Upiak tidak sangka lagunya popular selepas tiga tahun



KUALA LUMPUR: Penyanyi dari Sumatera Barat, Upiak Isli, tidak menyangka lagu yang dihasilnya pada 2014 ‘Tak Tun Tuang’ menjadi terkenal selepas seorang daripada peminatnya memuat naik lagu itu dalam laman sosial baru-baru ini.

Lagu hasil nukilan Upiak, atau nama asalnya Silvia Nanda, 32, yang berbentuk jenaka dan menghiburkan itu telah ditonton di YouTube oleh lebih sejuta penonton sejak video tersebut diviralkan dua minggu lepas.

“Saya telah menghasilkan 19 buah album sejak aktif menyanyi ketika berusia 13 tahun, Saya tidak menyangka hanya lagu dalam album ke-14 menjadi popular,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program ‘Nine 11’ terbitan Bernama News Channel (BNC) di Wisma Bernama, di sini hari ini.

Beliau juga tidak silu mengakui menangis kerana terharu dengan sambutan luar biasa terhadap lagu berkenaan.

Anak sulung daripada tiga beradik yang berasal dari Padang, Sumatera Barat, Indonesia itu, berkata lagu berkenaan dihasilkan pada 2014 bersama-sama rakannya Ardi Tanjung yang bermain gitar.

Lagu itu menceritakan kisah lawak mengenai seseorang yang tidak mandi turut mendapat sambutan di luar negara, katanya.

Lagu ‘Tak Tun Tuang’ yang berdurasi 3:35 saat itu kini berada di bawah naungan MVM Production Sdn Bhd.

Sementara itu, walaupun terpisah jauh, penyanyi Najwa Mahiaddin, 31 serta penyanyi dan penulis lirik Singapura Imran Ajmain, 36 memanfaatkan pelbagai platform media sosial untuk berkolaborasi menghasilkan album pertama mereka.

‘Sentiasa Merinding’ yang mengabungkan unsur muzik Melayu klasik dengan R

“Biarpun berada di luar negara dan perbezaan waktu tetapi kami menggunakan kemudahan Internet untuk berinteraksi,” kata Imran yang pernah popular dengan lagu ‘Seribu Tahun’.

Imran berkata walaupun beliau telah mengenali Najwa sejak 11 tahun lalu, hanya baru-baru ini mampu berduet dan menghasilkan lagu bersama.

— BERNAMA



Source link

read more

Gangguan perkhidmatan WhatsApp jejas pengguna di seluruh dunia



SAN FRANCISCO: Aplikasi mudah alih popular WhatsApp melaporkan berlaku gangguan perkhidmatan pada Khamis melibatkan pengguna di seluruh dunia pagi ini.

Gangguan itu menyebabkan pengguna di seluruh dunia tidak dapat mengakses perkhidmatannya dan syarikat itu sedang berusaha memulihkannya, lapor Reuters.

Sementara itu, laman web downdetector.com berkata pengguna di utara Eropah dan Brazil dikesan paling terjejas.

WhatsApp, anak syarikat Facebook Inc, dilapor mempunyai 1 bilion setiap hari di seluruh dunia dan merupakan antara aplikasi permesejan paling popular di dunia.



Source link

read more

Penunggang motosikal ditemukan lemas – Nahas & Bencana


PASIR MAS 30 Nov. – Mayat seorang penunggang motosikal yang dihanyutkan oleh arus deras di Kampung Kenak di sini hari ini telah ditemukan.



MOHAMMAD ARIF

MOHAMMAD ARIF

Mayat Mohamad Arif Mohd Nor, 26, ditemukan pada pukul 1.50 petang tadi oleh anggota pasukan bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Pengkalan Kubor.

Mayat mangsa ditemui kira-kira 10 meter dari tempat dia dikatakan terjatuh selepas dibawa arus deras.

Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk dibedah siasat sebelum dituntut oleh keluarga.

Mangsa berasal dari Kampung Aur Duri, Seberang Pasir Mas, Salor itu dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Tumpat.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, ketika melalui jalan tersebut motosikal mangsa dipercayai dibawa arus deras yang merentangi laluan berkenaan menyebabkan dia terjatuh ke dalam tali air. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Tren komuter di laluan Pelabuhan Klang-KL Sentral tergendala



KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menerusi Twitter (@ktm_berhad) pada jam 6 pagi tadi, memaklumkan kejadian itu menyebabkan kabel elektrik di laluan itu terputus dan tren tidak dapat melepasi Stesen KTM Komuter Jalan Kastam, Pelabuhan Klang.
 
Tren komuter hanya akan beroperasi dari Padang Jawa-KL Sentral- Padang Jawa saja pada kekerapan 45 minit dengan tren pertama bertolak dari Padang Jawa pada jam 7.15 pagi, menurut KTMB dalam twit itu.

“Perkhidmatan tren untuk laluan Pelabuhan Klang – KL Sentral – Pelabuhan Klang tidak dapat beroperasi kerana tren dari depot Pelabuhan Klang tidak dapat melepasi stesen Jalan Kastam berikutan insiden kabel elektrik putus kerana pokok tumbang”,jelas KTMB.

Pihak kereta api KTMB juga memohon maaf di atas kesulitan yang dialami akibat kejadian tersebut.

Pengguna laluan tersebut juga dinasihatkan agar menggunakan pengangkutan alternatif sehingga tren laluan itu kembali pulih sepenuhnya.

Dalam pada itu, KTMB juga memaklumkan operasi tren KTM Berhad di sektor Pantai Timur telah kembali pulih seperti biasa bermula jam 10 pagi hari ini dengan jangkaan kelewatan perjalanan tren antara 30 minit sehingga 45 minit.



Source link

read more

Doakan yang terbaik untuk kami – kahwin suami orang ini jawapan Izreen Azminda



“FASA ini agak sukar untuk kami lalui, ditambah dengan pelbagai isu tidak benar yang mulai disebarkan. Doa yang terbaik untuk kami dan semoga sidang media minggu hadapan akan menjelaskan segalanya.”

Itu jawapan pelakon popular Izreen Azminda, 32, ketika menjawab mengenai dakwaan berkahwin dengan pemuzik dikenali sebagai Ude yang juga suami kepada dua orang anak.

Tambah Izreen lagi, dia telah mengaturkan sebuah sidang media pada minggu hadapan untuk menjelaskan kedudukan sebenar serta situasi yang berlaku.

“Sejujurnya hal tersebut terlalu sensitif untuk dinyatakan pada umum. Bagaimanapun, sebagai selebriti, saya sedia faham setiap inci gerak geri akan menjadi perhatian. Malah sebagai orang sudah matang dalam industri, saya juga sedia faham kerja pengamal media.

“Namun bila hal ini berlaku di luar pengetahuan, saya jadi kesal dan sedih. Sebab kalau boleh, biarlah situasi ini diperjelaskan terlebih dahulu menerusi sidang media yang akan dibuat,” katanya kepada Media Hiburan.

Dalam pada itu, Izreen turut meluahkan rasa sedih dan kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang cuba mengeruhkan keadaan dengan situasi yang sedang berlaku.

Izreen bakal mengadakan sidang media di Damansara, Selasa depan dan akan hadir bersama individu yang didakwa suaminya.

“Insya-ALLAH kami akan hadir bersama dan apa yang akan dijawab kami nanti, biarlah ia dijelaskan pada waktu itu saja.

“Buat masa sekarang, saya lebih selesa berdiam diri supaya tida menjatuhkan air muka mana-mana pihak. Banyak hati yang perlu dijaga dan kalau boleh, saya harap selepas sidang media itu nanti semuanya akan kembali neutral,” ujarnya.

 



Source link

read more

Banjir: Jabatan Pendidikan negeri mohon peruntukan – Nasional


KOTA BHARU 30 Nov. – Jabatan Pendidikan negeri telah memohon peruntukan daripada Kementerian Pendidikan untuk membaikpulih infrastruktur sekolah sama ada yang mungkin terjejas akibat banjir mahupun yang dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS).

Timbalan Pengarah Pendidikan negeri, Muhammad Zahari Othman berkata, sebanyak 51 buah sekolah sudah dikenal pasti berisiko mengalami kerosakan.

Beliau berkata, antara kerosakan yang sering dilaporkan sekolah yang dijadikan PPS adalah kerosakan pintu bilik darjah; pintu tandas; tandas tersumbat dan pendawaian elektrik.

“Kita membuat permohonan kepada Bahagian Kewangan Kementerian Pendidikan sebagai persediaan awal untuk membantu sekolah.

“Kerajaan biasanya akan segera memberi peruntukan jika terdapat sekolah yang terjejas teruk sehingga menyebabkan tidak dapat dibuka untuk sesi persekolahan baharu.

“Namun pada tahun ini kita jangka kerosakan tidak terlalu besar kerana kebanyakan sekolah yang berisiko banjir biasanya sudah bersedia dari awal memastikan peralatan seperti kerusi dan meja dialih ke tempat yang lebih tinggi,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sepetang Bersama Timbalan Pengarah Pendidikan di Dewan Sri Tunjong, Jabatan Pendidikan negeri di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

RCI kemuka syor PDRM siasat Mahathir Anwar



KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) disyorkan untuk melaksanakan siasatan kemungkinan berlaku pecah amanah dan penipuan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri ketika itu yang bertanggungjawab sewaktu urus niaga mata wang asing (forex) dilakukan sekitar tahun 1990-an.

Laporan Suruhanjaya Siasatan Untuk Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing Oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar tahun 1990-an turut mengesyorkan PDRM melaksanakan siasatan atas kemungkinan kesalahan pecah amanah dan/atau penipuan turut dilakukan Menteri Kewangan yang ketika itu adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim, pegawai BNM, Kementerian Kewangan dan Jabatan Audit Negara.

Laporan itu turut menyebut, selepas mengambil kira perkara dan sifat teliti Dr Mahathir, adalah tidak dapat diterima kemungkinan beliau tidak mempedulikan masalah dihadapi BNM, tidak mempersoalkan atau tidak pernah dimaklumkan berkenaan masalah berhubung urus niaga forex dan kerugian besar BNM sebelum dimaklumkan bekas Pengurus Akaun BNM, Aziz @ Abdul Aziz Abdul Manaf dan Tan Sri Clifford Francis Herbert (IW14).

“Walapun beliau menafikannya, suruhanjaya berpendapat bahawa siasatan menyeluruh perlu dijalankan untuk menentukan sejauh mana pembabitan dan liabiliti IW24 (Perdana Menteri) dalam perkara ini.

“Sebagaimana dinyatakan IW14, beliau menjangkakan IW24 akan marah tetapi reaksinya agak normal. IW14 mendakwa bahawa IW24 menyatakan `sometimes we make profit, sometimes we make losses‘.

“Reaksi dan penerimaannya terhadap kerugian forex yang besar menunjukkan bahawa beliau mungkin mengetahui mengenai urus niaga forex dan maknitudnya.

“Dakwaan IW24 yang beliau hanya dapat mengingati kerugian forex berjumlah RM5 bilion apabila dimaklumkan mengenainya semasa perbincangan bersama IW21 (Anwar) dan IW14 pada akhir tahun 1993 adalah sesuatu yang dipersoalkan.

“IW21 dan IW14 sangat konsisten dalam testimoni mereka bahawa kerugian urus niaga forex adalah kira-kira RM30 bilion,” menurut laporan itu,” kata laporan itu.

Siasatan juga mendapati, dakwaan Dr Mahathir bahawa beliau hanya dimaklumkan mengenai kerugian forex sebanyak RM5.7 bilion oleh Anwar dan Francis Herbert pada akhir 1993 tidak mungkin benar.



Source link

read more

Eh bapa kau meninggal kenapa tak balik- Nonny sedih dikecam



BEKAS pelajar Akademi Fantasia musim ke-5 (AF5) Nonny Nadirah kecewa kerana dikecam tidak pulang ke kampung ketika bapanya meninggal dunia.

Nonny menerusi akaun Instagram (IG)nya memberitahu dia bukan sengaja tidak dapat berbuat demikian tetapi tidak sempat kerana penerbangannya tiba lewat.

Lebih menyedihkan ketika Nonny sampai urusan jenazah sudah pun selesai dan bapanya telah dikebumikan.

Penyanyi dan pelakon berasal dari Sabah itu berkata dia hanya sempat melihat pemergian bapanya menerusi ‘video call’ sahaja.

Bagaimanapun, Nonny akui dia terpaksa reda dengan pemergian bapanya.

Berikut merupakan luahan hati Nonny:
 

Sakit sangat sangat.. aku redha.. tapi… aku x sempat jumpa.. Ya Allah rasa sakit & sedih tu sampai skrg.. time kerja,time tgh sembang,tgh gelak,tgh driving, bila2 masa lah.. airmata tu sendiri jatuh x henti.. aku nak jumpa.. tapi x sempat… mama… kenapa sakit sgt… aku rasa mcm arwah masih ada.. dari pagi aku & adik aku cari flight utk blk kampung,petang baru dpt.. sampai je semua dah selesai.. orang boleh ckp ”eh bapa kau meninggal apsal x balik?” diorg xtau mcm mana payah aku pegi cari tiket nak blk sbb masa tu semua flight dah full..bukan 1 airport aku pegi,check online,semua aku cari..tapi org boleh ckp mcm tu..diorg xtau cerita sebenar.. aku sempat video call je.. sedih kan?.. petanda yg sgt sakit,masa tu tgh shooting cerita Cinta Hati Abah.. Lagu ni sgt bermakna buat aku,aku buat mmg utk arwah.. terima kasih akak..terima kasih abg… . aku kerja jauh dari keluarga,aku dtg sini cari rezeki utk tlg keluarga aku. . ada dua : arwah nenek & arwah bapa.. aku x sempat jumpa… . Allahu akbar . Astaghfirullahal’adzim . Al-FATIHAH ………………………..

A post shared by Nonny Nadirah binti Zainuddin (@nonnynadirah) on



Source link

read more

11 kaunter PPZ-MAIWP beroperasi tujuh hari seminggu – Nasional


KUALA LUMPUR 30 Nov. – Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) terus komited dalam melaksanakan rukun Islam dengan melaksanakan waktu operasi kaunter pungutan zakat selama tujuh hari seminggu termasuk pada cuti umum sepanjang Disember ini.

PPZ-MAIWP berkata, kaunter-kaunter yang dibuka itu terletak di Dataran Shamelin Perkasa, Plaza rah Kampung Baru, Masjid Negara, KLSC Wangsa Maju, Pudu Sentral, Presint 19, Presint 15, Masjid Al-Imam Al-Ghazali di Kepong, Anjung Niaga Masjid At-Taqwa di Taman Tun Dr. Ismail, Masjid Abdul Rahman Auf dan Jalan Puchong dari Labuan Times Square.

“Kesemua kaunter tersebut akan beroperasi dari pukul 8.15 pagi sehingga 4.45 petang setiap hari. Cuma kaunter PPZ-MAIWP di UTCKL Pudu Sentral sahaja 10 malam.

“Para pembayar zakat boleh menunaikan semua jenis zakat seperti Zakat Harta, Zakat Pendapatan, Zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Zakat Perniagaan, Zakat Saham, Zakat Wang Simpanan, Zakat Emas dan Qadha Zakat,” katanya menerusi siaran akhbar, di sini hari ini.

PPZ-MAIWP berkata orang ramai disarankan agar tidak menangguhkan tanggungjawab berzakat agar kehidupan asnaf dapat dibela dan dipertingkatkan dengan menyalurkan wang zakat kepada institusi yang betul.

Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh menghubungi talian zakat 1-300-88-5757 atau layari portal zakat di www.zakat.com.my. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Hari Inovasi rai idea kreatif dan inovatif tenaga kerja KKLW



PUTRAJAYA : Hari Inovasi 2017 merupakan platform pengiktirafan bagi idea-idea kreatif dan inovatif dalam usaha memartabatkan imej luar bandar untuk terus memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat bagi meraikan tenaga kerja warga Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Pengiktirafan ini juga turut  diberikan kepada agensi-agensi dibawah KKLW termasuk Majlis Amanah Rakyat (MARA), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda), Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

Menurut Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, acara tahunan ini meletakkan KKLW di landasan yang efisien dan efektif dalam mencipta dan menyerlahkan keunikan sesuatu produk atau perkhidmatan sejajar dengan agenda empat Transformasi Negara.

“Contohnya dalam konteks perkhidmatan awam, saya percaya pelbagai idea dan inisiatif terbentuk demi membantu menyelesaikan masalah akibat peraturan dan prosedur lama yang menghalang sistem perkhidmatan awam dengan cekap,” kata Ismai ketika merasmikan Hari Inovasi 2017, di sini pada Khamis.

Dalam perkembangan lain, lima kategori Anugerah Kualiti dan Inovasi telah dipertandingkan seiring dengan tema ‘Inovasi Pemacu Transformasi Luar Bandar’.

Antaranya adalah Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam (kategori pengurusan) yang berjaya dirangkul oleh MARA melalui Learning Outcome Attainment Measurement System (LOAMS).

LOAMS bertujuan menyediakan maklumat untuk memantau proses pembelajaran dan meningkatkan kualiti secara berterusan.

Empat kategori lain adalah Anugerah Kualiti Kecekapan Tadbir Urus, Anugerah Kualiti Pengurusan Perolehan, Anugerah Kualiti Pengurusan Keselamatan Perlindungan dan Anugerah Kualiti Pengurusan Outcome Terbaik.

Tambahan itu, Ismail menggesa agar warga kerja sentiasa berfikir seperti orang Jepun dan Korea yang sentiasa menzahirkan idea demi meningkat produktiviti organisasi dan seterusnya pembangunan negara.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons