Ulama disaran dekati media massa tangani fahaman ekstremisme



KUALA LUMPUR: Golongan ulama disaran menggunakan media massa bagi menangani fahaman ekstremisme dan mengelak umat Islam terpengaruh dengan dakyah yang dibawa kumpulan pengganas.

Pensyarah Fakulti Komunikasi, Al-Imam Muhammad Ibn Saud Islamic University, Arab Saudi, Dr Muhammad Al Bashar Muhammad Al-Khar’an berkata ulama perlu memainkan peranan penting dalam menerangkan imej Islam yang sebenar kepada masyarakat terutama kepada golongan bukan Islam.

“Sebahagian ulama dan para ilmuwan jauh dari media massa, sedangkan media massa menjadi antara saluran penting dalam menyampaikan maklumat tepat dan menjaga imej Islam terhadap bukan Islam.

“Mereka (ulama) mampu menerangkan fahaman Islam sebenar melalui dua sumber penting iaitu Al-Quran dan As-Sunnah,” katanya kepada Bernama selepas membentangkan kertas kerja bertajuk “Kesan Buruk Media Terhadap Pemahaman Wasatiyyah (Mewujudkan Persengketaan dan Perselisihan Antara Umat Islam, Mengelirukan Hakikat Sebenar Tentang Ulama Dan Masyarakat Islam, Menyebarkan Ideologi Ekstremise) pada Muktamar Khayr Ummah 2017 (KUC 2017) di sini, pada Ahad.

Katanya memberi kefahaman Islam tentang keadilan dan rahmatnya adalah jalan terbaik untuk menjaga dan menghalang masyarakat daripada jatuh ke lembah pengganas dan fahaman ekstremis.

Bertemakan ‘Manhaj Ahli Sunah Menyatukan ASEAN’, KUC 2017 selama dua hari bermula Ahad menyediakan platform perkenalan bagi sarjana Islam di Asia Tenggara untuk menjalin hubungan rapat untuk jangka panjang.

Sebanyak 30 kertas penyelidikan dijangka dibentangkan pada KUC 2017.

Antara negara yang menyertai persidangan itu ialah Arab Saudi, Filipina, Thailand, Jepun, Indonesia, Vietnam dan Laos.

KUC 2017 dianjurkan secara bersama oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia; Jabatan Hal Ehwal Khas, Pertubuhan Al-Khadeem Malaysia dan Pertubuhan Ilmuan Malaysia manakala Universiti Teknologi Mara pula berperanan sebagai penyelaras program.

Selain pembentangan kertas kerja, turut diadakan pameran yang disertai oleh pelbagai agensi, jabatan dan institusi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan dan syarikat swasta yang terlibat secara langsung dalam KUC 2017.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijadual menyempurnakan majlis penutup persidangan pada Isnin.

— BERNAMA



Source link

read more

Akui hidap kanser tahap 4 Elyana buat audiens GV4 terkejut



BEKAS bintang GegarVaganza 4 (GV 4) Elyana mengejutkan audiens apabila mengaku menghidap kanser tahap empat.
 
Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal membuat pengakuan tersebut secara terbuka selepas diumumkan tersingkir di konsert minggu kelima GV 4 pada malam Ahad.
 
“Selama tujuh tahun saya merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan orang di luar sana.
 
“Saya tidak mahu menipu lagi, terutama kepada peminat dan cukuplah selama ini saya diamkan sahaja.
 
“Sepanjang tempoh itu juga, saya cuba mencari jalan dan waktu terbaik bagaimana caranya untuk saya memberitahu peminat.
 
“Hari ini saya rasa seperti dah hampakan peminat sebab saya masuk GV 4 ini untuk mereka,” katanya yang menghidap kanser limfoma sejak tujuh tahun lalu. Elyana ditemui selepas konsert minggu kelima yang berlangsung di Dewan Sri Putra malam tadi.
 
Enggan bersedih, Elyana bagaimanapun akui berasa lega selepas mendedahkan kondisi dirinya kepada umum.
 
“Dah berpuluh-puluh kemoterapi saya tempuhi. Alhamdulillah, saya masih lagi diberikan nafas oleh Allah sehingga ke hari ini.
 
“Tapi apa yang paling saya takut sekali adalah tidur malam.
 
“Saya takut saya tak bangun esok pagi, jadi setiap hari saya menghargai momen-momen yang saya akan jalani.
 
“Sejujurnya saya berasa lega selepas memberitahu perkara ini kepada peminat,” jelasnya.
 
Elyana disahkan menghidap kanser selepas melahirkan anaknya, Cinta Sumayyah tujuh tahun lalu.
 
Teks oleh: Mya Amri



Source link

read more

Gempa bumi kejutkan penduduk Wellington – Luar Negara


WELLINGTON 27 Nov. – Gempa bumi berukuran sekurang-kurangnya 4.1 pada skala Richter menggegarkan bandar ini awal hari ini.

IMEJ menunjukkan lokasi gegaran akibat gempa bumi di Wellington, New Zealand hari ini. -GAMBAR/GEONET

Portal newshub.co.nz melaporkan, gegaran berpusat kira-kira 15 kilometer (km) ke barat laut Wellington itu dapat dirasai hingga pada jarak melebihi 30 km.

Bagaimanapun, belum ada sebarang amaran berkaitan tsunami dikeluarkan pihak berkuasa New Zealand susulan gempa bumi tersebut. -AGENSI



Source link

read more

Najib ucap selamat ulang tahun ke-78 kelahiran Pak Lah



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan selamat menyambut ulang tahun ke-78 kelahiran kepada Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang lebih mesra dengan panggilan Pak Lah.

“Selamat Hari Lahir, Pak Lah! Semoga dikurniakan kesihatan dan dalam perlindungan Allah SWT sentiasa,” ucap Najib menerusi catatan di laman rasmi Twitter beliau, hari ini.

Abdullah, yang dilahirkan pada 26 Nov 1939 di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang, ialah anak sulung kepada Allahyarham Datuk Ahmad Abdullah Fahim, seorang alim agama manakala datuk beliau, Sheikh Abdullah Fahim, adalah bekas Mufti Pulau Pinang.

Mula menyertai UMNO pada 1964, Abdullah bergerak aktif dalam politik sehingga dilantik sebagai perdana menteri pada 31 Okt 2003 dan berundur daripada jawatan itu pada 3 April 2009.

— BERNAMA



Source link

read more

Tanda tanya imbasan bayi Siti Nurhaliza – Hiburan


KUALA LUMPUR 26 Nov. – Spekulasi mengenai jantina bayi yang dikandung Datuk Seri Siti Nurhaliza, 38, terus menjadi perbualan hangat netizen selepas penyanyi tersohor itu bertindak memuat naik klip video imej imbasan kandungannya di laman Instagram.

SITI NURHALIZA yang kini hamil lima bulan, dikatakan bakal menimang cahaya mata perempuan.

Bagaimanapun, tidak sampai beberapa jam, Siti memadam klip berkenaan setelah pengikut media sosialnya itu terdengar perbualan soalan wanita yang dipercayai doktor menyatakan bahawa bayi sulung tersebut adalah pe­rempuan.

“Princess really shy and sopan looks like her mummy,” memetik perbualan yang didengari netizen dalam klip tersebut.

Pun begitu, Siti tidak memberi sebarang respons terhadap spekulasi para peminatnya dan dibiarkan menjadi tanda tanya.

Pada 13 Oktober lalu, Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa mengumumkan tentang kehamilannya setelah kandungan memasuki usia empat bulan di kediaman mereka, di Bukit Antarabangsa, Ampang.

Setelah 11 tahun be­umah tangga, ak­hirnya usaha pa­sang­an tersebut untuk mendapatkan zuriat sulung dimakbulkan.

Pada penghujung tahun lalu, Siti keguguran ketika kan­dungannya berusia dua bulan.



Source link

read more

Operasi mencari kanak-kanak jatuh sungai disambung esok



KUALA KRAI: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kanak-kanak berusia enam tahun yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai di jambatan kampung Peria di sini petang Ahad akan disambung esok.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba Mohamad Hanif Che Khalid, operasi mencari mangsa Ahmad Fawas Atikullah, akan disambung jam 7 pagi Isnin.

Pihaknya bersama lapan anggota termasuk Pasukan Penyelamat di Air, PPDA telah melakukan pencarian selepas dimaklumkan mengenai kejadian, namun gagal menemuinya.

Operasi mencari dihentikan jam 8.10 malam Ahad.

“Mangsa dipercayai dihanyutkan oleh arus deras atau kepala air, keadaan sungai yang deras menyukarkan pencarian” katanya ketika dihubungi.

Dalam kejadian sekitar jam 3.45 petang Ahad mangsa dikatakan tergelincir dan jatuh ke dalam sungai berkenaan.



Source link

read more

Parti komponen BN perlu dekati pengundi baharu – Politik


KUALA LUMPUR 26 Nov. – Parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu mendekati pengundi kali pertama dalam kalangan golongan muda yang akan menentukan keputusan pilihan raya umum ke-14 (PRU 14).

Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, kebanyakan pengundi baharu dilihat masih belum mempunyai komitmen kepada mana-mana parti politik.

“Kita selaku Pemuda BN perlu memainkan peranan masing-masing mendekati secara bersemuka dan memahami harapan serta kebimbangan mereka tentang peningkatan kos sara hidup, inflasi dan sebagainya.

“Pada pandangan saya mereka belum berkeputusan menyokong, tiada kesetiaan terhadap mana-mana parti,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Agung Pemuda myPPP di Wisma Felcra, hari ini.

Turut hadir Ketua Pemuda myPPP Sathiah Sudakaran, Naib Presiden Kanan myPPP Datuk Seri Maglin Dennis D’Cruz serta barisan kepimpinan Pemuda myPPP.

Terdahulu, dalam ucapan perasmian, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata semua sayap Pemuda BN perlu memainkan peranan dan bekerjasama untuk memastikan rakyat tidak mempunyai persepsi negatif terhadap BN sebagai parti yang jauh daripada rakyat.

Beliau juga mahu Pemuda BN bekerja keras dan memastikan rakyat tidak sewenang-wenangnya terpedaya dengan janji pembangkang yang bersifat populis.

“PRU kali ini sangat kritikal dan mencabar untuk BN mempertahankan rekod kemenangan demi masa depan dan saya yakin rakyat dapat memberi mandat dengan mempertimbangkan rekod pencapaian BN selama ini,” katanya.

Sementara itu, Sathiah berharap Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak akan mempertimbangkan Presiden myPPP Tan Sri M. Kayveas sebagai calon bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands pada PRU14.

Dalam ucapan dasar pada perhimpunan itu, beliau menzahirkan keyakinan bahawa Kayveas akan membantu dalam pembangunan negara.- BERNAMA



Source link

read more

Malaysia Airlines batalkan penerbangan Kuala Lumpur – Denpasar esok



KUALA LUMPUR: Syarikat Penerbangan Malaysia Airlines membatalkan penerbangan untuk sektor Kuala Lumpur dan Denpasar-Bali pada esok ekoran letusan Gunung Agung, Bali Indonesia.

Para penumpang telah diberitahu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) pada lewat petang Ahad dan nasihat perjalanan juga dipaparkan di laman web syarikat penerbangan, laman sosial Facebook dan Twitter.

Malaysia Airlines sedang mengawasi situasi itu secara rapat dan akan menyesuaikan operasi penerbangannya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai dan berlepas dari lapangan terbang itu apabila perlu.

Kerana keadaan itu, Malaysia Airlines akan membenarkan penumpang yang terjejas untuk:

1. Bayaran balik sepenuhnya atau penangguhan perjalanan sehingga akhir bulan Februari 2018.

2. Pertukaran destinasi (tertakluk kepada kekosongan kerusi) ke Jakarta, Surabaya atau mana-mana destinasi penerbangan Malaysia Airlines dalam ASEAN.

Untuk maklumat lanjut, penumpang boleh menghubungi 1 300 88 3000 (di Malaysia) atau +603 7843 4000 (untuk di luar Malaysia).

Aspek keselamatan sangat penting dan dititikberatkan Malaysia Airlines.



Source link

read more

Ramai rakyat Malaysia tidak makan sayuran, buah-buahan mencukupi – Nasional


KLANG 26 Nov. – Lebih 80 peratus rakyat Malaysia tidak memakan sayuran dan buah-buahan yang mencukupi untuk kesihatan diri dan tubuh badan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata trend itu menunjukkan gaya pemakanan yang tidak sihat dan membimbangkan.

“Perubahan mesti dilakukan kerana sekiranya tidak, ia akan meningkatkan risiko kita mendapat penyakit dan memberi kesan kepada sistem kesihatan secara keseluruhan,” katanya selepas merasmikan program Kem Nak Sihat Bersama Komuniti Kekal Sihat di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Simpang Lima, di sini hari ini.

Dr Subramaniam berkata rakyat Malaysia perlu memakan lebih banyak buah-buahan untuk membantu mengurangkan obesiti serta menghindarkan penyakit yang mempunyai kaitan dengan gaya hidup.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata kementeriannya menerusi Bahagian Nutrisi akan terus bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi memperluaskan program meningkatkan pemahaman khususnya ibu pelajar mengenai amalan penyediaan makanan sihat.

“Kita nak beri bimbingan kepada ibu mengenai amalan pemakanan sihat kerana mereka adalah pengaruh yang cukup kuat dalam membawa perubahan yang kita harapkan. Program ini bermula awal tahun ini dan berharap dapat diperluaskan ke seluruh negara pada masa akan datang,” katanya.

Kem Nak Sihat merupakan program outreach yang dirangka khas untuk komuniti bertujuan menyampaikan mesej berkaitan cara hidup sihat.- BERNAMA



Source link

read more

AirAsia terima anugerah pengiktirafan khas daripada kerajaan Sarawak



KUALA LUMPUR: AirAsia menerima Anugerah Pengiktirafan Khas untuk Pengendali Syarikat Penerbangan pada majlis Anugerah Pelancongan Sarawak Hornbill 2015/2016 yang berlangsung di Kuching malam tadi.

Dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd, Aireen Omar berkata AirAsia amat bangga diiktiraf sebagai pengendali syarikat penerbangan utama oleh kerajaan Sarawak.

Beliau yang mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri atas penghargaan tersebut, berkata syarikat penerbangan tambang rendah itu akan bekerja lebih keras dalam membangunkan Kuching sebagai hab serantau dan menarik lebih banyak pelancong ke Sarawak.

Beliau berkata syarikat itu melancarkan empat laluan baharu tahun ini, iaitu Kuching-Pontianak, Kuching-Langkawi, Kuching-Shenzhen dan Bintulu-Singapura, selain meningkatkan kekerapan penerbangan ke beberapa laluan utama di Sarawak.

“Sambungan baru ini tentu akan meningkatkan ketibaan pelancong, selain daripada tiga juta penumpang yang telah kami bawa setakat ini tahun ini.

“Antara 2015 dan 2016, jumlah penumpang ke Kuching, Sibu, Miri dan Bintulu bertambah dengan peningkatan purata 290 peratus.

“Kami bangga dengan pertumbuhan eksponen dan tidak dapat mencapainya tanpa sokongan kerajaan negeri,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons