21 Februari diisytihar Hari Mugabe



KERAJAAN Zimbabwe mengumumkan tarikh 21 Februari sebagai ‘Hari Belia Kebangsaan Robert Gabriel Mugabe’.

Tarikh yang jatuh pada hari lahir bekas presiden itu diisytiharkan sebagai cuti umum bagi seluruh negara itu.

Sementara itu, presiden baharu Zimbabwe, Emmerson Mnangagwa dijangka membentuk kabinet minggu ini.

Minggu lalu, Mugabe meletak jawatan selepas hampir empat dekad memegang tampuk pemerintahan.

Krisis di negara itu bermula sejak pemimpin berusia 93 tahun itu memecat Mnangagwa yang merupakan timbalannya, awal bulan ini.

Perkara ini tidak disenangi pihak tentera negara itu yang melihatnya sebagai cubaan untuk melantik isterinya sebagai pengganti.



Source link

read more

China gesa rakyat jaga kebersihan tandas – Luar Negara


BEIJING 27 Nov. – Presiden China, Xi Jinping menggesa rakyat negara itu untuk bersama-sama menjaga kebersihan tandas awam sebagai salah satu usaha meningkatkan kualiti hidup dan menarik pelancong asing ke negara itu.

Jinping sebelum ini memperkenalkan ‘revolusi tandas’ pada 2015 dalam usaha untuk menjadikan tandas di negara itu sebagai mesra pelancong asing.

Menurut Jinping, isu tandas berbau dan kotor bukan masalah kecil serta usaha pembersihan diperlukan untuk mewujudkan persekitaran lebih bertamadun.

China bakal menambah atau menaik taraf lebih 70,000 tandas menjelang hujung tahun ini. – AFP



Source link

read more

Serba Dinamiks share price expected to hit RM4.00



KUALA LUMPUR: International energy services group, Serba Dinamik Holdings Bhd has been exceeding expectations since it first listed in February, and UOB Kay Hian expects the group to maintain that momentum.

In a report published Monday, the research house put a target price of RM4.00 on Serba’s shares, an approximately 37 percent increase from the company’s current share price.

UOB says, Serba’s recurring maintenance revenue will be driven by high renewals in its orderbook which exceeds RM5 bil, as well as its plans to acquire assets. It says this will also be driven by Serba’s active international expansion and its current efforts to secure contracts from a RM10 bil global tenderbook.

The research house also remained bullish on Serba due to its continuous diversification of revenue, the latest being to penetrate Africa.

It says, Serba also has a diversified customer mix in its Operations & Maintenance (O&M) segment, ranging from refineries, power plants and liquefied natural gas (LNG) plants, making this revenue stream more resilient to industry cycles. It adds, Serba’s end-customers are also of high quality such as Petronas, Pertamina, Saudi Aramco, Qatar Gas, and Junaco.

UOB says, key to Serba’s growth from strength to strength was its entrance into the Middle East. First entering the region in 2001, Serba now has presence in 6 countries in the Middle East, contributing to more than 60 percent of its total revenue for the first nine months of 2017. This is compared to the revenue share from Malaysia which is below 30 percent, while orderbook tenures in the Middle East are also healthy at 1 to 5 years.

Going forward, UOB expects the group to sustain growth by leveraging on orderbook renewal, of which it has a track record of 20-30 percent success rate.

It says, this will be strengthened by asset ownership strategies and by its strategy to invest in joint ventures (25-40 percent stakes) of downstream plants and utilities.



Source link

read more

Tiga pemandu teksi khayal miliki ganja ditahan



SEPANG: Tiga pemandu teksi ditahan kerana memiliki dan positif dadah dalam operasi bersepadu lapangan terbang di kawasan Long Term Car Park di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor Nazli Md Taib berkata dua lelaki ditahan memiliki bahan terlarang iaitu ketulan ganja mampat manakala seorang lagi positif dadah jenis ganja dan syabu dalam operasi membabitkan 35 pegawai dan anggota.

Operasi bersepadu melibatkan JPJ, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu bermula kira-kira 9.30 pagi hingga 2 petang.

“Dua lelaki dalam lingkungan umur 27 dan 46 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 12 (2) atau Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 manakala seorang lagi yang berumur 44 tahun disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah 1983,” katanya kepada pemberita selepas operasi itu di sini.

Beliau berkata berkata dua pemandu teksi yang berada dalam keadaan khayal kerana baru sahaja selesai menghisap dadah ganja dan syabu ditahan di pintu masuk ketika hendak memasuki kawasan tempat letak kereta itu manakala seorang lagi mengaku menghisap dadah ditahan ketika ingin meninggalkan kawasan itu bagi mengambil penumpang kira-kira 10.30 pagi.

Hasil siasatan JPJ mendapati dua pemandu teksi terbabit menyorok ketulan mampat ganja di dalam kotak rokok dan diletakkan di bahagian bawah tempat duduk pemandu dan karpet kereta serta merampas peralatan dapur ganja moden yang terdiri daripada satu botol minuman ringan dan sebatang paip ganja.

“Peralatan dapur moden untuk menghisap dadah yang ditemui bersama suspek dipercayai boleh didapati secara dalam talian dan dilengkapi dengan satu set peralatan menghisap ganja yang diperlukan,” katanya.

Beliau berkata ini merupakan operasi kali pertama dilakukan di kawasan yang merupakan tempat teksi-teksi akan berkumpul kerana JPJ memandang serius kes penemuan pengambilan dadah dalam kalangan pemandu teksi.

“Operasi bersepadu ini akan diteruskan di tempat-tempat lain bagi memastikan pemandu teksi tidak memandu dalam keadaan khayal yang boleh membahayakan penumpang,” katanya.

Sementara itu, dalam operasi yang sama, JPJ juga telah menyita sebuah lori dan menahan seorang warganegara Indonesia berumur 20-an kerana memandu lori berkenaan tanpa lesen memandu yang sah selain memiliki pasport tamat tempoh. Pemandu itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Kita juga telah memeriksa 150 teksi pelbagai jenis, dan daripada jumlah itu, 20 kenderaan diambil tindakan melibatkan pelbagai kesalahan termasuk Lesen Pengangkutan Kenderaan Awam (PSV) tamat tempoh dan cermin gelap,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Hamas enggan gencat senjata – Luar Negara


SEMENANJUNG GAZA 27 Nov. – Pergerakan Hamas berikrar untuk memperluaskan kegiatan ketenteraannya terhadap Israel ke Tebing Gaza, berikutan tentangan yang akan dihadapi ketika organisasi berkenaan memulakan usaha damai dengan Fatah pimpinan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.

PEGAWAI kanan Hamas, Khalil al-Hayya. – AFP

Hamas memerintah Gaza sejak memenangi pilihan raya pada 2006 dan menggulingkan Fatah pada tahun berikutnya, satu langkah yang mendorong sekatan daripada Israel dan Mesir.

“Senjata ini tidak boleh disentuh. Ia bukan untuk perdebatan atau rundingan.

“Semua senjata ini merupakan langkah jelas untuk menentang pendudukan Israel di Tebing Gaza. Hak kami untuk menentang pendudukan itu sehingga tamat,” kata pegawai kanan Hamas, Khalil al-Hayya. – AP



Source link

read more

Prince Harry and Meghan Markle speak about relationship and engagement



LONDON: Just four weeks after a blind date with U.S. actress Meghan Markle that left him beautifully surprised, Britain’s Prince Harry took his wife to be on a trip to Botswana to camp under the stars in his tent, he said in a BBC interview on Monday (November 27).

Harry, 33, Queen Elizabeth’s grandson and fifth-in-line to the British throne, and Markle, 36, best known for her role in the U.S. TV legal drama “Suits”, got engaged this month in London, announcing the news on Monday.

Harry and Markle, who is a divorcee, met in July 2016 after they were introduced through a friend who set them up on a blind date. But it was not until September that they made their first public appearance together at the Invictus Games in Toronto, a sports event for wounded veterans.

They are due to marry in the spring of next year.

The prince, the younger son of heir-to-the-throne Prince Charles and his first wife Diana, publicly confirmed their relationship months later in a rebuke to the media over its alleged intrusion into Markle’s private life.

Markle said she was not prepared for the huge attention their relationship would have.



Source link

read more

Banjir Kerajaan pastikan bantuan tiba ke Kelantan – PM



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan memastikan bantuan disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir di kawasan yang mula dinaiki air di Kelantan, sejak beberapa hari lepas.

Najib berkata beliau kini sedang memantau keadaan di beberapa kawasan yang dinaiki air dan memerlukan penduduknya dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

“Saya harap semua berhati-hati dan beri kerjasama kepada pihak berkuasa. Kerajaan akan pastikan bantuan tiba kepada yang memerlukan,” kata Najib menerusi catatan di laman Facebook beliau, malam ini.

Sehingga 9 malam ini, jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 1,078 orang berbanding 834 orang pada  5 petang tadi.
Kesemua mangsa ditempatkan di 23 buah PPS yang dibuka di tujuh jajahan iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah, Pasir Puteh, Kuala Krai, Machang dan Bachok.

Sementara itu, menurut portal infobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas telah melebihi paras bahaya dan semakin meningkat kepada 9.68 meter berbanding 9.52 meter pada 5 petang tadi.

— BERNAMA



Source link

read more

Macam ada yang tak kena kalau tak nyanyi Ramalanku Benar Belaka – Zarul Umbrella



KUALA LUMPUR: Setiap kali menerima undangan nyanyian bagi persembahan korporat mahupun konsert, lagu ‘berhantu’ bertajuk Ramalanku Benar Belaka pasti dinanti-nantikan para hadirin.

Perkara itu diakui sendiri oleh pelantun lagu tersebut iaitu Zarul Umbrella atau nama sebenarnya Zarul Husin, 44 tahun.

“Tidak sah rasanya jika menghadiri mana-mana majlis korporat dan konsert tanpa mendendangkan lagu Ramalanku Benar Belaka,” ujarnya ketika dihubungi Astro AWANI.

Tambahnya, lagu itu mendapat tempat di hati peminat pada era tahun 90-an hingga kini. Malah, lagu yang mencecah usia 21 tahun itu digelar evergreen oleh peminatnya.

Penyanyi yang mendapat tempat ketiga pada Gegar Vaganza musim ketiga itu mempunyai playlist lagu tersendiri di aplikasi Raku iaitu ‘Zarul’s 50 Top Tracks’.

Antara lagu lain tersenarai dalam playlist itu adalah Despacito (Luis Fonsi dan Daddy Yanke), Yakin Aku (Firman dan Ayai), Menanti Janji (Ronnie Hussien) dan Akad (Payung Teduh).

Dalam perkembangan lain, Zarul berkata, dia tidak tergopoh untuk mengeluarkan single baharu selagi tidak menepati citarasa pendengar.

Untuk menikmati lagu-lagu lain dalam playlist ini, muat turun secara percuma aplikasi Raku di App Store, Playstore atau layari www.Raku.my.



Source link

read more

Ibu muda berhadapan detik cemas, perahu hampir terbalik – Kelantan


KOTA BHARU 27 Nov. – Seorang ibu muda dari Kampung Banggol Tembakang di sini bersama bayi sulungnya berusia empat bulan berhadapan detik cemas apabila perahu kecil yang dinaiki mereka ketika dalam perjalanan ke pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan ( SK) Seri Ketereh semalam hampir terbalik dipukul arus deras banjir.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, Nik Ain Fariha Nik Ismail, 19, bersama 10 mangsa yang lain terpaksa berpindah ke pusat pemindahan selepas kediaman mereka dinaiki air sehingga paras dada.

Nik Ain Fariha berkata, air naik dengan cepat sehingga menyebabkan mereka tiada pilihan kecuali segera berpindah kawasan yang lebih selamat.

“Ketika itu, saya sangat cemas. Apa yang ada difikiran adalah menyelamatkan bayi saya. Pada masa itu, saya memegang erat anak saya agar tidak jatuh ke dalam air.

“Keadaan perahu yang dinaiki itu begitu uzur dan beberapa kali kami hampir terjatuh akibat dipukul arus deras banjir.

“Kami terpaksa mencari inisiatif sendiri kerana pada masa itu, pasukan keselamatan masih belum tiba bagi menyalurkan bantuan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini. –  UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Paras air sungai Hulu Terengganu meningkat



KUALA BERANG: Penduduk sekitar Hulu Terengganu diminta berjaga-jaga berikutan berlaku peningkatan paras air sungai yang dijangka menyebabkan banjir lewat malam ini.

Pegawai Daerah Hulu Terengganu merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Hulu Terengganu, Azmi Razik berkata peningkatan paras air sungai berkenaan berlaku sejak 7 petang tadi di sekitar Sungai Terengganu dan Sungai Berang, Hulu Terengganu.

“Penduduk terutamanya di Kampung Kepah, Kampung Felda Pasir Pelata, Kampung Paya Besar, Kampung Menerong, Kampung Padang Setar, Kampung Tengkawang dan sekitarnya harus bersiap sedia kerana paras air mungkin akan terus naik dan kemungkinan banjir akan berlaku.

“Semua ketua jabatan serta ketua sektor yang terlibat dipohon bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir.

“Jabatan Pengaliran dan Saliran diminta memberi penerangan berdasarkan laporan yang dipaparkan di laman sesawang agar masyarakat lebih memahami keadaan semasa,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, Ketua Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) Hulu Terengganu, Lt (PA) Sansuri Yacob berkata kawasan di sekitar Kampung Kuala Ping, Kampung Kepah dan Kampung Nibong menunjukkan trend peningkatan paras air sungai.

“Kita ramalkan air sungai akan melimpah ke jalan raya jika hujan turun berterusan sehingga pukul 10 malam ini,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran menerusi satu kenyataan mengeluarkan amaran banjir yang dijangka berlaku pada 12.30 malam esok (28hb) dan tiga daerah turut diarah berjaga-jaga iaitu Setiu, Hulu Terengganu dan Kuala Terengganu.

— BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons