TUMPAT 29 Nov. – Seorang pelajar Sekolah Tahfiz Asmaa Al-Ikhlas ditemukan mati lemas dalam sebuah kolam ikan terbiar di Kampung Pulau Raja, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, mangsa, Muhammad Bazli Seriumi, 16, dikatakan ke kolam tersebut bersama lima rakan dan seorang guru untuk mengalihkan bot yang berada dalam kolam berkenaan naik ke darat.

Rakannya, Mohd Anas Mohamed , 13, berkata, sebaik sahaja arwah melangkah masuk ke dalam kolam berkenaan dia terus tenggelam.

“Saya sempat melihat mangsa terkapai-kapai dan kemudian tidak timbul-timbul.

“Pada mulanya, saya ingat arwah bergurau kerana dia berada berhampiran dengan tebing,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Kejadian itu turut disedari guru mangsa, Abdul Rahman Zaidi, 23, yang turut berada di dalam kolam tersebut sedalam hampir satu meter.

Abdul Rahman memberitahu, menyedari kejadian itu dia terus menyelam untuk mencari mangsa bersama pengawal keselamatan yang berada berhampiran kolam itu.

“Arwah berjaya ditemukan selepas 10 minit menyelam di dasar kolam tersebut, tetapi arwah telah meninggal dunia,” ujarnya.

Jenazah dibawa ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat dan kemudiannya dituntut keluarga untuk dikebumikan di Kampung Bunut Payung, Kota Bharu. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: