PUTRAJAYA : Empat individu termasuk anak saudara kepada timbalan presiden sebuah parti politik direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kegiatan perlombongan pasir dan batu haram di Kajang, Selangor pada 2014.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Ainna Sherina Saipolamin bermula hari ini sehingga 6 Disember bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siastan lanjut.

Mereka yang direman membabitkan dua pengarah syarikat, seorang pekerja syarikat pengiklanan dan seorang pengurus tapak.

Difahamkan, syarikat perlombongan itu dikatakan memberi rasuah terhadap penguat kuasa tempatan supaya tidak mengambil tindakan terhadap kegiatan terbabit.

SPRM turut membekukan beberapa akaun syarikat bernilai RM4 juta. 

Semalam, SPRM menahan empat individu selepas mendapat maklumat daripada orang awam berhubung kegiatan curi pasir di kawasan berkenaan sejak beberapa tahun lalu.

Sementara itu, pejabat Menteri Besar Selangor dalam kenyataan memaklumkan pihaknya mengalu-alukan siasatan yang mengikut lunas undang-undang tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak tertinggi yang berkepentingan.

“Kerajaan negeri Selangor tuntas berpegang kepada prinsip kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam semua proses perolehan kerajaan bagi menjamin kepentingan rakyat dan negeri Selangor,” kata kenyataan itu.



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: