PUTRAJAYA 30 Nov. – Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kes kerugian urus niaga mata wang asing (forex) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada awal 1990-an membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, hari ini.



Video oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR

Laporan polis itu dibuat oleh Setiausaha RCI, Datuk Dr. Yusof Ismail selaku Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan.

Terdahulu, beliau dilihat masuk ke IPD Putrajaya dengan menaiki kereta Proton Perdana pada ‪pukul ‬4.10 petang dan keluar pada 40 minit kemudian.

Sementara itu, Yusof ketika menemui wartawan memaklumkan, laporan dibuat agar pihak polis dapat melakukan siasatan terhadap segala hasil rumusan RCI.

“Laporan polis adalah berdasarkan apa yang terkandung dalam laporan RCI,” katanya.

Laporan setebal 400 muka surat yang diedarkan ke Dewan Rakyat hari ini mendapati ada asas bagi mengesyorkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat kemungkinan berlakunya pecah amanah dan penipuan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam skandal berkenaan.

Selain itu, laporan oleh RCI itu turut menyatakan adalah tidak dapat diterima kemungkinan Dr. Mahathir tidak mempedulikan masalah yang dihadapi oleh BNM berdasarkan kenyataan pelbagai saksi.

Suruhanjaya itu turut mendedahkan, BNM mengalami kerugan sebanyak RM31.5 bilion dalam tempoh tiga tahun iaitu RM12.35 bilion pada 1992, RM15.29 bilion untuk 1993 dan RM3.86 bilion bagi 2014. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: