan IPTS dalam tempoh terdekat bagi membincangkan langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengekang penyebaran aktiviti tidak bermoral itu.

— BERNAMA



Source link

read more

Lima mahasiswa terima Dermasiswa Nadi Negara – Pendidikan


KUALA LUMPUR 25 Nov. – Seramai lima mahasiswa menerima Dermasiswa Nadi Negara yang merupakan bantuan secara ‘one-off’ bagi membantu golongan itu menamatkan pengajian di peringkat sarjana.

Dana yang ditaja sepenuhnya oleh Yayasan Minda disampaikan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sempena Anugerah Nadi Negara (ANN)  di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

ANN merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh Pergerakan Wanita UMNO sejak 2009 bagi mengiktiraf graduan universiti yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum dan kepemimpinan.

Anugerah itu juga merupakan acara tahunan sempena Perhimpunan Agung UMNO yang diadakan setiap tahun.

Dalam masa sama, Tengku Adnan turut melancarkan logo pertubuhan Alumni Nadi Negara di hadapan 1,000 mahasiswa yang hadir.-UTUSAN ONLINE

 



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons