Makcik meraung terkejut petir masuk ke rumah – Mangsa banjir



BESUT: Pengalaman hampir di panah petir ketika rumah dinaiki air menjadikan seorang warga emas di Besut, Terengganu trauma, setiap kali banjir berlaku.

Walaupun, peristiwa menakutkannya itu sudah empat tahun berlalu, ia terus menghantuinya.

Mengimbas kembali kejadian berkenaan, Kamariah Senik, 74 tahun berkata, kejadian itu berlaku begitu pantas dan mengejutkannya.

“Panahan kilat itu macam kita mencucuh mancis, ada percikan api. Kemudian, makcik tengok petir itu masuk ke dalam rumah sampai melepasi tangga.”

“Makcik meraung dan serentak itu rumah terus gelap gelita dan tengok mesin kelapa ni habis bengkok,” katanya ketika ditemui di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Tembila Besut, tengah malam tadi.

TONTON: Banjir surut, semua mangsa dijangka pulang

Menurut Kamariah, kejadian itu berlaku kira-kira 2 pagi, sebelum dia mengejutkan suaminya, Mat Ghani Muda, 90 tahun.

Sementara itu, katanya, dia dan suaminya sudah lali dengan kejadian banjir yang melanda rumah mereka saban tahun.

“Kami bagaikan penghuni tetap di pusat pemindahan ini. Dah 30 tahun kami berpindah ke sekolah ini (Sekolah Kebangsaan Tembila Besut) setiap kali banjir.

“Ini dah jadi rumah kedua kami bila banjir. Kami tiada pilihan kerana rumah akan dinaiki air, setiap kali musim tengkujuh,” katanya lagi.

BACA: Jururawat ‘manis’ sanggup redah banjir demi ibu bersalin



Source link

read more

Awal Ashaari Sherry Al-Hadad sedih tinggalkan Famili LEGOLAND


HOS Famili LEGOLAND, Awal Ashaari dan Sherry Al Hadad sedih kerana terpaksa meninggalkan Famili LEGOLAND.

Dalam episod terakhir ini, dua kumpulan Merah dan Biru bersungguh-sungguh menyelesaikan cabaran masing-masing, walaupun kepenatan.

Memang lain macamlah semangat masing-masing dalam episod keenam Famili LEGOLAND ni! Walau kepenatan, masing-masing fokus dengan cabaran yang diberikan.

Kumpulan biru atau merah yang bakal memenangi episod terakhir Famili LEGOLAND? Saksikan Sabtu ini, pukul 10 pagi di Astro Ceria (611).

Rasai sendiri pengalaman bersama peserta menerusi program realiti ini selain dapat mengetahui segala jenis pertunjukkan dan ride yang terdapat di LEGOLAND Malaysia Resort dan melihat sendiri keunikan Hotel bertema LEGOLAND.

Tak rugi jika anda menonton program realiti pertama LEGOLAND ini kerana ada tawaran pakej istimewa Famili LEGOLAND. Saksikan rancangan untuk mendapat maklumat lanjut. Jangan terlepas peluang ini.
 
LEGOLAND Malaysia Resort merupakan LEGOLAND Park yang pertama di Asia yang terdiri daripada Theme Park, Water Park and LEGOLAND Hotel.
 
Lebih daripara 23 ribu Model LEGO pelbagai karakter yang 100% diperbuat daripada LEGO ada di seluruh LEGOLAND dan terdapat lebih daripada 70 rides, pertunjukan dan pelbagai tarikan lain.


 



Source link

read more

Diskaun khas kompaun DBKL mulai 15 Disember – KL & Putrajaya


KUALA LUMPUR 30 Nov. – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menawarkan kadar potongan khas bagi memungut 3.2 juta notis kompaun yang masih tertunggak bermula 15 Disember ini sehingga akhir Februari tahun hadapan.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Loga Bala Mohan berkata, tawaran istimewa tersebut adalah peluang buat warga kota melangsaikan tunggakan sebelum tindakan senarai hitam diambil terhadap mereka.

Katanya, potongan diskaun sebanyak RM20 diberikan bagi setiap notis kesalahan pemilik motosikal, RM30 bagi pemilik kereta dan RM50 bagi kenderaan berat termasuk bas, lori dan lain-lain.

“Bayaran kompaun pada kadar istimewa tersebut boleh dilakukan orang ramai di semua kaunter-kaunter bayaran seperti sedia ada termasuk di Pejabat Pos dalam tempoh tawaran berjalan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Penghargaan Bersama Agensi sempena Hari Penguatkuasa ke-48 DBKL bagi mengiktiraf sumbangan agensi penguatkuasa lain dalam operasi bersepadu yang digerakkan bersama pihak berkuasa tempatan itu sepanjang tahun ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Adakah kita Arab Tidak. Adakah kita Muslim Ya. – Dr Afifi Al-Akiti



PENSYARAH Pusat Islam di Fakulti Teologi, Universiti Oxford, United Kingdom, Datuk Dr Muhammad Afifi Al-Akiti, diumum penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1439H/2017.

Astro AWANI ingin membawa anda menghayati semula pandangan dan pemikiran oleh sosok luar biasa, tokoh Malaysia di pentas antarabangsa ini.

Beliau berpandangan, masyarakat akan mula mengimport budaya luar sekiranya mereka tidak ada keyakinan terhadap akar budaya sendiri.

Ketika ditemubual oleh Astro AWANI melalui segmen #GreatMinds lebih empat bulan lalu, Afifi yang juga Orang Besar Lapan Perak ini antara lain berharap orang Melayu Malaysia memahami pertembungan identiti antara mahu jadi orang Arab dan menjadi seorang Muslim.     

Beliau mahu masyarakat memahami keindahan budaya Nusantara yang disulam dengan keagungan agama Islam sekali gus membentuk identiti dan cara hidup yang hebat. 



Source link

read more

Pemergian Surin satu kehilangan besar buat ASEAN – Institut Integriti Malaysia



KUALA LUMPUR: Pemergian bekas Menteri Luar Thailand dan bekas Setiausaha Agung ASEAN,  Tan Sri Surin Pitsuwan, yang meninggal dunia akibat serangan sakit jantung hari ini merupakan satu kehilangan besar kerana Allahyarham merupakan seorang tokoh yang telah menunjukkan komitmen yang mendalam dalam usaha-usaha membudayakan integriti dalam kalangan negara serantau.

Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) menerusi Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Dr Anis Yusal Yusoff berkata pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan besar buat rantau ASEAN.

“INTEGRITI merasakan kematian Allahyarham Tan Sri Dr Surin bukan sahaja satu kerugian kepada rakyat Thailand, malah kepada seluruh dunia khususnya kepada rantau ASEAN. “Kami menerima berita yang mengejutkan ini dengan penuh sedih.

“Tan Sri Dr Surin adalah seorang negarawan terbilang, seorang yang berilmu dan banyak mencurahkan bakti bukan sahaja kepada Thailand malah kepada dunia.” jelasnya.

Tambah Dr Anis, Allahyarham telah banyak memberi panduan dan kerjasama padu kepada INTEGRITI dan institut itu amat merasai kehilangan beliau yang telah menyampaikan ucaptama pada Dialog Integriti ASEAN 2017 yang diadakan di Kuala Lumpur pada 26 Oktober lalu.

“Semoga seluruh keluarga arwah diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi dugaan dan musibah ini.

“INTEGRITI juga mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan akan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.” jelasnya.



Source link

read more

[VIDEO] RCI siasat kerugian forex buat laporan polis – Nasional


PUTRAJAYA 30 Nov. – Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kes kerugian urus niaga mata wang asing (forex) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada awal 1990-an membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, hari ini.



Video oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR

Laporan polis itu dibuat oleh Setiausaha RCI, Datuk Dr. Yusof Ismail selaku Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan.

Terdahulu, beliau dilihat masuk ke IPD Putrajaya dengan menaiki kereta Proton Perdana pada ‪pukul ‬4.10 petang dan keluar pada 40 minit kemudian.

Sementara itu, Yusof ketika menemui wartawan memaklumkan, laporan dibuat agar pihak polis dapat melakukan siasatan terhadap segala hasil rumusan RCI.

“Laporan polis adalah berdasarkan apa yang terkandung dalam laporan RCI,” katanya.

Laporan setebal 400 muka surat yang diedarkan ke Dewan Rakyat hari ini mendapati ada asas bagi mengesyorkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat kemungkinan berlakunya pecah amanah dan penipuan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam skandal berkenaan.

Selain itu, laporan oleh RCI itu turut menyatakan adalah tidak dapat diterima kemungkinan Dr. Mahathir tidak mempedulikan masalah yang dihadapi oleh BNM berdasarkan kenyataan pelbagai saksi.

Suruhanjaya itu turut mendedahkan, BNM mengalami kerugan sebanyak RM31.5 bilion dalam tempoh tiga tahun iaitu RM12.35 bilion pada 1992, RM15.29 bilion untuk 1993 dan RM3.86 bilion bagi 2014. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Kaki gigit tidak jejas promosi pelancongan Malaysia



KUALA LUMPUR: Kemampuan penyerang Barcelona, Luis Suarez mempromosikan industri pelancongan Malaysia tidak terjejas, walaupun terpalit dengan imej ‘kaki gigit’.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata pemain bola sepak tersohor itu mempunyai 25.3 juta pengikut di Instagram, 18.9 juta di Facebook dan 12.4 juta di Twitter.

Pertimbangan pelantikan Suarez sebagai Duta Pelancongan Malaysia, berpandukan statistik pengikut di laman sosial penyerang antarabangsa Uruguay itu.

Bintang Barcelona itu menjadi antara lebih 7.3 bilion penonton di Asia, China dan Eropah, yang bakal mengikuti perlawanan bola sepak La Liga musim 2017/2018.

“Jangan hukum dengan apa yang berlaku pada masa lalu kerana itu pembawaan diri ketika bermain bola, sebaliknya kita tumpukan kepada statistik pengikutnya di laman sosial, “ katanya menjawab soalan tambahan Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan), di Dewan Rakyat, hari ini.



Source link

read more

Belasungkawa Tan Sri Dr Surin Pitsuwan



KUALA LUMPUR:

Tan Sri Dr Surin Pitsuwan, satu nama yang cukup besar dalam dunia politik Thailand dan juga rantau ASEAN. Anak jati Nakorn Sri Thammarat, sebuah bandar di selatan Thai itu dilahirkan pada 28 Oktober 1949. Beliau merupakan bekas Menteri Luar Thailand dan juga Setiausaha Agung ASEAN.

Mendapat pendidikan awal di bandar kelahirannya di selatan Thai, Dr Surin merupakan graduan dari universiti terkemuka dunia iaitu Universiti Harvard dalam bidang Sains Politik dan Asia Barat.

Karier Dr Surin bermula sebagai seorang ahli akademik dan pernah berkhidmat dengan pelbagai universiti di Thailand mahupun antarabangsa. Beliau fasih berbahasa Arab dan pernah menyambung pengajian di Kaherah, Mesir. Selain itu, beliau aktif sebagai kolumnis di Nation dan Bangkok Post, dua akhbar berbahasa Inggeris utama di Thailand dari 1975-1992.

BACA : Surin Pitsuwan meninggal dunia akibat serangan jantung

Dr Surin mula bertanding kerusi parlimen di bandar kelahirannya pada 1986. Sebagai ahli parlimen, beliau dilantik sebagai setiausaha kepada ‘speaker’ dewan undangan ketika itu; Chuan Leekpai, setiausaha kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri sebelum dilantik menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri. Beliau berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Luar pada 1992-1995 dan seterusnya Menteri Luar pada 1997-2001.

Dr Surin memainkan peranan yang cukup besar ketika konflik yang tercetus di Timor Leste pada 1999. Beliau menerajui negara-negara ASEAN selain mendapat sokongan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu PBB dan komuniti antarabangsa berjaya mengembalikan keamanan di negara itu.

Ketika Myanmar dilanda siklon Nargis pada Mei 2008, Dr Surin berjaya mendapat sokongan ahli ASEAN, PBB serta beberapa institusi antarabangsa seperti World Bank dan juga badan bukan kerajaan NGO dalam misi pemuliharaan selepas tragedi. Beliau berada di negara itu sehinggalah misi tersebut tamat sepenuhnya pada Disember 2010.

Selepas berakhirnya tempoh perkhidmatannya sebagai Setiausaha Agung ASEAN, Dr Surin dilantik sebagai Profesor Emeritus di Universiti Thammasat. Beliau juga adalah Penasihat Kehormat dan Felo Pelawat di Institut King Prajadhipok, sebuah badan penasihat akademik kepada parlimen Thai.

Dr Surin juga pernah menjadi ahli visi suruhanjaya Bank Pembangunan Islam 1440 A.H (2020) di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau dianugerahkan pingat yang membawa kepada gelaran ‘Tan Sri’ ketika hari keputeraan Seri Paduka Baginda yang ke-14, Al Marhum Maulana Al-Sultan Al-Mu’tassimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Dr Surin aktif dalam usaha mempromosikan intergrasi serantau di Asia dan juga reformasi bidang Pendidikan dan politik di Thailand. Beliau sering dijemput sebagai panel dalam pelbagai platform diskusi dan persidangan global.

Kali terakhir Tan Sri Surin ditemubual oleh pihak Astro Awani adalah pada Oktober lalu ketika ASEAN INTEGRITY DIALOGUE 2017: Reinventing Good Governance Through Universal Values untuk program bual bicara Agenda AWANI.



Source link

read more

Ramah Mesra Anak Kelantan, Sabtu ini – Nasional


KUALA LUMPUR 30 Nov. – Badan Perhubungan UMNO Kelantan menjemput semua anak negeri itu hadir ke Majlis Perjumpaan dan Ramah Mesra Anak Kelantan bertempat di Laman Santai, Istana Budaya, Sabtu ini.



Ikmal Hisham Abdul Aziz

IKMAL HISHAM

Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, majlis yang diadakan dari pukul 12 hingga 3 petang itu menyasarkan kehadiran seramai 1,000 rakyat Kelantan yang berada di ibu negara.

“Majlis himpunan ini dicetuskan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang bertujuan meraikan anak-anak Kelantan yang kini berada di perantauan, sama ada yang masih belajar mahupun yang bekerja.

“Kita juga akan menceritakan perkembangan semasa (Kelantan) serta pelbagai aktiviti menarik yang disediakan seperti dikir barat, makan nasi gulai kawah asli Kelantan, jamuan sate serta cabutan bertuah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Ikmal Hisham yang juga Ahli Parlimen Tanah Merah, majlis itu turut diadakan serentak di 14 lokasi di ibu negara yang dianjurkan oleh UMNO mengikut bahagian masing-masing. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Lombong pasir haram Anak saudara pemimpin parti politik antara 4 direman



PUTRAJAYA : Empat individu termasuk anak saudara kepada timbalan presiden sebuah parti politik direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kegiatan perlombongan pasir dan batu haram di Kajang, Selangor pada 2014.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Ainna Sherina Saipolamin bermula hari ini sehingga 6 Disember bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siastan lanjut.

Mereka yang direman membabitkan dua pengarah syarikat, seorang pekerja syarikat pengiklanan dan seorang pengurus tapak.

Difahamkan, syarikat perlombongan itu dikatakan memberi rasuah terhadap penguat kuasa tempatan supaya tidak mengambil tindakan terhadap kegiatan terbabit.

SPRM turut membekukan beberapa akaun syarikat bernilai RM4 juta. 

Semalam, SPRM menahan empat individu selepas mendapat maklumat daripada orang awam berhubung kegiatan curi pasir di kawasan berkenaan sejak beberapa tahun lalu.

Sementara itu, pejabat Menteri Besar Selangor dalam kenyataan memaklumkan pihaknya mengalu-alukan siasatan yang mengikut lunas undang-undang tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak tertinggi yang berkepentingan.

“Kerajaan negeri Selangor tuntas berpegang kepada prinsip kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam semua proses perolehan kerajaan bagi menjamin kepentingan rakyat dan negeri Selangor,” kata kenyataan itu.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons