RCEP: Malaysia, India kuasai 40% dagangan global – Ekonomi


KUALA LUMPUR 29 Nov. – Malaysia dan India bakal menguasai 40 peratus perdagangan global apabila Rundingan Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) berjaya dimeterai.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia merupakan pelabur asing ke-21 terbesar di India pada peringkat global dan kedua terbesar dari negara ASEAN.

Menurut beliau, India kini rakan dagang ke-10 terbesar negara, destinasi eksport ketujuh terbesar dan sumber import ke-11 terbesar selain New Delhi adalah pelabur ke-20 terbesar Malaysia dengan jumlah pelaburan berjumlah AS$2.31 bilion.

“Malaysia adalah pintu laluan masuk India ke negara-negara ASEAN dan apabila RCEP berjaya dimeterai, gabungan kedua-dua negara akan membentuk satu kawasan yang memiliki 50 peratus penduduk dunia dan menguasai hampir 40 peratus dagangan global.

“Kedua-dua negara bukan sahaja sudah bersedia tetapi tekad untuk menjadikannya satu kenyataan,” katanya majlis makan malam Persidangan Pemimpin Perniagaan Economic Times Asia di sini hari ini.

Yang turut hadir Presiden, Kumpulan Times of India, Deepak Lamba.

Najib berkata, kejayaan itu berjaya dicapai hasil lawatan Perdana Menteri India, Narendra Modi ke negara pada November tahun lepas dan lawatan balas beliau pada April lalu.

“Kerjasama strategik yang ditubuhkan antara kedua-dua negara pada 2010 membentuk hubungan rapat dan lebih dinamik.

“Ahli perniagaan dan syarikat Malaysia kini boleh mengambil peluang pelaburan dan ekonomi di India terutama dalam infrastruktur dan aktif di kebanyakan negeri-negeri di sana termasuk Rajasthan, Telangana, Andhra Pradesh, Maharashtra dan Tamil Naidu,” katanya. – UTUSAN ONLINE




Source link

read more

Cyclone kills 19 in Indonesias Java



YOGYAKARTA : A tropical cyclone has killed 19 people on the Indonesian island of Java with most of the victims caught under a landslide.

Video footage showed rivers overflowing and roads and villages submerged in brown water after the storm struck on Tuesday.

‘Nineteen people have died, thousands of homes have been flooded and other damage has been caused,’ Sutopo Purwo Nugroho, spokesman for the Disaster Mitigation Agency, said on Twitter.

Two nearby airports were briefly closed but had since reopened. Flights around Indonesia have been disrupted due to the eruption of a volcano on the neighbouring holiday island of Bali.



Source link

read more

Lakukan senaman jika BMI melebihi 29 – Ketua Polis KL



KUALA LUMPUR: Para pegawai dan anggota polis yang mencapai indeks jisim badan (BMI) 29 ke atas berdepan kesukaran untuk dinaikkan pangkat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Justeru, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim mengingatkan semua ketua jabatan supaya memastikan anak-anak buah masing-masing memiliki BMI yang menepati piawaian PDRM.

“Tadi saya baru menghadiri mesyuarat bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun. Beliau sekali lagi menekankan mengenai pegawai dan anggota yang memiliki BMI lebih 29.

“Sehubungan itu,saya mahu warga polis Kuala Lumpur mengambil inisiatif mengenai perkara ini dan saya tidak mahu mereka mencapai BMI melebihi 29.

“Kalau ada antara mereka yang mencapai bacaan itu (melebihi 29) mereka perlu buat senaman. Ini bagi memastikan mereka cukup cergas dan ‘fit’ apatah lagi dengan penugasan di Kuala Lumpur yang begitu mencabar,” katanya ketika berucap pada majlis mesra media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini malam tadi.



Source link

read more

[VIDEO] Banjir: Suami isteri tempatkan kambing dalam rumah – Terengganu


HULU TERENGGANU 29 Nov. – Sepasang suami isteri tidak kisah ‘mengorbankan’ ruang tamu rumah mereka di Kampung Nibong di sini bagi menempatkan 14 ekor kambing agar dapat memastikan haiwan ternakan mereka sihat dan selamat dalam musim banjir.

Bagi Rohani Mamat, 50, dan suaminya, Ismail Othman, 60, kebajikan ternakan harus turut dijaga, apatah lagi ia menjadi sebahagian daripada sumber rezeki mereka.

Kambing banjir
 

Menurut Rohani, kesemua ternakan itu mula dibawa naik ke rumah untuk bermalam sejak kelmarin kerana kandang  bersebelahan kediaman mereka rosak teruk akibat dilanda ribut pada Ahad lalu.

“Selepas kandang roboh, semua kambing dikumpul bawah rumah, dalam keadaan hujan tak berhenti dengan kawasan sekitar telah naik air. Kami kesian tengok semuanya kesejukan dalam basah.

“Jadi pada pukul 3 pagi kelmarin kami pindahkan kambing ke ruang tamu dan sehingga hari ini sudah dua malam mereka tidur di dalam  rumah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Menurut Rohani, ini merupakan kali pertama mereka tiga beranak menempatkan haiwan berkenaan di rumah selepas kira-kira dua tahun mengusahakan ternakan secara kecil-kecilan.

Katanya, sebelum ini kesemua kambing dibela di kawasan rumah ibunya di Kampung Matang berdekatan dan hanya dipindahkan ke sini tahun ini setelah kandang yang dibina bernilai RM5,000 itu siap. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Desakan ibu bapa bentuk psikologi kurang sihat



KUALA LUMPUR : Desakan ibu bapa terhadap anak-anak yang gagal mencapai semua ‘A’ di dalam peperiksaan akan membentuk psikologi kurang sihat, kata Pakar Psikologi Universiti Malaya (UM).

Menurut Profesor Madya Dr Mariani Md Nor, perbuatan mendesak anak-anak merupakan satu perbuatan sia-sia.

Sebaliknya, menurut beliau, ibu bapa seharusnya meraikan kejayaan mereka atas usaha yang telah dilakukan.

“Tidak kira jika keputusan hanya empat ‘A’, atau tiada ‘A’ langsung, mereka sepatutnya diiktiraf atas usaha yang dilakukan selama di bangku sekolah untuk terus membentuk sahsiah anak-anak mengikut falsafah pendidikan yang seimbang.

“Sudah jelas falsafah pendidikan kebangsaan merupakan usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

“Ibu bapa jangan bersifat pentingkan diri dan hanya mahu anak-anak dibentuk mengikut tetapan sendiri. Sebaliknya bersyukur dengan kemajuan yang telah ditunjukkan oleh mereka saban hari,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid sebelum ini mengakui wujud kesan psikologi terhadap murid-murid lepasan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang gagal mencapai semua ‘A’.



Source link

read more

Skuasy: Malaysia kejutkan India – Sukan


KUALA LUMPUR 29 Nov. – Malaysia melepasi halangan peringkat kumpulan setelah melakar kejutan ke atas pilihan kelapan, India 2-1 dalam aksi pembukaan Kumpulan H, Kejohanan Skuasy Berpasukan Lelaki Dunia di Marseille, Perancis, semalam.

Kemenangan tersebut secara automatik melayakkan Malaysia ke peringkat seterusnya, walaupun masih perlu turun dalam satu lagi perlawanan menentang pilihan ke-23, Austria.

Skuad kebangsaan yang diketuai pemain berpengalaman, Nafiizwan Adnan mengutip mata pertama Malaysia selepas menundukkan Saurav Ghosal 8-11, 11-8, 11-5, 4-11, 9-11 dalam tempoh 72 minit.

Bagaimanapun, India bangkit mengikat kedudukan 1-1 setelah Mahesh Mangaonkar mengambil masa 53 minit sebelum menewaskan pemain muda negara, Mohd. Syafiq Kamal 11-8, 8-11, 5-11, 5-11.

Dalam aksi perseorangan ketiga, Malaysia yang mempertaruhkan juara remaja dunia 2016, Ng Eain Yow yang baru berusia 19 tahun mengutip mata penting apabila beroleh kemenangan berharga ke atas Harinderpal Sandhu 7-11, 11-5, 11-8, 6-11, 5-11 pada pertemuan sengit yang berlangsung lebih sejam.

Hari ini, skuad kebangsaan akan turun dalam perlawanan kedua menentang Austria dan sekiranya berjaya meraih kemenangan ke atas pencabar mereka itu maka, Malaysia bakal muncul juara Kumpulan H.

Austria telahpun tewas 0-3 kepada India dalam aksi sulung mereka pada Isnin dan berdasarkan congakan di atas kertas, Malaysia sepatutnya tidak berdepan masalah untuk menyingkirkan pasukan itu.

“Dengan ketiadaan pemain nombor dua kita (Ivan Yuen) akibat kecederaan, kami tiba di Marseille bersama pasukan yang tidak begitu kuat, namun Nafiizwan dan Eain Yow beraksi sangat cemerlang hari ini.

“Nafiizwan menumpukan sepenuh perhatian dalam menentang lawan yang berpengalaman, Saurav. Dengan Eain Yow pula, saya tak tahu nak cakap apa. Dia menentang seorang lagi pemain berpengalaman dan mempamerkan aksi yang mengatasi jangkaan kami.

“Kami mengharapkan perlawanan yang baik dan hebat. Harinder gagal mengatasi Eain Yow pada set kelima,” kata pengurus pasukan Malaysia, Mejar (B) S. Maniam yang dipetik dalam Persekutuan Skuasy Dunia (WSF). – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Banjir Siap siaga agensi pengurusan bencana pada skala 1010 – TPM Zahid



KUALA LUMPUR: Semua agensi pengurusan bencana kini telah bersiap siaga sepenuhnya berdepan gelombang kedua bencana banjir yang semakin meruncing terutama di negeri Pantai Timur.

 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kesiapsiagaan itu termasuk melengkapkan senarai semak bantuan dan mobilisasi aset di semua negeri yang dilanda banjir. 

 

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negara berkata, secara skala dari 1 hingga 10, beliau meletakkan kesiapsiagaan semua agensi pengurusan bencana pada skala 10.  

 

“Koordinasi itu dilakukan bukan hanya berkala tetapi secara berstruktur kerana kami telah keluarkan senarai semak kepada agensi-agensi terlibat. 

 

“Kita kita telah bahagikan kerja dan kawasan yang bertanggungjawab terhadap semua agensi. 

 

“Selain itu, aset-aset juga telah siap siaga di tempat berkenaan dan kita akan terus mobilisasikan semua aset-aset berkenaan,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini. 

 

 



Source link

read more

Patuhi larangan bergambar di Masjidilharam, Masjid Nabawi – TH – Nasional


KUALA LUMPUR 29 Nov. – Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima surat dari Bahagian Konsular, Kementerian Luar berhubung larangan bergambar di dalam Masjidilharam di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah oleh Kerajaan Arab Saudi.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Johan Abdullah berkata, pihaknya mengambil tindakan proaktif iaitu akan memaklumkan larangan berkenaan kepada bakal-bakal haji semasa Kursus Asas Haji yang akan dilaksanakan di seluruh negara pada 2 Disember depan.

“TH akan memberi penerangan serta nasihat melalui media sosial secara berkala kerana platform ini dilihat lebih cepat dan berkesan dalam menguar-uarkan sesuatu kepada umum. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Kebakaran tahfiz Darul Ittifaqiyah Remaja lelaki bebas pertuduhan



KUALA LUMPUR: Seorang lagi remaja lelaki yang pernah ditahan berhubung kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang mengorbankan 23 nyawa penghuni itu, hari ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan.

Majistret Umzarul An Nur Umar membuat keputusan itu terhadap Mohamad Shahrul Nizam Ikmal Shafi-in, 18 tahun, selepas Timbalan Pendakwa Raya Noor Jazilah Mohd Yushaa memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pendakwaan  menarik balik pertuduhan terhadap remaja itu berikutan laporan patologi dari Makmal Hospital Kuala Lumpur (HKL) menunjukkan bacaan negatif.

Remaja yang tidak bekerja itu didakwa atas dua pertuduhan memasukkan dadah jenis carbolic acid dan syabu di tandas Pejabat Bahagian Kongsi Gelap Perjudian dan Maksiat (D7), Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Kuala Lumpur pada 11.35 pagi, 16 Sept lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum menurut seksyen sama yang memperuntukkan denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun dan dikenakan perintah pengawasan di bawah Seksyen 38B ADB 1952 selama tempoh dua tahun dan tidak lebih tiga tahun.

Pada 28 Sept lepas, Mohamad Shahrul  Nizam yang diwakili peguam Ram Karpal Singh mengaku bersalah atas dua pertuduhan itu bagaimanapun, mahkamah belum menjatuhi hukuman ke atasnya sementara menunggu laporan akhlak dan laporan kimia.

Semalam, Mahkamah Majistret Kanak-kanak melepaskan seorang remaja 16 tahun yang menghadapi pertuduhan  membunuh 21 orang pelajar dan dua guru Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah atas pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan.

Majistret Zilfinaz Abbas juga membebas dan melepaskan seorang kanak-kanak berumur 12 tahun atas pertuduhan dadah itu  selepas laporan patologi yang dikeluarkan Makmal Patologi Hospital Kuala Lumpur mendapati kedua-dua lelaki itu  bebas pengaruh dadah.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.15 pagi, 14 Sept lepas, 21 pelajar dan dua guru yang juga warden asrama maut selepas terperangkap di tingkat tiga asrama pusat tahfiz berkenaan yang terbakar.

Susulan itu, dua remaja lelaki yang masing-masing berumur 16 tahun didakwa membunuh 23 penghuni pusat itu di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Keramat di sini antara jam 4.15 pagi hingga 6.45 pagi, 14 Sept lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori  jika sabit kesalahan.

Bagi kes itu, Mahkamah Majistret menetapkan 3 Jan depan untuk sebutan semula kes.



Source link

read more

[VIDEO] Amah Kemboja lebih murah, lebih cekap, lebih setia – Nasional


KUALA LUMPUR 29 Nov. – Kos untuk mendapatkan pembantu rumah dari Kemboja dijangka lebih murah berbanding negara lain terutama Indonesia

Rakyat Malaysia sebelum ini terpaksa menanggung kos untuk mendapatkan pembantu rumah antara RM12,000 hingga RM18,000 selain terpaksa menanggung kerugian jika amah lari dari rumah.

Presiden Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing (Papa), Jeffrey Foo memberitahu bermula tahun hadapan pembantu rumah dari Kemboja akan dibawa masuk seawal Mac 2018.

Beliau berkata ketua keluarga yang memerlukan pembantu rumah boleh memohon menerusi agensi-agensi pekerjaan untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memohon.

“Kita masih belum dapat tentukan kos untuk mendapatkan pembantu rumah dari Kemboja dan jumlah bayaran masih dikaji.

“Namun kita akan pastikan kosnya lebih murah berbanding mengambil amah dari Indonesia serta tidak membebankan majikan yang memerlukan pembantu rumah.

“Bagi memenuhi keperluan majikan yang beragama Islam, pihak agensi dari Kemboja akan memaklumkan kepada warganegaranya yang beragama Islam untuk menjadi pembantu rumah di Malaysia.

“Walau bagaimanapun, warga Kemboja yang dibawa masuk untuk jadi pembantu rumah perlu menghadiri kursus orientasi untuk mempelajari pelbagai perkara mengenai negara kita termasuk berkomunikasi dalam Bahasa Melayu,” katanya selepas menandatangani memorandum perjanjian (MOA) dengan Kementerian Buruh dan Latihan Vokasional Kemboja hari sambil disaksikan oleh menterinya Dr. Ith Samheng hari ini.

Tambah Jeffrey, antara intipati MOA adalah memastikan keselamatan para pekerja Kemboja yang bekerja sebagai pembantu rumah terjamin.

“Agensi pekerjaan akan membekalkan telefon pintar lengkap dengan aplikasi keselamatan oleh Agensi Pekerjaan Swasta (APS) kepada setiap warga Kemboja yang dibawa masuk.

“Selain itu, garis panduan untuk mengambil pembantu rumah juga akan diberikan untuk memastikan kebajikan dan keselamatan mereka terjamin sepanjang menjadi pembantu rumah.

“Sementara jaminan bagi majikan pula, kita menjangkakan mereka akan bekerja sekurang-kurangnya dua tahun. Jika terdapat masalah, majikan boleh berhubung dengan agensi pekerjaan yang menyediakan pembantu rumah,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons