KOTA BHARU 29 Nov. – Hasrat penyokong The Red Warriors (TRW) untuk melihat kelibat bekas pemain Manchester United, Rodrigo Possebon menyarung jersi pasukan itu musim depan tidak kesampaian apabila Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menegaskan, mereka tidak mampu membeli pemain berprofil tinggi.

Presiden Kafa, Bibi Ramjani Ilias Khan juga menegaskan, beliau tidak pernah diberitahu tentang sebarang usaha mendapatkan pemain tengah kelahiran Brazil itu.

“Jujurnya, Kafa tidak mampu untuk mengambil pemain berprofil tinggi seperti Possebon, lagi pun masih banyak tunggakan hutang lapuk yang perlu diselesaikan oleh kita.

“Sebab itulah, untuk musim ini Kafa perlu menyusun kewangan dengan rapi dan berbelanja penuh berhemah bagi memastikan kita tidak berdepan masalah kekurangan dana nanti,” katanya kepada Utusan Online di sini, hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, Possebon, 28, yang pernah beraksi bersama Red Devils di bawah ken­dalian Alex Ferguson dari 2008 hingga 2010 menjadi import terbaru yang menarik minat Kelantan.

Perkara tersebut didedahkan oleh salah seorang panel pengurusan kejurulatihan Kelantan, Syed Abdullah Syed Mahmood yang mengakui, portfolio pemain Brazil itu mampu menarik perhatian peminat Kelantan untuk memenuhi stadium khususnya penyokong United. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: